Selasa, 11 Jun 2013

40 Adakah ini yang dinamakan cinta?

Balik dari kerja semalam aku singgah makan di sebuah restoran, di depan meja aku kelihatan sepasang lelaki dan perempuan muda yang aku rasa sebuah pasangan couple. Bukan main mesra lagi mereka berbual, sekali sekala disulami hilai tawa dek usikan nakal, cuit mencuit manja, bergurau senda sambil pegang dan ramas2 tangan, wah sangat romantis...lah sangat!


Dalam 10 minit kemudian, datang sebuah lagi pasangan yang aku kira suami isteri bersama seorang anak kecil yang umurnya dalam lingkungan 4 5 tahun duduk di meja tidak berjauhan daripada meja aku. Aku perhatikan saja mereka, lepas sang suami mengorder makanan untuk isteri dan anaknya itu, dia mengeluarkan Samsung Galaxy S3 dari poket dan terus membuka game Candy Crush. Kemudian isterinya turut mencapai iPhone 5 dari bag Coach tiruan mungkin dan terus membelek Facebook.


Lama aku perhatikan mereka, langsung tidak bercakap sesama sendiri, masing2 sibuk dengan telefon masing2. Bila makanan sampai, mereka terus makan. Sekali sekala aku ternampak mereka bercakap sepatah dua kata, tapi sang ibu lebih sibuk karenah melayan anaknya manakala sang suami terus menjamah makanan. Selesai makan, mereka pun terus beredar.

Masa tu terlintas dalam fikiran aku, adakah ini yang dinamakan cinta? Mungkinkah apabila sebuah pasangan itu setelah dah berkahwin, masing2 dah tau semua benda pasal diri masing2, macam2 perkara dah dibualkan sebelum2 ini, so lepas 3 4 tahun kahwin dah takde tinggal apa benda lagi yang nak dibualkan? Mungkin masa bercinta dan masa awal2 kahwin dah puas bermesra2an, tapi bila dah lama2 takde apa nak dimesrakan lagi.

Hari pun dah nak Maghrib, so selesai makan aku pun terus bayar dan bingkas meninggalkan restoran. Kelihatan bahu wanita pasangan couple yang awal tadi masih lagi dipeluk erat sang lelaki...



P/S: Akses ke blog Buasir Otak kini di hujung jari anda dengan Aplikasi Buasir Otak untuk Smartphone dan Tablet Android. Scan QR Code atau klik pada button di bawah untuk download di Google Play.

Scan QR Code





tags: adakah ini yang dinamakan cinta kisah makan di restoran mamak melayu siam seafood couple pasangan lelaki perempuan wanita sedang hangat bercinta kekasih sayang romantik romantis usik gurau senda gelak tawa peluk bahu pinggang mesra keluarga suami isteri anak ibu bapa bosan tak layan buat hal masing main telefon smartphone tablet android ipad iphone

40 ulasan:

  1. Pasangan berkahwin sekarang memang macam tu..bersama isteri dn anak-anak dan benda ketiga = smartphone. Harap2 lah kalau saya ada suami nanti tak macam tuu..ahaha:P

    BalasPadam
    Balasan
    1. phone isteri no 2, semua wanita perlu paham dan saling memahami...
      tapi klu isteri sentia cun n pandai bergaya semua x jadi masalah kut..

      Padam
    2. Zaman sekarang semua dengan smartphone atau tablet.. main game atau bersosial tak kira masa.. :)

      lepas tu tangkap gambar.. Rasa lawak pulak bila guna tablet besar buku tangkap gambar lol..

      kalau boleh semua nak didigitalkan gambar makanan air jari kaki hudung mata mulut.. lol.. :)

      Padam
  2. Itulah kebaikan bercinta selepas kahwuin.

    BalasPadam
  3. moral of the story..bercintalah selepas kahwin..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. ini bukan soal cinta sebelum atau selepas kawin..tapi sikap dan persepsi. orang dah kawin berbeza ghairah cintanya dengan yang belum. even orang yang bercinta pas kahwin pun akan jaga adab sopan ketika dipublic dan takkan berkelakuan seperti pasangan yang belum kahwin.

