Iklan Leaderboard

Isnin, 9 Jun 2014

44 Melayu mundur kerana melayu

Sebagai seorang Melayu, pasti anda akan ada rasa sakit hati dengan nukilan sajak berikut. Walau ia tak menggambarkan keseluruhan orang Melayu, tapi realitinya ia memang kena pada majoriti sikap dan sifat orang Melayu. Mahu mengubah persepsi buruk orang Melayu tersebut? Mari kita sama2 jayakannya dengan mulakan dengan diri sendiri dan ahli keluarga dulu.

Salah siapa ramai orang Melayu jadi begini? Salah Cina?

Melayu Mundur Kerana Melayu (Dr Shukri Abdullah)

Memang mudah tuding jari kepada DAP
Memang senang tuduh MCA atau MIC
Betul ke  Cina dan India yang menyebabkan Melayu mundur ?
Melayu alpa.
Melayu merempit.
Melayu ambil dadah.
Melayu gila hiburan.
Melayu asyik berkonsert.
Di dewan - konsert, di padang - konsert,
Di stadium - konset, di TV - konsert.
Hebat Melayu, dari Bintang Kecil ke Bintang Tua!
Angkara Cina dan India kah semua tu?

Memang banyak cerita Cina diskriminasi Melayu di dunia pekerjaan.
Dalam sektor swasta mereka kuasai.
Sukar anak Melayu nak naik pangkat.
Dunia perniagaan mereka control.
Payah peniaga Melayu nak mencelah sama.
Kita tidak kata Cina dan India 100% tidak bersalah.
Tetapi Melayu juga ada diskriminasi Cina dan India!!

Kita berkata, dimana Melayu boleh kawal kenapa Melayu tidak kawal.
Kenapa Melayu tak kawal hiburan hingga melekakan remaja Melayu.
Hingga kini bukan saja remaja Melayu
Mak bapak Melayu pun asyik dengan hiburan
Barangkali tok dan tok wan Melayu juga!
Bukan saja anak kecil, datuk dan nenek Melayu pun menyanyi.
Pun bergencok. Pun berlenggang. Pun lupa diri.
Jadi kalau ramai pelajar Melayu tak tau solat.
Kalau lagi ramai yang tau solat tak bersolat.
Terlalu ramai tak pernah jemaah di mesjid,
Salah Cina dan India lagi????

Siapa perintah negara setakat ini .... Cina dan India?
Siapa kesemua PM setakat ini .... Cina dan India?
Siapa semua hampir kesemua MB-KM setakat ini ... Cina dan India?
Siapa majoriti ketua2 jabatan setakat ini ... Cina dan India?
Siapa ketua Polis dan ketua Tentera setakat ini ... Cina dan India?

SEKARANG ini mari kita pakat perbaiki diri kita.
Perbaiki bangsa kita.
Perbaiki amalan agama kita
Perbaiki anak muda kita.
Perbaiki pelajar kita

Dengan menoleh ke dalam diri kita
Dengan muhasabah kesilapan kita
Dengan ikhlas dengan kekurangan kita
Dengan usaha perhebatkan bangsa kita.

Hanya Melayu yang Islam boleh maju kedepan.
Melayu yang Melayu sukar, lambat dan tak nampak jalan!
Lihat dalam Islam...
Kita diajak berjaya 15 kali sehari, 450 kali sebulan, 5400 kali setahun.
Kan berkemundang "Haiyya Alal Falah"
Dua kali dalam azan, sekali dalam iqamah ... 5 kali sehari.
Mari berjaya. Come to success.
Tetapi "Haiyya Alal Falah" didahului dengan "Hayya Alal Solah"
Maksudnya berjaya ikut acuan Islam.
Mari bersolat, mari berjaya.
Come to solat, come to success.

Rumusan:
Renung bangsa sendiri.
Tengok amalan agama bangsa sendiri.
Teliti kesilapan kealpaan bangsa sendiri.
Muhasabah bangsa sendiri.

Apabila kita asyik tuduh Cina dan India.
KIta tambah dengan Kadazan dan Iban
KIta Melayu, kita Muslim lupa perbaiki diri kita.
Itu salah kita selama ini.
Usah beralasan lagi.
Mari kita sama-sama cari jalan keluar.

Ayuh Melayu ... sama-sama fikir, sama-sama renung.
Sama-sama bertindak dengan bijaksana.
Bukan emosi tak tentu hala !


Woi Melayu! (Anonymous)

Woi melayu!
Rumahmu semua dibina indonesia,
Ekonomi pula dikuasai cina,
Golongan profesional semuanya india,
Warung makan pun, mamak dan siam yang berkuasa,
Warga bangla pula menjadi JaGa,
Orang Nepal yang menabur baja,
Orang pakistan usung karpet jaja merata,
Lalu melayu ada apa?

