Rabu, 6 Mac 2013

80 Krisis Lahad Datu diceroboh tentera Sulu: Part 2

Pasukan keselamatan negara telah melancarkan serangan seawal jam 7 pagi tadi terhadap kumpulan penceroboh di Kampung Tanduo, Lahad Datu dengan menggunakan jet pejuang Hawk dan F-18 Hornet untuk menggempur kubu musuh. Kronologi serangan pihak berkuasa boleh dibaca di KLPos dan Malaysiakini.

Pesawat pejuang Hawk
Pesawat pejuang F-18 Hornet
Berikut adalah sedikit kesinambungan daripada post berkaitan krisis pencerobohan tentera Sulu ini:
  • Aku sangat respek dengan para pejuang yang sanggup meninggalkan anak isteri untuk berjuang di barisan hadapan demi mempertahankan negara. Malah ramai diantara mereka yang bukan orang Sabah pun, mereka berasal dari seluruh Malaysia tapi sanggup turun ke Lahad Datu demi menjalankan tugas. So sebelum ada yang mengutuk mereka, mungkin kerana menyimpan dendam dengan polis sebab kena pukul masa Bersih atau lain2, manusia mana yang tak pernah lari dari kesilapan.,tapi bayangkanlah adakah anda sanggup mengambil alih tempat mereka?

    Aku ambil petikan SMS terakhir seorang komando VAT 69 yang telah ramai orang kongsikan:
    Wahai Isteriku, maafkan abang seandainya abang tersalah cakap mahupun terkasar perbuatan..jagalah dan didiklah anak-anak kita menjadi orang yang berguna..

    Wahai anak-anakku, maafkan ayah kerana acapkali ayah tiada disaat anak-anak ayah memerlukan kasih sayang seorang ayah..

    Wahai mak & abah, ampunkan anakmu dari hujung rambut hingga hujung kaki, sesungguhnya mak & abah telah mendidik aku menjadi insan yang berguna pada negara..

    Wahai Ibu & Ayah Mertuaku, maafkan anakanda kerana memilih kerjaya yang memungkinkan anak ibu & ayah menjadi balu sebelum usia..

    Oh Malaysiaku, maafkan aku andai aku gugur dimedan perang. Demi Allah aku telah berusaha sedaya upaya..
    Bacalah juga luahan hati seorang polis ini dan tiada sebab untuk anda tidak menyokong mereka.
  • Di pihak kita, pasukan keselamatan kita berjuang demi mempertahankan negara dan tanah air kita daripada diceroboh oleh orang luar. Di pihak tentera Sulu pula, mereka berjuang demi menuntut balik tanah air mereka iaitu Sabah. Pada kita, kita percaya perjuangan kita adalah benar. Pada mereka pula, mereka percaya perjuangan mereka adalah betul. Pada kita, kita percaya para pejuang kita yang telah gugur adalah syahid. Pada mereka, mereka percaya para pejuang mereka yang telah terkorban mati syahid. Namun syahid itu adalah hak dan milik Allah, dan hanya Allah Taala yang menentukan sama ada seseorang itu syahid atau tidak, oleh itu marilah kita sama2 berdoa agar wira kita yang telah gugur pergi dalam syahid.

  • Negara kita mempunyai pelbagai bangsa, suku, kaum dan etnik. Masyarakat di Sabah sahaja terdiri daripada pelbagai bangsa dan salah satunya adalah bangsa Sulu yang juga merupakan rakyat dan warganegara Malaysia. Ramai warga Sabah berbangsa Sulu berikrar akan taat dan setia kepada Malaysia walau penceroboh itu sendiri berbangsa Sulu warga Filipina. Seperti yang dipetik daripada Malaysiakini:
    "Bangsa Sulu yang menjadi rakyat Malaysia sangat taat setia dan mencintai negara ini. Mereka telah mempunyai keluarga dan pekerjaan tetap seperti nelayan, peniaga dan penjawat awam. Apa yang berlaku, pencerobohan ini tidak disukai oleh rakyat Malaysia bangsa Sulu kerana ia menjejaskan imej mereka...dan ini pada saya cumalah isu untuk hendak mendapatkan perhatian antarabangsa berkaitan tuntutan ke atas Sabah," kata Azly, warga Malaysia berbangsa Sulu.

    Seorang lagi penduduk yang ingin dikenali sebagai Amin, berkata beliau menentang sekeras-kerasnya tuntutan mereka yang menggelar diri mereka di bawah Kesultanan Sulu, untuk memiliki Sabah kerana beliau lebih selesa dengan pemerintahan kerajaan Malaysia.
    Benda ni membuatkan aku terfikir, negara kita terdiri daripada pelbagai bangsa. Malah orang Melayu sendiri pun terdiri daripada pelbagai etnik seperti Jawa, Minang, Siam dan sebagainya. Andai kata satu hari Indonesia atau Thailand serang Malaysia, mungkin masa tu akan timbul pula adakah orang Melayu Jawa, Minang, Siam ini taat setia kepada Malaysia? Atau sekiranya negara kita diceroboh oleh tanah besar China atau India, pada masa tu adakah rakyat Malaysia berbangsa Cina atau India akan bersama2 kita menentang penceroboh atau sebaliknya bekerjasama dengan penceroboh? Apakah akan wujud api dalam sekam di antara kita?
  • Aktivis Filipina mengadakan protes di hadapan Kedutaan Malaysia di Manila mendesak supaya ditamatkan keganasan terhadap kumpulan bersenjata yang menyokong Kesultanan Sulu di Sabah. Malah mereka turut membakar gambar Perdana Menteri kita DS Najib Razak.