      Padam
    2. kerja syaitan dan iblis dia suka orang buat maksiat so masa takda ikatan semua benda dihappykan tak kira halal haram.. bila dah kawin semua dirumitkan.. meniupkan prasangka, buruk sangka dan sebagainya.. dan start la gaduh, ada skandal ada itu ini.. cerai berai etc..

      apapun semua dari hati bla hati kita dah start rosak mudah syaitan ni mencucuk.. masuk dan menawan..

      Padam
  4. Opinion from newly wed. - Sometimes berada kat public places buatkan kita rasa segan nak tunjukkan kemesraan. Rasa awkward, macam orang pandang, bimbang orang bercakap bukan2, etc. Me and my partner kalau makan kat luar,memang nampak macam pasangan tengah bergaduh sebab tak mesra wpun kami tak busy dgn smartphone or any gadgets (both guna henpon nokia lampu suluh je). berbual2 juga tapi dengan nada serius bukan manja gedik. selalunya we all duduk, order, makan dengan senyap pastu balik. tapi once masuk dalam kereta, mulalah dia pot pet, yang, makanan tadi sedap kan bla bla bla...semua pasangan berbeza. Bukan semua jenis reti ramas mesra kaat public.

    BalasPadam
    Balasan
    1. setuju..sebab orang yang dah kawen lebih meluat nak manja2 kat luar..sebab tu biasanya lebih bual sepatah dua je..

      n sebab tu aku xnak beli gajet canggih, sebab nanti mesti sibuk nak layan gajet je..baik layan isteri n anak sendiri...

      Padam
    2. cuba elakan dari handphone wassup dan sebagainya semua benda yang melekakan.. sosial face to face lebih bernilai dari sosial dalam talian..

      Padam
    3. Sebab org yg dah kahwin boleh bermesra2 lebih hebat lagi kt umah..tak perlu kot nk tnjuk2 kt public..ngeeeee..

      Padam
  5. Orang kata cinta lepas kawin tu, cukup bahagia walau tak kata apa-apa. Cukup dengan ada di sebelah ja.

    BalasPadam
  6. sebelum kahwin mmg la suma nmpak best. sbb belum rasa kan? bila dah kawin dah rasa sex n beranak kasih syg semakin pudar. sbb tu kahwin biar krana agama... bukan sekadar nak lpas nafsu semata mata.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan sebab belum rasa.. sebab takda komitmen dan tangungjawab.. couple nowdays banyak yang dah rasa ringan2 seks berat2 pun ada.. tapi sebab belum kawin sah dan halal belum ada tangungjawab komitmen.. dan benda maksiat ni memang kenikmatan dunia yang syaitan dan iblis hiasinya nampak macam menarik best aje.. kalau ikut logik awal hubungan couple sama je samaada halal atau haram.. tangan yang sama kita pegang dan sentuh..

      yang membuatkan kita rasa berbeza ialah hati dan parasaan kita.. hati yang ada iman akan malu dan takut.. hati yang takda iman belasah aje.. dan selain emosi dan perasaan nafsu juga datangnya dari hati yang dikenal sebagai hawa dan nafsu atau dorongan kepada rasa suka dan cinta sesuatu..

      Padam
  7. itulah beza orang berkahwin dengan belum. cinta bukan sekadar bepeluk beromen depan public. kapel yang tak kawin tu manja manja sebab lepas perjumpaan tu dorang balik rumah masing2. kapel yang da kawin tu anytime boleh nak romen romen sebab dah stay bersama.

    BalasPadam
    Balasan
    1. cinta membuatkan dunia milik mereka dan lupa orang disekeliling.. :)

      Padam
  8. Ini semua salah BN yang membenarkan penjualan smartphone di Malaysia ni.. sepatutnya rakyat malaysia guna Nokia 3310 sahaja!

    BalasPadam
    Balasan
    1. setuju sgt...gna public phone lagi bagus

      Padam
    2. 3310 pun orang sms aje nasib baik kroni2 BN cas agak mahal sms ni kalau free musti lebih ramai akan sms tanpa henti

      Padam
    3. BN tu telco mana pulak? Aku pakai Celcom, kawan aku pakai DIGI, jiran aku pakai Maxis, tokey aku pakai U-mobile.. ko pakai line BN?

