1. Fasiliti dan kemudahan yang kurang mesra golongan yang memerlukan.
Ada satu hari aku pergi singgah di sebuah masjid lalu ke tandas. Aku perhatikan di situ hanya ada tandas lelaki dan wanita, serta sebuah tandas VIP dan sebuah lagi tandas VVIP. Malangnya tiada tandas bagi golongan OKU. Adakah najis orang biasa dengan VIP dan VVIP berbeza sehingga perlunya tandas yang berasingan untuk mereka? Daripada buat tandas VIP, ada baiknya dijadikan tandas untuk OKU yang mempunyai kelengkapan lebih sesuai untuk mereka.
Begitu juga di tempat2 lain seperti di shopping complex, R&R di lebuhraya, pejabat2 kerajaan dan swasta, sekolah2, universiti, perpustakaan dan lain2 tempat, tak dinafikan kebanyakannya memang disediakan tandas untuk OKU, namun selalunya conditionnya lebih teruk daripada tandas awam biasa, dengan lantai yang basah dan kotor, kadangkala berkunci dan dijadikan tempat cleaner menyimpan peralatan pembersihan seperti mop dan baldi. Malah tiada laluan2 khas disediakan untuk mereka yang berkerusi roda terutama di tangga2.
Tak dinafikan kalau dibandingkan dengan dulu, kini lebih banyak kemudahan untuk golongan yang memerlukan, namun masih ada kelemahan yang boleh diperbaiki serta ditambah baik. Cuba pergi ke negara maju macam Jepun dan US, tengok macam mana kemudahan yang disediakan untuk golongan yang memerlukan, sangat lengkap dan dijaga dengan baik.
Sumber gambar |
Di sebuah masjid di Leicester, UK, sebuah negara yang bukan Islam, menyediakan sangkar sementara untuk menyimpan anjing pemandu yang membawa tuannya yang buta pergi ke masjid untuk bersolat bersama2 orang lain. Adakah di Malaysia, sebuah negara Islam boleh buat sampai ke tahap ini dan apakah pula reaksi masyarakat, majlis agama dan orang politik sekiranya ada masjid atau surau yang melaksanakan perkara yang sama?
2. Sikap dan kesedaran sivik masyarakat terhadap golongan yang memerlukan.
Selain masalah fasiliti, satu lagi yang menjadi masalah dalam Malaysia ini adalah sikap dan kesedaran sivik sebahagian masyarakat Malaysia terhadap golongan yang memerlukan. Malah masih terdapat diskriminasi masyarakat terhadap golongan OKU. Ramai yang apabila melihat sahaja warga OKU, mata mereka terus menjeling seolah2 ternampak makhluk asing dan cuba menjauhkan diri. Memetik daripada kata2 ibu seorang anak yang dilahirkan tanpa tangan dan kaki, adik Nur Damia Irsalina atau Kak Nik:
Masih terdapat diskriminasi terhadap OKU dan jika dibandingkan penerimaan orang Barat dengan masyarakat kita, umpama langit dengan bumi, keluh Rosnaini apabila teringat kembali kegagalannya mendapatkan peruntukan khas untuk OKU daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat dengan alasan beliau dan suaminya bekerja.Adik Nur Damia kini sudah pun bersekolah di darjah 1 di SK Kuala Telemong. Kesungguhan pihak sekolah dalam membantu urusan persekolahan serta menyediakan laluan khas bagi memudahkan pergerakan menggunakan kerusi roda bermotor yang ditempah khas berharga RM10,000 daripada pengasas Zull Design Autotronic, Zulkifli Haron amatlah dihargai dan wajar dijadikan contoh oleh sekolah2 lain yang turut mempunyai murid yang kelainan upaya.
Suaminya, Dr Daeng Malis yang juga seorang doktor perubatan di klinik Universiti Malaysia Terengganu pula berharap masyarakat tidak terus memandang serong kepada OKU seolah-olah kehadiran golongan ini membebankan mereka.
"Lain pula, dengan masyarakat luar negara yang begitu prihatin dengan kebajikan OKU dan sanggup mendahulukan keselesaan mereka dalam apa juga perkara," katanya.
Dalam hal kemanusiaan ini, walau ada yang cuba main isu bangsa, tapi hakikatnya sifat kemanusiaan bukan bergantung pada kaum. Aku pernah berkawan dengan orang Melayu yang berhati mulia serta orang Melayu yang kurang ajar, aku juga pernah kenal dengan orang Cina yang baik hati dan orang Cina yang kiasu. Begitu juga dengan India dan bangsa2 lain.