    Sekarang rakyat Filipina dah buat demonstrasi depan kedutaan Malaysia dan bakar gambar PM kita. Indonesia tak payah cakap la berapa banyak kali rakyat mereka buat demonstrasi depan kedutaan Malaysia siap baling batu bakar bendera Malaysia lagi di atas pelbagai alasan. Tapi rakyat kita tak pernah buat demo depan kedutaan mereka. Tindakan mereka berdemonstrasi telah membuatkan orang luar rasa macam mereka pula di pihak yang benar dan kelihatan menjadi mangsa manakala kita di pihak yang salah dan kejam.

    So aku nak tanya, mana PERKASA, JATI, UMNO, PAS, DAP, PKR dan lain2 NGO yang selalu buat demo bila ada hal2 berkaitan politik? Takkan hal politik je korang buat demonstrasi dan protes? Aku mengambil kata2 yang dipetik dari blog MAS:
    "Sepatutnya rakyat Malaysia wajar berpiket di Kedutaan Filipina di Changkat Kia Peng, Kuala Lumpur untuk memprotes dan mendesak kumpulan penjenayah menghuru-harakan Lahad Datu berundur, bukan sebaliknya."
    Adakah korang hanya akan berhimpun atas dasar politik sahaja? Adakah kita tidak mahu berpiket kerana terlalu menjaga hati negara jiran sampai kita kena pijak? Oleh itu mari semua parti2 politik dan NGO bangkit dan bersatu untuk membuat protes di depan kedutaan Filipina menuntut mereka agar mendesak rakyat mereka yang membuat pencerobohan bersenjata berundur daripada Sabah dengan serta-merta. Kalau isu Israel dan Gaza anda semua boleh berpiket depan Kedutaan US, inikan maruah dan kedaulatan negara kita kita dicemar.

    Kalau korang tak boleh angkat senjata mempertahankan negara, at least ini adalah sesuatu yang anda boleh lakukan. Jika tidak, aku anggap semua parti politik dan NGO di Malaysia hanya akan berjuang demi kepentingan politik masing2 sahaja.


  • Aku percaya kekuatan pertahanan negara kita sangat bagus dan mantap seperti yang ditunjukkan dalam video di bawah, tapi kita masih tak boleh memandang rendah kepada tentera2 Sulu, malah mereka pun telah menunjukkan betapa licik dan kotornya mereka ketika memerangkap komando kita dengan mengkibar bendera putih, malah sekarang ini pula dikatakan pejuang Moro dari MNLF (Moro National Liberation Front) akan bantu penceroboh Sulu. Sekiranya ia betul2 berlaku, aku dapat rasakan akan berlaku lebih banyak pertumpahan darah selepas ini. Oleh itu marilah kita sama2 panjatkan doa agar para pejuang kita selamat dan masalah ini tidak akan berpanjangan serta selesai secara aman.




tags: kronologi video serangan gempur pihak berkuasa pasukan keselamatan lahad datu kg tanduo jam 7 jet pejuang tudm 4 butir bom kedengaran letupan hawk f-18 kubu tldm atm tentera polis pdrm sms terakhir komando vat 69 meninggal luahan hati facebook pegawai anggota terkorban mati serang hendap semporna senjata pengganas sulu ibrahim lebar michael ak padel baharin hamit abd azis sarikon mohd azrul tukiran salam togiran syahid warga sabah bangsa sulu taat setia malaysia wujud api sekam aktivis filipina protes demo demonstrasi piket depan kedutaan manila bakat gambar pm najib razak presiden benigno aquino III sultan jamalul kiram III kekuatan pertahana negara licik perangkap komando bendera putih moro national liberation front mnlf milf bantu

80 ulasan:

  1. aku keliru. sebelum ni kita orang islam masa solat jumaat ada imam yang akan doa untuk orang palestin, patani, rohingya, dan juga orang sulu di mindanau. golongan ni dianggap minoriti yang tertindas. now kedudukan dorang macam mana? macam noob cakap, isu kesetiaan akan timbul. sekarang di sabah orang sulu bukan 400 yang bersenjata tu saja. kaum keluarga dorang dah ramai sejak dulu lagi sebelum timbul isu IC segera. malah Presiden Aquino pun mendakwa ada 800k orang filipina di sabah. cuma janganlah kita pukul rata semua orang sulu jahat disebabkan kes pengikut sultan jamalul kiram ni. tak semua orang sulu pengikut kiram. malah yang mengaku sultan sulu pun ramai. yang sempat jadi ahli umno pun ada. yang jadi penjawat awam, anak anak dorang pun bersekolah dan bekerja dengan baik di malaysia.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak, semua ni hanyalah sandiwara dan konspirasi terancang UMNO-BN! Ingat peristiwa bukit sauk?

      Padam
    2. ko ni nak melawak agak2 la. .gampang

      Padam
    3. "Wahai Isteriku, maafkan abang seandainya abang tersalah cakap mahupun terkasar perbuatan..jagalah dan didiklah anak-anak kita menjadi orang yang berguna..

      Wahai anak-anakku, maafkan ayah kerana acapkali ayah tiada disaat anak-anak ayah memerlukan kasih sayang seorang ayah..

      Wahai mak & abah, ampunkan anakmu dari hujung rambut hingga hujung kaki, sesungguhnya mak & abah telah mendidik aku menjadi insan yang berguna pada negara..

      Wahai Ibu & Ayah Mertuaku, maafkan anakanda kerana memilih kerjaya yang memungkinkan anak ibu & ayah menjadi balu sebelum usia..

