Rabu, 25 Jun 2014

34 Anak istimewa itu anugerah bukan suatu bebanan

Bila aku baca mengenai kes adik Muhammad Firdaus Dullah, remaja OKU yang ditinggalkan di dalam sebuah bilik di sebuah rumah sehingga kurus kering yang ditemui dengan bajunya yang sudah hampir reput dan telah lama dibiarkan tanpa makan dan minum yang mana bilik yang didiaminya penuh dengan najis dan bau yang kurang menyenangkan, aku menjadi amat sedih dan sebak, ini kerana aku juga memiliki seorang anak yang dilahirkan kurang sempurna.


Sumber

Adik Firdaus dilahirkan ke dunia ini dengan penyakit yang dipanggil sebagai Celebral Palsy yang menyebabkan pergerakan (motor) otot-otot gagal berfungsi secara normal. Anak aku juga disahkan oleh doktor menghidap sindrom yang sama sejak kecil, namun dia agak bertuah kerana hanya mengalami sindrom Spastic Diplegia di mana dia masih boleh berjalan dan bertutur walau tidak senormal kanak2 lain.

Bila aku terbaca pula luahan hati ibu remaja ini serta Kisah benar Puan Lola & Adik OKU yang ditulis oleh Zaman Kawari Ghazali Asamkipas, sedikit sebanyak aku sebenarnya dapat memahami perasaan si ibu ini. Ini kerana aku sendiri turut mengalami dan merasai pengalaman mempunyai seorang anak istimewa ini, malah impaknya lebih memberi kesan kepada isteri aku sendiri.

Isteri aku melahirkan seorang anak perempuan. Sewaktu kelahiran, semuanya normal. Tidak lahir pramatang, tiada pendaharan teruk, bayi tidak lemas. Masa itu doktor pun tidak menyesaki apa2 yang luar biasa pada anak aku. Bila umur anakku masuk setahun lebih, dia sudah pandai berdiri dan lama kelamaan dia sudah boleh berjalan, namun setelah masuk beberapa bulan dari dia mula berjalan, cara berjalannya tidak ada kemajuan. Cara berjalannya sangat tidak stabil, sering jatuh dan menjingkitkan kaki.

Aku dan isteri membawa anak kami ke hospital dan setelah itu barulah doktor mengesahkan yang anak aku mengalami sindrom Spastic Diplegia di mana terdapat masalah pada saraf otaknya yang mengganggu motor pergerakan dan otot kakinya, malah turut menyebabkan pertumbuhan IQnya menjadi lembab. Doktor menyesorkan agar anak aku menjalani rawatan pemulihan rehablitasi, rawatan fisioterapi, terapi pertuturan dan diagnosis psikologi. Malah dia juga diberikan dengan sepasang pendakap kaki khas untuk membantunya berjalan dengan baik.


Disebabkan kecacatan yang dihidapi oleh anak kami, isteri aku menjadi sangat tertekan. Dia tidak boleh melihat kanak2 normal yang lain kerana ia akan menyebabkan dia sedih dengan nasib yang menimpa anaknya. Anak2 kepada adik beradiknya serta rakan2nya semuanya dilahirkan dengan normal dan sempurna, menyebabkan kadangkala dia sering bertanya, kenapa aku? Kenapa mesti aku yang menerima nasib ini? Kenapa bukan orang lain?

Tekanan itu membuatkan dia malu kepada masyarakat. Dia malu untuk membawa anak kami keluar berjalan. Dia malu untuk membawa anak kami berjumpa rakan2nya. Dia malu kerana mempunyai anak yang tidak senormal orang lain. Dia tidak boleh tahan terhadap pandangan mata dan jelingan sinis orang lain kepada anak kami, tidak tahan dengan soalan demi soalan yang diajukan oleh masyarakat mengenai keadaan anak kami.

Malah soalan seperti "Kenapa dia berjalan macam tu?" yang diajukan oleh budak kecil lain pun bisa membuatkan hatinya remuk. Disebabkan itu, isteri aku jarang membawa anak aku keluar dari rumah untuk bermain di padang permainan atau berjalan ke mana2. Dia hanya lebih senang menjaga dan melayani karenah anak kami di rumah semata2 untuk menjaga perasaan sendiri.

