Iklan Leaderboard

Isnin, 23 Jun 2014

22 Kekecewaan Hafiz Yang Berkelainan Upaya

Hafiz tidak pernah merungut tentang keaadan dirinya. Takdir tuhan diterimanya. Dilahirkan berbeza tidak semestinya menjadi satu penghalang untuk dia berjaya.

Dia menjadikan Prof Datuk Dr. Ismail Mohd Salleh sebagai idolanya. Tak perlu pergi jauh untuk mencari idola. Walaupun berlainan upaya, Prof terkenal sebagai pakar ekonomi. Ini menjadi inspirasi kepada Hafiz untuk mendakap kejayaan.

Gambar Hiasan

Di zaman persekolahan, memang Hafiz selalu dihina. Dia tidak ramai kawan. Tetapi kawan-kawan yang sedikit itu sememangnya rakan sejati. Bersama-samalah mereka belajar. Bersama-samalah mereka berdikusi. Walaupun Hafiz menulis dengan kaki, mereka tidak berasa geli.

Hafiz mengejutkan semua apabila berjaya mecatatkan keputusan cemerlang pada ujian SPM. Ini membuka peluang untuknya melanjutkan pelajaran. Ia juga membuka mata pelbagai pihak untuk membantu. Jurusan yang diambil Hafiz? Mestilah kesusteraan melayu.

Kecintaan Hafiz dengan bahasanya sangat mendalam. Bukankah bahasa jiwa bangsa? Penulisan kreatif menggunakan lenggok bahasa yang indah amat digemarinya. Bait-bait sajak yang puitis amat disukainya. Berkat ketekunan dan kegigihan, pelabagai pencapaian dimilikinya. Dari segulung ke segulung ijazah dimilikinya. Pelabagai karya berjaya diciptanya.

Kini Hafiz telah berjaya. Selain mempunyai ijazah kedoktoran dalam kesusteraan melayu, dia telah menulis pelbagai buku. Penulisannya dikagumi dan menjadi rujukan bukan sahaja di negara ini.

Namun hari ini Hafiz kecewa. Kecewa dengan sebuah penulisan yang ditemuinya...



22 ulasan:

  1. Biadab sungguh status budak2 zaman sekarang ni...
    BM pun tak lepas, ada hati nak jadi menteri...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mungkin diorang tak cuba "memakai kasut" golongan macam ni.

      Bahasa diorang guna boleh dipakai terrorist. US tak boleh nak detect

      Padam
  2. aku x paham apa dia tulis..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya tak jumpa kamus dia. Tapi lebih kurang macam nilah kot

      "Kalau aku lah jadi menteri... Aku buang jer budak-budak ni dalam loji. Buat semak jer. Dekat sekolah aku pun ada budak OKU. Geli lah nak kawan. Dahlah tak hensem. Huduh. Kenapalah ada budak-budak OKU ni? Buang duit rakyat jer nak bela diorang ni. Baik buang dekat laut... Dekat loji ke"

      Kalau ada yang salah, minta diperbetulkan

      Padam
    2. dulu ak masa sekolah menengah ak perasan budk2 kels pompuan je suka tulis, tulisan pelik2 ni, tak pun dak2 laki 24/7 yg hari lepak dengn geng2 ni suka tulis pelik2 mcm tu.... kenapa ah? nak jd penulis decoder ke?

      Padam
    3. Budak terencat akal komen guna bahasa mat rempit

      Padam
  3. Hahaha... aku pun nak cakap macam tu cero... BM taip pun lintang pukang... ada hati nak jadi menteri..

    Dah lah otak lembab nak mampus... Muka comel gi mengedik je kejenye... Aku teringin nak tengok keluarga terdekat dia kena macam tu... lepas tu kita tengok komen die pulak...

    Pemikiran macam gaya Spain main World Cup... hehehe

    BalasPadam
  4. Ni namanya pegangan agama x kuat....kalau pgg prinsip agama, kita x tergamak nak kata sebegini. Anak suatu rahmat dr Allah n menjadi tanggungjwb ibubapa menjaganya...setiap manusia diciptakan terbaik n segala benda ada hikmahnya.

    BalasPadam
  5. dia lupa, orang yang lahir sempurna, bila2 masa saja boleh jadi kurang upaya.

    kasihan, orang kurang akal seperti dia.

    BalasPadam
  6. Ini berlaku salah satunya berpunca dari ibu bapa remaja OKU itu tidak diberikan bantuan. Saya (di sini mahu) bandingkan bagaimana kita masyarakat orang Islam melayan anak anak istimewa ini dengan negara yang kononnya kafir,”

    Di Australia, ibu bapa kepada anak OKU akan diberi pelbagai keistimewaan seperti elaun bulanan yang tinggi. Malah kawan saya mempunyai anak OKU kedua dua suami dan isteri tidak perlu bekerja kerana disuruh kerajaan untuk fokus menjaga anaknya yang OKU”

    Anak anak OKU dihantar ke terapi secara percuma. Dihantar ke sekolah OKU berkualiti dengan percuma dan ibu bapa diberi cuti percuma setiap tahun kerana kerajaan faham betapa tertekannya untuk menjaga kanak kanak istimewa ini”

    Ya, itu negara kafir. Anak anak istimewa & OKU kita pula? Di mana nilai kita? Terpaksa ibu bapa memikul beban tanpa pertolongan dan sistem sokongan yang padu dari mereka yang sepatutnya. Saya cuma berkongsi realiti, terimalah.

    #copypaste dari wardina

    BalasPadam
    Balasan
    1. ni pun satu lagi contoh pompuan bangang salahkan kerajaan pula...
      binatang pun ada akal pikiran kasih syg kt anak dorg..inikan pula manusia..

      Padam
  7. status yang biadap... budak2 baru nak naik...

    BalasPadam
  8. rasa ni ada orang buat fake profile yang sengaja nak burukkan parti2 politik tertentu - https://www.facebook.com/profile.php?id=100008290550054

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya baru check... Memang nampak tak kena profile FB dia. First post pun 16 Jun. Profile created 2014.

      Kebarangkalian fake profile memang tinggi.

      Padam
    2. fake profile verified

      Padam
  9. kasihan budak yang komen tu..fizikal ok tapi oku otak..sebab boleh menaip dengan bangang..

    BalasPadam
  10. Nilah jadinnya kalau pangkah BN. OKU terabai.. Pangkah PKR semua masalah setel 1 saat!

    BalasPadam
  11. Sejak bile W dah jadi salah satu huruf vokal yg slalu guna macam A atau E??

    Btw CG, kekecewaan or kekecawaan? Mayb perkataan baru yg aku x pernah dengar. Mohon pencerahan. (ni mmg soklan, bukan perli dsbg)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya dah betulkan. Terima kasih banyak-banyak. Mungkin minda separa sedar saya terpengaruh.

      Iniliah orang kata Paku dulang paku serpih. Mengata orang dia yang lebih. Hahahaha.

      Tq lagi sekali

      Padam
  12. Ak arh dux akew jew uhh nux lawott titeww..

    Agak2 si lahanut ni dh berapa lama xmkn penampar?

    BalasPadam
  13. Mak aih...terbelit lidah aku nak membaca.hahaha.adoi la..macam2. Guna short form tak kisah la..ni siap tukar huruf. Ni kalau karangan 2 muka surat guna perkataan macam tu..mau terenjat otak aku macam kena elektrik. Siap juling, lidah terbelit, otak terenjat, badan kaku. Boleh demam muntah2.hahahha

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...