      Oh Malaysiaku, maafkan aku andai aku gugur dimedan perang. Demi Allah aku telah berusaha sedaya upaya.."

      Padam
  2. kekuatan pertahanan kita memang lebih mantap jika nak banding dengan 100-400 orang sulu yang menceroboh mahupun MNLF. lagipun MNLF kan dapat latihan dari Malaysia juga.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Payah juga nak membenterasnye kalau bersembunyi dikalangan kawan dan rakan.. orang tempatan sendiri ada orang sulu dan juga filipina.. nak masuk periksa kawasan mereka.. risau kena bedil jadi kepung dan pantau saja la.. mana mencurigakan tembak..

      Padam
  3. Eh,betul lah..kalau sebut soal politik laju ke orang2 kita berdemo dan melalak di jalanan.

    kalau soal negara,sekor pun tak berani nak melalak kat jalan berdemo..cam haramjadah rakyat Malaysia yang bangang mengalahkan spesis Unta padang pasir.

    Rakyat Malaysia memang manusia paling bodoh tak reti DEFEND negara sendiri,kena hina dengan negara lain masih boleh tersenyum dan menyalahkan sesama sendiri..Rakyat Malaysia memang bengong tahap cimpanzi afrika!

    Ok mengulas soal serangan oleh ATM..ia bukan sebuah pengakhiran..sebaliknya sebuah PERMULAAN..Akan terjadi kejadian susulan selepas ini..Mereka bangsa Tausug adalah bangsa pendendam dan kuat semangatnya..Dah beratus tahun dorang hidup dalam suasana peperangan..setakat kena BOM disabah..apa ada hal..Ancaman dorang tu akan datang menuntut bela bukan ancaman main2..sabah belum aman sebaliknya sabah berdepan dengan bencana yang lebih besar.

    kepada Rakyat Malaysia yang sememang bangang dan selalu mabuk politik!terimalah kalian semua peperangan yang kalian tidak pernah menjangkanya..padan muko! Balasan Tuhan lah tu nak kasi negara ni hura hara sebab rakyat Malaysia bangang macam umat2 terdahulu yang dibinasakan kerana KEBANGANGAN mereka!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ko mengata diri sendiri ke Zack?

      Padam
    2. tak aku kata kat lembu..

      Padam
    3. jom zack,ko anjur demo.aku join.ko set je masa,kat mana.

      Padam
    4. aku tak ada modal,boleh tolong suruh ambiga ke ibrahim ali sponsor aku??

      Padam
    5. ha,itulah.aku lepak kedai makan ptg td pun ada pakcik2 dok sembang pasal kes lahad datu.lebih kurang macam ayat kau yg kat atas tu lah.rakyat malaysia bodoh la,buta hati la,penakut la.tak berani wat demo.tapi pada aku ayat yg lebih jelas bukannya 'rakyat malaysia'..tapi pemimpin2 dan badan2 yg mempunyai pengaruh dan kuasa.kalau nak diikutkan,aku pun marah kat penceroboh tu jugak,nak demo jugak,nak bakar gambar kesultanan sulu tu jugak..tapi yelah,mcam kau cakap..tak ada modal.aku percaya,ramai kat luar sana pun jelas dan sedar isu ni.tapi tak ada modal.

      Padam
    6. kau boleh bersemangat kepahlawanan lebih dari org lain.yg polis dan tentera tgh berjuang tu,memang dah buktikan semangat mereka.tapi kita ni org biasa,stakat citer kat kedai makan,ayat berapi dalam internet..cakap org lain bodoh (macam org lain tak risau dan tak amik tau kes lahad datu) tu agak mainstream la sikit.kami pun marah jugak,nak mulakan demo..tapi tak cukup modal.

      Padam
    7. pemimpin2 dan badan2 berkuasa tu bukan "rakyat malaysia" ke Anon?

      Bukankah lebih baik kita bercakap secara GENERAL dan tujukan kepada semua?

      bagi aku lebih baik pukul rata dari pukul sipi!~!!

      BUAT DEMO!!!!!!!!!!!!!!!!!!

      Padam
    8. ok2,kalau kau nak pukul rata..aku terima la kau cakap rakyat malaysia ni bodoh..sebab tu pun termasuk kau jugak..adil la.kita kan saling mengingati.

      Padam
    9. Sekali lagi aku ulang! Rakyat Malaysia memang bangsat lagi celaka kerana apabila melibatkan isu2 POLITIK maka ramailah rakyat2 Malaysia yang memang keparat lagi bangsat ni laju je buat demo..betul atau tidak wahai rakyat Malaysia yang bangang!

      Apabila melibatkan isu2 keselamatan negara sekor pun tak berani nak buat DEMO mempertahankan Malaysia..Rakyat Malaysia memang bangsat lagi najis tak berguna!

      Padam
    10. Aku tak kisah diriku mengutuk diriku sendiri,ko redha tak ni menerima kutukkan dari aku wahai anon?

      Padam
    11. betul tu zack,kita semua bangsat lagi najis..sama la kita.

      Padam
    12. aku terima je zack..kalau kau dah cakap berapi kutuk diri sendiri..aku terima la kutukan kau.aku memang tak guna.tak ada kuasa,bukan pemimpin.kalau aku ada kuasa,mesti aku boleh buat sesuatu.ni tak,setakat meluahkan rasa marah kat internet..melaung tak berbunyi.esok gi keje,hujung bulan dapat gaji.kalaulah aku lebih berpengaruh dan berkuasa..aku mesti ada sumbangan besar dalam menangani isu ni..daripda aku dok melalak dalam internet.

