Ahad, 31 Mac 2013

71 Perlu ke menghina agama lain?

Baguslah nak berdakwah, tapi bukan dengan cara menghina agama lain.



Inilah masalahnya bila pemimpin kita macam ni. Nak berdakwah pun buatlah dengan cara yang berhikmah. Kalau menghina, memperlekeh dan memperlawakkan agama lain buat jadi bahan gelak, tak pasal2 membuatkan non-muslim lebih menjauhkan diri dari Islam dan tak pasal2 menimbulkan ketegangan kaum dan agama. Baca sahaja komen orang2 India kat video tu tak pasal2 mereka pula menghina agama kita.

Moho belajar lagi dari Dr. Zakir Naik macam mana cara nak berdakwah dengan berkesan kepada orang non-muslim.





tags: zulkifli nordin ceramah perkasa hina kutuk sindir lekeh lawak agama lain hindu perbualan penjual berhala cara kaedah dakwah berkesan dr zakir naik islam hindu tindas kaum wanita poligami monogami

71 ulasan:

  1. blah blah blah....x abis2 politik......wahai si anjing politik, dunia ini bukan kekal selamanya......satu hari kau akan tinggalkan dunia ini dan segala macam propaganda politik yg kau juangkan tidak bermakna apa2 didalam kubur....anyway, 1st......

    BalasPadam
    Balasan
    1. mohon anjing2 dibawah jilat kaki gua..........bhahaha!!!!

      Padam
    2. apa2 jelah ahmad

      Padam
  2. patrick teo hina islm ade ke pas ksah? Kah32x

    BalasPadam
  3. tu lah........klau hina parti politik, bkan main lagi marah2 sampai naik gila....

    BalasPadam
  4. bila agama dihina, buat x tau je........tapi klau yg hina tu kroni lawan, bising terus....tapi klau yg hina tu kroni sendiri, buat tak tau je......

    BalasPadam
  5. see?? kat malaysia ni mana ada parti juangkan islam......PAS?? bitch please.....kita boleh nilai sendiri sejauh mana islamnya 'Parti Islam Semalaysia' ni....

    BalasPadam
  6. seriuosly, aku x paham........apa bestnya poiltik ni??? ramai sungguh yg menghambakan diri pada politik.....yg lelaki oklah sikit, tapi yg perempuan ni, hodoh gilerr aku tgok.....walau cantik macam mana pun perempuan tu, tapi dia ni hamba politik dan suka bergosip politik, nampak hodoh sangat.....hodoh macam tahi......aku klau nak cari bini, memang paling penting sekali, aku nak cari perempuan bukan dari kalangan hamba politik......

    BalasPadam
    Balasan
    1. mcm tuju kat seseorang jek... butthurt sbb die x layan kau ke mad? hew hew hew....

      Padam
    2. haha..kecewa direject..

      Padam
    3. ada ke yang nak kat ko? cermin diri dulu..aku baru je habes cermin diri aku.memang tak layak.apalagi ko ahmad.

      Padam
    4. ambik hamba abdi dapat pahala.kalau org yg kau tuju tu memang tak layak.aku yang layak.
      -noob-

      Padam
    5. Kepala hotak ngko bebulu

      Padam
  7. Kalau baca sirah nabi takda pun nabi buat macam tu..
    Nabi kena hina kena cerca kena pulau kena baling najis dan macam-macam lagi..
    Tapi tetap senyum dan memaafkan orang-orang tersebut kerena orang-orang tersebut jahil..

    Mungkinkah kita ni sebenarnya jahil lagak macam pandai tapi jahil dan lebih teruk merosakan imej agama kita sendiri..


    BalasPadam
    Balasan
    1. parti politik kena hina, kita hina balik......pemimpin parti kena fitnah, kita fitnah balik.......lawan buka aib, kita buka balik aib mereka.....adakah islam mengajar kita ini semua????

      Padam
    2. "aku"

      Cuba cer cerita apa yang sebenarnye Islam
      Cara kau buat ni cukup Islam ke?
      Nabi ajar macam tu?


      Padam
    3. islam mengajar kita bersatu padu, menghormati orang lain, berkasih sayang, tidak menyakiti orang lain baik dengan perbuatan ataupun lisan, tidak memfitnah, tidak melaga2kan dua orang yg bergaduh sebaliknya mendamaikan mereka, dll perkara yg baik2........

