Bagi yang dah lama follow Buasir Otak ni, pasti tahu macam mana kami menulis sebuah artikel. Boleh kata kebanyakan artikel yang ada di sini ditulis dengan menggunakan kepala hotak kami sendiri yang dipinjamkan Tuhan kepada kami. Kalau ada tulisan atau petikan yang diambil dari tempat lain, hatta petikan berita sekalipun, pasti kami akan sertakan sekali link dari mana sumber yang diambil dan bagi kredit kepada penulis asal.
Ini kerana kami amat menghargai dan menghormati usaha penulis dalam menghasilkan artikel dan berita tersebut. Bukan mudah sebenarnya untuk memerah kepala otak mencari idea dan meluangkan masa
untuk menaip artikel walau kadang2 hanya dibaca oleh beberapa orang sahaja.
Sebenarnya apa tujuan aku menulis blog ni? Untuk cari duit lebih? Sejujurnya aku cakap, aku tak pernah cash-out dari mana2 pengiklan seperti Nuffnang, Innity dan yang seumpamanya. Ini kerana sejak hampir 3 tahun blog ini beroperasi, jumlah yang terkumpul untuk iklan aku tak pernah sampai ke jumlah yang melayakkan aku untuk cash-out.
Malah iklan dari penaja ohsem tu pun sebenarnya dah lama aku tak update, walau sewa sebulan RM10 tapi aku selalu terlupa nak follow up dengan owner, last2 aku biar je iklan tu bertapak kat situ lama2 sampai la aku rasa rajin nak update. So kalau aku buat blog ini semata2 kerana duit, masuk je bulan ke-3 aku buat blog pasti dah lama aku rasa putus asa dan berhenti tulis blog.
Tapi aku tidak berhenti. Sebab tujuan aku menulis pun bukan kerana duit. Kalau pasal duit, setakat ini pendapatan tetap aku masih mampu untuk menyara hidup aku dan aku amat bersyukur untuk itu. Tujuan aku menulis selama ini pun hanya satu, nak menyampaikan pandangan aku terhadap pelbagai perkara yang berlaku di sekeliling kita agar kita dapat berfikir sesuatu mengenainya.
Disebabkan itu aku tidak kisah menghabiskan masa aku di depan komputer untuk mencari bahan dan idea, mencari pelbagai sumber dan membuat kajian untuk menguatkan lagi pandangan dan hujah aku agar tidak menulis dan menyebar sesuatu yang tidak sahih dan palsu dan akhirnya meluangkan masa untuk menaip dan mengarang ayat agar apa yang terkandung dalam buah fikiran aku dapat sampai kepada pembaca. Bagi aku adalah satu kepuasan apabila aku dapat menterjemahkan buah fikiran aku ke suatu bentuk penulisan dan ianya dapat dikongsi bersama orang lain.
Sebab itu bila aku jumpa ada orang lain MENYALIN, MENIRU, MENCURI, COPY PASTE mana2 artikel aku dan letak kat blog mereka TANPA letakkan kredit, sumber atau link ke lokasi asal artikel, aku jadi marah dan sakit hati. Bukan itu sahaja, si PLAGIAT ini turut membuang segala link yang aku letak kat artikel tu yang merujuk ke blog ini dengan tujuan untuk menghilangkan bukti yang artikel tersebut di PLAGIAT daripada blog Buasir Otak ini.
Serius, best ke mencuri tulisan orang lain? Rasa bangga ke mengaku tulisan orang lain diri sendiri yang punya? Rasa best ke tulisan orang lain yang bersusah payah membuat kajian, perah kepala otak cari idea mengarang ayat, kau tinggal copy dan klaim yang itu hasil tulisan kau? Serius, RASA BEST ke? Kau tak rasa JIJIK ke mengambil kesempatan dan mendapat kredit atas usaha dan penat lelah orang lain? Katakan pada aku, tak rasa JIJIK ke?
Sebelum ni banyak kali aku sound kat mana2 blog yang curi artikel aku dan biasanya mereka akan minta maaf dan ubah letak kredit link asal. Cuma ada sekali tu aku meninggalkan komen yang agak kasar pada sebuah blog yang mencuri artikel aku dengan ayat, "Copy artikel orang tapi sumber tak tulis, cam PUKIMAK kan?". Ya aku tahu komen aku agak kasar dan aku kesal kerana mengeluarkan komen seperti itu, tapi mencuri usaha orang lain dan klaim diri sendiri yang punya bagi aku jauh lebih KASAR, TIADA ETIKA, TIADA STANDARD dan SANGAT KURANG AJAR.
Namun yang lebih peliknya bila tuan punya blog yang mencuri artikel aku tu mesej aku di Facebook dan menyalahkan aku kerana mengeluarkan komen yang kesat pada dia. Malah dia langsung tidak rasa dan tidak mengaku bersalah kerana mencuri artikel aku dengan alasan, "Semua blogger copy paste juga takde masalah pun?",
"Kalau tak nak orang curi jangan la tulis kat blog, tulis je kat buku baca sendiri sorang2 mesti takde orang curi." Memang kat Malaysia takde akta atau undang2 yang mengatakan curi tulisan orang lain di Internet dan klaim sebagai pemilik tulisan itu adalah salah di sisi undang2, tapi di mana ETIKA kau sebagai seorang manusia? Di mana KEHORMATAN diri dan NILAI MORAL kau? Kalau mahu orang lain hormat diri kau, kenapa tidak mahu menghormati karya milik orang lain?
