Sabtu, 8 Jun 2013

19 Iktibar tragedi runtuh Jambatan Kedua P. Pinang

Pada 2 hari lepas jam 7:15 malam, jalan penyambung susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang yang masih dalam pembinaan telah runtuh. Kejadian ini mengingatkan aku pada kejadian jejambat runtuh di jalan Putrajaya Link bulan Mac yang lalu. Bezanya, tiada kemalangan jiwa pada kejadian sebelum ini kerana jalan telah ditutup lebih awal, manakala kejadian di Pulau Pinang ini kerangka jambatan telah menghepap kereta Perodua Kelisa mengakibatkan 4 orang maut.









Paling sedih, mangsa yang memandu kereta Kelisa dengan nombor pendaftaran PKR 347 yang ditimbus di bawah runtuhan konkrit dan keluli yang beratnya bertan-tan hanya dapat dikeluarkan selepas 20 jam usaha penyelamat dilakukan. Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa. Berikut adalah lakaran penyambung susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang yang runtuh.


Siasatan awal punca insiden tersebut disebabkan kelemahan palang konrit yang menghubungkan bahagian Batu Maung dan kegagalan struktur asas, namun mungkin juga terdapat kemungkinan lain seperti rekaan dan pemasangan yang salah, dan penyelenggaraan yang tidak cermat akan menyebabkan jambatan itu runtuh, walaubagaimanapun punca sebenar tragedi masih dalam siasatan. Cuma aku tak puas hati, macam mana struktur yang masih lagi dalam pembinaan yang masih di bawah seliaan dan pemantauan kontraktor boleh runtuh, tu belum lagi kalau dah siap nanti.

Namun aku harap pihak berkuasa yang terlibat, DOSH, SPRM perlu buat siasatan dan cari apakah sebenarnya punca yang berlaku, adakah hanya melibatkan kelemahan dari segi kejuruteraan sahaja, ada melibatkan pelanggaran prosedur, SOP dan tidak mematuhi akta keselamatan di tempat kerja dan di tapak pembinaan atau ada melibatkan salah laku dan korupsi dalam projek dengan menggunakan bahan2 murah dan tidak berkualiti. Sekiranya terdapat pelanggaran undang2, harap pihak yang berkenaan dapat diambil tindakan. Kalau masalah disebabkan kelemahan dari aspek teknikal kejuruteraan, maka tragedi ini adalah pengajaran kepada kita walau sehebat mana manusia dengan teknologi2 yang canggih dan moden, ia masih tidak dapat melawan kuasa Tuhan.


Cuma yang aku terkilan sikit, pampasan yang diberikan kepada mangsa runtuhan hanya RM10,000. Bukanlah nak kata nyawa manusia itu boleh dikira dengan wang ringgit, tapi bagi aku pihak yang terlibat perlulah membayar pampasan yang lebih tinggi kerana ia melibatkan survival untuk keluarga mangsa yang masih hidup. Kerana kecuaian pihak kontraktor, tak pasal2 orang lain yang perlu menanggung kesusahan. Pada tahun 2007 dulu sewaktu insiden jambatan runtuh di Minnesota, US yang menyebabkan 13 orang mati, pampasan yang dibayar kepada mangsa2 adalah USD52.4 juta!


So aku harap keluarga bagi mangsa tragedi jambatan kedua Pulau Pinang ini akan mendapat keadilan sewajarnya dan diberi pampasan yang lebih banyak lagi, dan semua pihak dapatlah mengambil pengajaran dan iktibar daripada peristiwa ini daripada berulang lagi di masa akan datang.


P/S: Akses ke blog Buasir Otak kini di hujung jari anda dengan Aplikasi Buasir Otak untuk Smartphone dan Tablet Android. Scan QR Code atau klik pada button di bawah untuk download di Google Play.

Scan QR Code





tags: kronologi kejadian tragedi insiden jalan penyambung susur keluar jejambat jambatan kedua pulau pinang batu maung lebuhraya tun dr lim chong eu dalam pembinaan runtuh jatuh tindih timbus hempap kereta kelisa hijau no plat pkr 347 4 orang maut meninggal mati cedera mayat dikeluar 20 25 jam usaha penyelamat bomba kesan guna anjing konkrit keluli berat tan takziah keluarga mangsa tajuddin zainal abidin dapat pampasan rm10,000 jksb pengarah urusan datuk dr ismail mohamad taib syarikat projek kontraktor cergas murni sdn bhd punca masih dalam siasatan pekerja indon sprm dosh mppp majlis perbandaran pulau pinang arah henti kerja keselamatan tempat kerja iktibar pengajaran salah siapa lepas tangan gambar video ngeri

19 ulasan:

  1. Woh Adroid friendly Buasir sekarang yea..

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu,, semua i salah Lim guan Eng.. sejak memerintah pulau pinang, mcm2 runtuh..

      Padam
  2. ni lah projek kebanggaan barisan nasional..kah3.. bayangkan kalau jambatan ini dibuka dan dilalui oleh beratus kereta...

    BalasPadam
  3. Al-fatihah buat arwah mangsa, takziah pada keluarga mangsa... sememangnya malang tidak berbau, dan ajal akan datang tepat pada waktunya.

    p/s: noob, hang buleh jadi wakil rakyat ah, style dah ada ^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. undilah Parti Otak Bersatu utk PRU14 lima tahun lagi.. hewhewhew

      Padam
    2. xboleh la plain. wakil rakyat kena pandai bercakap terutama di khalayak ramai. aku menulis boleh la sikit2 tapi bercakap ni fail gila

      Padam
  4. nak kumpul duit utk brim... tu sbb pampasan skit je..

    BalasPadam
  5. noob mana pergi segmen cetusan idea?

    BalasPadam
  6. aku nak kawin hohoiiiiiiiiiii......

    BalasPadam
  7. Terbaik la noob! Ade app skali,brp lame la agknye nk siapkn app tu ye...tp aku xde phone android, so x bole la nk test app ni.

    BalasPadam
  8. ni semua salah DAP pandai2 je buat jambatan ni mesti rasuah ni!!! kuang asam

    BalasPadam
    Balasan
    1. lupa nak tulis, T.T takziah atas mangsa siap no plate pkr memang bukti yang nyata

      Padam
    2. DAP dah kuasai pusat yea.. Syabas.. itu projek kerajaan pusat le..

      Kontraktor yang sama juga buat jambatan di terenganu.. bukan kat Penang aje..

      Padam
    3. Projek Pusat, tapi tempat Pulau Pinang, ketua dia DAP Lim Guan Eng.. jadi memang sah salah Lim guan Eng

      Padam
  9. Baca kat sini semua ni kena bertangungjawab.. Tak kira la kerajaan pusat ke kerajaan negeri ke.. takyah gaduh2.. dah mati bukan boleh idup balik yang penting keselamatan masa depan..

    Belum siap dah korban nyawa..
    Harap dah siap karang takda lagi korban nyawa..

    BalasPadam
  10. aku harap pampasan rm10k dr sykt pembinaan adalah permulaan,patut diberi lg byk...10k dibanding dgn satu nyawa,murahnya nilai nyawa rakyat malaysia...itu tk masuk lagi nyawa tragedi bot karam di sarawak...

    BalasPadam
  11. macam mane boleh dapat kelulusan utk bukan laluan bawah jambatan tu sedang kn x siap sepenuhnya lg...sepatutunya buat lah lencongan utk elakkn dari lalu bawah jambatan tu..pelik betul..

    BalasPadam
  12. http://ic.pics.livejournal.com/kheru2006/18224891/844217/844217_original.jpg

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.