Iklan Leaderboard

Sabtu, 28 Jun 2014

15 Kenapa Malaysia perlu ada ramai Menteri?

Seorang setiausaha sulit kanan menteri inbox saya memberikan alasan mengapa negara kita perlu mempunyai yang ramai. Pandangan beliau menarik.

Katanya, sebagai penulis saya “perlu membezakan peranan dan tugas menteri di Malaysia dengan negara lain." Di AS misalnya, menteri tidak perlu pergi kenduri, bersalin, bencana, sakit, mati.

Di Malaysia ini, kata sahabat saya itu, 50% beban menteri adalah untuk menyelesaikan masalah di atas. Tanya beliau: “Mengapalah sukar bagi rakyat Malaysia untuk memahami beban dan tugas menteri ini?”

Saya boleh menerima alasan sahabat saya itu, masuk juga akalnya biarpun sipi. Bagaimana pula dengan rakan sekalian?


Tulisan di atas dipetik dari status FB Prof Madya Datuk Dr. Mohammad Agus Yusoff. Sebelum ini beliau juga pernah membangkitkan persoalan yang sama seperti berikut di mana bilangan menteri kita terlalu ramai berbanding saiz jumlah penduduk negara kita:
“Untuk apa kita mempunyai 35 menteri berbanding hanya 31 menteri pada tahun 2008?” tanya penganalisis politik, Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff di dalam Facebooknya.

Menurutnya, Kabinet Jepun dan AS cuma ada 16 dan 18 menteri sahaja; United Kingdom 23, Bolivia 27 dan Belgium 21 menteri kabinet. India pula dengan 1.1 bilion penduduk hanya mempunyai 32 menteri kabinet.

“Adakah Malaysia dengan jumlah menterinya yang ramai lebih baik dan lebih maju dari negara-negara di atas?” tanya beliau lagi.

Dan yang terbaru, selepas PM Najib mengumumkan pelantikan Menteri dan Timbalan Menteri baru dari kalangan pemimpin parti MCA dan Gerakan, Dr. Agus menyifatkan perbelanjaan yang banyak akan diperlukan bagi menampung kos pengurusan menteri.
“Bila menteri semakin ramai maka belanja akan lebih banyak dan secara langsung wang rakyat akan banyak digunakan. Tengoklah jalan sesak, tetapi tol terpaksa dibayar. Tengoklah tarif elektrik naik, tetapi bekalannya terputus, tengoklah nasib orang miskin dan OKU yang terbiar.

“Masyarakat mengharapkan rombakan kabinet bagi menilai semula prestasi menteri sedia ada tetapi apa yang diumumkan hanyalah penambahan. Sudah sampai masanya beberapa menteri ditukar ke kementerian lain atau digugurkan, tetapi itu tidak berlaku,” 

Berapa kos untuk menampung jumlah menteri yang ramai ini? RM10 juta setahun. Itu hanya pendapatan mereka sahaja, tak termasuk kos2 lain seperti kos penyelenggaraan kediaman rasmi, pengangkutan dan lain2.
Jika dibandingkan dengan negara-negara Komanwel, kabinet negara kita besar jika dibandingkan dengan populasi penduduk.

India, negara dengan satu bilion penduduk, menyaksikan juga 23 anggota kabinet.

Malah, menteri di India tidak mempunyai gaji pokok dan dibayar berdasarkan elaun harian yang ditetapkan parlimen mereka.

Di United Kingdom yang mempunyai 63 juta penduduk, juga mempunyai 23 anggota kabinet yang menerima bayaran £1.57 juta setahun (RM8.54 juta).

Apakah maksud kepada jumlah itu? Maksudnya, negara kita memang sudah sangat kaya!!!


Kenapa Malaysia perlu ramai menteri? Untuk apa sebenarnya? Jawapannya mudah...

1. Nak jaga hati ramai pihak.

Berbeza dengan negara2 lain seperti US, Jepun, UK, Thailand, Korea Selatan, negara mereka tidak begitu banyak perbezaan kaum dan agama. Kalau ada pun mungkin satu kaum majoriti dan satu lagi kaum minoriti atau dua kaum yang seimbang. Seperti Jepun, majoritinya semua orang Jepun. Negara India, majoritinya semua orang India. Negara Russia, majoritinya semua kaum yang sama. So mereka tak perlu menteri ramai2 sebab pemimpin mereka boleh menjadi wakil kepada kaum yang majoritinya sama.

Negara kita pula berbeza. Negara kita terlalu berbilang bangsa dan agama. Ada kaum Melayu, Cina, India dan juga pelbagai di Sabah dan Sarawak. Ada penganut agama Islam, Kristian, Buddha, Hindu, Sikh dan lain2. Ada pula 13 negeri yang masing2 punya budaya dan cara hidup masing2.