      Btw, im not islam enough.....oh my islam.....but, im trying to improve islam in me, then in everybody......

      Padam
    4. tanpa nama jgn dilayan sgt aku tu.dia tu si babi yg kononnya glamer tu

      Padam
    5. gila la kalau layan si ahmad tu.dia tu ada masalah personaliti.pehal pun,wat rilek je.jgn mrh.pahami masalah yg dia alami.

      Padam
    6. jangan emosional :) relaks..

      Berbincang dengan kata yang elok dan baik kita baiki diri kita saudara2 kita.. Insya'Allah.


      Padam
  8. kerana politik, saudara seagama sanggup dihina.....inikah dikatakan keindahan persaudaraan dalam islam?? puiihh.......

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan kau juga buat dan tunuk macam tu?

      Padam
    2. Macam kata kat diri sendiri aje kah23x

      Padam
    3. kahkahkah!! bodohkan aku??

      Padam
  9. Di antara tanda-tanda Kiamat adalah HILANGNYA ILMU dan tersebarnya KEBODOHAN.

    (HR. Bukhari)

    untuk ko ahmad.


    hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih ustaz.....terharu saya mendapat teguran dari insan mulia seperti ustaz........saya ni terlalu hina untuk ditegur ustaz......

      Padam
  10. Balasan
    1. hai...leh kenal?

      Padam
    2. ini lagi bes dari si Lynn si pipi merah, lagi tersorong-sorong tu. hi, ada fb?

      Padam
  11. bukan sebarangan orang bole dakwah. bila berdakwah main tangkap muat ni ler jadinya.

    ok fine, Islam ialah the best whatsoever.. tp penganut agama lain pun fikir agama mereka macam tu juga.

    nak dakwah, dakwahlah. tp bila sampai kutuk agama lain, bukankah itu membuktikan Islam tu x bagus di mata org lain?

    berdakwah biar beretika dan maklumat betul.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu bukan nak berdakwah sgt, tu saje je nak cari pasal dgn penganut agama hindu...

      Padam
    2. Berdakwah ni sebenarnye sebenarnye bukan untuk orang lain tetapi untuk mendidik diri kita sendiri apasaja yang keluar yang paling dekat ialah hati kita sendiri.. apa yang keluar dari hati kita ialah tentang kita.. mengambarkan siapa kita.. kalau dengan mudah kita memaki dan mengata ada sesuatu yang tak betul tentang diri kita yang perlu kita baiki lagi.. jadi jauhi perkataan yang kurang manis dan tak elok..

      Betul tidak mudah sebernye menundukan emosi dan rasa diri kita sendiri.. Banyak perkara.. antaranya rasa nak menang rasa diri kita ni saja betul dan perlbagai rasa ego yang sebenarnye membunuh diri sendiri..

      Nabi dihormati kerana kesabaran kerana kemuliaan budi perkertinya..
      Banyak yang kita perlu belajar cara dan adab berdakwah..

      Setiap orang harus berdakwah untuk orang yang disayanginya sekurang-kurangnya untuk memperbaiki dirinya sendiri, keluarga dan masyarakat..

      Padam
    3. betul ramai org rasa nak menangkan diri dia yg merasa dia la betul, Islam tu dh sempurna tak perlu nak diragui

      Padam
    4. kalau imbas balik, ada la segelintir ustaz & ustazah yg guna nada yg hampir sama macam zulkifli nordin nih masa aku sekolah agama dulu. tapi pendengar/audien masa tu hanyalah pelajar2 sekolah agama.

      sekarang dah masuk zaman serba canggih nih, asalnya audien ceramah ni terdiri dari org2 muslim, tiba-tiba semua org boleh tgk video ceramah zulkifli nih.

      maka kesimpulannya, pendakwah2 kene ubah cara penyampaian, cara yang rata2 org boleh setuju. kalau nak tegas macam khalid al walid ataupun umar al khattab sekalipun, tegas dengan akhlak mulia la.

      sindir menyindir hanya buat org2 bukan islam lari dari mengenali agama islam. malahan menguatkan persepsi org muslim gemar hina agama lain.

      Padam
    5. Memang kerana kita tak diajar cara dan adab untuk berdakwah..