Dan kerana itu juga, isteri aku seperti fobia dan trauma untuk mempunyai anak lagi. Ini kerana kecacatan ini terjadi kepada anak yang pertama menyebabkan dia menjadi sangat bimbang dan takut sekiranya anak2 yang lain juga akan mempunyai masalah. Walaupun aku masih mempunyai keinginan untuk menimang cahaya mata lagi, namun aku terpaksa melupakan hasrat tersebut demi menjaga hati dan perasaan isteri.

Pernah satu tahap, isteri aku menjadi begitu sedih dan tertekan sehingga dia tidak sanggup nak melihat anak kami dan merasakan yang anak kami itu suatu beban. Aku cuba berkali2 menasihat dan memberi semangat kepada isteri aku agar dapat menerima keadaan anak kami dan memberitahunya yang ia sebenarnya adalah satu anugerah dari Tuhan untuk kita, bukannya satu beban.


Kalau nak diikutkan, aku juga dah lama putus asa dan putus harapan terhadap anak aku, namun aku cuba kuatkan diri dan gagahkan semangat untuk hadapi juga dugaan ini. Ini kerana jika aku juga putus asa dan hilang semangat, isteri aku juga begitu, maka dengan siapa lagi anak kami akan bergantung harap? Mujurlah aku masih ada pegangan agama yang menjadikan aku lebih positif dan menerima takdir ini.

Kini aku berusaha untuk menjadi tulang belakang kepada keluarga aku, kepada isteri aku, kepada anak aku. Aku perlu memberi kekuatan dan keyakinan kepada isteri aku dalam menghadapi pandangan masyarakat. Aku perlu terus memberi sokongan kepada anak aku dalam menjalani kehidupan dalam masyarakat dan menyediakannya untuk kelangsungan hidupnya pada masa akan datang terutama ketika aku sudah tiada nanti.

Kini anak aku sudah berumur 7 tahun dan sudah bersekolah rendah di darjah 1. Alhamdulillah, anak aku dapat belajar di kelas biasa sama seperti kanak2 normal yang lain. Walau anak aku amat berbeza dengan rakan2nya yang lain, tapi aku bersyukur kerana dia tidak disisihkan di sekolah, malah ramai rakan2nya yang turut membantu dia untuk berjalan dan belajar, malah cikgu2 sekolah juga memahami keadaan anak aku itu. Walau anakku susah untuk bertutur dengan betul dan memahami pelajaran, namun mendapat gred C dalam ujiannya sudah cukup untuk buat aku gembira dan terharu.

Satu benda yang menjadikan aku lebih bersyukur adalah apabila setiap kali aku pergi ke hospital untuk menjalani rawatan anak aku, aku melihat lebih ramai pesakit kanak2 yang keadaanya jauh lebih teruk daripada anak aku. Ada yang lumpuh seluruh badan, ada yang kepalanya kecil, ada yang langsung tak boleh bercakap, ada yang langsung tak boleh berjalan. Pengalaman aku di hospital benar2 membuat aku insaf dan bersyukur dengan apa yang anak aku miliki sekarang. Benarlah kata pepatah, walau kita rasa kita sudah susah, lebih ramai lagi yang lebih susah daripada kita. Walau kita sudah senang, lebih ramai lagi yang lebih senang daripada kita.

Adik Damia Irsalina

Sebab itu aku amat memahami perasaan ibu Firdaus itu kerana isteri aku sendiri pernah mengalami dan melalui situasi di mana mereka malu dengan masyarakat kerana mempunyai anak yang tidak normal seperti kanak2 lain dan merasakan anak menjadi beban. Mujurlah isteri aku mempunyai aku untuk memberinya kekuatan, semangat, sokongan dan dorongan agar tidak tersimpang terlalu jauh.

Namun nasib ibu Firdaus pula berbeza dengan aku. Beliau mempunyai anak kelainan upaya yang penyakitnya agak teruk. Tidak boleh berjalan, tidak boleh bertutur, tidak boleh berfikir, tidak boleh buat apa2 dengan sendirinya. Makan, minum, mandi, buang air, semuanya memerlukan bantuan daripada orang lain. Anaknya memerlukan penjagaan intensif sepenuhnya dari orang lain.

Dikala perasaan yang berkecamuk, jiwa yang meronta, tekanan menimpa2, emosi tidak keruan, tiada seorang di sisinya yang boleh memberi nasihat, bantuan, sokongan, dorongan dan semangat kepada ibu malang ini. Suaminya yang merupakan bapa kandung adik Firdaus ini sudah lama meninggalkan mereka dan kini dikesan telah pun meninggal 2 tahun lepas. Suami barunya pula mungkin tidak dapat memberi kekuatan yang diperlukannya, begitu juga dengan ahli2 keluarganya yang lain.