Harapkan ustaz, saling menyesat,
Harapkan hiburan, lagi best filem barat,
Harapkan raja, dok asyik kira daulat,
Harapkan bahasa, banyak telah bertukar kesat,
Harapkan tulisan, jawi pun mereka hambat,
Harapkan tanah, banyak digadai kepada korporat!

Woi melayu!
Masih mendabik menjadi tuan?
Sibuk mahu menjadi tuan,
Rupanya kerja kelas bawahan,
Ditipu mentah menteri atasan,
Konon perjuangan ini untuk kalian!

Kerja sikit, sembang kencang,
Banyak rungut, sikit rancang,
Siapa tegur, dituduh lancang
Duduk warung, gigit kacang!

Woi melayu!
Konon kau pantang dicabar,
Konon kau tangkas menyambar,
Tapi cuma indah khabar,
Rentakmu makin lama makin hambar

Kau melayu aku pun melayu,
Aku menulis bukan cemburu,
Aku mahu engkau tahu,
Kenapa melayu tak macam dulu.....lu pikir la sendiri




tags: cerpen sajak woi melayu bila nak sedar mundur

44 ulasan:

  1. 1st - samba de futsal (pj)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Melayu saling menjatuhkn, x boleh nk maju bersama. Terlalu ramai ada phd, dn lebih suka mencipta rekod guinness dgn dodol..

      Padam
  2. nice entry
    1st

    BalasPadam
    Balasan
    1. ko seken la -_-"

      Padam
  3. menarik sajak ni..mai kita pakat hayati..yang baik kita amik, yang tak baik tinggai buang..

    BalasPadam
  4. Tiadakah sajak yg menaikkan semangat melayu kah?
    Kalau ada blh terbitkan d blog ini..
    Boring juga bila baca..nk halusi pun x semangat
    Asyik melayu saja yg x betul.. mengapa kaum lain tidak bekata ttg keburukkan mereka..mengapa depa x cerita ttg hal mereka?
    Mengapa kita asyik nk crita buruk kita.. tiada anak melayu yg bagus kah? Plz Naikkan semangat org melayu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mengapa kaum lain x berkata hal keburukn mreka?? Kau nie dh bace smua hasil penulisan kaum lain kah? Yg dlm bhs inggeris, trmsuk yg dlm bhs cina & tamil skali? Hebat giler kau..

      Padam
    2. mana taknya ada 100 org melayu yg berperangai buruk dari 1 org melayu yg bagus perangainya so mejoriti lagi rmi berperangai buruk, memang layak la bro....

      Padam
    3. naik naikkan semangat melayu? senang saja... tapi pertama sekali kena buangkan rasa ketuanan melayu superior dlm diri dan semaikan rasa rendah diri... kedua, kembali kepada ajaran agama Islam, bkn sekadar islam atas IC sahaja... dan insya Allah, semangan orang melayu akan meningkat dengan sendirinya

      Padam
    4. Ni namanya muhasabah diri...
      awak mesti tak suke kalau awak dapat teguran kan...
      jom lahh.. tengok dan belek.. banyak yang betul dari untuk merendah2...
      semua ni untuk anak cucu kita masa hadapan...

      Padam
    5. takde sorang pun melayu yang rasa superior dalam diri banding bangsa lain yang kau plak sibuk nak menipu apehal?

      geng geng racist menipu konon melayu superior terus ko percaya padahal sama je melayu,cina, india bergaul sesama sendiri...

      Padam
    6. Ni realiti dan cabaran kpd bangsa Melayu supaya sedar dan berubah, jgn asyik rasa selesa dgn kedudukan kita skrg...Pujian melambung mmg sedap didengar tp takat tu jela pencapaian kita, x de kemajuan...

      Padam
  5. Harapkan tulisan, jawi pun mereka hambat?? Woi Anonymous, jawi tu pun asalnya dari tanah arab sana, melayu mana reti pikir nak buat huruf sendiri..lol

    BalasPadam
    Balasan
    1. ak hampir2 kena marah ngan bangla yg tanya apa tulisan org melayu, melayu memang xde tulisan sendiri... pun haha3 semua copy paste pastu claim sendiri punya..lol

      Padam
    2. kakaka kelakarnya...ko pun bukannya tulis jawi siap ciplak tulisan jugak...lol

      Padam
    3. ape bangangnye korang ni..tulisan melayu kuno to ape..rencong dngn kawi..bodo tak bertempat

      Padam
    4. Xde penah bkembang pn tulisan rencong kawi tu smua, senyap mati mcm tu saja, boleh dianggap mitos aje, bodo punya anon baca sejarah x abis, harapkan google je nk tembak komen kt sni, lahai bani qudut hudson sekor nie, kbye~~~

      Padam
  6. bangkit lah org melayu

    BalasPadam
  7. Key point yg aku nampak. Nak berjaya ko mesti ikut Jalan islam. Bukan jln nafsu bkn jln syaitan .. Tgk kpd gambar budak2 tahi kat atas buat gua jd takut nak ada anak.