      Berdakwah yang betul adalah menyampaikan perkara benar kepada orang tak kira siapa.. Maka pendekatan yang merendah diri baik budi perkerti adalah perlu seperti yang diajar Nabi Muhammad S.AW.

      Percaya atau tidak taktik berdakwah Nabi Muhammad S.A.W ini diajar oleh mubaligh kristian dalam mengambangkan ajaran Kristian :) Sayangnya ilmuan Islam tidak mengaji dan belajar bahkan tidak diajar kepada pendakwah2 Islam.

      Ustaz/Ustazah seperti Zul nordin ni sebenarnya bukan berdakwah sebab dia lakukan di masjid/surau kepada orang yang sedia Islam, lebih kepada tarbiah. Jadi bila tarbiah ni pendekatan "memberus" atau agak kasar seperti UAI katakan dalam ceramah/kuliah beliau. Ianya bukan ditujukan kepada orang bukan Islam.

      Kalau nak jelas.. baca Quran lihat dan teliti dengan jelas apa disebut dalam Quran.

      Padam
    6. macam biasa, bila timbul soal agama, semua orang lantik diri sendiri jadi ostaj/ostajah dan beri komen yang teramatlah bernas berlandaskan ego masing2.... typical meleis....

      Padam
    7. betul tu kita pun pertikaikan orang bedasarkan ego kita
      sebab kita rasa menyampah dengan apa orang atau jeles

      Padam
  12. Tanda akrabnya manusia dengan Tuhan adalah apabila dia banyak berbakti kepada manusia. Ayuh, buatlah kebajikan sebanyaknya agar kita tidak menjadi pendusta agama. Tiada balasan kebaikan selain kebaikan juga. Menuju negara berkebajikan.
    *Orang gila takkan mengaku dia gila, orang jahat takkan mengaku dia jahat. Orang baik takkan mengaku dia baik kerana dia tawadhuk. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. so what?? ada aku kesah???

      Padam
    2. hai mad?? terasa panas bontot ke?? oh patut la mcm ada bau hangit.... ada bontot panggang rupanya....

      hew hew hew

      Padam
    3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

      Padam
    4. Orang bukan Islam pun ada banyak berbakti kepada manusia Lyn..

      Padam
    5. kekadang akhlak mereka melebihi kita yg Islam. Sayangnya mereka tanpa keimanan yg sejati.... lihatlah di negara kita.... akhlak anak cina dan anak india kekadang lebih sopan berbanding anak muda kita...

      Padam
  13. yeap betul...ramai non-muslim menjauhkan diri dengan Islam sebab salah faham dengan Islam. Padahal Islam itu agama yang baik dan sempurna, tapi segelintir manusia yang beragama Islam ni lah yang mencacatkan agama itu.

    BalasPadam
  14. bro noob..

    hahaha.. aku rasa ceramah ustaz azhar lagi menghina aku pernah dengar mp3 dia kata
    org india xboleh pegang degree kerana bodoh duk sembah lembu..

    mungkin bahasa teganu mana si keling tau...

    BalasPadam
    Balasan
    1. prince boob ni tau kutuk ceramah bn je. ceramah pas yg byk maki hamun tu dia duk sanjung. macai al-juburit la katakan.

      Padam
    2. Noob Gay macai anwar breheng..

      Padam
    3. semua pengikut anwar diberi satu pil yg dibomoh....siapa yg makan pil tu akan sanggup buat apa saja demi anwar....sanggup makan tahi demi anwar......berhati2lah saudara2 ku semua.......

      Padam
  15. hahaha.. Pada pandangan aku yang kurang ilmu ni..
    ini bukan la dakwah kepada orang bukan Islam..

    ini adalah masalah etika.. pada aku yang salah besar sebenarnye orang yang uplaod dan mencarik kesalahan si Zul Nordin ni saja..

    Sama macam UAI bila Ceramah atau kuliah ini dalam masjid/surau :) bukan kat public.. sepatutnya takda la kecoh mana hanya sebagai reference orang Islam.. Semua yang hadir pun orang Islam tetapi sape la bahalol pi upload kat youtube untuk tontonan umum.. (yang dah tentu kena ada code/etika lebih sopan sebab ramai dan ntah siapa je dengar/lihat)

    Moralnya kalau nak upload apa-apa kat internet tolonglah fahami sensitiviti kaum agama.. kalau benda dalam masjid surau yang boleh menyingung agama lain baik toksah la upload. Sama macam cerita hal rumah tanga korang korang nak kutuk sapa pun tu hak korang la dalam rumah korang tapi tak payah la jadi bahan tontonan umum yang boleh menyingung hati dan perasaan orang lain..