Setelah beberapa lama tekanan sudah sampai kemuncak dan tidak dapat lagi dibendung, maka mungkin disebabkan itu akhirnya ibu tersebut mengambil keputusan untuk melepas tangan "membuang" anak OKUnya daripada hidupnya dengan meninggalkan dan membiarkan anaknya di bilik rumah itu sendirian tanpa belas kasihan dengan harapan sama ada anaknya itu mati kelaparan atau dijumpai oleh orang lain untuk dijaga

Kepada ibu Firdaus dan semua ibu bapa yang mempunyai anak2 yang istimewa, ketahuilah bahawa anak istimewa itu bukanlah suatu beban tapi anugerah daripada Allah s.w.t. kepada hamba-Nya. Sedarilah bahawa insan2 istimewa ini adalah penghuni syurga, dan kita pula dipilih dan diamanahkan untuk menjaga penghuni syurga ini, tidak bertuah lagikah kita? Bukan semua orang berpeluang untuk menjaga penghuni syurga, oleh itu jagalah amanah anda dengan baik, pasti besar ganjarannya di sisi Tuhan.

Namun jika anda memang sudah sangat terbeban, tidak mampu dan tidak ingin untuk menjaga mereka lagi, bagilah orang lain untuk menjaga mereka, hantarlah mereka ke jabatan atau pusat2 kebajikan. Janganlah melayan mereka seperti anjing, malah ada juga ibu yang bertindak kejam dengan membakar anaknya yang tidak normal seperti yang berlaku di luar negara. Anak2 istimewa ini juga mempunyai tempat dalam dunia ini.

Dan kepada masyarakat di luar sana, anda mungkin boleh terus mengutuk dan mengkeji perbuatan ibu ini, tapi sekurang2nya cubalah untuk meletakkan diri anda di tempat ibu tersebut dan tanyakan pada diri anda, adakah anda juga akan membuat perkara yang sama atau mampu berbuat yang lebih baik?





Artikel di atas merupakan luahan hati seorang rakan aku. Beliau meminta aku untuk menulis luahan perasaannya di sini untuk dikongsikan bersama orang lain. 




tags: anak kanak budak oku istimewa cacat orang kelainan upaya kisah sebenar puan lola adik remaja firdaus luahan hati perasaan sakit tekanan emosi mental fizikal

34 ulasan:

  1. sesungguhnya anak itu adalah amanah dari Allah... tidak kira apa bentuk dan lahirnya ... wajib dijaga sepenuhnya

    BalasPadam
  2. terharu. Alhamdulilah lahir dalam keadaan normal. Alhamdulilah

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  4. Bukan dia sorg je ada anak OKU dalam dunia ni. Apa yg telah berlaku tetap salah dia. Enough said.
    Pandangan masyarakat? Persetankan. Tak pernah kenyang pun kita kalau terlalu peduli apa kata org. Kalau kita buat benda betul, lepas tu orang mengata, pegi mampus la org yg mengata tu. Xde life betul dok mengata org siang malam. Buat benda baik pun salah pd mereka. Society has never been nicer.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalaulah ia semudah itu... dunia sudah aman, jenayah tidak wujud, semua org hidup dgn bahagia

      Padam
    2. Itu masalah hati masing2.. saya tekankan pada diri sendiri. Sendiri nak buat benda baik, go on. Org nak kata apa, lantak pi. Redha Allah lebih utama dari redha manusia. nak glamour tapi malaikat dok usha je dia abandon anak kat rumah kosong tu. Naluri ibu taknak cerita lah..tapi sebagai insan. Patutkah?

      Padam
  5. Semua salah UMNO-BN. Pangkah BN, OKU terabai, pangkah PKR, semua masalah setel 1 saat

    BalasPadam
  6. Baguslah still leh bertahan... Bahagia menanti... jangan risau dengan janji Allah... tapi aku tetap tak caya yang kononnya si LOLA syg bangat anak dia... depan orang memang la peluk segala bagai... belakang? Allah je yang tau...

