Jumaat, 1 Mac 2013

69 Jejambat runtuh di Putrajaya Link suatu petanda

Ya ini adalah suatu petanda...






Satu jejambat di kawasan dekat Selangor Science Park 2 Interchange, Cyberjaya runtuh dalam satu kejadian petang ini.

Beberapa gambar yang menunjukkan jejambat yang sedang dibina itu dikesan tersebar di laman Facebook dan Twitter.

Tulisan di Twitter menyebut, tiada individu yang cedera akibat kejadian tersebut memandangkan jalan itu ditutup kepada pengguna.

Sementara itu, laporan Bernama menyebut jejambat tersebut, terletak di antara Plaza Tol Putrajaya dan Putrajaya/Cyberjaya di Lingkaran Putrajaya.

Laporan itu memetik kenyataan jurucakap Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang berkata jejambat tersebut berada bawah seliaan perbadanan tersebut.
Difahamkan kejadian itu berlaku pada 1 tengah hari dan ia tidak mengganggu sebarang lalu lintas.

Laporan China Press pula menyebut jejambat berkenaan yang dibuka sebelum ini ditutup untuk pembaikan apabila keretakan dikesan di permukaan jalannya.

Laporan yang memetik sumber itu berkata, jambatan tersebut dibina berhampiran tebing sungai dengan tanah yang longgar.

Sumber Malaysiakini. Baca juga di Berita Harian.

"Satu lagi projek kerajaan Barisan Neraka yang akhirnya runtuh menyembah bumi, tanda2 awal UMNO-BN akan jatuh dan terkubur..." - Pencacai PR.

"Runtuhnya jambatan di Selangor di bawah PKNS merupakan petanda kerajaan Pakatan Haram di Selangor akan jatuh..." - Pencacai BN.

Siapa salah bila ditimpa bala bencana? Time ni masing2 nak jadi ahlul nujum dan tukang tilik. Takde petanda2nya... bawak je ke muka pengadilan orang2 yang terlibat tak kira la ahli politik ke, pegawai kerajaan ke, pihak kontraktor ke untuk siasatan. Dan mana2 individu yang bersalah hendaklah haruslah dikenakan hukuman yang setimpal, kerana sudah pasti kos nak bina flyover ni bukannya murah, mau berjuta berbillion2 jugak ni, last2 runtuh macam tu je. Nasib tiada kemalangan jiwa, kalau ada?

Ni lokasi keruntuhan yang berlaku. Siapa2 yang rasa nak ambik gambar ke boleh pergi melawat.


View Larger Map




tags: apakah punca gambar jambatan jejambat flyover interchange putrajaya link cyberjaya aman putra putra perdana nusaputra taman sains selangor science park 2 plaza tol elite mex highway lebuhraya runtuh jatuh patah roboh projek seliaan pkns perbadanan kemajuan negeri selangor retak jalanraya tanah longgar mendap tebing sungai laluan alternatif south klang valley expressway skve plus kos pembinaan kemalangan jiwa tiada kematian laporan polis dengkil propel salah siapa petanda pr bn terkubur

69 ulasan:

  1. 1st noob!!!! yesssss!!!

    BalasPadam
  2. kalau higway yang dekat dengan Selangor Science Park, itu laluan nak ke lcct kalau tak silap. siap kena tol laluan ni. mula mula confuse ingat maju express.

    SPRM sila buka kertas siasatan cepat. jangan jadi macam stadium sultan zainal abidin. dua kali runtuh apa tindakan pun takda.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah takdir Illahi dia nak runtuh nak buat camne? Maahad Darul Quran Rusila pun di takdirkan terbakar hingga sebabkan 80 pelajarnya terganggu pembelajaran. Bencana kita tak boleh elak walau macam mana canggihnya tahap keselamatannya. Akhirnya Allah juga yg menentukan segalanya.Manusia hanya mampu merancang.