    BalasPadam
    Balasan
    1. setuju apa yang saudara utarakan..

      namun, kalau diteruskan lagi gaya penyampaian zulkifli nordin nih, saya risau ada org mungkin terjangkit dan anggap cara penyampaian dia adalah mulia. lepas tu ada kemungkinan org tu guna teknik zulkifli nordin ni kat org ramai termasuk la org bukan islam.

      dalam kes UAI, saya pun rasa serba salah jugak. tapi pendengar2 dia selalu terdiri golongan org muda muslim. saya dapat rasakan cara pendekatan UAI ni amat perlu/berkesan kepada org2 muda nih. malahan UAI sendiri cakap dia cuma sasar pada golongan yang mahu mengenali agama je. kalau nak lebih teknikal atau terperinci, UAI sarankan org tuh belajar agama dengan ustaz/ustazah yang pakar.

      Padam
    2. Saya bersetuju dengan saudara.. Saya tak kata cara Zul tu betul..

      Saya katakan ianya dalam ceramah/kuliah tertutup mungkin rakaman peribadi? bukan tempat umum.. Jadi saya lebih melihat ianya suatu serangan kepada Zul Nordin atau cuba menimbulkan kemarahan Kaum India kepada Zul Nordin.

      Memang betul ianya pengarajan buat kita tak kira di mana saja.. Berdakwahlah dengan kata-kata yang baik. Kerana zaman sekarang anda diperhatikan dan mungkin akan diupload ke internet untuk tumpuan berbillion juta umat manusia.

      Padam
    3. yup. saya pun rasakan penyampaian dia hanya untuk audien waktu itu saja. dan kita pun tak patut menghakimi dia sangat berdasarkan video 5 minit tu. tapi 'kerosakan' tu telah pun dilakukan, takle undur dah.

      harap zulkifli nordin ni sedar yang dia juga diperhatikan dan juga dinilai/dihakimi. lebih lebih lagi, dia ni org ternama / public figure.



      Padam
  16. mohon komen pasal GISB kena tangkap kt mekah

    -oyen-

    BalasPadam
  17. mohon komen di blog cik lin.ada entri pasal yg ko nak ni. hehehe
    hai cik lin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cik lyn awex gua. lue jgn brani kacau cik lyn. noob al gay pun tak sekacaks aku.

      -ahmad-

      Padam
    2. wow....takutnye...

      Padam
  18. Lepas nih kalau ada orang agama lain hina agama Islam jgn melenting pula. Pandai hina agama orang pandailah terima balasannya. Apa nak jadilah,Masalah nepostisme & kronisme di Malaysia (klik disini).

    BalasPadam
    Balasan
    1. setahu aku, non-muslim ni yg selalu hina islam.....islam x pernah hina dorang pun.....

      Padam
  19. Abang Noob,

    Mohon pencerahan..
    1) Ini kuliah dalam Masjid/Surau bukan dalam KUIL atau terus menerus melaui youtube, Jadi adakah ia menghina? kenapa pula orang Islam yang terasa?

    2) Sila rujuk Al-Quran surah An-Nisa 117 "Apa yang mereka sembah yang lain dari Allah itu, hanyalah berhala-berhala (makhluk-makhluk yang lemah) dan mereka (dengan yang demikian) tidak menyembah melainkan Syaitan yang derhaka." jelas dalam Quran. Adakah ianya juga menghina? Allah menghina Agama lain? Begitu maksud kamu?

    Pendapat peribadi.. Mana-mana agama yakin mereka aje betul.. :) orang bukan islam juga kadang tengok orang islam solat tungang tungek.. sebab tak faham dan sedar kenapa dan mengapa.. jadi pada aku "Bagi Kamu Agama Kamu dan Bagiku Agamaku" kalau tak caya sudah.




    BalasPadam
    Balasan
    1. ko x tau ke, noob kunyit adalah hamba abdi merangkap kuli batak kepada anuwar kunyit.....jadi normal la klau dia butthurt dengan orang2 bn........