    Aku pernah jumpa orang lagi susah dari LOLA tu... gaji lagi kurang... anak OKU 3 orang... tapi ibu dieorg bijak... pergi dapatkan bantuan zakat... bantuan JKM... segala bantuan yang ada... dan hasilnya dah hidup senang lebih senang dari Si LOLA... dah jadi usahawan berjaya Apom Balik di selatan Selangor... tak jauh mana pun dengan tempat kerja si LOLA tu...

    Aku ambik contoh makcik aku je la dah... Semua jiran kata baik.. lembut... peramah... rajin... hakktiuhhh... tu kat luar je... dalam rumah... harap anak perempuan umur 7 tahun buat semua benda... PEMALAS nak mampus... bila tanya jiran n kawan-kawan dia... semua tak percaya dan terkejut... sekali dapat tau laki dia kawin lagi satu... baru nak rajin segala bagai...

    the closer you look, the less you see...

    BalasPadam
    Balasan
    1. cam kenal ayat last sekali tu.

      Padam
  7. betul tu..semuanya adalah ujian dari Allah S.W.T. Besar pahalanya yang kita peroleh.

    noob, aku nak mencelah sikit..aku nak luahkan satu perkara. Cmni noob, aku ada masalah di tempat kerja. Aku kerja di syarikat semi-gov. aku start kerja sini pada bulan Disember tahun lepas. Umur aku 20 lebih. aku dah ada pengalaman kerja beberapa tahun sebelum masuk sini. Isunye sekarang..aku diterima masuk sebagai pegawai dan menjadi ketua unit. staf dalam unit tu merupakan orang yang dah agak berumur. ada laki,ada pmpn. Masalahnya senioriti la noob. payah nak bagi arahan kat diorang. aku lebih kepada terpaksa guna perkataan "tolong". Diorang lebih anggap aku sebagai budak2 je. Tapi bile meeting..ada appointment..semua aku handle. Diorang takut lak nak jumpe pihak atasan. Tapi aku terima je sebab mmg tugas aku sebagai ketua unit. Cuma noob...aku nak mintak tolong kit kalau ko boleh bagi nasihat atau tips cmner nak at least supaya diorang dengar arahan yang aku bagi. kalau nak berkawan tu memang tak la jawabnye.Aritu siap ada yang sound aku.."bos boleh letak jawatan tak?bagi saya naik"..pastu dia gelak2,kononnya gurau. aku tau..tu memang apa yang dlm hati dia. Tp sumpah noob, aku abaikan faktor umur,aku dapat jawatan ni..aku jalankan dengan penuh kemampuan aku. Tak pernah pun aku cuba rampas hak orang lama kat situ. aku tension sangt..jadi aku ambil cuti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. nasihat ak ko ambil masa mkn tengahari lepak dengn diorang... nak kenal org kan kena ambil masa.. ha perkataan "tolong" memang kena guna tak kira ko pangkat tinggi atau pangkat 3 lain "tolong" tu perlu ad untuk sopan lol serius yg ni nak taip lebih2 ak tak kenal tp bg masa duk dengan diorang baru ko kenal...

      Padam
    2. sekali ko dah jadi bos.. bersedialah untuk staf2 bawah ko tak suka kat ko.. hahaha. it's normal

      Padam
    3. ooo kerja semi-gov. hmmm tengoklah nanti kalau aku rajin aku cuba tulis pasal ni

      Padam
    4. Biasela...xkan kerje dgn robot plak...itu cabaran utama bilajd bos kelak...last2 byk yg berlaku ialah pemimpin lebih sibuk ambil hati org atas dr fikir org bawah. Payah nak cari boss yg lyn baik dgn staff tp still balance dgn top management.

      Padam
    5. tu la, aku dah cuba lepak makan ngn diorang..tapi..hambarrr.haha. jadi aku lepak ngn staff department lain. Aku dah nampak juga ada cara-cara yang boleh la bantu sikit2, berkenaan belanja makan. aku dah pernah bawah aiskrim, KFC, McD, Domino..tp yang staf yang akak2 tu je yang jadi makin ok dengan aku. yang abg2 ngn pakcik2 tu pulak memang keras sikit. Aku nak sponsor trip mancing ke kenyir..transport sendiri2,tp sewa bot aku bayar..ada sorang dua yang dah jadi ok ngn aku,tp ada yang tul2 anti kat aku. Menghasut staf lain. aku cuma nak cari rezeki je,tak mau gaduh2 ni.