      Padam
    13. lebih baik aku melalak kat internet dari tak buat apa2 macam ko anon,satu sen pun tak menyumbang!betul2 ko ni rakyat malaysia yang tak berguna!

      Sekurang2nya aku melalak di internet mungkin ada segelintir rakyat Malaysia yang bangsat tapi berkuasa terus butthurt membaca komen2 aku lalu merasa insaf dan terus mengambil inisiatif untuk bertindak setelah membaca lalakkan aku dari anon yang bangang duduk diam tak buat2 apa korek hidung makan taik hidung..yang mana lebih bangsat dan bodoh wahai anon2 peliharaan ku? ^_^

      Padam

    14. jom kita solat hajat untuk keselamatan orang di sabah..
      serta keamanan Malaysia..
      membebel melalut pun tak guna sakitkan hati orang aje..

      Padam
    15. ko ni meroyan je kuat. .kat alam maya je pong pang lebih. .pastu kat luar jalan tunduk langgar tiang. .

      Padam
    16. kau mencarut kat sini,melalak memaki hamun org lain,kau dah rasa hebat dari org lain.ye,aku anon yg terima kutukan kau kat atas.ada ahli keluarga aku gi bertugas kat lahad datu sekarang.siang malam kitorang dok risau dan tgu depan tv..moga2 tak dpat berita yg tak elok.kitorang mampu berdoa je.tapi takde la pulak aku nak memaki org lain kat internet.bajet aku sorang je yg alert dengan isu lahad datu ni.kau tak paham ape2 zack.jika sekarang kau rasa kau dah 'besar',dah cukup memahami situasi,dah cukup bersemangat patriotik..kat luar sana ramai tgh berdoa semoga ahli keluarga selamat pulang.aku memang tak guna,bukan polis..bukan tentera.tak mampu pegang senjata.tapi aku bangga ada wakil dari keluarga sendiri.dah la zack,makin kau kutuk rakayt malaysia..makin terkena diri sendiri je.

      Padam
    17. Bagi memastikan cakap si zack tidak benar,,,kami macai2 BN dan PR akan melakukan demo secepat yg mgkin.

      Padam
    18. kalau nak buat demo,paling penting sekali ajak si zack ni.panggil dia,letak kat barisan paling depan..jadi ketua.org macam dia ni rugi kalau disia-siakan 'semangat' dia.zack,lau ada demo,pi la.jgn pulak nanti demo pun dah buat,tapi hang tak pi..dok melalak kat internet jugak.

      Padam
    19. mamat cm zack ni la sembang hangat. bila ada demo dia pernah turun ker? same dgn noob. sibuk suruh buat demo. dia nk turun? kalau turun ok la. kalau stakat jd blog warrior. x pyh la

      Padam
    20. Ibrahim ali dan ambiga akan bergabung tenaga melakukan demo di sekitar KL.

      Lapor Ternama.

      Padam
    21. aku pernah cakap dulu aku anti-demo. aku hanya tanya kenapa parti2 politik dan NGO hanya buat demo berkaitan isu2 yang ditimbul oleh parti2 politik pihak lawan sahaja, tapi bila isu yang ditimbul oleh negara lain, takde pulak masing2 nak jadi juara. seperti contoh PERKAS baru2 ni berdemo kerana mengecam kenyataan Tian Chua. mereka buat demo hanya kerana untuk meraih political advantage. kenapa mereka tak buat demo depan kedutaan Filipina pula untuk mengecam tindakan Sultan Sulu kerana menceroboh Sabah dan kerajaan Filipina kerana dilihat seperti lepas tangan?

      Padam
    22. yang gi tnya kitorang nape pihak tu tak buat demo tu nape?mana la kitorang tau.ko post la pertanyaan kau kat laman web pihak yg berkaitan.

      Padam
  4. Sudah nyata dan jelas kebanyakkan parti parti serpihan ni hanya ibarat tin tin kosong yang dicanang kesana sini untuk meraih simpati demi kepentingan sendiri tanpa memikirkan kesan yang akan timbul dibelakang hari.Perlu dingat juga sikap tamakkan kuasa takkan sampai kemana pun.Tersilap langkah akan memakan diri sendiri juga.Hidup kita ini sekali sekala kena juga pandang kebelakang agar peristiwa peristiwa yang lepas dijadikan iktibar.Dalam keadaan negara kita yang sedang terancam seperti sekarang ini,apa salahnya kalau parti parti ini bersatu demi menyelamatkan maruah negara kita dari ancaman sebegini.Setidak tidaknya berilah sokongan kepada mereka mereka yang mempertahankan kedaulatan negara demi kita semua rakyat Malaysia.

    BalasPadam
  5. teringat kisah John Titor..bermula Tahun 2015..Akan terjadi peperangan besar seluruh dunia.

    nampak gaya,Malaysia dah masuk dalam permainan chess ni.

    Aku harap ramalan tu karut,tapi melihat situasi hari makin hari..macam terdapat suatu perancangan untuk mewujudkan suasana peperangan besar-besaran di seluruh dunia.

    Hope aku salah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semua ketentuan Allah jua
      kalau dia nak sesuatu berlaku pasti akan berlaku..

      Ramalan hanya ramalan.. seperti mana orang meramalkan akan kiamat tidak juga kiamat

      Padam
    2. Sentiasa berwaspada itu tuntutan Agama,tapi Apa yang aku tengok..Malaysia makin hari makin masuk kedalam jurang.

