Iklan Leaderboard

Ahad, 10 Mac 2013

40 Hacker tersohor Sofea Hana kena tangkap?

Akhirnya seorang hacker wanita tersohor iaitu Sofea Hana telah pun ditangkap polis. Beliau yang sebelum ini telah banyak menggodam laman2 web agensi kerajaan seperti Jawi, Kehakiman serta Jabatan Penerangan yang rasanya kena SQL Injection dengan pengumuman Perdana Menteri Najib Razak letak jawatan. Kredit kepada MIDNIGHT sebab bagi info ni semalam.


Sofea Hana Pengodam Web Agensi Kerajaan Ditangkap Polis

Kuala Lumpur – Seorang penggodam komputer yang dikenali sebagai Sofea Hana yang telah diburu Pihak Polis kerana memfitnah Datuk Seri Najib meletak jawatan akhirnya ditangkap di sini, kata polis Bukit Aman petang semalam.

“Apabila ditanya apa yang dilakukan dengan website tersebut, dia menjawab godaman itu sekadar suka suka ,” kata Timbalan Ketua Polis Bukit Aman, Datuk Azhar Othman Yaakub.

Menurutnya, pihak Suruhanjaya telah mengambil tindakan drastik atas dakwaan memfitnah keterlaluan ke atas Datuk Seri Najib. Menurut sumber, Sofea Hana telah deactivate akaun facebook beliau http://www.facebook.com/sofea.hana.9 selepas mengetahui identitinya sedang dicari pihak berkuasa.

“Dia telah menggodam lebih dari 10 website kerajaan malaysia atas dasar politik. Terdahulu beliau telah mengupload video pendakwah bebas, Ustaz azhar idrus atas dasar politik,” tambah ketua polis tersebut.

Wanita itu Ditahan di lokasi kediaman beliau petang semalam.

Seorang daripada penggodam yang aktif dan popular di dunia siber tanah air, Prince Zorro mendedahkan kegiatan Sofea ini.

“Sofea sememangnya dikenali di kalangan komuniti penggodam tempatan, kerana mempunyai kepakaran tinggi dan diketahui mempunyai sentimen anti-kerajaan yang kuat. Justeru, selagi tidak dibendung dia akan meneruskan perbuatannya,” katanya ketika dihubungi semalam.

Katanya, hampir kesemua laman web agensi kerajaan amat mudah untuk diceroboh dan ini amat membimbangkan memandangkan sistem keselamatan yang longgar termasuk kecenderungan penggunaan kata laluan yang sama oleh pentadbir laman kerajaan.

“Untuk menceroboh laman web terbabit menggunakan akaun pentadbir, Sofea menggunakan kebolehannya mendapatkan kata laluan dan memasukkan apa saja program yang diingini, malah jika dia mahu dia boleh mengubah keseluruhan reka bentuk laman berkenaan,” jelasnya.

Kes berkenaan akan disiasat mengikut Seksyen 5 Akta Jenayah Komputer 1997 menurut kata Ketua Unit Keselamatan Siber, Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Superintendan Victor Sanjos ketika dihubungi yang membawa hukuman maksimum penjara tujuh tahun atau denda RM100,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

“Walaupun dia menggunakan identiti palsu atau cuba menyembunyikan alamat Internet Protocol (IP), saya jamin polis akan dapat mengesan suspek kerana kita ada kaedah tertentu untuk menjejak suspek,” katanya ketika dihubungi.

Dua kenyataan palsu disiarkan semalam dalam sistem e-Akhbar dan e-Press laman web Jabatan Penerangan bertajuk ‘Memo Permohonan Rakyat Malaysia dan Perdana Menteri Secara Rasminya Meletak Jawatan’.

 – AFP

Sumber berita dari blog CelahGelegar.