      Padam
    6. Paling penting kerja kena ikhlas....sbb seperfect mana pun anda tetapi tetap ada orang akan anti dgn anda. Itulah nama pencaroba dunia...ada benda kena buat bodoh, tp dlm 10 staff yg ada bawah kita, agak mustahil dpt semua 10 org sekepala/baik dgn kita.

      Padam
    7. memang la susah diorang nak dengar ckp kau. sbb gaji diorang bukan kau yg bayar. kalu tak,.. lu suruh dia jilat kasut lu dia jilat. kije kerajaan memang mcm ni dkt mana2 pun.

      Padam
  8. Papepun..kpd anak2 OKU ni spt lirik lagu Sudirman..."Tidak ku pinta lahir ke dunia, tidak ku pinta cacat begini, Bukan ku minta kasih dah manja, Bukan ku rayu bantu simpati"

    Sbnrnya mereka mmg diikutkan hati mmg xnak dilahirkan cacat, mereka just nak kasih sayang sahaja dr keluarga n masyarakat. Jika duit dijadikan ukuran, mmg tiada siapa nak jaga mereka..tp jika balasan Allah diminta xkan biarkan mereka terbiar begitu sahaja.

    BalasPadam
    Balasan
    1. itu lagu sudirman eh? bukan lagu revolvers?

      Padam
    2. Hehe...bunyi mcm sudirman. Thanks sbb tolg bg pembetulan.

      Padam
    3. lagu revolvers abah kau. tu lagu jalil hamid feaT Mr os feat jefridzin

      Padam
    4. sape2 pun takper.. lagu je pun.. bukan menitis pun air mata ko dengar lagu tu.. nak meng'abah'-abahkan orang pulak...

      Padam
  9. walau apa alasan sekali pun, si lola tu tetap bersalah, kenapa dia biarkan budak tu keseorangan di rumah yang kotor tu, kesian dengan adik firdaus...hanya Allah yang melindungi dia sepanjang penderitaan ini, aku harap si lola ni dapat hukuman yang setimpal atas kekejaman dia.membiarkan anak dia jadi sedemikian rupa, hati si lola tu sekotor sebagaimana rumah yang dia tinggalkan untuk anak dia...penjara laa sebaik baik tempat muhasabah diri si lola ni... .

    BalasPadam
  10. ni semua salah kerajaan dan agensi yang ditubuhkan sebab tak membantu.cuba tengok macam ostrolia tu maju je - bak kata wardina

    BalasPadam
  11. First, kena tahu siapa ibu kpd ank tersebut. Kak lola tu la... macam mana kehidupan dia. bukan tak boleh nak minta tolong. kalau malu, pergi minta tolong pd kerajaan secara senyap2. jangn bagi org nmpk. pergi pun tak payah bawak anak OKU tu. pergi sorang2.

    cakap kat pegawai kerajaan. mengadu kat diorang. tahulah diorng nk buat apa. kalau check kat fb page penyokong bn, diorang cakap kerajaan byk bantu org oku. kalau tak mintak, memang la tak dapat.

    BalasPadam
  12. pd aku, sokongan pasangan tu mmg penting. tp kalau xde pasangan, sokongan dari diri sendiri pun tak kan tak boleh.. sokongan pulak xsemestinya sokong utk terima kenyataan semata2. boleh jadi, sokongan utk beranikan diri pergi jumpa pegawai kerajaan. nanti kerajaan datang tolong.

    kalau diri sendiri tak boleh nak terima anak tu, banyak tmpt boleh dihantar. nak malu buat apa. hantar senyap2 dah la kalau malu pun. ko ada kereta.. pergi bincg dgn pgwai kerajaan ke, pengasuh rumah ank yatim ker.. set masa.. lepas tu mlm2, ko start engine kereta, angkat anak ko tu masuk kereta.. jalan.. terus ke tempat yang boleh bela anak tu..

    atas sbb malu, sekarang ni ko dapat cemuhan dari satu negara... kalau ko buang sikit malu tu.. mungkin cemuhan setakat satu kawasan perumahan jer.. bukan saje malu, malah boleh jatuh dosa...