      Padam
    2. kita tak perlu melekeh dan menghina2 agama lain untuk memberitahu kebenaran agama kita. apa yang termaktub dalam Al-Quran tu bukan menghina tapi penjelasan. tapi seperti yang dalam video kat atas, beliau mempersenda agama hindu siap buat2 lawak lagi membuatkan audien gelak ketawa dengan agama lain. ya memang secara tertutup, tapi adakah dengan keadaan tertutup kita boleh melekeh dan mempersenda agama lain?

      dulu pernah keluar video paderi melayu yang memperlekeh dan mempersenda agama kita ketika ucapannya secara tertutup di sebuah gereja di Sarawak. bila dah tersebar, kita pun marah bukan? adakah itu yang kita mahukan, masing2 saling mengutuk dan menghina sesama kaum dan agama di belakang masing2?

      baca lagi pencerahan di sini.

      Padam
    3. ye lah tu....ko sorang je betul...orang lain semua salah.....ko sorang je masuk syurga....

      Padam
    4. Jadi yang salah besar ialah orang ysng menyebarkan dan menjadikannya umum padahal ianya suatu yang tertutup..

      Byk agenda patutnya habis kat situ aje tak kisah la melawsk ke cerita ka... Rasanya kalau ada orang hindu takan dia nak berseloka begitu.. Gila nak kena pelempang.. Tapi sekarang dah jadi umum orang semua tahu pulak dem..

      Apa nak buat? Now dia salahkan PAS pulak sebab masa tu dia ahli PAS ikut ajaran PAS ... La pulak.. PAS ajar macam tu..

      Ni sebenarnya masalah bila semua benda nak diupload ke internet dan jadikan mahkamah terbuka.. Tak kira ko kat mana kat bilik tido ko sendiri kalau kau terkenal ada bahan misalnya ko tido bogel pun akan jadi isu lol...

      Padam
    5. Dan saya bersetuju dengan PRINCE OF NOOB :) detik ini adalah kritikal untuk anak muda.

      Saya terkenang apa Prof Tariq Ramadan kata dalam kuliah 'Faith in Politics' betapa: "Loyalty to the country requires you to CRITICALLY loyal to it."

      "Ketika kita berdepan dengan krisis sosial, pendidikan dan kemelut ekonomi yang meruncing sebegini; anak muda harus bijak memilih isu untuk diperjuangkan." :)
      fikir2kan...

      tengok sini https://www.youtube.com/watch?v=C1X0CO8Yy6c

      dan http://www.youtube.com/watch?v=6NTzRO-ltEk&feature=share

      sekadar pengkongsian. :)

      Padam
    6. Betul Lyn..
      Banyak lagi Isu yang perlu difikirkan wahai anak muda
      Adakah isu sebegini sesuai?

      Rasanya tidak pasal orang melawak cina india agama banyak kalau rajin merakam kat seluruh pelusuk malaysia ni ada aje orang kata/cakap So kalau semua nak uplaod kat internet rasanya Malaysia asik bergaduh ajer la dari isu bangsa isu agama dan mcam-macam lagi isu..

      Pada aku orang sekarang melampau.. siapa pun orang tu Zul ka Ustaz ka ustazah ka kalau cara dia tak betul nasihatkan dia la takyah la nak upload kat internet nak buat orang lain marah.. atau nak jadikan internet mahkamah terbuka bagi menghukum dan menilai..

      Lain la dia buat atau kata benda tu kat publik tempat awam semua orang tak kira bangsa ada..

      Padam
  20. Berita April Fool..

    http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130402/dn_13/Mohon-maaf-kepada-penganut-Hindu

    BALING 1 April - Ahli Parlimen Kulim/Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin memohon maaf kepada penganut agama Hindu sekiranya kenyataan beliau kira-kira 10 tahun lalu telah mengundang perasaan marah di kalangan mereka.

    Menurutnya, kenyataan itu yang telah disunting pihak tertentu bagi tujuan memfitnah dan memburukkan namanya serta diedarkan ke laman YouTube baru-baru ini, dibuatnya ketika beliau masih berada dalam parti pembangkang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. So kalau insan seperti itu dalam parti memerintah adakah takpe mengeluarkan kenyataan itu.
      Semua nak dikaitkan politik. Tak kira ko siapa atau ape jawatanmu,hormat antara agama itu kene ada.

      Padam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.