Iklan Leaderboard

Ahad, 29 Jun 2014

13 Gerakan Keganasan (Terrorism) Yang Berhasil

Sejarah keganasan yang direkodkan bermula pada tahun pertama masihi lagi. Di mana orang-orang yahudi menentang pendudukan Rom di Judea. Satu lagi contoh adalah kumpulan Hashashin di Parsi pada kurun ke 11 masihi. Perkataan assassin berasal dari kumpulan ini. Sejarah awal keganasan hanya melibatkan pembunuhan pembesar atau ahli politik sebagai satu bentuk protes.


Terdapat kejayaan terhasil daripada gerakan keganasan. Oleh kerana opresi yang dikenakan British, penduduk Ireland bangun menentang mereka. Irish Republican Brotherhood ditubuhkan bagi menentang Britain secara subversif. Mereka merupakan kumpulan pertama yang menggunakan bom jangka masa. Tujuan mereka adalah mencipta ketakutan kepada penduduk Britain bagi menyatakan perjuangan mereka untuk kebebasan Ireland.

Selepas kumpulan ini ditumpaskan, ia menjadi inspirasi untuk pembentukan IRA. Dalam salah satu siri serangan mereka, IRA berjaya menyerang 300 balai polis secara serentak. Selepas beberapa tahun serang menyerang, Bristish memerdekakan Ireland pada tahun 1921.

Pembentukan Israel juga melibatkan kegiatan keganasan. Kumpulan Hanagah dibentuk bagi menentang pembunuhan beramai-ramai orang Yahudi di Hebron oleh Arab Palestin. Mereka juga menentang Bristish yang menduduki Palestin. Selepas beberapa siri perbincangan, Hanagah bertukar menjadi sebuah kumpulan politik dan berkompromi dengan British.

Pecahan daripada Hanagah yang tidak berpuas hati dengan kompromi itu membentuk kumpulan Irgun. Satu kumpulan yang lebih agresif. Mereka merupakan orang pertama yang membuat serangan terhadap orang ramai dengan meletupkan bom di sebuah pasar arab palestin.

Untuk menentang kawalan yang dikenakan British terhadap kemasukan orang-orang Yahudi ke Palestin, mereka mengebom sebuah hotel yang diduduki rakyat British di Palestin. Membunuh 91 orang.

Kemudian kumpulan ini berubah menjadi sebuah parti politik yang diberi nama Likud. Likud sekarang dipimpin oleh Benyamin Netanyahu.

Satu lagi pecahan kumpulan Hanagah ialah kumpulan Lahi (Freedom Fighters of Israel). Serangan keganasan dilakukan bagi menentang British dan juga kompromi yang dilakukan kumpulan Hanagah.

Seperti yang kita ketahui, selepas perang dunia ke-2, negara Israel dibentuk dengan bantuan Amerika Syarikat. Negara Israel terbina pada tahun 1948, selepas negara-negara Arab berjaya ditumpaskan mereka dengan bantuan Amerika Syarikat. Pembentukan Israel tidak akan terjadi tanpa penentangan dalam bentuk keganasan yang mereka lakukan sebelum ini.




Seperti contoh di atas, terdapat gerakan keganasan yang berjaya. Saya tidak berapa sokong sangat dengan keganasan. Ada cara lebih bertamadun untuk menyelesaikan sesuatu konflik. Tapi mungkin pendapat saya terlalu naif. Apabila seseorang itu terjerut, mereka akan lakukan apa sahaja untuk menentang. Oleh kerana tiada kuasa ketenteraan yang kuat, keganasan digunakan untuk menyatakan penentangan mereka.

Lagi satu, tentang 15 rakyat Malaysia yang berjihad di Syria, saya tidak akan panggil mereka sebagai pengganas. Bagi saya mereka berlawan dengan tentera. Untuk mempertahankan orang ramai yang ditindas. Bukan membuat serangan untuk menimbulkan ketakutan. 

Sedangkan negara-negara yang Sunni yang kaya raya dan mempunyai kuasa ketenteraan hanya berpeluk tubuh, mereka mengambil inisiatif sendiri untuk menentang dan membela manusia yang ditindas.
Syahid atau tidak saya tak boleh nak cakap. Ilmu agama saya tak tinggi, biar Allah yang tentukan.


13 ulasan:

  1. PAda hendak berjuang pergilah
    setiap manusia ada perjuangan sendiri, cuma istiqamah dalam perjuangan tu

    BalasPadam
  2. Sudah berjuang untuk Malaysia kah??? Ker xder benda di Malaysia yg blh d perjuangkan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ntahnya. sibuk2 berjuang bermati-matian kt sana, macam kt malaysia ni dah xde apa yg nak diperjuangkan.

      g la cari org yg betul2 susah. g tolong org susah tu sampai dia leh berdikari. itupun berjuang jugak. x payah g mati pun

      Padam
    2. Mereka lebih tahu apa yang diperjuangkan,sekurang2nya mereka ada matlamat. Xperlu dipersenda.

      Padam
  3. 5 RUKUN ISLAM

    1. Mengucap dua kalimah syahadah.
    2. Mendirikan solat.
    3. Menunaikan zakat.
    4. Berpuasa di bulan Ramadhan.
    5. Menunaikan haji di Mekah bagi yang mampu.

    6 RUKUN IMAN

    1. Beriman dengan Allah subhanahu wa taala.
    2. Beriman dengan para malaikat.
    3. Beriman dengan kitab-kitab suci.
    4. Beriman dengan para Rasul.
    5. Beriman dengan Hari Akhirat.
    6. Beriman dengan Qada' dan Qadar.

    BalasPadam
  4. nak berjihad kat syria tu ok la... tp bila dah ambil2 gambar dgn senapang, dgn peluru berpandu, dgn meriam, lps tu upload kat fb, xke dh nak menunjuk2 namanya? kalau mmg betul berjihad ke jalan Allah, senyap2 sudah xpyh nak menunjuk2 sgt

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu.. menunjuk-nunjuk & mengajak lebih ramai join sekali..

      Padam
  5. Apa pun tak boleh..

    BalasPadam
  6. salam noob,knape malaysia xambil tindakan ke atas israel bila diorg serang palestin.. Maaf soalan sya t'lalu skema..cuma nak tau je..

    BalasPadam
  7. 5 RUKUN ISLAM

    1. Mengucap dua kalimah syahadah.
    2. Mendirikan solat.
    3. Menunaikan zakat.
    4. Berpuasa di bulan Ramadhan.
    5. Menunaikan haji di Mekah bagi yang mampu.

    6 RUKUN IMAN

    1. Beriman dengan Allah subhanahu wa taala.
    2. Beriman dengan para malaikat.
    3. Beriman dengan kitab-kitab suci.
    4. Beriman dengan para Rasul.
    5. Beriman dengan Hari Akhirat.
    6. Beriman dengan Qada' dan Qadar.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...