    BalasPadam
  13. org sibuk fikir sudut perasaan mak dia.. tp langsung xfikir apa perasaan anak tu.. dia cacat otak, cacat anggota.. tapi dia bukan cacat perasaan.. mungkin kita boleh ckp kalau tak kena kat btg hidung sendiri, boleh la cakap itu ini.. cuba ko yang kena tanggung budak tu.. kalau semudah tu kita kena fikir pasal org lain, knp tidk kita fikir juga utk budak tu..

    kita ni kadg2 pd benda yang kita xsuka, kita taknak pulak bersangka baik..fikir dr sudut org lain.. tp bila benda tu kita suka, atau benda tu kita alami, kita nk pulak suruh org fikir ikut cr kita fikir.. sangka baik yg terlampau.. pening arr..

    kalo org ramai marah tu, normal la.. nama pun org ramai.. mereka lihat dan ada juga dari mereka yg alami sendiri menanggung anak2 oku yg mcm tu.. bila jd mcm tu.. mereka2 ini naik marah disebbkn pbuatan lola.. nak buat mcm mana... malah yg mrh2 tu ada juga yang hidup lagi susah dari lola.. gaji lagi sikit dr lola.. anak oku sama teruk dgn lola.. pasangan bercerai dn nk bunuh anak tu.. mcm2 dugaan yg lebih buruk... tp dia guna diri sndiri utk beri sokongan pd diri sendiri..

    BalasPadam
  14. Tu kes anak oku..kes bunuh n dera anak yg sihat walafiat ag berlambak. Smpai badan ank luka2 truk.smpai hati buat kat anak sendiri cmtu. Anak kita tu xtau apa pun..tak bersalah apa pun.ada anak ni satu rezeki yg tuhan bagi..tak ternilai. Balik keje penat2, tgk anak tgh main ngn mainan dia..dia ajak gi kedai, trus hilang penat..lawak tgk anak kelam kabut rambang mata pilih mainan atau gula2..boleh dok terpacak depan barang mainan smbil buat muka serius yg teramat sngt.hahaha. aku suka telatah anak aku..bila bini dok berleter kat dapur..anak aku mst pandang aku pastu dtg tepuk bahu.."sabar ek papa..adik pun slalu kne".hahahhahah.

    BalasPadam
  15. Berkata Khairun Darwani Khairuddin:

    Me and my Angel... sesak dgn news feed bkenaan bantuan yg kjaan sediakan utk anak2 OKU.

    Betapa masyarakat dibutakan dgn kononnya semua anak OKU layak menerima bantuan bulanan rm300. Ini hakikat yg sebenar wahai semua...bantuan itu akan disaring, aku yg hanya kerani dan suami seorg atendan hosp pun dikira tak layak menerima walau sesen pun dari bantuan.

    Bagi yg layak pula perlu hadir ke kelas PDK sekurang2nya 8x sebulan... sesuatu yg agak tidak logik diakal bagi anak OKU yg terlantar utk tidak ponteng ke kelas. Majoriti mereka mempunyai masalah kesihatan yg severe sama seperti Angel.

    Ada parents yg tak mendapat kebenaran utk keluar waktu bekerja 2x seminggu...mungkin kerana boss yg x memahami, rakan sekerja yg busuk hati. Bantuan bagi yg layak ditolak dihitung...akhirnya hanya layak rm50.

    Ada pula yg bcakap mengenai kelas pndidikan khas. Hello hanya utk yg boleh menguruskan diri...anak OKU terlantar mana boleh nak urus diri..mkn pun bersuap, kencing berak dibasuh....so kesudahannya majoriti semuanya tidak bersekolah.

    Andai kjaan dh umumkan bantuan, sepatutnya bagi je lah sebaik saja anak2 ini disahkan sebagai ORANG KURANG UPAYA! bantuan utk mereka...bukan utk ibu bapa pun. Hak mereka hanya gah di kertas...gah di FB, di laman sosial. Hakikatnya kami yg bergelut seharian...

    syukur Allah masuh memberikan kami hidayah utk menjaga anak2 syurga ini seadaanya...

    https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10152499310433560

    BalasPadam
  16. Noob...le buat entry pasal sambutan 20 Tahun UMNO bahagian Cheras? Skrg dah menjadi bualan hangat di media sosial. Dashyat mereka behabis duit utk sambutan mereka...smpi nak menjadi Raja semuanya. Kan best buat sambutan bersama pengundi dgn kenduri n doa selamat...hmmmm

    BalasPadam
  17. jgn putus harapan..kuatkan semangat, jgn pedulik ape yg org lain kate.. insyaa allah Allah tolong, kena slalu berdoa..

    BalasPadam
  18. http://www.astroawani.com/news/detail/preview/1403858056/title/ibu-remaja-oku-didakwa-di-mahkamah-sesyen-38521?cp

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.