Rabu, 5 Jun 2013

17 Turun harga kereta buat orang2 yang cemas

Dalam manifesto BN untuk pilihanraya ke-13 dulu ada dinyatakan harga kereta akan diturunkan antara 20 sehingga 30 peratus. Minggu lepas, DS Najib ulangi janji tersebut sekali lagi di akhbar namun ia perlukan masa dan akan dibuat secara berperingkat sehingga tahun 2017.


Nanti bila harga kereta dah turun, aku percaya lebih ramai rakyat Malaysia yang akan membeli kereta baru dan menukar kereta lama, malah orang yang berpendapatan rendah yang selama ini pakai motor sahaja pun pasti akan mampu nak memiliki kereta.


Sepatutnya kita kena tiru macam negara2 maju yang lain bagi harga kereta rendah, so orang buat car loan pun tak lama maksimum 5 6 tahun berbanding sampai 9 10 tahun macam sekarang, lepas tu kena ada expired date, kereta yang dah 15 - 20 tahun kena lupus, barulah industri automotif sentiasa bergerak dan rancak, malah aliran tunai institusi kewangan seperti bank2 pun lebih banyak dan lancar. Ini tidak, sekarang ni kereta yang dah 20 30 tahun pun boleh gerak atas jalan lagi.

Benda2 yang mempunyai jentera mekanikal dan elektronik ni sepatutnya ada tarikh luputnya, sama seperti jentera dan mesin2 yang lain, ia kena selalu diservis dan diselenggara, sampai masa perlu diganti dan dilupus, begitu juga dengan kereta kerana kenderaan yang terlalu lama mungkin boleh mendatangkan keburukan dan bahaya kepada pemandu, penumpang dan pengguna jalanraya yang lain.

Tapi walau kerajaan ubah la Dasar Automotif Nasional dan turunkan harga kereta sekalipun, kalau sikap pemandu2 di jalanraya tak boleh nak ubah, tak guna jugak. Mungkin kerajaan boleh keluarkan Kereta Rakyat 1Malaysia untuk orang2 yang terlalu cemas seperti ini:






Masalah orang Malaysia ni satu je, ramai yang walau mereka berbudi bahasa bersopan santun di luar, bila naik je kereta duduk atas jalanraya, semua yang baik2 tu terus berubah jadi kurang ajar dan pentingkan diri sendiri. Nak buat macam mana, tengok kita dapat ranking ke berapa kemalangan maut sedunia pun dah tahu. Susah kan nak ubah benda ni. Kalau ada sorang nak berubah, 9 orang lagi takkan berubah. Buat AES pun tak guna, time ada kamera je bawak slow, lepas je kamera pecut balik. Mungkin kerajaan perlu mewajibkan setiap kereta atau kenderaan 4 roda wajib pasang kamera kereta atau dash cam macam yang banyak digunapakai di Russia.




tags: manifesto barisan nasional bn pru13 turun harga kereta 20 30 peratus berperingkat dasar automotif nasional proton perodua sikap pemandu malaysia pentingkan diri kurang ajar samseng jalanan jalanraya lebuhraya bawa laju potong line laluan kecemasan orang cemas lokasi kamera aes

17 ulasan:

  1. kata mck aku masa dia di us dipenghujung 80an, fresh graduate disana mininum dapat gaji atleast usd2k dan hanya bayar usd100 untuk installment kereta tanpa frontpayment.
    ok now boleh keluar dari malaysia kalau nak harga kereta murah. kalau tak tunggu 2017.

    BalasPadam
    Balasan
    1. sepupu aku lak grad dgn master sekali masa tahun 80-an starting salary kat M'sia RM800 dan yg SPM je dapat gaji RM250 je jadi kerani bank masa tahun 80an...

      Padam
    2. kata pck aku masa dia di la dia ada jumpa sorang cikano. masa tu awal 90an. cikano jual nachos atas lori macam orang malaysia jual karipap tepi jalan. sambil beli pck aku tanyalah cikano tu macam mana dia boleh ada stall kat la. yerlah masa tu hispanic ramai yang illegal mcm indon kat malaysia. cikano tu gtau yg stall tu bukan dia punya. dia kerja jer.bos dia mat saleh. so pck aku tanya berapa upah dia dapat jual nachos tu? dia jawab usd1000. masa tu awal 90an. sekarang tak tau la pas ada krisis subprima apa bagai.