    BalasPadam
  8. setuju ngan kau MIDNIGHT. .
    Tp jgn tkot ad anak plak. .
    Mak bpk la mainkan peranan utk bentuk ank2 yg diibaratkan mcm kain putih. .

    BalasPadam
  9. setuju ngan kau MIDNIGHT. .
    Tp jgn tkot ad anak plak. .
    Mak bpk la mainkan peranan utk bentuk ank2 yg diibaratkan mcm kain putih. .

    BalasPadam
  10. MIDNIGHT setuju ngan kau. .
    Ad anak plak Tp tkot jgn . .
    peranan utk bentuk ank2 mcm kain putih la mainkan Mak bpk yg diibaratkan. .

    BalasPadam
  11. Nmpk yg buruk saja.. hasil yg baik sudah x kelihatan

    BalasPadam
  12. memalukan kaum sendri..

    BalasPadam
  13. Dah terlambat..biarlah ia terus mengalir, kita ikut saja. Mana taknya, pusing sana pusing sini..tak juga benda berubah. Lagi kita ungkit perkara ini, lagi rasa seksa. Nak menyampah pada siapa? pada bangsa sendiri? Benda macam ini tak berkesan kalau secara coretan..setakat puisi,pantun, sajak..besar mana kesannya? Sedangkan didikan agama pun tak tembus dinding kedegilan melayu untuk terima teguran dan pengajaran. Walau kita tegur, kita bangkang, kita perbincangkan..benda yang sama tetap jadi juga esoknya. Apa yang berubah hanyalah hati kita yg semakin hilang harapan kepada bangsa sendiri dan mula menjadi benci. Mereka umpama orang yang hilang arah..sesat. Ceritalah bagaimana caranya untuk sampai jalan yg betul..tetap masih sesat. Kita kne jadi contoh,tunjuk depan mereka bagaimana nak jadi yang betul..tapi tengoklah..yang patut menjadi contoh pun entah hanyut kemana.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nabi prnh berpesan..jika esok kiamat dan didalam genggam mu ada sebiji benih maka tanamlah benih itu..maksudnya tidak ada yg terlambat didalam dunia ni..kita hanya berusaha Allah yang menentukan..

      Padam
  14. Oh Rozana

    Bangla itu diam …….
    Saat bisjut & royi cemara terpaku membisu
    Membawa bisjut & royi mengembara
    Hingga menembus batas lamunan jejaka bangla

    Oh Rozana

    Masih ku simpan seketul bisjut & royi untukmu
    Di sudut hati ini, di mana keresahan jejaka bangla membias sendu
    Hingga lelah hati temani sepiku..

    Oh Rozana

    Entah kenapa
    Masih sanggupkah kau membeli bisjut & royi
    Dan menggambarkan garis-garis pucat wajahmu
    Diantara rindu yang menghempaskanku.
    Atau biarkan saja bisjut & royi menghapus jejakmu

    Nak bisjut?

    BalasPadam
  15. ulama pernah menyebut nak tgk negara pd masa depan tgk kpd anak muda pada zaman skrg. tgk zmn skrg pun negara kita diperintah oleh menteri bebal dan menyusahkan rakyat. 20 30thn akan dtg. aku rasa melayu akan layu .. terus layu dan layu sesuai dgn nama meLAYU

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak layu dah der.sekarang ni layu. 20,30 thun lagi dah kering tinggal batang reput

      Padam
  16. klu melayu sedar skrg pun... mngkin perlu 50 thn lg utk jd bngsa cemerlang, terbilang dan gemilang... nk establish bangsa bkn sng.... tu pun klu sedar..

    BalasPadam
  17. Lagi sedih bila melayu sesama melayu pun nak gaduh2, nak cari pasal, maki hamun sesama sendiri....