Memanglah sapa2 yang duduk di kerusi tu tak salah, lagipun pengangkutan awam ni mengamalkan konsep free seating dan siapa cepat dia dapat. Tapi kalau dah nampak ada golongan yang lebih memerlukan seperti warga emas, wanita hamil, OKU atau ibu yang mendukung anak kecil pula terpaksa berdiri atau duduk atas lantai sementara kita yang sihat walafiat ni sedap2 duduk atas kerusi, takkan takde rasa apa2 dalam hati tu?
Kadang2 kemudahan untuk golongan yang memerlukan ini sudah pun disediakan, so kau yang yang sihat2 ni tak payahlah sibuk2 nak duduk walaupun tempat tu kosong pada asalnya. Kita tidak tahu bila masanya golongan yang lebih memerlukan akan menggunakan kemudahan tersebut.
Kalau ikut komen di atas, beliau merasakan kaum wanita yang kebanyakannya lebih pentingkan diri dan tidak bersimpati kepada kaum sejenis yang memerlukan kerana nak berkepit2 romantik dengan pakwe atau suami. Mungkin bila pasangan lelaki mereka nak bagi tempat duduk kepada orang lain, diorang akan cakap "Tak payahlah buat2 baik, temankan I jelah duduk kat sini," atau kalau dia ajak sekali aweknya bangun untuk bagi tempat duduk pada orang lain, dia akan jeling dan cakap "U lebih pentingkan perempuan lain daripada I ya?". Bukankah sepatutnya mereka bangga kalau ada pasangan yang baik hati macam tu instead of marah atau cemburu? Dan tak perlulah kita mengharapkan balasan atau ucapan terima kasih bila memberi tempat duduk tu, yang penting keikhlasan.
Walau dua2 gambar kat atas tu kebanyakannya melibatkan perempuan dengan perempuan, tapi tak boleh generalize semua perempuan macam tu. Mungkin nampak perempuan banyak macam tu sebab zaman sekarang ni bilangan wanita memang lebih ramai daripada lelaki. Sama seperti bangsa, hati yang mulia dan kotor juga tidak mengenal jantina.
Dan seharusnya jika kita nampak fasiliti dan kemudahan yang disediakan khas buat golongan yang memerlukan seperti laluan khas, tandas OKU, parking atau tempat letak kereta OKU dan sebagainya, kepada yang sihat dan tidak memerlukan, tolong jangan guna fasiliti tersebut walaupun pada ketika itu kita tengok tiada orang yang menggunakannya, sebab kita bukan tahu bila mereka akan muncul untuk menggunakannya.
Malah kemudahan2 khas yang disediakan kepada OKU wajar dipantau agar tidak disalahgunakan oleh insan2 yang tak berhati perut yang lain. Hukuman yang lebih berat seperti denda dan penjara perlu dikenakan terhadap mereka yang menyalahgunakan kemudahan ini.
Kita dah menikmati pelbagai benda dan kemudahan dalam hidup kita, so janganlah kita rampas hak mereka dan bagilah mereka peluang untuk menikmati kemudahan yang disediakan khas untuk mereka.
tags: persekitaran fasiliti kemudahan sikap sifat kesedaran sivik mentaliti masyarakat malaysia sensitiviti kurang mesra golongan memerlukan warga tua emas ibu hamil mengandung bawa anak kecil oku orang kelainan kurang upaya tandas vip vvip anjing pemandu masjid guide dog mosque adik nur damia irsalina kak nik tiada tangan kaki kudung mula sekolah darjah 1 ibu rosnaini racist racism perkauman bangsa melayu cina tidak beri tempat duduk lrt komuter star train bas parking hak mereka pendidikan
Teringat aku dekat berita di harian metro hari ni kes dikriminasi golongan oku,walaupun pandai tapi tetap x dpt kerja aduh susah juga jadi oku ni alhamdulillah aku sihat walafiat
BalasPadamIni semua salah UMNO-BN. UMNO-BN yang tak sediakan kemudahan ini. Semua ini sengaja dilakukan agar konspirasi dan fitnah jahat terus berlaku dan menghalang Anwar Ibrahim dari jadi PM!
Padamcybetrooper umno ni mmg xde keje lain ke dok provoke org guna nama anwar ibrahim. pukimak betul la get a life dude!
PadamJangan lawan Anwar Ibrahim jika tak mau digelar MACAI UMNO! Teruskan cari kesalahan kerajaan UMNO-BN!
Padam⊙_⊙ ^_^
BalasPadammana aila? rindulah..