      Padam
  2. bapak aku cerita,dulu dia keje pegawai gomen,gaji masa tu RM600.waktu tu protong belum wujud apatah lg produa.harga kereta mas tu sgt affordable walau semua kereta import dr luar...buat loan kereta pun maksimum 3 tahun je.walau gaji RM600 pun masih lg mampu byr kereta,beli rumah,tanggung family.masa tu belajar kt ipt pun percuma semua org dpt biasiswa.lps wujud shj protong semuanya telah berubah,kini gaji rm3000 pun kena tanggung loan kereta smpai 10 tahun,rumah pn xmampu nak beli,terpaksa terhegeh2 dptkan ihsan kerajaan beli rumah apartment,itu pun nasib kalau dapat.nk beli barang pn terpaksa terhegeh2 beli kat kedai 1malaysia sbb harganya murah skt walau xde kualiti.aku xtahulah nasib anak2 aku nnti mcm mana pulak

    BalasPadam
  3. Ingatlah lepas ni JEM akan bertambah parah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Peluang bagi BN/PR mengatasi masalah jem.. :)

      Padam
    2. bodoh,igt kalo harga murah aku nk beli 10 bijik keta...org nk harga keta murah nk kurangkan beban hutang

      Padam
  4. masalahnya kat Msia ni tak fokus dalam semua benda.Kejap2 ubah polisi,macam kartun.banyak sangat benda nak diachieve dalam masa singkat.sudahnya semua dibuat tahap cincai je.Bagi aku,mantapkan public transport pastu highway karak bagi 6 lane sehala.Cuti sabtu ahad pun boleh jem,mangkuk betul.
    Out of topic;ko perasan tak,realitinya org msia ni agak mampu.ko imagine pasal apa harga rumah makin menggila.sebab orang mampu beli.letak harga suku juta kat area ijok pun tetap sold out.pasal apa orang beli sedan civic walaupun ada option yang lebih murah?

    BalasPadam
    Balasan
    1. mmg realiti org malaysia agak mampu,tp berapa ramai yg agak mampu tu?berapa ramai yg mampu beli rumah harga suku juta berbanding yg hanya mampu menyewa atau rumah flat bwh 100K dan berapa ramai org yg mampu beli sedan civic berbanding yg hanya mampu beli motor ex5 atau kereta proton saga blm?

      Padam
    2. yang pasal rumah sold out tu mungkin pasal si realtor dah beli awal2. barangkali org yang membeli rumah kat ijok, adalah org berada yang mungkin dah ada banyak rumah dah.

      apa2hal orang kaya mmg akan beli banyak benda, salah satu faktor kenapa harga rumah naik pasal pasti akan ada pembeli dari golongan orang kaya nih. Permintaan rumah harga berpatutan atau kos rendah mmg tinggi, tapi yang beli asyik2 org yang fikir bisnes je.



      Padam
    3. agak mampu membeli? haha kelakar mcm bab1 kau, mampu berhutang banyak adalah haha2

      Padam
    4. ramai yg mampu membeli,tak.
      ramai yg mampu berhutang,ya.
      hakikatnya selama mana org berhutang kereta sampai 10 tahun,rumah sampai 30 tahun,selagi tu la harta2 tu sbnrnya bukan milik kita tp milik bank.

      Padam
  5. janji capati

    janji harga keta turun
    tapi byk auta... kena tunggu sampai 2017
    GST.. AES mesti dilaksanakan segera...
    demi dahulukan duit rakyat...

    janji capati..
    kos hidup makin naik
    harga barang makin naik
    gaji x naik2... gaji pak menteri mesti naik..
    janji mesti di capati..

    aku menunggu Br1m rm600
    Ntah bila nak kasi
    dpt br1m plak kna byr saman AES
    huhuhuhu....

    ada aku kisah..
    janji perut aku anak beranak aku kenyang
    janji di capati..

    lalala capati... lalala janji capati... lalala jibby capati lalala..n

    lagu janji capati (papa gomo aka papaporn bolehland version)

    penyanyi': seyfool al kunyit duet besama pak nuar...
    penyanyi latar : wakil MIC(beribou ribou taniya)

    BalasPadam
  6. Semua ini sial

    BalasPadam
  7. petanda negara maju bagi aku bila ada sistem pengangkutan awam yg boleh harap dan efektif, bukan bagi org mampu memiliki kereta. penduduk makin bertambah, tanah dah makin xde utk buat jalan bertol, rakyat terbeban dgn hutang kereta, tol, servis, parking dan petrol utk kereta (kos semua tu kurang2 RM1k sebulan) pencemaran makin teruk. dan byk org bising kenapa cuaca makin panas? hm..

    aku pun xtau bilakah sistem pengangkutan awam di malaysia akan jadi sangat mudah dan cepat utk rakyat. kalau ramai org x guna kereta, byk duit dapat dijimatkan dan rakyat ada lebih kuasa membeli. bolehlah menyimpan utk bli rumah yg senonoh. selagi ada polisi kereta nasional agaknya sampai bila2 lah kita takkan dpt sistem pengangkutan awam yg kita idamkan

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.