    Sesiapa ada formula terbaik bagi memajukan melayu, silalah cadangkan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semuanya atas mentaliti. Macam macam benda boleh buat, tapi kita ni susah nak ubah mentaliti.
      Kalau nak salahkan orang memang senang. Dari kerajaan, mak ayah dan jugak kepada budak budak itu sendiri.
      Kita kena ubah cara kita berfikir, jadi kepada semua yang baca post ni kita kena muhasabah diri.
      Kalau kita dah ada anak atau akan ada anak, jagalah mereka dengan ajaran yang betul.

      Padam
  18. Aku hanya manusia yg beragama islam..

    BalasPadam
  19. Sbb kebanyakan melayu rasa selesa di bumi sendiri n less motivation nak berkembang utk menjadi lebih baik. Kaum lain cuba memajukan diri sendiri dlm pelbagai bidang even x dpt hak istimewa masuk ke U n hak2 lain, tp kita still ketinggalan. Maybe sbb penyakit M n PHD yg still payah nak buang.

    BalasPadam
  20. Dr Shukri Abdullah?
    bukan ke dia pernah cakap di tv3 10 tahun lepas..kalau nak berjaya ..jangan kawan dengan nelayan..penoreh getah..(profesion kolar biru) ?

    Ironi..orang terlajak pandai nak mengajar anaknya supaya berjaya :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. kau yg x faham maksud die kot? sebab kau kurang pandai mungkin? :)

      Padam
    2. Saya akui saya kurang pandai....mungkin Tuan yang faham maksud saya di atas kan? Dr yang terlajak pandai tapi diskriminasi..

      Padam
  21. Sedarlah..Melayu itu bangsa tahi yg hidup dalam ketahiannya tersendiri. Jenis bangsa yg terlalu banyak lapis protokol untuk mengerjakan sesuatu. Nak tegur pun.. punyerlah bodoh berlapis2 jugak protokolnya. Nak kawen pun berlapis2 nak minta kebenaran dan protongkol2nya..banyak rumit nak kena paham..akhirnya jadi tahi belaka..

    Bangsa kapir dah jauh kedepan. Kita disini baru nak taruk kete cermin gelap, berlapis2 jabatan kerajaan berlumba2 menunjukkan protokol kebebalan ketololan masing2.. polis dgn caranya..askar dgn caranya..kastam pun sama..apatah lagi jpj..lagi biol adalah menteri2 BN..itu blom komen2 di web..

    Bangsa kapir dah maju dgn hasil ciptaan kapal selam dan kapal terbang.. dah jadi sukan org ramai.. dibuat di belakang2 rumah saja kapal terbang dan kapal selam..buka mata..lihat youtube bro..tak payah minta2 lesen itu ini..kat sini baru reka kete kayu, jpj dah bersiap sedia nak saman..polis x benarkan lalu jalan..sumer jabatan kerajaan sibuk nak buat duit dan cari jalan nak dajalkan org ramai..

    Tuan2.. mungkin tinggalkan semangat asabiyah melayu pelik ini perlu jika ingin berjaya..saya x mau jaja nama nabi dan org lain demi tinggalkan jenis tanah yg melekat dibadan kita..

    Silap melayu mungkin tiada tulisan sendiri? Komunikasi guna saduran tulisan orang lain.. baru nak cipta..besok dah nak kiamat dah.. mentaliti berpuluh2 protokol bodoh begini menyukarkan umat melayu keluar dari gua batu yg dibina setiap tahun..

    Melayu hidup dikongkong pelbagai protokol.. tak ada melayu lagi mampu berjaya meloloskan diri dgn protokol2 bodoh ini.. hidup mereka dibelenggu jutaan protokol.. sembang dan cakap kejap nak jadi arab..kejap nak jadi perancis..keja nak jadi brazil..kejap nak jadi filipin.. yg paling best..sumer suker nak jadi mcm mat saleh.. bangga ketahian ini melahirkan meleis tahap protokol ketahian gaban..kahkahkah.. tak sedar melayu xder tamadun tersendiri..tulisan sendiri.. kejayaan sendiri..sejarah melayu terpaksa direka2 untuk ditunjuk hebat.. manuskrip sadur dan copy paste.. sejarah dimusnahkan pemimpin sendiri.. sultan dan raja jadi pewaris nabi..bodohnya protokol2 gini..apakah protokol2 bodoh lain lagi boleh ditambah untuk membodohkan melayu lagi..sila tambah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Melayu mmg penuh dan sarat dgn protokol yg menyusahkan, kau bising2 panjang awal pagi pukul 7:47pg kat sini takkan mengubah sistem protokol melayu yg ada..akhirnya kau terpaksa juga bergelumang dgn ketahian protokol yg kau tahikan..

      Padam
  22. Saya berusia 19 tahun dan mengalami masalah haid. Saya masih bujang, tidak pernah melakukan hubungan kelamin serta mempunyai bacaan indeks jisim tubuh (BMI) berat badan berlebihan.