      Padam
    2. payah la kalau semua perkara musibah diletak kesalahan pada Allah taala.

      Padam
    3. ni sorg lg ckp mcm pandai saja...flyover yg runtuh tu mana kena tol.aku keje kt cyber lalu tiap2 hari jalan tu aku tau la.

      Padam
    4. Mecha oii... aku cakap takdir Illahi bukan aku letak kesalahan kat Allah. Allah yg maha mengetahui, mungkin ada hikmahnya di sebalik kejadian tu. Harap mecha faham maksud aku ya....

      Padam
    5. takdir ilahi tu apa? alam semula jadi?

      Padam
    6. apa masalah robot gundam ni?yg buruk tu mmg kerana kelemahan manusia,tp semua perkara yg berlaku di dunia ini baik nikmat atau musibah semua dtg dari Allah.Allah dah takdirkan setiap satu yg berlaku di dunia ini.kenapa aku rasa kau ni makin lama makin bodoh semcm je.aku penyokong pr gak tp aku malu la ada penyokong pr yg bodoh cam kau ni

      Padam
    7. Tanpa Nama28 Februari 2013 10:31 PTG, oh macam tu. tq atas maklumat.tapi bukan soal kena tol tak kena tol, soalnya dah runtuh. kalau itu milik konsesi tol, konsesi kena jawab. kalau itu pkns yang punya pkns kena jawab. takkan allah taala pula nak tolong jawab. yer dak.

      Padam
    8. Allah maha kuasa....setiap yg terjadi adalah dari kuasaNya.....setiap yg baik dan yg buruk, semuanya datang dari Allah.....tetapi harus kita ingat, setiap yg buruk itu ada hikmah disebaliknya........

      Mecha, aku harap lepas ni kau buang semua berhala dalam rumah kau.....banyak setan dah berumahtangga dalam hati kau....hati kau tu dah gelap, bnyak sangat berhala dalam rumah kau......susah nak terima hidayah......

      Sekadar teguran ikhlas.....

      Padam
    9. Tanpa Nama28 Februari 2013 10:41 PTG

      bila masa aku penyokong pr? har har har. berdasarkan komen komen aku kat sini ko anggap aku penyokong pr? ko pun tipikal macam penyokong umno. kritik umno di kira pembangkang. sedarlah dunia ni bukan hanya ada tf dan gundam. har har har.

      ops, aku bodoh. ya, aku bodoh sebab tu aku masih belajar. sekarang aku tanya kau, takdir ilahi tu apa? adakah setiap musibah dan kecelakaan yang berlaku, yang perlu bertanggungjawab takdir ilahi?

      Padam
    10. takdir ilahi-takdir allah yg sudah tertulis.....ya, semuanya sudah dirancang sejak azali lagi....

      Padam
    11. bukan ingin menyalahkan Allah, tapi semuanya kuasa Allah, kita yg kerdil ni sikit pun xmampu nak lawan kuasa Allah.....

      Padam
    12. Allah maha mengetahui......semua yg terjadi dan akan terjadi.......

      Padam
    13. takdir illahi menentukan jambatan ini akan runtuh, maka runtuhlah ia.......walaupun kita berusaha untuk mengelakkan kejadian ini, tetapi allah sudah menakdirkan jambatan ini akan runtuh, maka runtuh lah.......bukan maksudnya kita x perlu berusaha langsung, tetap kena usaha juga, sebab kita tidak tahu apa yg akan tejadi nanti.......setidak2nya kita berusaha lari dari takdir allah yg buruk kepada takdir yg baik.....

      Wallahualam...

      Padam
    14. mecha, klau kau boleh bazirkan beribu2 ringgit beli berhala, aku harap kau boleh gunakan duit untuk beli buku2 agama untuk kau baca supaya kau lebih pandai dan tak bodoh......

      Padam
    15. P mampos lah ko ahmad mental cam berok

      Padam
    16. apehal ahmad ni?