BalasPadamaila merajuk kot..hmm
Padamtak sape yg mahu dilahirkan sbgai seorang OKU so kita sbgai manusia di planet yg sam tlg laa b'hati manusia sikit . Kdng kala warga OKU lbh cerdik pndai dari golongan normal tapi sygnya dyorng kurang tempat di dkm masyarakat...mohon pihak yg berkenaan bantu mereka yang memerlukan , jgn hanya melepas batuk di tangga...kita manusia sama disisi Allah...
BalasPadamjikalau manusia dapat melihat ganjaran pahala, nescaya mereka akan berkejar-kejar membuat kebaikan ~
BalasPadam#MesutOzil
serius, pngalaman aku menaiki public bus bertahun2 ni kebanyakn pmpuan yg xkan offer seat mereka kpd yg mmerlukn wlupn xbkepit dgn boipren skalipn. i wonder why.
BalasPadammmg org perempuan ni kebanyakannya selfish & pentingkan diri. semua benda dia nk conquer & xnak kalah dgn org lain. even kalau nak kawen pun org pompuan yg lebih2 nak hantaran tinggi, nak rumah besar, nak renovate rumah, nak kereta besar, nak banding2 dgn org lain, xmo kalah dgn jiran sebelah, kwn ada itu, dia nak jugak walau pendapatan isi rumah xseberapa. xla ckp semua tp kebanyakannya laaaa
Padamsy pun perempuan....tp betul ckp awk...kebanyakan perempuan zaman skang memang pentingkan diri sendiri...satu lg cerewet..hehe..
PadamKita diajar menjadi manusia yg pandai dalam mcm2 ilmu pengetahuan smpi ke menara gading..tp ilmu2 mcm ni x dididik kpd anak2 muda. Ilmu ni lebih kepada hati dan bukannya otak..bila otak pandai tp hati menggelapkan segala tindakan yg tidak membawa manfaat duit atau keuntungan..maka humanity zaman sekarang terutama org muda mula terhakis...sbb kita asyik dididik mencari duit semata2...tp benda yg buang duit,masa,n tenaga xnak buat sbb dikata merugikan
BalasPadamgeram plak tgok gmbar yg laki pompuan dok bkepit tu!!.... bajet romantik la tu!!!!
BalasPadampompuan tu dah lah muka burok.....perangai pun burok...fakk..
PadamStaff komuter/LRT @ seangkatannya sepatutnya membuat rondaan utk pantau penumpang2 disamping membantu/menegur yg memerlukan berbanding hanya duduk bersembang di bahagian pilot bersama kawan2. Tanggungjawab pekerja.
BalasPadamCCTV dlm kemudahan awam tidak terhad utk pantau gejala jenayah sahaja.
kebanyakn org x kisah x ambik kisah sebb xde kaitan kekeluargaan dengan kita pun, xyah tunjuk org lain tengok diri pun kdg2 ada rasa mcm tu, jadi setakat mana kesedaran yg kita ada dan dapt bantu golongan2 ni, sekarang org x kisah lebih rami dari org ambil berat, psl OKU :( kat tmpt masjid ak selalu dh jumpe untuk oku cuma surau kot xde untuk tandas
BalasPadamPernah suatu ketika dlm LRT..aku nmpk ada atuk tua dan cucunya sedang berdiri..atuk tu mcm penat sngt. Tgnnya yg memegang tiang besi tu dah mcm lenguh. Aku pun bgun, smbil org perhatikan aku dengan muka yg hairan. Aku pergi ke atuk tu dan ckp " tok..duduk la situ.saya pulak berdiri sini". Atuk tu senyum dan berterima kasih. Sedang dia menuju ke tempt duduk tu..ada seorang laki melayu usia lingkungan 20an dengan rambut ala korea dan gaya hipster laju je menapak ditempt duduk tu. Oleh sebab telinga dia disumbat headphone..mst dia tak dengar kalau org ckp perlahan. Jadi aku pun jerit "woi lancau..aku bg atuk ni duduklah sial..ko berambus rrr" secara tak lansung..aku telah jadi sopan dan kurang ajar pada masa yg sama.
BalasPadammanusia ala2 kpoop haruslah di maki
Padammemang spesis tak considerate camtu selalu menguji tahap kesabaran kita dalam menahan diri dari menabur makian...
PadamBenda macam ni benda bermusim...
BalasPadamPercayalah...
Sekali ada mana2 YB bangkitkan dlm parlimen, kecoh laa sekjap..
Esok lusa dah lupa dah isu ni...
Padahal OKU yg naik lrt ke, dtg bank ke, masjid ke, bukan nak tunggu isu bangkit parlimen baru nak hidup...
Kesian dgn kawan2 OKU aku...
betul tu.
Padammacam kes tersedak susu. lepas tu dlm seminggu, berderet baby mati tersedak susu. aih...M'sia...M'sia...truly asia saaannngatt!