Ahad, 9 Jun 2013

24 Iron Man versi Malaysia

Negara kita tak lama lagi mungkin akan ada Iron Man kita sendiri. Jet Pack sedang dalam pembangunan, so lepas dah berjaya nanti mungkin Tony Stark Malaysia ini akan cipta baju zirah atau armor suit pulak.



Budak2 sekarang mungkin tak kenal, tapi kanak2 zaman 80-90an pasti akan kenal, perekacipta negara iaitu Zulkifli Haron atau lebih dikenali sebagai MacGyver Malaysia yang dah banyak menghasilkan macam2 produk kreatif dan inovatif sejak 2 3 dekad yang lepas. Aku ingat lagi waktu kecil aku baca dia ada menghasilkan kereta berkuasa solar antara inovasi terawalnya dulu, sampai aku pun terpengaruh nak modified basikal aku dengan letakkan ekzos menggunakan tin air konon nak bagi laju. Beliau pada masa tu boleh dikatakan sebagai seorang genius rekacipta dan menjadi ikon kepada ramai kanak2 zaman tu.

Dan setelah lama aku tak dengar nama dia, sekarang aku cari balik kat Internet, rupa2nya dia ada syarikat sendiri iaitu ZullDesign Autotronic dan telah mencipta banyak rekaan dan produk untuk IKS (Industri Kecil & Sederhana), produk untuk OKU, pelajar, sektor perikanan dan perladangan serta macam2 lagi. Dan di laman Youtube miliknya, aku tengok dia sedang dalam proses untuk menghasilkan Jet Pack menggunakan jet turbine. Aku harap satu hari nanti ciptaannya ini akan menjadi suatu realiti pada masa akan datang.


Cuma aku agak terkilan, sebenarnya negara kita ramai orang2 genius macam beliau, tapi ke manakah mereka? Ramai pakar dan cerdik pandai negara yang buat kajian macam2 di peringkat Master, PhD dan dah menghasilkan macam2 ciptaan dan produk, tapi at the end ke mana ciptaan dan produk2 tersebut pergi? Kenapa tidak dikomersialkan untuk digunakan oleh semua orang? Adakah ia hanya sekadar untuk disimpan di dalam buku atau tesis sahaja?

Sebenarnya negara kita kekurangan dalam pembangunan insan2 genius dan cerdik luar biasa. Tengoklah berapa ramai kanak2 genius2 kita seperti Sufiah Yusof, Mohd. Shukri Hadafi dan Chiang Ti Ming yang akhirnya kecundang atas pelbagai faktor. Dan bukan itu sahaja, pengiktirafan dan publisiti juga jarang diberikan kepada golongan2 genius dan cendekiawan ini. Sebab aku pelik, Zulkifli Haron dah lama menjadi seseorang yang hebat dalam bidang rekacipta, tapi kenapa sampai sekarang dia tidak pernah dapat gelaran Dato'?


Kalau artis2 boleh diberi gelaran Dato', Shah Rukh Khan pun boleh dapat, kenapa beliau tidak dapat? Macam2 beliau dah buat seperti beca berenjin hibrid, vending machine menjual kuih pau, menggerakkan kereta menggunakan air, motor terbang, hovercraft dan macam2 lagi produk yang membantu ramai usahawan2 Melayu dan Orang Kelainan Upaya (OKU) sampai orang menggelarkannya Perekacipta Negara, tapi hasil ciptaan dan jasanya mungkin tidak begitu dihargai dan dilupakan begitu sahaja.


P/S: Akses ke blog Buasir Otak kini di hujung jari anda dengan Aplikasi Buasir Otak untuk Smartphone dan Tablet Android. Scan QR Code atau klik pada button di bawah untuk download di Google Play.