      Padam
    17. ahmad dah jadi ustaz. syeikh ustaz ahmad

      Padam
    18. ahmad, usahlah cemburu dengan sedikit barang barang permainan kurnian tuhan pada aku. sudah ditakdirkan allah memberi aku mainan mainan tu. kenapa ko nak lawan takdir?


      #2008 dulu kerajaan qatar bagi satu kad kepada semua pelajar yang datang program bahasa arab termasuklah kami dari malaysia. masuk ke pusat ala-ala kedai buku 1malaysia, hanya tunjuk kad tersebut. kami cuma isi tajuk tajuk buku apa yang kami mahu. aku bawak balik 3 kotak. kalau ustaz ahmad ada mencari buku yang rare kat malaysia, mungkin saya ada terbawak balik. oh ya, ini juga takdir ilahi tuhan untuk saya.

      Padam
    19. musibah sebegini boleh dielakkan. cumanya org yang ada pengetahuan kejuruteraan awam boleh jelaskan, lepas itu barulah nak cakap ini takdir. ini bukannya malang tak berbau.


      Sekurang-kurangnya PKNS/PLUS laksanana tugasnya dengan tutup jalan sebelum itu demi kurangkan risiko kepada pengguna jalan raya. diaorg dah kesan material/structural fatigue atau keretakan.

      tapi PKNS/PLUS tak boleh elak dari kritikan dari segi kenapa diaorg tak halang jambatan itu dari runtuh.

      1) kenapa tak 'reinforce' kekuatan tanah2 longgar tuh?
      2) kenapa tak buat sokongan sementara pada jambatan tuh? (ini aku macam boleh agak sikit, utk elakkan potensi kemalangan jiwa, sebarang manusia dilarang berada dibawah jambatan)
      3) dah tahu kawasan tu bekas kawasan paya, kenapa tak tingkatkan safety factor dari semua segi?

      barangkali inilah takdir tuhan terhadap manusia yang terlupa.

      Padam
    20. betul tu biskut. orang yang ada authoriti boleh bagi penjelasan. dan orang awam yang buta tuli macam aku berhak tanya. bukannya bila ditanya, kita suruh allah taala jawab.

      Padam
    21. mecha, itu yang aku kesalkan. benda2 ni bukannya dalam dalil dari al-quran utk dipertikaikan.

      1) apakah beza orang yang bawa kereta mercedes dan orang yang bawa kereta 'tin milo'?
      2) apakah beza orang yang pandu kereta perlahan dan orang yang pandu kereta laju?
      3) apakah beza orang yang memandu kereta mercedes yang perlahan dari orang yang memandu kereta 'tin milo' dengan laju?
      4) berdasarkan soalan ketiga, siapakah yang dilihat memandu secara bahaya? siapa cenderung cari pasal utk mati?

      kalau org yang pandu itu benar2 berhemah tapi maut jugak, mungkin aku dengan berat hatinya akan cakap itu adalah takdir.

      tapi kalau org yang pandu itu benar2 membahayakan diri dan orang ramai berdasarkan pengakuan saksi2, itu aku akan cakap takdir yang boleh dielakkan, sekiranya org itu berubah sikap.

      bagi aku beza orang beriman dan orang tak beriman dalam konteks ini adalah mencari kebenaran, bukannya menyerah segala2nya 100 peratus kepada takdir, ini bukannya konsep tawakkal.

      Padam
    22. Betul Mecha & biskut, sebab tu dikatakan yang apa jua berlaku buruk/baik dari Allah SWT, tp disandarkan kepada kita sebagai hamba yang diberi usaha & aqal.

      Padam
    23. Tanya consultan engineer, kontraktor mesti buat hal kalau kes2 mcm ni

      Padam
    24. huh, masing2 jadi samy vellu; cakap 'act of god' terhadap semua musibah.

      Padam
  3. Balasan
    1. jangan takut sayang, abang akan lindungi hana....