      Cuba perhati betul2..krisis dengan singapore,krisis dengan indon,sekarang krisis dengan filipina..tak campur lagi dengan masalah di sempadan Thai..masalah politik dalam negara yang tak habis2..

      terdapat semacam kuasa yang mahu mengheret negara ni ke kancah peperangan dan kekacauan..

      Padam
    3. lol.. aku ingatkan aku sorang jer stuck dgn John Titor punyer teori. Bukan stuck.. tapi teringat jugak dgn apa yg dia cakap.

      Padam
    4. Tak semudah itu untuk mengerakan pertempuran peperangan perlu banyak faktor dan pemakin.. bukan tak boleh tapi perlu memahami dan mengekploitasi segala kemungkinan kelemahan baru dapat mengawal dan memanipulasi.. perlu sumber dan pengaruh yang kuat untuk melakukan..

      Ada mengatakan semua yang berlaku telah dirancang fm.. tapi entah la.. Pada aku yang mengizinkan Allah jua.. semoga kita sentiasa berada dalam perlindunganNya..


      Padam
    5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
  6. Semenjak kes ini, byk cite kedai kopi sibuk kaitkn dgn politik...mungkin ada benarnya tp x terbukti 100% betul.

    Kalau org kuat PR: Semua 2 konspirasi politik..Najib yg bawak masuk org sulu 2. Sedangkn pemimpin kumpulan 2 pernah bersama dgn Najib masa perhimpunan agong UMNO lepas. Lgpun org sulu yg dianngap pengganas sbnrnya ada IC malaysia..just ada keturunan Sulu (mcm org jawa n bugis kat semenanjung). Isu ini dibuat utk menangguhkn PRU supaya lagi lambat pilihanraya dijangka April ni. Tp x sangka smpi melibatkn anggota keselamatan mati.

    Kalau org kuat BN: X byk yg diperkatanan menganai politik, just conter balik semua isu2 yg dibangkitkan org PR. Bermula dgn isu letakkan polis at 1st place, isu askar naik air asia, isu kaitan org sulu dgn umno, isu lmbt bertindak..mcm2 lg

    X tau la sapa yg betul...pening lalat dibuatnya. Mesti dikaitkan dgn politik, lg2 org kuat PR.

    BalasPadam
    Balasan
    1. apa ko mengarut da.. PR dan BN dua dua politikan isu ni lar. ko tak tengok tv3? anwar yang salah kata tv3 dan utusan. siap demo sepak kepala anwar lagi. nah, amik ko kena saman.

      fakta ko sebut orang PR tuduh najib bawak masuk orang sulu pun tak betul. yang aku tau orang PR tuduh mahathir. sebab dia yang rancang projek ic. nak hentam PR pun be wise la. kan dah nampak macam macai jer.

      Padam
    2. 911 pun ada orang mati.. ada orang mati lagi best..
      orang tak percaya ia sandiwara..

      Apapun kita hanya pelakon didunia ini

      Padam
    3. Yela....BN pun ada politikkan isu ini mengaitkan dgn Anwar. Papepun x kisah BN atau PR, x perlu nak politik sgt isu ini...just doakan kesejahteraan para perajurit.

      Kita kene ingat, byk bende kita x tau drpd apa kita tau. X perlu bercakap mcm kita tau semua benda, last2 semua ayat copy paste dr blog politik fav masing yg x semestinya sahih. Kebanyakan media just nak perhatian drpd nak memaparkn isu yg lebih tepat. SO, goreng2 cikit kasi sedap, tmbah sikit perencah..so isu jd panas n ramai org refer sumber mdeia ini.

      Papepun sbgi seorg muslim, tunjjukan sikap yg mulia, x perlu sibuk tuduh2 BN atau PR. Kalau x puas hati, just undi je parti yg anda suka sbb 2 tanggungjwb kita.Lg byk kita TERbuat fitnah yg kita sangka betul, byk dosa dpt. THE END.

      Padam
    4. Bukan BN yang mengaitkan Anwar, tapi berita reuters, media filipina.. tapi gi saman tv3 & utusan.. mereng dah kepala anwar ibrahim nih..

      Padam
  7. Politik : gaduh

    Bola : gaduh

    ATM vs Sulu : Gaduh

    Orang Malaysia memang tak reti nak bersatu..semua tamak kuasa nak ambik kesempatan up kan isu untuk survival politik..

    Cakap kat status fb berdegar-degar..

    Bila Malaysia aman, taknak hargai..Bila dah perang nanti, baru korang tahu nikmat keamanan macam mana..

    #PRAY4SABAH #RESPECT

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju! Sgt sakit jiwa tgk mentality...

      Padam
    2. len awak tu pun politicalfags jugak..sila sedar diri.

      Padam
  8. setiap isu yang berlaku. kita tak boleh pada enteng setiap kemungkinan2 yang ada dan terima semua berita yang di hidang bulat bulat. kalau ada kemungkinan yang kata itu sandiwara, kita kena kaji dan selidik kenapa orang tuduh ianya sandiwara. buku terbaik untuk kita faham sandiwara perang, baca world without islam. di tulis bekas veteran perang vietnam. bagaimana doktrin us menipu warga us dan menaikan semangat patriotisme rakyatnya. bagaimana us bagi tahu rakyatnya orang vietnam tidak beragama. dan kenapa orang us kena berperang.
    sama juga bila WTC runtuh di langgar kapal terbang. kenapa Tun Mahathir kata ia sandiwara US even 3000 nayawa warga us terkorban.

    dan untuk permulaan kes lahad datu, cuba kita imbas berita tiga minggu lalu.kenapa risikan menteri KDN dato hishamudin kata penceroboh bersenjata di lahad datu bukan pengganas?
    penceroboh bersenjata di lahad datu bukan pengganas-UTUSAN

    BalasPadam
    Balasan
    1. 3minngu kemudian, ini pula bentuk berita oleh UTUSAN.