      Padam
  9. sejujurnya sy x suka tgk situasi bla kuar bersama pastu ngadap hp masing2

    BalasPadam
    Balasan
    1. pemandangan biasa.. dimana-mana saja..

      Padam
  10. Noob seperti iman.. cinta ibarat air ada pasang surutnya.. pasangan kena la kawal paras air jangan sampai kemarau dan kering kontang..

    BalasPadam
  11. teknoloji membunuh

    BalasPadam
  12. fuk laaaaa chintan cintu fak2 c1ba1 niama, tubuhkn persatuan C1BA1, Cinta 1 Bangla Association India

    BalasPadam
  13. aku tengah cuba melatih diri supaya tak menghadap hp semasa dengan kengkawan... XD

    BalasPadam
  14. Allahurabbi. Ampunkan dosa dosa kami. Amiin.

    p/s: hidup ini untuk ape? mardhatillah :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. hidup untuk mati :)

      Padam
    2. walaupun Ikan tinggal dalam air masin...isinya tak pernah berubah,tetp tawar,kucing walau kemana jua dibawa pindah tetap gayanya seperti kucing,tapi manusia duduk terperuk dalam rumah boleh pulak dipengaruhi budaya asing..yang parah tu bercanggah dgn agama..apakah ini penangan teknologi tanpa kawalan??
      *ambil pengajaran melalui persekitaran

      Padam
    3. Sama je Lyn.. Darah manusia tetap merah Lynn..

      Cuma jiwa ikan air tawar dan air masin kita tak tau berubah ke tak lol.. Kucing bandar dan kucing kampung juga berbeza.. ini lagikan manusia.. :)

      Padam
    4. manusia x sama dgn binatang..klu manusia sama dgn binatang, manusia x perlu pakai baju lah...mcm org zaman batu dulu.

      Padam
  15. yea itu adalah sebahagian daripada cinta cuma kadang cara yang tidak betul..

    cinta kepada it dan teknologi (dunia maya), juga cinta kepada pasangan (couple)

    BalasPadam
  16. Definisikan cinta? Lol

    Buffyfish

    BalasPadam
  17. contoh artis...bercinta diwar2kan bagai nak rak satu dunia tahu...bila dah kahwin hancusss...

    burn soul

    BalasPadam
  18. kahwin la .jgn berseorangan..... :)

    BalasPadam
  19. kawin la dulu noob. nanti kau tau la.
    pegang handphone masa makan ke, main game tanpa bermesra2 ke. itu semua terletak pada individu.

    mungkin memang jenis tak romantik, mungkin penat, mungkin emosi sedang terdera, mungkin dah tak ada hati lagi.

    tanggungjawab lepas kawin berat. lagilah untuk yang kaki bergaya, kawin hutang riban2 nak tambah gaya, kereta nak besar, rumah nak besar. last2 emosi kacau bilau. dengan pasangan sendiri pun hambar fikir hutang bertimbun.

    aku baru kawin 5 tahun, anak kecik lagi. tapi klu kuar makan sama2 tak de la buat hal sendiri. masing2 entertain anak. tak la bermesra2 macam couple mabuk bercinta. tapi tak la hambar.

    bila dah kawin mesra2 tu bole dalam bilik, nak borak jiwang2 bole pillow talk je.

    tanggungjawab.. tanggungjawab..
    suami sbg ketua kena ambil peranan, jangan ada pengabaian agama.

    BalasPadam
  20. Sokong ngan iLabyrinth..baru jer ari tu dengar kat radio, die komplen sebijik dengan ape yg noob cite kat atas kat DMFK. dan ape yg DMFK terangkan plak lebih kurang dengan yang iLabyrinth..
    Kesimpulannnya..nak intim mintim sangat wat kat rumah..x perlu nak tunjuk sgt kat org luar kemesraaan kat org..biar sendiri2 jer yg tau suda..

    BalasPadam
  21. tapi nasib baik masih makan semeja :)

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.