      Padam
    2. ak terajang ko ahmad awex ak tu hahaha~~~

      Padam
  4. tu terus terjunam. Sekarang yg masih berjaga-jaga MRR2. Byk kot kenderaan lalu lalang bawah jejambat tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. gila seram lalu bawah tu......

      Padam
    2. Nak guna kapal terbang en. fernandez la.
      :p

      Padam
  5. ni engineer yg buat flyover ni ntah2 budak lulusan uitm.dulu spm dpt pangkat 2,nk masuk U lain xlayak,masukla uitm dengan kuota melayu.grad dgn ijazah kelas ketiga,dpt kerja dgn syarikat construction guna kabel besar terus jd project manager.

    BalasPadam
    Balasan
    1. asal uitm dapat nama....?

      Padam
    2. mesti dlu ko SPM pangkat 3 kan, pasal tu sentap tak dapat masuk UiTM

      Padam
    3. Apesal ko tak pasal2 nak memfitnah ni? Ingt lulusan MIT suma tu agung la? Ape punya pemikiran da...

      Padam
    4. ni mesti ada kes dengan uitm ni.haha.haha,dulu mintak masuk uitm tak dapat ye dik?

      Padam
  6. Hmmm..kerisauan sungguh (regular pengguna jalan raya ke cyberjaya)

    BalasPadam
    Balasan
    1. xpe nnt abg hantar naik helikopter nak..

      Padam
    2. awex aku tu..ak tembak helikopter ko kang..

      Padam
  7. Salah kontraktor yang buat.. Zaman teknologi cangih ni takda ke kajian dibuat mengenai kekukuhan jambatan tahap tekanan dan sebagainya..

    Takan nak serah kepada takdir semata-mata? Kalau makanan depan mata tak makan salahkan takdir sebab takdir tak gerakan tangan?

    Menimbulkan persoalan adakah rasuah terlibat dalam pembinaan projek ini yang turut menyumbang kepada kekurangan daya tahan jambatan ini..

    BalasPadam
  8. Ini suma slh Plus.. dya tutup dan biarkan shj. tnpa ada sebarang tindakan.. PKNS sudah menyerahkan kpd plus dan lampu jmbt tu pun dah ada slps PKNS serah kan.. sebelum tu x ada lampu.. jln yg menuju ke putra perdana tu mmg masih bwh pemaju lg sbb x ada lampu.. Aku duduk putra peradana dah 10 thn.. jln ini mmg ada prob dr awl2 lg. mmg diorg hold lama sebelum buka untk di guna.. ini jalan utama menghubungkan KLIA-Putrajaya-Kl.. malu lar dkt pelancong kalo tgk.. Ape Kerajaan dah buat selama ini? Dah runtuh smlm br aku nmpk suma dtg sibuk2.. sebelum nie duduk mkn gaji buta je.. Skrng pg2 dah jamm dkt situ.. mmg menyusah kan org nak kuar pg keja.. Plus tahu kutip duit je.. dah lar tol mahal nak mampus kalo keluar tol putrajaya tu.. Mmg nmpk dah bn akan jatuh..

    BalasPadam
  9. fail kat support.. bending moment fail..........

    jgn la wat fitnah wahai juri2 skalian.........

    BalasPadam
  10. so nak nyanyi jambatan dah roboh ke tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jambatan sudah roboh, sudah roboh ,sudah roboh, jambatan sudah roboh memang adil la sungguh~

      Padam
  11. Jambatan terbabit runtuh dipercayai berpunca daripada pergerakan pada salah satu tiangnya dipercayai akibat dari struktur tanah yang tidak stabil.

    BalasPadam
  12. Bersangka baiklah dalam setiap perkara, semoga kita semua dilindungi - amien

    BalasPadam
  13. hmmm... stadium dah runtuh.. jejambat dah runtuh... apa lagi?