Berita ini banyak diletakkan di blog2 pro-BN seperti Kedah ke KL dan MyMassa, pro-PR seperti Amenoworld serta di forum2 seperti forum Cari. Ya memang aku tahu Sofea Hana sedang diburu polis, namun aku masih meragui kesahihan berita ini kerana aku langsung tidak jumpa berita pasal tangkapan ini di akhbar2 sebenar seperti Berita Harian, Utusan Malaysia, Sinar Harian, Malaysiakini, Harakahdaily dan lain2 selain daripada di blog dan forum. Dah la gambar yang digunakan pun di ambil daripada berita berikut - "52 ditahan dalam operasi maksiat", sumber pulak diletakkan diambil dari AFP.

Agak2 la nak menipu. AFP tu agensi berita dari negara Perancis iaitu Agence France-Presse. Kalau akhbar2 di Malaysia pun tak laporkan benda ni, takkan la tiba2 agensi berita Perancis pulak nak laporkan benda yang berlaku di Malaysia. Kalau tulis sumber Bernama tu boleh tahan la lagi. Malah blog2 hackers seperti KenaHack dan GilerHackers takde pun laporkan berita penangkapan Sofea Hana ni.

Begitu mudahnya nak mereka2 berita yang palsu. Apa tujuan sebenarnya nak reka2 cerita palsu? Best ke tabur fitnah? Sama juga dengan kes berita Utusan diphotoshop dengan tajuk Rosmah kumpul duit dari kecil beli nak beli cincin RM24 juta dulu sampai terus menjadi kepercayaan segelintir pihak. Sekarang ni tak payah photoshop2 akhbar lagi, tulis je apa2 berita mengarut kat blog, karang ayat dan ikut format macam berita sebenar seperti dalam akhbar, letak sumber dari Bernama ke, Reuters ke, AFP ke, Bloomberg ke, lepas tu letak gambar yang dirembat dari Internet, jadilah ia sebuah palsu yang bakal dikongsi orang lain di media2 sosial, Facebook, Twitter dan blog. Tak caya cuba buat.




tags: hacker penggodam godam wanita gadis akhirnya sofea hana ditangkap tangkap polis pdrm hack website agensi kerajaan jawi jabatan penerangan kehakiman budak student penuntut ipta upm universiti putra malaysia pm najib razak letak jawatan diburu prince zorro dedah identiti siapakah berita palsu fitnah karut afp bernama reuters bloomberg

40 ulasan:

  1. Balasan
    1. dia kencing jer tu. bkn senang nk tangkap.

      #BANkami


      Padam
    2. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0102&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_02.htm

      Padam
  2. itu bukan gambar sofea hana.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang bukan.. :)
      macam buasir kena hack dengan Ahmad
      lol.. :)

      Padam
    2. hahahaha

      Padam
  3. mak aih....ketatnye baju sopea hama.....bukan main lagi hack website kerajaan, pastu menyalak konon suruh tegakkan islam kat malaysia, padahal dia sendiri pun x betul.....puih.......tegakkan islam dalam diri tu dulu.......x sedar diri punya pompuan murahan.......

    Kbye.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu gambar fake la ahmad. ko dh kna kencing. kui3..

      Btw ko ckp nak hack blog ni. xda pun.

      Padam
    2. Engkau ni baca sampai habis ke x entri blog ni? Samala macam macai2 blog umno main percaya semua berita

      Padam
    3. alahai ahmad ni.dah baca sampai habis ke x?nampak sgt macai umno baca sekerat2 pastu terus hentam

      Padam
    4. sorry, aku xde masa nak baca sampai habis...masa aku terlalu berharga......

      Padam
    5. sunguh beharga komen kau yang bukan2 kan..
      alasan.. lol..

      Padam
    6. teserlah kebodohan & kebongokkan mu..
      bace xhabes da bg komen berunsur hinaan..
      bodoh..

      Padam
    7. haha,buat malu je la ahmad.baca tak abis sebab cakap masa kau terlalu berharga.pastu komen banggang,lagi la buang masa sebab komen atas dasar tak paham.