      30 lagi pengganas Sulu maut-UTUSAN

      Padam
    2. macai2 politik macam ko je percaya dengan teori2 konspirasi politik bodoh..

      Padam
    3. disebabkan sy pernah bodoh maka itu sy berfikir dahulu untuok terima berita dari utusan supaya tidak bodoh lagi.

      Padam
    4. so baca keadilan daily dan harakah supaya tak jadi bodoh?

      Padam
    5. tak nak jadi bodoh selidik dahulu berita yang sampai kepada kita.

      Padam
    6. Kpd penyokong kuat PR, x perlu nak komen apa statement dr Utusan sbb lgpun kata Utusan bias kerajaan...so kenapa sibuk2 baca Utusan gak? Kebanyakan rakyat baca info from internet, x baca lagi Utusan.

      Yg kelakar bila ada BRIM, Bersih semua pemimpin berkaitan turun padang. Bila kes Lahad Datu ni semua tgk jauh2. Mana org politik lain x kira BN,PR,Perkasa,Hindarf etc dtg ke lahad datu beri sokongan kpd perajurit kita? Selain 2 menteri bertangungjwb (dah kerja dia), yg lain sibuk kaitkn politik utk cari modal PRU, xde yg betul2 iklhas nak menolong rakyat. KOMEN no 1, Tolong tunggu nak PRU baru terkial2 nak bagi/janji.

      Padam

    7. Biasa la masa susah kita nampak siapa kawan siapa lawan siapa ikhlas atau tak :)

      Padam
    8. ayam afrika. kalau guna media bukan kerajaan korang pula tak percaya. nanti dituduh putar belit kenyataan menteri kdn. so, lebih afdal guna lidah rasmi kerajaan. masalahnya sekarang menteri kdn cakap berbelit. sekejap bukan pengganas. kemudian pengganas. yang mana satu betul?

      Padam
    9. Maklumat yg diperolehi....pada asal mereka tidak digelar penganas sbb mereka just pendatang haram yg masuk ke malaysia secara haram..so PIC mengikut undang2 ialah Polis PGA and VAT69 sbb mereka didakwa atas kes jenayah komersial even mereka bawak senjata api.

      So, bila berlaku kematian anggota, pada masa itu tentera digunakan sbb sudah berlaku tindakbalas senjata serius digunakan utk melawan VAT69. Semenjak itu, mereka digelar pengganas dengan kekuatan pasukan sekitar 300 org.

      Papepun, semua perkara yg berlaku kene ikut undang2/SOP. Xkan kalau ada pendatang dr Indon masuk malaysia berkumpul di satu kawasan persisiran pantai terus panggil askar n bunuh terus? Operasi negotiation dilakukan utk mengelakkan pertumpahan darah dan mereka ditawar pulang ke negara asal tnpa sebarang syarat. Tp bila mereka pada asal beri isyarat 'bendera putih' dan pasukan VAT69 masuk ke kawasan mereka utk menahanan mereka, tp serengan hendap berlaku smpi ada yg mati..nmpk sgt mereka berniat nak berperang dgn negara kita. Sbb 2 mereka dipanggil 'pengganas' selepas itu oleh menteri bertanggungjwb.

      Undang2 Malaysia n negara lain berbeza...kalau org kita nak masuk ke singapore, undang2 singapore ialah bunuh/hapuskn terus.

      Padam
    10. ko biar betul? masuk dengan sampan dan bersenjata cuma di kira pendatang haram dan bukan pengganas? maklumat ko dgn hisham sama. caya lah.

      Padam
    11. Nak wat cmana, SOP...boleh je tembak terus...nanti jd isu pulak. Pas2 jd modal politik kata polis suka tembak orang suka hati tnpa investigate mcm kes budak kete tembak masa kat KL.

      Padam
  9. bila tiba...semua sibuk

    Bila tiba bab AGAMA, semua sibuk jadi MUFTI,
    Bila tiba bab NEGARA, semua sibuk jadi MENTERI,
    Bila tiba bab BANGSA, semua sibuk jadi AHLI SEJARAH,
    Bila tiba bab PERANG, semua sibuk jadi JENERAL,
    Bila tiba bab SOLAT, semua sibuk TOLAK-MENOLAK , tak mau jadi IMAM, tanggungjwab besar...

    Courtesy Shah from FB.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ko pernah jadi imam solat ke?

      Padam
    2. haha.tepat sekali!.tapi yang bab perang tu,memang jadi jeneral.tapi jeneral dalam dunia maya.dahsyat tul,segala macam teknik serangan dicadangkan.sampaikan polis dengan tentera pun tak terfikir bertindak macam tu.pastu list sejarah sulu dengan malaysia.semua persoalan dia yang jawab.tiba2 mahir sejarah sulu.kagum aku dengan rakyat malaysia ni..banyak btul kebolehan tersembunyi.nak jadi pakar ekonomi,study dalam internet 1 hari je dah cukup,agama pun 1 hari,sejarah pun sehari..google,google,goole...siap!

      Padam
    3. Bila jadi IMAM semua taknak jadi makmum
      lol..

      Padam
    4. Kenapa semua tak mau jadi makmum? Awak perempuan ke?

      Padam
  10. 13 persoalan dari rakyat Malaysia di FB.

