Iklan Leaderboard

Ahad, 15 Jun 2014

8 Kubur itu masing-masing

Ameera sangat marah. Gambar di Instagram dicemuh pengikutnya. Gambar yang diambil bersama rakan-rakannya di sebuah club terkenal di Kuala Lumpur baru diposnya pagi tadi.

Bukan apa pun! Setakat nampak lurah sikit dan berlatar belakangkan botol-botol arak. Bukannya dia berbogel. Bukannya dia tengah pegang arak itu ( Tapi kalau unit forensik membuat ujian, pasti jumpa cap jarinya di salah satu cawan arak tersebut ).

Gambar hiasan

Ameera tidak faham mengapa mereka ni suka jaga tepi kain orang. Tidak faham dengan kemunduran fikiran mereka ini. Baginya mereka semua seperti katak di bawah tempurung.

Marah Amerra sikit terubat apabila terbaca beberapa komen yang diharapkan ditulis.

"Sexylah you ni," tulis @jejaka_kacak.

"Wow! Nice pic. Nice body," tulis @macho_boy.

"Apa korang nak kecoh! I support you Meera," tulis @club_loving_girl.

Ameera terus membaca komen-komen yang diberi.

Matanya menyinga apabila terbaca salah satu komen.

" Tak takutkah dengan kematian? Jika ini perlakuan terakhir awak dekat dunia ni, bukankah azab yang menanti?" @nur_jannah.

"Woi @nur_jannah! Yang kau sebok kenapa? Aku tak kacau kau pun! Nak sebut pasal mati, pasal azab kat tempat lainlah. Suka hati akulah nak buat apa! Kubur masing-masing kay!"

Ameera membalas dengan kegemaran.

Ameera mengambil kunci keretanya. Dia ada lunch date dengan boyfriendnya.

Ameera masih marah. Komen @nur_jannah itu. Terngiang-ngiang di kepalanya. Kemarahan itu membuat dia tak sedar yang dia memandu semakin laju.

Dalam kejauhan Ameera nampak lampu isyarat bertukar kuning. Dia memijak accelarator dengana kuat. Sempat, fikirnya.

Tidak sempat. Sebuah lori datang dari simpang kanan. Kereta Ameera dirempuh kuat. Berpusing-pusing kereta Ameera sebelum berhenti kira-kira 20 meter.

Orang ramai berkumpul di sekeliling kereta Ameera. Cuba memberi bantuan. Orang ramai itu cuba mencabut pintu kereta untuk mengeluarkan Ameera yang terperosok ke dalam.

Bomba, polis dan ambulan tiba di tempat kejadian. Beberapa ahli bomba berhempas pulas memotong kereta Ameera. Beberapa polis membantu mengawal lalu lintas, untuk memudahkan kerja-kerja menyelamat. Setelah Ameera berjaya dikeluarkan, beberapa paramedik cuba menyelamatkan nyawa Ameera. Namun tidak berjaya. Nyawa Ameera telah dicabut.

Malam itu rumah ibu bapa Ameera dikunjungi dengan pelbagai manusia. Jenzahnya yang baru diambil dari hospital diletak di tengah-tengah rumah. Orang yang berkunjung tadi mendoakan kebaikan untuk jenazah Ameera.

Keesokan harinya, jenazah Ameera dimandikan. Kemudian dikafankan. Muslimah ahli kariah masjid yang melakukannya.

Setelah semuanya selesai. Jenazah Ameera diangkat beramai-ramai. Dibawa ke masjid. Ramai yang hadir untuk melakukan solat jenazah.

Jenazah Ameera ditanam dengan bantuan jiran tetangga. Kemudian ditalkinkan oleh imam dan jemaah yang hadir.

Setelah semuanya selesai, semua orang pun beredar. Ameera bersama jenazah-jenazah lain, masing-masing di kuburan mereka sendiri.

Jannah meletakkan surat khabar. Berita kematian seorang gadis yang terlibat dalam kemalangan ngeri mengusik jiwanya. Dia membuka aplikasi Instagram dan terbaca komen daripada gadis yang ditegurnya semalam. Dia hanya mampu menggelengkan kepala dan mendoakan agar gadis itu diberikan hidayah.


8 ulasan:

  1. Maka mampuslah ameera membawa bersama dosa-dosanya untuk dipersembahkan kepada maha pencipta.
    Melakukan salah tetapi mengaku dah bertaubat..amat baik.
    Melakukan salah tetapi berdiam diri namun ada niat bertaubat..ada harapan.
    Melakukan salah tetapi tidak mengaku malah mempertahankan salahnya..laknat.

    BalasPadam
  2. admin baru cerita goreng? btw mana aila noob? lama dah xpos sini..

    BalasPadam
  3. Oh Rozana

    Aku sendiri di sini,
    merenung dalam kesunyian,
    tak ku sadari air mata bangla menitis,
    terjatuh basahi pipi bangla

    Oh Rozana

    Bisjut & royi ini seakan membawa erti,
    jauh dari mu membuat bisjut & royi
    terpisahkan oleh jarak membuat ku risau,
    merasakan kesunyian ini.

    Oh Rozana

    Mungkin hanya lewat mimpi,
    kau bisa memeluk jejaka bangla,
    untuk melepas kerinduanmu,
    walau hanya sekadar bisjut & royi

    Nak bisjut?

    BalasPadam
  4. kat sini pun ada cerpen.. dah kena penangan cerpen kat khk ke ni.. hahaa.. ending tu klw lg sadis msti best.. baru ade kesan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya budak baru belajar...
      Ya. Mungkin kesadisan boleh ditambah lagi... TQ atas komen.

      Padam
  5. sambungan:

    kemudian bf kepada Ameera yg bernama C.Goreng mula mencari gf baru untuk diajaknya ke kelab yg baru bukak kat sebelah lowyat


    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha. Boleh buat episod 2.

      Tapi cerita ni tak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati

      Padam
  6. This is What Women Really Like !!
    Kenikmatannya Terasa Hingga ke Subuh !! >>> CLICK HERE !!

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...