Scan QR Code





tags: zulkifli haron zulldesign perekacipta negara rekacipta pakar genius inovasi innovation kreatif idea bantu usahawan iks oku pelajar cipta rekaan hasil produk macgyver malaysia tony stark ironman jet pack turbine genius child prodigy pakar bakat cendekiawan nasib iktiraf jasa gelaran

24 ulasan:

  1. Jangsn lupa dia juga jadi jutawan lepas menang MORE Jutaria yang pertama dan terakhir
    dengan hadiah 1 Juta Ringgit..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kau ni pandai2 je.yg menang more jutaria tu ahmad samerin la.kalau xtahu jgn main cakap je,kan terserlah kebodohan diri

      Padam
    2. Ha ha ha... eh mana gi ahmad samerin ya... adakah wang sejutanya sudah berganda atau dah susut kembali ke asal?

      Padam
    3. yang aku dengar lepas dia menang more jutaria,byk tempat2 kebajikan carik dia nak mintak derma kat dia,pastu tak tau apa jadik

      Padam
  2. budak ni boleh masuk man of steel malaysia

    BalasPadam
  3. mati2 aku zulkifli nordin tadi. rupanya zulkifli haron. so genius. jika diberi dana oleh kerajaan atau private mesti dia dpt pergi lbih jauh. dgn rekaan yg lbih menarik..

    aku rasa kalau dia ni berhijrah dkt negara lain mesti dah tempah nama..

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu. kalau amerika, dah lama dia ni jadi jutawan dengan paten jer

      Padam
    2. mgkn dia kurg ngampu kerajaan.kalau dia rajin kutuk pembangkang ntah2 senang je dpt dana 2 juta dr kerajaan mcm tok guru pondok geting

      Padam
    3. silap zulkifli yg ni,dia x join perkasa.kalau dia join perkasa & kutuk india,dh lama jadi calon barisan nasional utk pilihanraya

      Padam
    4. a ah btul aku setuju ngan ngko. kalu dia kuat ampu cium tangan kak mah join perkasa, persatuan jati 3line gerenti jibby bagi modal manyak masyuuk looo...

      Padam
  4. sufiah yusof jgn sebut weii.. dlu bleh la. skrg apa dah jadi. sama dgn amalinda dah jadi blonde hot girl..

    BalasPadam
  5. dia boleh pergi jauh. tapi sayang, satu jer kurang. iaitu duit.

    BalasPadam
  6. amalina tu blonde pun masih jugak stdy. teringat bapak mat ngan ana dlm kg boy yg suka cipta barang pelik2. rupanya2nya ada dlm dunia realiti dan alhamdulillah jika ciptaannya boleh membantu org lain. teringat jepun, banyak reka brg merepek tapi dijual juga smpailah ke malaysia. masyarakat malaysia mungkin masih blum ckup keberanian utk memasarkan produk ciptaan mereka.semoga usaha encik ini berkembang ke generasi seterusnya.

    BalasPadam
  7. haih sian negara kite ni , cipta ke mane2 pon susah nak naik , tapi takpe. sekurang2 nye mencuba dan menjadi ciptaanye , dari aku tengok je. Hoho

    BalasPadam
  8. kt mesia ni duit byk diperuntukkan utk program2 cm permata kot.. nak latih anak2 nari2 gelek2 nyanyi2 berlakon...

    BalasPadam
  9. Zul ni sebenarnya bnyk juga dpt bantuan dari kerajaan. Cuma dia tak glamor je. Lagi pun anak muda mana minat bidang innovation ni. Dia org minat hiburan je..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kat sini pelakon & penyanyi lebih dimuliakan berbanding org cerdik pandai.

      only in banglasia...eh silap...only in malaysia

      Padam
  10. bila la saintis nak cipta alat doraemon ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalo ada betul pintu suka hati yang boleh melipat ruang galaxy tu kan best...

      Padam
    2. ha3.. nti bankrup air asia dan prebet sapu..

      Padam
  11. kalau kerajaan bagi dana dan tempat utk zulkifli ni buat penyelidikan yg lebih proper,mesti dh jadi tony stark dah skrg

    BalasPadam
  12. ini mcm cerita 3 idiots pulak..Phunsukh Wangdu

    BalasPadam
  13. bengekl zul design ni kalau tak silap kt ulu yam kan..sebab pernah pergi situ dulu..banyak design pelik2 kat galeri dia..pelik juak sebab tak dikomersialkan..rugi bakat je malaysia ni..

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.