    Saya akor dan menurut saranan KPN agar tidak di sebar kabar2 angin. Sehaluan dengan ini maka komen yang bakal saya buat semua nya berdasarkan sumber dari media perdana yang pro UMNO dan insyaAllah akan saya quote kan sumber nya.

    1. Kata KPN kabar2 angin di sebar untok menjatohkan moral POLIS – MalayMail 5hb March 2013 muka surat 4

    2. Kata KPN Polis bekerjasama dengan tentera yang mengetuai operasi – MalayMail 5hb March 2013 muka surat 4

    3. Kata Timbalan Menteri Pertahanan – Tentera hanya merupakan 2nd liner, lapisan kedua -- Kata KPN kabar2 angin di sebar untok menjatohkan moral POLIS – MalayMail 5hb March 2013 muka surat 4

    4. Refer item 2 dan 3 di atas ---- KPN kata tentera mengetuai operasi tapi, Kata Timbalan Menteri Pertahanan tentera lapisan kedua membantu POLIS.

    5. Kata Timbalan Menteri Pertahanan, Bantuan kami tidak di minta. Jika mereka serahkan operasi ini pada kami (tentera), kami bersedia untok ambel aleh tanpa penglibatan mereka. – MalayMail 5hb March 2013 muka surat 6

    6. Kata Timbalan Menteri Pertahanan, tentera hanya barisan kedua . Ini adalah arahan dari Perdana Menteri. THE SUN 5hb March 2013 muka surat 3

    7. Mengapa terlalu lama untok ambel tindakkan. Krisis bermula pada 9hb February 2013, dan pertumpahan darah terjadi pada 1hb March 2013. THE SUN 5hb March 2013 muka surat 7.

    8. Kerajaan tidak boleh berkata keadaan adalah terkawal bila terdapat POLIS yang terkorban. THE SUN 5hb March 2013 muka surat 7.

    9. Komen oleh bekas tentera. Captain (rtd) Hussaini Abdul Karim ---- Gambar2 dalam berita menunjokkan pegawai keselamatan tanpa helmet, soft headgears/cap, ramai tidak memakai bullet proof vests, ada yang memaki t-shirts. Terdapat road block tanpa sand bags, untok keselamatan pegawai yang bertugas. Tidak kelihatan trenches atau bunkers, untok pegawai yang berjaga. THE SUN 5hb March 2013 muka surat 10.

    10. Komen oleh bekas tentera. Captain (rtd) Hussaini Abdul Karim ---- . THE SUN 5hb March 2013 muka surat 10.

    11. Pengganas Sulu menggunakan peluru jenis 7.62mm6 dan mortar , manakala pegawai Malaysia menggunakan peluru 5.56. Peluru 7.62 boleh menjangkau jarak (600metrer) , yang lebeh jaoh dari 5.56mm. Peluru 7.62 boleh membunoh, manakala peluru 5,56 boleh mencederakan . Peluru 7,62 adalah lebeh merbahaya. Kata Capt Hussaini, beliau tidak mahu askar nya berada dalam jarak 200metre dari musoh yang menggunkanan peluru jenis ini. Beliau juga terkejot dengan berita lanun2 pendaratan terkini pengganas dalam uniform tentera. Adakah perisek tidak membuat kerja? Kata beliau dengan keupayaan darat, laot dan udara, sepatutnya, terdapat 3 lapisan surveillance. Beliau juga terkejot, setelah sekian lama, kita maseh on defensive. THE SUN 5hb March 2013 muka surat 10.

    12. Saya hairan macam mana dalam media perdana repot, yang pengganas ni terdapat orang2 tua, wanita dan kanak2 serta, mereka bersenta senapang lama ?

    13. Saya juga hairan, penghantaran tentera menggunakan kapalterbang awam. Dan penghantaran kereta perisai menggunakan lori treller perdagangan. MalayMail 5hb March 2013 muka surat 1

    BalasPadam
    Balasan
    1. boring,gi DEMO lah bangang..

      Padam
    2. x mengapa. soalan itu bukan untok anda.

      Padam
  11. Entah la.. Drama ke apa yang pasti ada yang terkorban terbunuh dan ketakutan..
    Betulkan ada perjanjian dengan sulu? yang dimungkiri?

    MANILA, Philippines - The widow of the late Mohd Mahakuttah Kiram, the 34th Sultan of Sulu, believes the fighting in Sabah is mere “drama,” and says it is not part of their game plan to pursue their proprietary rights.

    Speaking to reporters yesterday in Makati, Princess Maryam Kiram offered herself as an emissary to the parties concerned, as she has been doing in the past.

    “I am confident, after I sat with them to clarify their concern,” she said. “We will be willing to come to the negotiation table to settle all matters for the good of all concerned. A win-win solution can be arrived at.”

    Maryam did not elaborate on the “drama,” but said the media are making up stories.

    Claiming to represent the sultanate of Sulu, Maryam said she has been in contact with the members of the royal family and that she had set up the Royal House of Sulu Kiram Foundation Inc.

    Maryam said she has been talking with Malaysian officials and an agreement was already made regarding the increase of the rent for Sabah.
    Headlines ( Article MRec ), pagematch: 1, sectionmatch: 1

    “I am now in the process of negotiating some form of compensation from the Malaysian family to help develop their ancestral lands,” she said.

    A meeting was called for all the members of the royal family and a Manifesto of Solidarity of Peace of the People of Sulu Archipelago has been signed, she added.

    Maryam said the Malaysian government was receptive and they are now preparing a good settlement.

    The birth certificates of every member of the Kiram family is already in her possession, she added.

    Maryam said she went to Malaysia early this year for the release of the settlement fund.