    Saya tidak datang haid sejak pertengahan 2012 dan pelbagai cara dilakukan untuk merawat masalah ini dari segi tradisional hinggalah bertemu pakar perubatan. Namun jawapan yang diberikan ketika itu hanyalah hormon tidak stabil dan tiada sebarang ubat diberikan.

    Sehingga Mei 2014, saya masih tidak didatangi haid. Sejak akhir-akhir ini, bahagian ari-ari terasa sakit dan faraj mengalami kegatalan yang keterlaluan.

    Apakah yang harus saya lakukan kerana saya takut ia akan memberi kesan pada masa depan? Saya agak buntu untuk menyelesaikan masalah ini.

    BalasPadam
  23. Urat bersimpul pada kantung testis antara masalah yang sering dialami golongan lelaki. Bagi yang peka dan selalu memeriksa alat sulit sendiri, anda akan perasan mengenai gejala itu jika ia berlaku terhadap anda.

    Menurut istilah perubatan, keadaan urat bersimpul dan kadangkala kelihatan seperti long­gokan cacing itu dikenali sebagai varikosel.

    Varikosel ialah pembuluh darah ven yang berpintal dan mengembang di dalam kerandut buah zakar. Ia dapat dirasa seperti ‘cacing dalam kantung’ atau kelihatan seperti urat timbul dan bersimpul.

    Ia sebenarnya ven yang menyalurkan darah keluar daripada testis, yang kebetulan mengembang dan menyebabkan darah mendap.


    Akibat daripada kemendapan darah itu, bahan tidak sihat seperti sisa metabolisme kilang buah zakar yang terkandung dalam darah mendap itu diserap ke dalam testis dan boleh mengganggu fungsi testis berkenaan.


    Suasana panas daripada varikosel boleh membuatkan kilang sperma tergendala dan sperma menjadi lemah. Senario ketara boleh berlaku apabila kedua-dua faktor negatif tadi menyebabkan mereka yang mengalaminya menjadi kurang subur.

    Varikosel biasanya berlaku kepada 15 peratus lelaki, manakala 40 peratus daripada lelaki berkenaan dikenal pasti mengalami masalah kesuburan.

    Ia biasa berlaku kepada buah zakar di sebelah kiri. Varikosel yang ‘ringan’ iaitu pembuluh darah ven yang kembang sedikit tidak memberi apa-apa kesan kepada kilang sperma.

    Apabila ia kelihatan berurat-urat seperti ‘cacing dalam kantung’, kemungkinan ia boleh menjejaskan kesuburan lelaki.

    Mana-mana lelaki yang berkahwin tetapi belum dapat menghamilkan pasangannya, perlu menjalani ujian air mani untuk mengenal pasti kedudukan profil sperma, sama ada normal atau sebaliknya.

    Jika profil sperma tidak normal, doktor akan mencadangkan prosedur untuk mengatasi masalah ven iaitu melalui pembedahan mengikat ven atau menyuntik ubat untuk menutup ven supaya darah tidak lagi mendap.

    Bagaimanapun, prosedur itu tidak memberi peratusan tinggi dalam pemulihan dikehendaki iaitu pemulihan kurang 50 peratus.

    Sebilangan pakar pula tidak lagi mengesyorkan pembedahan berkenaan kerana kesan sampi­ngan yang boleh berlaku seperti kerosakan buah zakar, jangkitan dan hidrosel.

    Bagaimanapun, masalah varikosel dikendalikan me­ngikut kes. Bagi individu belum berkahwin, jika anda mengenal pasti segumpal urat yang kelihatan di kerandut zakar, ia belum membuktikan anda mengalami varikosel.

    Tapi, jika anda dikenal pasti menghidapinya, tidak ada cara untuk mengubatinya. Pada pandangan saya, ia bukan masalah besar dan terjadi secara kebetulan.

    Namun, jika sudah berkahwin dan kebetulan belum dapat menghamilkan isteri, mungkin ia menjadi isu atau masalah bagi mendapatkan zuriat jika ujian sperma anda bermasalah.

    BalasPadam
  24. kesian ko noob.

    blog ko dh mcm blogserius: dihujani komen2 merepek yg x berkaitan daripada Anon2 yg kemungkinan besar melayu yg ko ceritakan dlm artikel.

    BalasPadam
  25. ada masanya kuasa ekonomi malaysia akan dikuasai oleh bumi putera...

    selepas warga filipino diusir dari malaysia...dan menghadkan pengambilan orang asing ,jadi pekerja di malaysia

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...