Disebabkan semangat perkauman, agama dan negeri itu terlalu kuat, maka masing2 mahu ada pemimpin yang dilantik yang dari kalangan mereka. Kalau takde pemimpin dari kalangan mereka, maka mereka akan rasa diri mereka disisih dan dipinggirkan oleh kerajaan Malaysia. Mereka kurang yakin yang pemimpin dari bangsa, kaum dan negeri lain boleh menjaga mereka.

Orang Cina tak yakin pemimpin Melayu boleh jaga mereka. Orang Melayu tak yakin pemimpin Cina boleh jaga mereka. Orang India tak yakin pemimpin Melayu dan Cina boleh jaga mereka. Orang Sabah Sarawak tak yakin pemimpin dari Semenanjung boleh jaga orang mereka. Orang Kelantan tak yakin pemimpin negari lain boleh bela orang mereka. Orang Johor tak yakin pemimpin negeri lain boleh bela orang mereka. Orang Kristian tak yakin pemimpin Islam boleh jaga mereka. Orang Islam tak yakin pemimpin Kristian boleh jaga mereka.

Disebabkan berapa banyak hati orang dari pelbagai kaum, agama dan negeri ni yang nak dijaga, maka terciptalah pelbagai jenis jawatan menteri, timbalan menteri serta jawatan2 khas yang lain yang kadang2 tak perlu dan takde fungsi pun, bak kata orang kalau takde pun takpe, semata2 nak letak wakil dari kalangan setiap kumpulan masyarakat ini, lantas ia diberi nama yang sedap sikit iaitu "PERKONGSIAN KUASA".

Kat sini dah boleh nampak kelemahan masyarakat kita, di mana betapa perpaduan di antara kumpulan2 dalam masyarakat kita sangat lemah. Masing2 tak percaya pada kumpulan yang lain, perlu juga wakil dari kumpulan mereka untuk menunjukkan yang kumpulan mereka tak disisih dan dipinggirkan.


2. Habuan politik.

Habuan politik ini boleh digunakan sebagai janji pilihanraya untuk memancing undi di suatu kawasan, dengan harapan rakyat kawasan itu akan mengundi mereka, seperti contoh jika anda mengundi calon kami dan calon kami menang, beliau akan dilantik menjadi menteri. Maka penduduk kawasan itu pun akan mengundi calon tersebut dengan alasan kalau dia menang, dia akan jadi menteri, dan jika dia akan menjadi menteri, kawasan mereka akan dapat untung.

Juga sebagai seorang pemimpin, apa yang perlu kita buat untuk memegang ketua dan wakil dari kumpulan2 yang lain agar mereka terus setia memberi sokongan dan tidak berpaling tadah? Itulah jawatan dan pangkat. Dengan jawatan dan pangkat, datanglah benda2 lain seperti kuasa, kekayaan dan kemewahan. So dengan memberi setiap wakil kumpulan2 ini jawatan dan pangkat, mereka pasti akan terus memberi sokongan dan tidak berpaling tadah terhadap kita. Kalau tak bagi sesuatu, mungkin mereka akan kecil hati dan mengalih sokongan kepada orang lain.

Sebab tu calon yang kalah pilihanraya pun boleh dapat jadi menteri, masih boleh jadi timbalan menteri, boleh jadi pengerusi GLC dan macam2 lagi jawatan dalam kerajaan. Ini tak termasuk jawatan2 baru yang tiba2 dicipta dan diwujudkan semata2 nak pegang orang2 yang berpengaruh dalam politik seperti Mohamad Ezam yang tiba2 dilantik menjadi Pengarah Komunikasi Kementerian Kewangan, sedangkan sebelum ini tanpa jawatan tu operasi berjalan seperti biasa, malah selepas ada jawatan tu pun tak nampak apa perubahan yang lebih bagus terhadap agensi tersebut.

Sebab tu banyak individu yang lepas dah jadi mantan atau bekas menteri, waktu diorang dah tak dipegang oleh siapa2, masa tu la diorang lantang bersuara kritik kerajaan dan buka kelemahan2 yang ada dalam kerajaan, sebab diorang dah takde kuasa, takde jawatan, takde pangkat.


So dengan 2 sebab ni, korang dah tahu kan kenapa Malaysia ni perlu ramai sangat menteri dan jawatan2 yang tak perlu pun? So apa yang korang boleh buat? Takde apa, jalani je kehidupan seperti biasa. Cuma kalau lepas ni orang tanya, kenapa Malaysia ada ramai menteri, so korang boleh nampak bijak sikit bila jawab nanti kah kah kah.





tags: kenapa malaysia perlu ramai menteri beza saiz jumlah kabinet timbalan negara lain ratio kepadatan penduduk per kapita keluasan negara lain jaga hati masyarakat habuan politik

15 ulasan:

  1. sepatutnya bagus klu ada ramai menteri.
    tugas yang besar boleh diagih2 kn.
    lagipun malaysia ada pelbagai kaum.
    tp sbenarnya lagi teruk.