    “The funds were to be in my hands, but the schedule of Jan. 11 was unfortunately not implemented for unknown reason,” she said.

    Maryam said the fund was supposed to be deposited in a designated bank with clearance from the Bank of Negara.



    Wow sekarang 10k suluk sedia membantu memerangi Sabah.. :|
    Harap pemimpin2 take action la bawa ke meja rundingan dan perdamaian..


    KUALA LUMPUR, March 5 – Thousands of Tausug, also known as the Suluks, have sailed to Sabah to help their fellow Filipino militants in eastern Sabah who have reportedly gone into hiding following the heavy assault by Malaysian forces since morning, The Philippine Inquirer reported today.

    The claim, made by Moro National Liberation Front (MNLF) Islamic council committee chairman Habib Hashim Mudjahab, contradicts reports elsewhere that security forces in both Malaysia and Philippines have blocked off entry points into the beleaguered Lahad Datu township, where the militants are holed up.

    “We can no longer prevent our people. We are hurt and many of our people, even the non-combatants, are going to Sabah to help the sultanate,” Mudjahab was quoted as saying in the report.

    But the Inquirer also reported denials of any such reinforcements being sent into Sabah from Lt. Gen, Rey Ardo, chief of the military’s Western Mindanao Command, and acting Governor Mujib Hataman of the Autonomous Region in Muslim Mindanao (ARMM).

    Both men said they are not aware of any reinforcements sent to aid the self-proclaimed royal army of the Sulu Sultanate.

    According to Mudjahab, however, at least 10,000 Tausugs from Basilan, Sulu, Tawi-Tawi and Zamboanga had left Philippine waters from last night in small batches, entering Sabah through what they call the “southern backdoor” – a route that regular traders are familiar with.

    The MNLF official said the naval blockade was of no use as those who know the route well would be able to slip into the east Malaysian state easily, and without raising any suspicion.

    “It is about pride and honor, and our people are ready to sacrifice,” he added.


    BalasPadam
  12. ALhamdulillah, semua org memiliki perasaan juang yg sejati. Itulah yg di kehendaki oleh Allah bila saudara kita di zalimi, bantulah yg termampu oleh kita. Sama2 kita menyeru pada semua umat islam agar sujud ( solat hajat ) kepada Allah agar di permudahkan urusan perjuangan pejuang2 kita menjaga tanahair kita, di perturunkan tentera2 Allah utk membantu kita...Segalanya milik Allah Yg Maha Memerintah dgn Afaal, Isbat, Asma, zat Allah Yg Maha Besar...sama2 kita bersolat hajat, In Sha Allah.--demi tanahair tercinta.

    BalasPadam
  13. Kepada rakyat sabah,kembalilah kepada kesultanan sulu..kita akan maju bersama.
    ternyata sabah apabila bersama malaysia masih berstatus negeri miskin.

    BalasPadam
  14. Mari kita lancarkan Ops Bunga di hadapan Kedutaan Filipina...
    Sumber : http://www.astroawani.com/news/show/zahir-simbol-keamanan-dengan-ops-bunga-9282

    BalasPadam
  15. aku cuma nak persoalkan, kenapa hishammudin kata mereka ni bukan pengganas. sewaktu mula2 kita dapat berita pasal sulu

    BalasPadam
    Balasan
    1. hisham tu x tau pun makne pengganas tu....but then again,ape la yg die tau kan?x?

      Padam
    2. owh,pasal tu.hisham tu lemah sikit BM.dia tak paham.dia panggil 'terrorist'

      Padam
  16. semoga aman kembali..

    http://www.noormalashahar.blogspot.com

    http://www.noormalashahar.com

    BalasPadam
  17. Ini caranya Sultan Suluh menyuruh pejuang pengikut Sultan Suluh untuk masuk ke Sabah dengan tujuan membunuh dan merampok kekayaan bangsa Malaysia...karena Sultan Sulu telah menyatan dia miskin sebagai Sultan Suluh...oleh sebab itu dia perintah pengikut untuk masuk ke sabah untuk membunuh dan merampok...inilah teroris islam Suluh.

    Tentara Malayssia akan baban kasih habis dan harus bunuh mereka karena yang masuk ke Sabah dengan tujuan untuk membunuh dan merampok.
    Malaysia harus perangi teroris Sultan Suluh hancurkan mereka sampai tundas.

    BalasPadam
  18. demo lawan indon?haks haks,korang pon terjumpa indon macam jumpa hantu..nak lawan demo indon,hmmm macam betol, sabah harus freedom,minyak kena sedut semenanjung,sabah pon macam orang hutan je,alaasan apa masih gabung semenanjung yang rasis?...

    BalasPadam
  19. Sebenarnya org malaysia sndri yg tolong pencerobohan, anak2 suluk penuh kt sabah ni siap ada perkampungan lgi. Nak cerita sket kawan akak aku cikgu skolah dia gi pasar nk beli ikan masa tu tgh war lh. Dia tnya knpa ikan mahal sgt penjual tu ckp inikan tgh war lpas tu cikgu tu nak blik n penjual tu ckap nti kejap lgi kitaorang plak merintah terkejut cikgu tu. Akak aku kata msa tu ada ura2 kg haram suluk kt kwsn akak aku nak hntr 5,6 buah bas nak tolong geng diorang tpi polis dpt thu trus buat 3 roadblock kt situ. Dekat skolah akak aku ada askar buat spotcheck dkat skolah sbb ada org kg ckp ada org berbaju putih tnya stor peluru kt situ tpi hilang kejap je. Abg ipar aku tu polis ada pngkt lh jdi ada info2 yg dpt dicedot sket

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.