    BalasPadam
  14. Udah2 le noob dgn isu mcmni..dh jd blog politik dh aku nengok blog ko ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. dah isu politik je yang banyak terserlah kebangangangnya. kalau aku banyak update pasal gossip artis dah jadi macam blog hiburan beautifulnara pulak. kalau benda peribadi tak ramai orang berminat pun. isu2 semasa macam ni jelah yang aku boleh fikir untuk update dan dibincangkan. ke kau ada cadangan?

      Padam
    2. bkn isu politik jer. isu hiburan pun sama jer bangangnya. but the fact is blog yg putar isu politik n huburan paling tinggi dpt hit. that's why noob pun suke main isu ni jer. cube tgk post all time paling tinggi hit. maharajalawak kan. dan yg paling ironi, noob konon hentam politikalfag, tp tanpa sedar dia pun politicalfark.

      Padam
  15. "JIKA ORANG ISLAM TIDAK MENGUNDI SEMASA PRU13, AKAN MELEMAHKAN KUASA POLITIK DAN PEMERINTAHAN MELAYU ISLAM DI MALAYSIA.. SIAPA YANG AKAN BERKUASA DAN MENJADI PERDANA MENTERI..?"

    Itulah masalahnya dgn org yg bergelumang dan beriman dgn demokrasi.. mereka kata faktor undi yg akan mengangkat seseorg tu jadi pemimpin (PM).. itu kata2 org yg hanya fikir logik melihat kpd sistem demokrasi..

    Ini pula kata kami di page ini :

    Mengapa tidak dilihat ke dlm Al Quran dan Sunnah ? bukan undi kita yg akan menentukan kuasa pemerintahan diberi kepada siapa..

    Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (Surah Ali Imran : Ayat 26)

    apakah syarat2 ALLAH akan turunkan pertolongan membinasakan musuh2 Islam dan memberi kekuasaan pemerintahan kepada umat Islam ?

    (Pengikut-pengikut Nabi Musa merayu, lalu) Musa berkata kepada kaumnya: Mintalah pertolongan kepada Allah dan bersabarlah, sesungguhnya bumi ini kepunyaan Allah, diwariskannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambaNya dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa.

    Mereka berkata: Kami telah dianiaya dan diperhambakan (oleh Firaun) sebelum engkau datang kepada kami dan sesudah engkau datang kepada kami. Nabi Musa menjawab: Mudah-mudahan Tuhan kamu akan membinasakan musuh kamu dan menjadikan kamu khalifah di bumi, kemudian Dia akan memerhati bagaimana pula perbuatan kamu?

    (Surah Al A'raf : Ayat 128 - Ayat 129)

    “Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Dia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka berkuasa dan sesungguhnya Dia akan meneguhkan bagi mereka dengan agama yang telah diredhaiNya (agama Islam); dan Dia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasik (derhaka).”

    [Surah Al Nur : Ayat 55]

    Rata2 yg komen di page ini - yang tidak bersetuju dgn perjuangan DEMOKRASI adalah mereka yg mahukan kebangkitan Islam akhir zaman.. iaitu tertegaknya Khilafah Akhir Zaman.. BUKAN SETAKAT NAK MENANG PRU13 dan menawan Putrajaya.. fokus dan matlamat kami adalah lebih jauh lagi.. iaitu Khilafah Akhir Zaman yg mengikut JALAN KENABIAN.. utk memahami dan memperjuangkannya, kita tak boleh sekadar berfikir dgn logik akal.. kita perlu menggali dan menyelongkar jauh ke dalam Kitab Suci Al Quran dan Sunnah (serta Sirah) kehidupan Rasulullah SAW dan Para Sahabat.. di sana ada kunci utama kefahaman dalam mengenal perjuangan Islam Akhir Zaman yg HAQ..!

    Wallahua'lam

    BalasPadam
  16. APAKAH AYAT-AYAT SUCI INI MENGGAMBARKAN GOLONGAN YANG TERMAKAN FITNAH & TERIKUT-IKUT DENGAN SISTEM POLITIK DEMOKRASI CIPTAAN KUFFAR..?