Lagi alasan yang menyakitkan hati, "Alah kau pun copy paste artikel orang tak letak sumber pun". Dahla curi artikel orang, lagi nak samakan aku dengan dia. Maaf, aku tidak sama dengan kau. Kau plagiat hasil kerja orang, aku menulis dengan usaha aku sendiri. Kau tiada etika, aku sekurang2nya cuba untuk menjaga etika aku. Tahap pemikiran kita tak sama.
"Aku copy paste artikel orang lain tak letak sumber asal, takde orang tu marah pun?" Tak marah kepala hotak kan? Haah memang semua orang tak kisah tulisan
diorang di PLAGIAT kan? Ya memang kami tulis artikel ini untuk korang
curi dan klaim yang tu korang yang tulis kan?
Yang paling tak boleh brain, "Kau bukan Tuhan nak hukum orang?" Apa kaitan isu PLAGIAT ni dengan menghukum orang dan jadi Tuhan? Kau dah mati hujah, kau heret Tuhan sekali untuk backing tindakan kau. Nice one!
Dia yang buat salah at the first place, aku pulak yang dikatanya melanggar dia sebab mencarut kat dia? Dafuq??? Maaf, aku bukan Nabi, aku bukan malaikat. Aku hanya manusia biasa yang sukar mengawal emosi bila orang PLAGIAT hasil usaha aku tanpa rasa bersalah. Aku tanya balik apa POINT dan TUJUAN kau tulis blog kalau semata2 nak curi artikel orang lain dan letak kat blog? Sekadar nak kejar pageviews dan unique views untuk tarik iklan?
Serius, cam PUKIMAK kan?
tags: plagiat hasil usaha orang lain tanpa rasa bersalah cam pukimak kaki berita sensasi wordpress blog http://kakiberitasesnsasi.wordpress.com facebook fb tiru copy paste artikel entry post curi rembat plagiarism
Selasa, 24 Jun 2014
19 ulasan:
Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.
* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
hihihi . kerje ni biase student buat untuk assignment . tapi of cos la tak elok kan .
BalasPadamTercetuskah evolusi?
BalasPadammmg pukimakkkk..da salah lg nk sound org..aku suka cara penulisan ko pon..kdg2 aku rs pemikiran kita sama..aku da baca semua post kt blog ni..aku harap blog ni akan wujud smpai ble2..rasa nk kenal ko sgt2..hehe..boleh jumpa x?? :)
BalasPadam-aMyLeE-
noob aku tengok dekat blog dia x ada comment noob, mungkin dia dah remove kot?
BalasPadamTeruskan menulis noob. Gua pembaca setia b.o sejak tahun 2012 lg heheh..
BalasPadamKah kah kah kah! Bunyi macam budak baru nak up je ni. Plagiat lepas tu bajet bagus. Aku malas nak profiling (padahal tak reti pon) tapi ni budak baru nak up ni..
BalasPadampersamaan orang yang gagal -----> selalu menyalahkan orang lain atas kesalahan sendiri. tidak pernah nak "own up to their own mistakes". (tak paham kalu, ambik kamus atau google.)
Semalas-malas aku nak credit semua gambo ceduk kat mana... still aku buh Mr google... so tuan empunya tau aku ceduk dari situ... bkn direct dari page die.. hehehe... gambo je kut... nak hiasan semata-mata yang tiada kaitan ngan cerita... kang ayat je semua korang lak bosan nak baca kan... hehehe
BalasPadamGaya nampak sangat budak... gaya penafian pun budak... kalo orang dah matang cara penafian lain...
Rilek noob, kalau aku baca kat blog orang..ada kau punya post tapi diorang ciplak..aku tulis "ni noob BO punya ayat,haramjadah...pencurikkkk"
BalasPadampergh teruk gila punya perangai, mesti dak blog tu copy paste, perangai bangsat....
BalasPadamcis siapa yg kurang ajar sangat copy lu punya blog ni noob. kasitau gua, nanti gua bwk budak-budak gua pergi pukul itu budak
BalasPadamNoob, lg bagus klu ayat carut tu xtulis dlm ni, biar sekadar dlm blog pencurik tu dh la.. Pelbagai lapisan bc blog ko ni..
BalasPadamSetuju. Kasar sgt la abg Noob. Kelebihan yg ada pd kita ni semua pinjaman dari Allah. Semua milik Allah. Lately abg Noob selalu sgt nk mrh2. Ada mslh ke?
PadamMemang patut kena kaki....dah palagiat buat rasa x bersalah
BalasPadamalaa, bdak2 yg cmtu memey.. Dah kering idea,pastu pg copy paste org pye.. Nmpak sgt cetek pmikiran bdak tu.. Dahtu plak nak sama2 kan dgn kau noob.. Tu yg wat ak panas.. Ish..
BalasPadamNi sumer poyo...haktuihhhh
BalasPadamMelayu yg malas...nak cepat kaya, popular..tp nak goyang kaki n CTRL+C & CTRL+V je...sigh
BalasPadamDasyat... sampai ayat kat "About Me" pun plagiat org lain punya..
BalasPadamkeep up your good work!
BalasPadamjangan risau..rasanya semua akan tahu menilai siapa permata dan siapa kaca.
Ni sumer poyo....haktuihhh
BalasPadam