Iklan Leaderboard

Khamis, 16 Julai 2015

15 Selamat menyambut Hari Lebaran 2015

Aku mewakili geng2 Fools Syndicate, penulis di blog Buasir Otak ini ingin mengucapkan kepada anda semua Selamat Hari Raya Aidilfitri 2015 dan Maaf Zahir dan Batin sekiranya terdapat segala salah silap, kekasaran bahasa, terguris perasaan dan sebagainya.


Kepada yang memandu pulang ke kampung, kami doakan semoga selamat pergi dan pulang. Hati2 di jalanraya, jangan pandu terlalu laju, potong barisan, masuk lorong kecemasan, tak pakai tali pinggang keledar dan main hanphone ketika sedang memandu. Baca tips untuk memantau keadaan secara live bagi merancang perjalanan dan mencari jalan alternatif bagi mengelakkan kesesakan lalulintas.

Aku sendiri akan bercuti selama seminggu, so aku mungkin tidak akan update apa2 dalam tempoh seminggu ini. Harap kita semua dapat berhari raya dengan tenang dan aman tanpa sebarang kontroversi dan masalah.

Sekian, semoga jumpa lagi.


15 ulasan:

  1. Assalammualaikum

    Selamat Hari Raya
    Maaf Zahir dan batin

    Cool Guy

    BalasPadam
  2. Salam noob, teruskan berkarya. Selamat Hari Raya.

    BalasPadam
  3. Salam Aidil Fitri kepada sekalian muslimin dan muslimat keseluruhannya..

    BalasPadam
  4. Salam Aidil Fitri kepada sekalian muslimin dan muslimat keseluruhannya..

    BalasPadam
  5. salam semua, saya tanpa nama juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat hari raya, kepada semua. Tidak lupa kepada noob dan geng. Saudara tanpa nama yg lain. Ayam afrika yg merupakan salah satu elemen wajib buasir otak . Maaf zahir dan batin.

    #salamaidilfitri
    #hastagjanganlupa
    #akumasihbencicina
    #buasirotakbloglucahnombor2
    #mainmercunjanganputustangan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ayam demam semalam. Pagi ni blom kebah lagi. Berat. Terbirit-birit juga slps terawih.

      Dia kirim salam kat kau.

      Padam
    2. 0-0 ye semua...maaf zahir batin!

      Sy sedih tinggalkn ramadhan...blum tentu jumpa lagi tahun depan

      Padam
  6. selamat hari raya maaf zahir batin kepada bero noob and da geng dan semua anon dan non anon yg memeriahkan blog ni..

    komen, hujah, feedback dan debat sihat antara kita memang menghubungkan sel2 otak saya selama ini..kepada lejen2 BO seperti zack, ayam, plain, ahmad sayap2 cinta, mecha praline, bhai dee-dee, kurosagi, nazha dll

    i love u all....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mcm tercalon dlm top 5 artis baru popular pulak..still credit to noob sbnrnya with his good articles

      Padam
  7. ℹ UCAPAN/LAFAZ KETIKA HARI RAYA

    Rasulullah shallallahu alaihi wasallam biasa mengucapkan taqobbalallahu minna wa minkum kepada para sahabat, yang ertinya semoga Allah menerima aku dan kalian. Maksudnya menerima di sini adalah menerima segala amal dan ibadah kita di bulan Ramadhan. Al-Hafizh Ibnu Hajar dalam Fathul Bari 2/446 mengatakan:

    “Kami meriwayatkan dari guru-guru kami dalam “Al-Mahamiliyy at” dengan sanad hasan dari Jubair bin Nufair, beliau berkata : “Para sahabat Rasulullah apabila mereka saling jumpa pada hari raya, sebahagian mereka mengucapkan pada lainnya:

    Taqobbalallahu minna wa minkum “Semoga Allah menerima amalanku dan amalanmu”.

    Ibnu Qudamah juga menyebutkan dalam Al-Mughni 2/259 bahawasanya Muhammad bin Ziyad mengatakan :

    “Saya pernah bersama Abu Umamah Al-Bahili dan para sahabat Nabi lainnya, maka apabila mereka kembali dari ied, sebahagian mereka berucap pada lainnya :
    Taqobbalallahu minna wa minkum
    “Semoga Allah menerima amalanku dan amalanmu” (Imam) Ahmad berkata : “Sanad hadits Abu Umamah jayyid (bagus)”. I

    mam Suyuthi juga berkata dalam Al-Hawi (1/81): “Sanadnya hasan”. Adapun ucapan:

    “Minal Aidin Wal Faidzin, mohon maaf lahir dan batin”, “halal bi halal” atau “kosong-kosong” serta ungkapan-ungkapan lainnya, maka sebaiknya dihilangkan dan kita gantikan serta membiasakan diri dengan lafaz syar’i iaitu (Taqobballahu Minna Wa Minka) sehingga kita tidak terjatuh dalam ayat :

    “Apa kamu mahu mengambil yang rendah sebagai pengganti yang lebih baik ?” (QS Al-Baqarah: 61)

    Sumber: [Dikutip dari majalah Al Furqon Edisi 2 Th. II hal 37
    "Hari Raya Bersama Nabi Shollallahu 'Alaihi Wasallam"]


    # Ucapan *Taqobbalallahu Minna Waminkum* adalah ucapan yang sebaik nya untuk Hari Raya berbanding Ucapan maaf zahir dan batin.

    # Cara menjawab ucapan ini;

    "Taqobbalallahu minna waminkum",
    “Taqabbal ya karim”dan ada juga orang menjawab dengan ucapan
    "Minna wa minkum taqabbalallah".

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih atas ilmu yang diberikan.

      Padam
  8. Selamat hari raya untuk Boss Noob dan seluruh warga Buasir Otak :)

    BalasPadam
  9. lahanat betul..punya la seronok aku hari2 bca blog ko.tetiba ko bleh cakap xnk update seminggu.meroyan ah cam ni..arghhhh...Nob..

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...