    "Orang-orang yang zalim itu (tidak berfikir), bahkan menurut hawa nafsu mereka (melakukan syirik) dengan tidak berdasarkan pengetahuan. Maka tiada sesiapa yang dapat memberi petunjuk kepada orang yang telah disesatkan oleh Allah (disebabkan bawaannya sendiri) dan tiada pula bagi mereka sesiapa yang dapat menolong melepaskan mereka dari azab."

    "(Setelah jelas kesesatan syirik itu) maka hadapkanlah dirimu (engkau dan pengikut-pengikutmu, wahai Muhammad) ke arah agama yang jauh dari kesesatan; (turutlah terus) agama Allah, iaitu agama yang Allah menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari semulajadinya) untuk menerimanya; tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah agama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui."

    "Hendaklah kamu (wahai Muhammad dan pengikut-pengikutmu) sentiasa rujuk kembali kepada Allah (dengan mengerjakan amal-amal bakti) serta bertakwalah kamu kepadaNya; dan kerjakanlah sembahyang dengan betul sempurna dan janganlah kamu menjadi dari mana-mana golongan orang musyrik."

    "Iaitu orang-orang yang menjadikan fahaman agama mereka berselisihan mengikut kecenderungan masing-masing serta mereka pula menjadi berpuak-puak; tiap-tiap puak bergembira dengan apa yang ada padanya (dari fahaman dan amalan yang terpesong itu). (Surah Al Rum : Ayat 29 - Ayat 32)


    Setelah disempurnakan Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW sebagai satu-satunya agama yang diredhai ALLAH, tidak sepatutnya umat Islam berpegang kepada cara hidup yang dicipta (Demopkrasi) selain dari apa yang telah diajarkan dalam Al Quran dan As Sunnah..

    Jika kita yakin sistem demokrasi adalah sistem syirik, kita diperintah mengajak ahli keluarga, sahabat dan masyarakat kembali kepada ALLAH, berpegang teguh kepada Al Quran dan Sunnah Rasulullah..

    Bukankah sudah sangat jelas bahawa Demokrasi telah menyebabkan umat Islam berpecah-belah dan berpuak-puak seperti yang dinyatakan dalam ayat 32 surah Al Rum di atas..?

    Hayati, renung dan fikirkanlah wahai umat Islam akhir zaman.. Kita mahu menjadi musyrik berpecah belah dalam agama demokrasi..?

    Atau kita mahu mengajak seluruh umat Islam kembali bersatu berpegang teguh mengamalkan Al Quran dan As Sunnah..?

    Kita sudah ada Al Quran dan As Sunnah yang lengkap dan sempurna, mengapa mahu memilih Demokrasi yang jelas dicipta golongan Kuffar yang mengingkari Al Quran dan Sunnah..?

    Ingatlah, kelak di Mahkamah ALLAH, kita semua akan ditanya..!

    Kita akan ditanya..!

    Kita akan ditanya..!

    Kita akan ditanya..!

    BalasPadam
  17. Menjelang PRU13, senario Politik negara ini semakin panas.. Demokrasi telah memperhambakan umat manusia agar terus berbalah mengejar dan merebut kuasa..

    Kepada golongan berkecuali yang merasa benci dengan situasi semasa ini, berdoalah memohon pertolongan ALLAH dan bersabar sehingga satu tempoh yang ditetapkan ALLAH. ALLAH pasti akan membinasakan musuh-musuh yang mencipta sistem Kuffar ini dan puak-puak yang mendokong dan menjayakan agenda Demokrasi di Tanah Melayu ini..

    (Pengikut-pengikut Nabi Musa merayu, lalu) Musa berkata kepada kaumnya: Mintalah pertolongan kepada Allah dan bersabarlah, sesungguhnya bumi ini kepunyaan Allah, diwariskannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambaNya dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa.

