Iklan Leaderboard

Selasa, 28 Julai 2015

9 Senarai penuh Menteri Kabinet Malaysia 2015 baru

Tanggal 28 Julai 2015, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan rombakan Kabinet dengan menyaksikan Tan Sri Muhyiddin Yassin digugurkan dan tempatnya digantikan oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Muhyiddin mula menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri pada 9 April 2009.

Selain Muhyiddin, empat menteri dan seorang timbalan menteri turut digugurkan setelah mengambil kira pertimbangan politik dan kepentingan pentadbiran.

Menteri yang digugurkan adalah Datuk Seri G.Palanivel yang menjawat jawatan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar; Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Menteri Luar Bandar dan Wilayah): Datuk Seri Hassan Malek (Menteri Perdagangan dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan) dan Datuk Dr Ewon Ebin ( Sains, Teknologi dan Inovasi).


Senarai Penuh Kabinet Baharu 2015

PERDANA MENTERI
Datuk Seri Najib Razak

TIMBALAN PERDANA MENTERI
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi

MENTERI KEWANGAN:
Datuk Seri Najib Razak

MENTERI KEWANGAN II:
Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlan

Timbalan Menteri:
1. Datuk Chua Tee Yong
2. Datuk Johari Abdul Ghani

MENTERI PERTAHANAN
Datuk Seri Hishammuddin Hussein

Timbalan Menteri:
1. Datuk Mohd Johari Baharum

MENTERI DALAM NEGERI
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi

Timbalan Menteri:
1. Datuk Nur Jazlan Mohamed
2. Masir Anak Kujat

MENTERI LUAR NEGERI
Datuk Seri Anifah Aman

Timbalan Menteri
1. Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican

MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI
Datuk Seri Mustapa Mohamed

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri 2
Datuk Seri Ong Ka Chuan

Timbalan Menteri:
1. Datuk Ahmad Maslan

MENTERI KESIHATAN
Datuk Seri Dr S.Subramanian

Timbalan Menteri
1. Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya

MENTERI PENDIDIKAN:
Datuk Seri Mahdzir Khalid

Timbalan Menteri:
1. P.Kamalanathan
2. Chong Sin Woon (Senator)

MENTERI PENGAJIAN TINGGI
Datuk Seri Idris Jusoh

Timbalan Menteri:
1. Datuk Mary Yap Ken Jin

MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Timbalan Menteri:
1. Datuk Mas Ermieyati Samsudin

MENTERI PENGANGKUTAN
Datuk Seri Liow Tiong Lai

Timbalan Menteri:
1. Datuk Abdul Aziz Kaprawi

MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI:
Datuk Amar Douglas Unggah Embas

Timbalan Menteri:
Datuk Noriah Kasnon

MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA
Senator Datuk Seri Salleh Said Keruak

Timbalan Menteri:
1. Datuk Jailani Johari

MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR:
Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili

Timbalan Menteri:
1. Datuk Seri Dr James Dawos Mamit

MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH:
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Timbalan Menteri:
1. Datuk Alexander Nanta Linggi
2. Datuk Ahmad Jazlan Yaakub

MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INNOVASI:
Datuk Wilfred Madius Tangau

Timbalan Menteri:
1. Datuk Dr Abu Bakar Diah

MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR:
Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Timbalan Menteri:
1. Datuk Ir Hamim Samuri

MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI:
Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek

Timbalan Menteri:
1. Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman

MENTERI KERJA RAYA:
Datuk Seri Fadillah Yusof

Timbalan Menteri:
Datuk Rosnah Rashid Shirlin

MENTERI PEMBANGUNAN WANITA KELUARGA DAN MASYARAKAT
Datuk Seri Rohani Abdul Karim

Timbalan Menteri
1. Datuk Azizah Mohd Dun
2. Senator Datuk Chew Mei Fun

MENTERI SUMBER MANUSIA
Datuk Seri Richard Riot Anak Jaem

Timbalan Menteri
1. Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib

MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN
Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor

Timbalan Menteri
1. Datuk loga Bala Mohan

MENTERI BELIA DAN SUKAN
Khairy Jamaluddin

Timbalan Menteri
1. Datuk M Saravanan

MENTERI JABATAN PERDANA MENTERI
1. Datuk Seri Azalina Othman Said
2. Nancy Shukri
3. Senator Datuk Seri Wahid Omar
4. Datuk Wee Ka Siong
5. Datuk Seri Jamil Khir Baharom
6. Senator Datuk Seri Idris Jala
7. Tan Sri Joseph Kurup
8. Datuk Joseph Entulu Belaun
9. Datuk Seri Shahidan Kassim
10. Senator Paul Low Seng Kuan
11. Datuk Mah Siew Keong

Sumber Berita Harian.

Baca kenyataan media PM Najib mengenai tindakan rombakan kabinet ini.

Baca juga senarai penuh "Menteri Kabinet yang dibentuk selepas PRU13 tahun 2013".


* * * * * * * * * *

Rentetan TPM Muhyiddin Yassin sebelum ini yang menyaksikan beliau tidak berapa sehaluan dengan PM Najib terutama dalam isu 1MDB, maka tidak mengejutkan apabila beliau "disingkir" atau perkataan yang lebih sopannya "digugurkan" daripada barisan kabinet PM Najib. Malah tak kurang juga TSMY terus dilabel sebagai pengkhianat melayu oleh penyokong2 UMNO yang pro-Najib malah dibuat laporan SPRM terhadap kegagalan projek 1BestariNet.

Apa pun juga perancangan kerajaan yang dipimpin oleh PM Najib, kita terima sahajalah dengan hati yang terbuka. Nak marah sangat pun sampai nak maki hamun pun tak guna sebab mereka bukan peduli apa pun, lagipun sebagai seorang PM, DS Najib memang layak untuk pilih siapa yang dia mahu untuk bekerja dengan dia. Kalau rasa nak hukum mereka, hukum pada PRU14 nanti.

Kepada semua yang disingkirkan daripada kabinet, jangan terlalu bersedih. Walau anda tiada jawatan dalam tampuk kepimpinan negara, anda masih lagi ahli parlimen dan wakil rakyat di kawasan yang anda telah dipilih. Baliklah ke kawasan anda dan teruskan buat kerja2 anda sebagai wakil rakyat dan ahli parlimen seperti mana wakil rakyat lain.

Tak perlu lah juga nak buat2 parti lain seperti mana ahli PAS yang tersingkir menubuhkan parti Gerakan Harapan Baru (GHB). Kalau rasa nak keluar parti juga, keluar jadi wakil bebas atau lompat sahaja ke parti2 yang sedia ada seperti PAS, PKR atau DAP. Negara kita tak perlu banyak2 sangat parti politik.

Apa yang pasti, lepas ini tiada lagi kenyataan2 lucu dari DS Hasan Malek.

Kita juga pasti merindui telatah Datuk Ahmad Maslan dengan "GST"nya selepas beliau bertukar portfolio ke Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industiri (MITI).

Cuma sedih juga kerana sebelum ini gadis muda yang bernama Zahra pernah meluahkan realiti dan masalah kehidupan rakyat di Malaysia kepada TSMY masa beliau jadi TPM, tapi memandangkan beliau sekarang dah tak jadi TPM, maka luahan tersebut mungkin hanya akan tinggal kenangan sahaja.

Btw, just for refreshment, negara kita antara negara yang saiz jemaah menteri kabinetnya besar dan mempunyai ramai barisan menteri dan timbalan menteri walaupun jumlah penduduk hanya sekitar 30 juta orang, berbanding negara2 lain yang jauh lebih maju namun mempunyai bilangan menteri yang lebih sedikit walau bilangan penduduk jauh lebih ramai daripada Malaysia.

Akhir sekali, mari kita imbau kenangan suka dan duka sepanjang TS Muhyiddin menjadi Timbalan kepada DS Najib. #najibmuhyiddinthrowback














tags: senarai penuh menteri kabinet malaysia 2015 jemaah rombakan pm najib singkir gugur muhyiddin tpm ganti zahid hamidi

9 ulasan:

  1. bak kata seseorang di twitter

    Ahmad Maslan menuju ke arena lawak antarabangsa

    BalasPadam
  2. Scenerio selepas raya ��

    A : KABINET dapur baru ke bro??