      Padam
    8. ape la salah nik aziz ye sampai org selalu burukkan die..diorg x tau ke die ilmuan hebat..kesabaran die tinggi..tolong la jangan nak menghina org sesuka hati..agk2 ilmu agme dalam diri tu x cukup, tambahkan lagi agar akhlak tu elok jugak..ko nk sokong umno ko tu sokong la tapi x payah nak hina2 ilmuan yg kami syg tu..caitt

      Padam
    9. DAP PKR PAS loser wakakaaka

      Padam
  4. kenapa macai2 umno reka cerita sofea hana kena tgkp?adakah kerana selama ni diorg sembang je lebih nk buru nk tgkp sofea hana ni tp xdpt2 smpai skrg.nk cover malu punya pasal buatlah satu berita sofea hana dh kena tgkp.kesian tgk kerajaan ni,dhla website sng kena hack,nk trace hacker budak2 mentah pn xdpt lg.kata boleh trace ip la apa la...mana cybersecurity,skmm ni?tido ka???

    BalasPadam
    Balasan
    1. gi jilat kaki nik aziz.....syurga dibawah kaki nik aziz.......

      Padam
    2. tipikal macai umno.bila xblh pertahan diri,caci carut jd zikir

      Padam
    3. terlalu beremosional skuad2 tajaan ni.. :)

      Padam
    4. npe lawan UMNO/BN je kena gi jilat kaki nik aziz?.kau sokong UMNO/BN,kau ada gi jilat kaki najib ke?.

      Padam
    5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
  5. asal aku cam x rasa dia popuan eh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mungkin tak tulen aww.. aww.. :)

      Padam
    2. ada kemungkinan besar....

      Padam
  6. Pertama sekali wujud ke Sofea Hana ni?

    Ntah2 yang reka berita/cerita ni ialah Sofea Hana juga.. lol.
    Nak meredakan atau menguilangkan diri..

    Mungkin juga sebahagian dari konspirasi terancang anonymous lol..

    Mungkin juga Sofea Hana dah bekerja dengan "Skuad Cyber" kerajaan ;)
    hew hew hew..

    BalasPadam
  7. "SAYA AKAN GUNAKAN GOOGLE IMAGE REVERSE SEARCH SEBELUM MENYEBARKAN GAMBAR DI LAMAN SOSIAL SUPAYA TIDAK DIPANGGIL BANGANG"

    BalasPadam
  8. instinct aku kata sofea hana bukan perempuan.

    BalasPadam
  9. Gambar mcm kat hotel kena tangkap dengan pencegah maksiat je hahahaha~~~

    BalasPadam
    Balasan
    1. aku pun rase cam tu gk,, apsal aku baru tahu erk..
      ksian btol..saje je tu nak nmpak hebat dan tangkas di mata rakyat jelata yang dok bawah tempurung ulang2 sebut nama dia je n dh letih barangkali kejor xdpat2,, dripada yg dikendong turut tercicir baik melancong ngan jet baru.

      Padam
  10. prince zorro ke kembar prince noob ke?:D

    BalasPadam
  11. zaman skrang ni sumer laju je kt dunia tenet ni. termasuk la khabar2 angin dan fitnah.
    berhati-hati la... dan kter plak jgn cpat sngt pecaya tnpa selidik btul2.

    BalasPadam
  12. ingat senang nak tangkap hacker??
    lg pon x rase sofea hana tu perempuan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha...pic sofea hana aku ada...kalau aku nak aku boleh kasi...tgu je... bukan susah nak jadi baik

      Padam
  13. kote hampa busok

    BalasPadam
  14. Kenahack pu xdapat kesan Sofea Hana... xsangka ke negara luar dah die ek... ekekke (y)

    BalasPadam
  15. Sofea hana tu llaki la, cuma nama je pompuan... noob...

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...