    BalasPadam
  2. Setakat 35 orang menteri dan 35 lagi timbalan menteri rasa nya belum cukup banyak.....itu tak termasuk PA / SU dan lain lain kaki ampu yang di bayar oleh duit rakyat ( tanpa banyak mendapat faedah) Saya cadangkan agar lebih ramai menteri di lantik eg. menteri yang menjaga tasik dan hutan , menteri yang menjaga angin dan udara dan lain lain ...cukup kan seramai 100 - 150 orang , baru lah meriah bila mesyuarat....

    BalasPadam
  3. Biarla negara kita banyak menteri barulah boleh masuk World Guinness Of Record. Suka hati Najib dan Kak Ros la. Yang kau org sibuk sibuk kenapa? Malaysiakan masih aman.

    BalasPadam
  4. 5 RUKUN ISLAM

    1. Mengucap dua kalimah syahadah.
    2. Mendirikan solat.
    3. Menunaikan zakat.
    4. Berpuasa di bulan Ramadhan.
    5. Menunaikan haji di Mekah bagi yang mampu.

    6 RUKUN IMAN

    1. Beriman dengan Allah subhanahu wa taala.
    2. Beriman dengan para malaikat.
    3. Beriman dengan kitab-kitab suci.
    4. Beriman dengan para Rasul.
    5. Beriman dengan Hari Akhirat.
    6. Beriman dengan Qada' dan Qadar.

    BalasPadam
  5. tak paham aku.. negara KECIK cmni ade byk menteri mengalahkan negara2 lain. erk.

    BalasPadam
  6. duit rakyat digunakan untuk bayar gaji perompak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Termasuk Penang, Selangor dan Kelantan....

      Padam
    2. x termasuk..penang dan selangor ada nampak pembaharuan dan telus.. ...benar kelantan mundur tapi bukan negeri termiskin dalam malaysia..

      Padam
  7. 5 RUKUN ISLAM

    1. Mengucap dua kalimah syahadah.
    2. Mendirikan solat.
    3. Menunaikan zakat.
    4. Berpuasa di bulan Ramadhan.
    5. Menunaikan haji di Mekah bagi yang mampu.

    6 RUKUN IMAN

    1. Beriman dengan Allah subhanahu wa taala.
    2. Beriman dengan para malaikat.
    3. Beriman dengan kitab-kitab suci.
    4. Beriman dengan para Rasul.
    5. Beriman dengan Hari Akhirat.
    6. Beriman dengan Qada' dan Qadar.

    BalasPadam
  8. Berlaku byk menteri dlm kabinet ialah byk parti komponen dlm BN sendiri...tp kalau difikirkan balik PR pun buat namelist menteri yg kuantiti yg sama jugak masa Pra-PRU13, semua sbb nak ambil hati MP yg terlibat. Papepun ini semua politik, semua isu boleh dijadikan modal...tp paling penting keberkesanannya, terutama kpd kementerian perlancongan (ehem ehem)

    BalasPadam
  9. 5 RUKUN ISLAM

    1. Mengucap dua kalimah syahadah.
    2. Mendirikan solat.
    3. Menunaikan zakat.
    4. Berpuasa di bulan Ramadhan.
    5. Menunaikan haji di Mekah bagi yang mampu.

    6 RUKUN IMAN

    1. Beriman dengan Allah subhanahu wa taala.
    2. Beriman dengan para malaikat.
    3. Beriman dengan kitab-kitab suci.
    4. Beriman dengan para Rasul.
    5. Beriman dengan Hari Akhirat.
    6. Beriman dengan Qada' dan Qadar.

    BalasPadam
  10. Kalau ni la sebabnye, kekalkan la status negara membangun smpai seribu tahun lagi.

    BalasPadam
  11. 5 RUKUN ISLAM

    1. Mengucap dua kalimah syahadah.
    2. Mendirikan solat.
    3. Menunaikan zakat.
    4. Berpuasa di bulan Ramadhan.
    5. Menunaikan haji di Mekah bagi yang mampu.

    6 RUKUN IMAN

    1. Beriman dengan Allah subhanahu wa taala.
    2. Beriman dengan para malaikat.
    3. Beriman dengan kitab-kitab suci.
    4. Beriman dengan para Rasul.
    5. Beriman dengan Hari Akhirat.
    6. Beriman dengan Qada' dan Qadar.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...