    B : Tak lah, KABINET lama jugak. Susun2 balik je. .maklum la lepas raya ni besepah sikit. Huhuhu...YANG MANGKUK kasi dok atas sikit, letak
    KIPAS sekali. .yg mana dah XMAU pakai kasi BUANG.Cantik x?

    A : makin beselerak je KABINET kau ni bro aku tengok. Banyak sgt MANGKUK kt atas tu.

    B : Eh kau ni, RUMAH aku, aku PUNYA suka la. .kau tak suka kau bole
    blah. .

    #YANG MANGKUK² aku letak susun kat atas..Kikiki..
    semoge puashati dgn susunan KAbinet baru nie😝

    +++ c/p je ok..jgn marah ye

    BalasPadam
  3. Mmg dah dengar ura2 yg zahid akan try nak challenge Muhyidin pada pemilihan umno utk jawatan timb presiden, tp kali ni short cut habis bik jawatan TPM selepas seems mcm x sehaluan dgn PM..any ahli parti yg x sehaluan akan jd mcm ni x kira UMNO, Pas, MIC n lain2.

    Maybe tindakan PM agak tepat untuk survival politik samada personal atau parti...tp sy amat yakin ramai x bersetuju dgn perubahan ni sbb leh dikatakan kick out dlm kabinet dr jawatan tertinggi.

    Dgn masalah dalaman parti yg ada skrg x kira BN atau PR, sy still terfikir2 lagi ada ke MP nak perjuangkan masalah rakyat? Masing2 nak setelkan survival politik masing2 dulu n elaun MP dinaikkan...gebang nak tolonh rakyat just nak tarik undi n tiada jaminan yg mereka perlu bantu rakyat secara specific...jika ada bajet atau dekat PRU baru nak ambil hati rakyat.

    Kesimpulannya. ...politician are mostly useless, pentingkn kuasa n poket masing2 dulu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang....majoriti skrg pemimpin sibuk kejar pangkat,duit dan kuasa je..sblum ngundi,janji mcm2 bila dh dpt kdudukan diingini...kite semua mcm sampah...ibarat dh dpt madu sepah dibuang....
      memang betul,kuasa hak pm..tp diorg semua sibuk sgt kejar pangkat harta kdudukan..sampai kite semua ni dilanyak2..hutang negara kite jgk yg salah ke? minyak turun,mata wang turun,gst,salah kita ke? org yg bergaji 3ribu ke atas mungkin xde mslh ngn semua tu..bgaimn pulak dgn majoriti org xbpendidikan tgi yg gaji 900 -1500? mana nk byr rmh..anak2 skolah,api air,brg rmh,belanja,minyak motor,? pengalaman lihat ada sdara mara dan kwn2 yg berkeadaan sedemikian dr mata kepala saya sendri..tu la mslh kerajaan xde pk hal rakyat....diorg sibuk rebut kuase dan berbalas meriam sama sendiri..

      Padam
  4. Kerajaan pandai abiskan duit je.....rakyat yg merana akibat hutang negara.

    BalasPadam
  5. Politics is just a game.. kick out.. sok2 join blik.. real politic kan?

    Dpan pblic nampk je gadoh.. dengki khianat x sefahaman.. tp realitinya kat blakag pak2 mnteri ni bleh je lpk cafe parlimen ngeteh sesame..siap glak sakan bagai.

    Tp tu lah.. nampk permainan diorg ni... tapi sebenarnye yg dipermaiankn cuma lah rakyat sendiri..

    BalasPadam
  6. Mana commentator Anwar Ibrahim ni. Mesti dia suka isu ni

    BalasPadam
  7. Lepas tu pembangkang sibuk nak anjur BERSIH 4.0 pulak.
    Mentang2 laa politik bn tgh tak stabil, terus nak menangguk di air yang keruh. Hehe,
    Nice move BERSIH. Jangan terbalikkan kereta polis lagi ya...

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...