    Mereka berkata: Kami telah dianiaya dan diperhambakan (oleh Firaun) sebelum engkau datang kepada kami dan sesudah engkau datang kepada kami. Nabi Musa menjawab: Mudah-mudahan Tuhan kamu akan membinasakan musuh kamu dan menjadikan kamu khalifah di bumi, kemudian Dia akan memerhati bagaimana pula perbuatan kamu?

    (Surah Al A'raf : Ayat 128 - Ayat 129)

    Wallahua'lam

    BalasPadam
  18. "JIKA ORANG ISLAM TIDAK MENGUNDI SEMASA PRU13, AKAN MELEMAHKAN KUASA POLITIK DAN PEMERINTAHAN MELAYU ISLAM DI MALAYSIA.. SIAPA YANG AKAN BERKUASA DAN MENJADI PERDANA MENTERI..?"

    Itulah masalahnya dgn org yg bergelumang dan beriman dgn demokrasi.. mereka kata faktor undi yg akan mengangkat seseorg tu jadi pemimpin (PM).. itu kata2 org yg hanya fikir logik melihat kpd sistem demokrasi..

    Ini pula kata kami di page ini :

    Mengapa tidak dilihat ke dlm Al Quran dan Sunnah ? bukan undi kita yg akan menentukan kuasa pemerintahan diberi kepada siapa..

    Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (Surah Ali Imran : Ayat 26)

    apakah syarat2 ALLAH akan turunkan pertolongan membinasakan musuh2 Islam dan memberi kekuasaan pemerintahan kepada umat Islam ?

    (Pengikut-pengikut Nabi Musa merayu, lalu) Musa berkata kepada kaumnya: Mintalah pertolongan kepada Allah dan bersabarlah, sesungguhnya bumi ini kepunyaan Allah, diwariskannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambaNya dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa.

    Mereka berkata: Kami telah dianiaya dan diperhambakan (oleh Firaun) sebelum engkau datang kepada kami dan sesudah engkau datang kepada kami. Nabi Musa menjawab: Mudah-mudahan Tuhan kamu akan membinasakan musuh kamu dan menjadikan kamu khalifah di bumi, kemudian Dia akan memerhati bagaimana pula perbuatan kamu?

    (Surah Al A'raf : Ayat 128 - Ayat 129)

    “Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Dia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka berkuasa dan sesungguhnya Dia akan meneguhkan bagi mereka dengan agama yang telah diredhaiNya (agama Islam); dan Dia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasik (derhaka).”

    [Surah Al Nur : Ayat 55]

    BalasPadam
    Balasan
    1. terbaik bro....kesian tengok anjing2 demokrasi ni.....bertelagah sesama sendiri untuk merebut kawasan.....

      Padam
  19. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
    Balasan
    1. lu ni memang sial. jangan libatkan orang lain dengan perangai bangang lu.

      Padam
    2. jeles lettew...

      Padam
    3. Apa yg ko tulis td ahmad? Mai share skt.

      Padam
  20. Noob mohon ko review ckit tentang peperangan yg
    berlaku dkt lahad datu sabah. dlm tv3 suku xda heboh
    psl hal ni. org islam vs org islam. xphm lagi kerajaan
    di lihat memang lembab dlm menjaga keamanan
    sampai sempadan negara pun senang nak ceroboh.

    P/s : sori out of topic

    BalasPadam
    Balasan
    1. Soal pembolosan sempadan ni adalah persoalan yang terlalu subjektif,America yang super canggih pun tak mampu menyekat kartel2 dadah america latin,penyeludup,pendatang asing america latin yang saban hari masuk ke sempadan North America.

      tak payah pergi jauh,dekat semenanjung ni pun saban hari orang2 siam dan indon keluar masuk setiap ke semenanjung tanpa dikesan.

      Lagi mau bilang apa?beli radar canggih pun failed!terus jem.

      Padam
  21. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.