Isnin, 23 Julai 2012

40 Wikipedia yang tak neutral

Wikipedia merupakan ensiklopedia bebas online di mana sesiapa sahaja boleh menulis artikel di dalam ensiklopedia tersebut dengan menyatakan sumber rujukan serta link. Walaupun sesiapa sahaja boleh edit artikel dalam Wikipedia namun ia tetap mempunyai admin yang akan menapis setiap content yang ditulis dalam artikel dan sekiranya didapati ia datang dari sumber yang tidah sahih maka content tersebut akan dibuang. Wikipedia ni sepatutnya menjadi sebuah media dan sumber rujukan yang neutral dan bebas dari mana2 entiti politik, tapi nampaknya ia taklah seneutral yang disangka.


Sebagai contoh isu yang baru2 ni dibangkitkan semula pasal Rosmah Mansor pernah berkahwin dengan Farid Ismeth Emir, kalau tengok kat Wikipedia versi English pasal Rosmah memang dinyatakan dia pernah kawin dengan Farid tu. Tapi dari mana sebenarnya datang sumber yang menyatakan hal tersebut?


Kalau tengok dekat rujukan, terdapat banyak rujukan yang boleh dikatakan kebanyakan adalah dari media pro-PR seperti HarakahDaily, FreeMalaysiaToday, TheMalaysianInsider, MalaysiaKini dan lain2. Ia masih boleh diterima kerana walaupun ia media pro-PR tapi ia masih lagi sebuah media, namun adakah sebuah blog juga boleh dijadikan sumber rujukan seperti references kedua tu "Rosmah - the rousing rose" yang dipautkan ke artikel blog berikut - http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2010/07/rosmah-rousing-rose.html. Kalau betul pun Rosmah pernah berkahwin dengan Farid, tapi selagi tiada bukti kukuh selagi tu tak boleh main percaya. Namun sekarang Farid pun dah buat pengakuan yang dia tak pernah mengenali Rosmah kat sini.


Aku tak tahu kenapa boleh jadi macam tu tapi mungkin sebab ramai cybertrooper PR yang lebih rajin menulis kat Wikipedia berbanding cybertrooper BN, dan mungkinkah kerana adminnya juga penyokong PR, itu aku tak tahu. Cuba bandingkan Wikipedia versi BM untuk Najib dan Anwar, tengok isi kandungan dah cukup.

Kandungan pasal Anwar memang banyak, panjang berjela, siap dengan sumbangan lagi:


Ni kandungan pasal Najib pulak, belum apa2 no. 4 dah cerita pasal kontroversi? Anwar takde kontroversikah? Najib takde sumbangankah?


Mungkin lepas ni cybertrooper BN boleh rajin sikit update kat Wikipedia tu tambah la apa2 cerita best lagi pasal Najib. Tapi aku jugak sedih tengok wiki versi BM ni, dia punya ayat banyak tunggang langgang, banyak typo error, tanda noktah koma spacing main langgar je. Ni la masalah bila dah terlalu bebas sampai sesiapa je boleh edit.

Btw tak semestinya apa yang kita dengar dari pihak pro-BN itu fitnah belaka dan yang datang dari pro-PR itu benar belaka. Fitnah tak mengenal parti politik, seperti mana Papagomo selalu letak kisah lucah pasal Anwar yang kebanyakannya terkantoi letak gambar kutip kat Google Images, ada juga blog pro-PR yang selalu buat cerita tak betul pasal Rosmah, terutama pasal cincin RM24 juta tu. Kontroversi cincin tu mungkin ada, tapi cerita dia menabung dari kecik untuk beli cincin tu memang takde. Tapi disebabkan tersebarnya muka depan Utusan yang telah diedit ni kat blog2 pro-PR seperti kat sini, Facebook dan forum2, berapa ramai orang Malaysia yang dah percaya Rosmah memang ada simpan duit dari kecik untuk beli cincin? Siap keluarkan game berdasarkan berita palsu ni kat iPhone lagi. Gua pun tak minat dengan Rosmah, tapi tak perlu nak jaja fitnah untuk jatuhkan orang.




tags: pengakuan farid ismeth emir tak pernah berkahwin hubungan rosmah mansor isteri perdana menteri najib razak video wikipedia bebas neutral adil berat bias sebelah anwar ibrahim artikel content isi kandungan berita news utusan malaysia edit beli cincin rm24juta snediri guna duit menabung dari kecil kontroversi

40 ulasan:

  1. wikipedia sape nak pantau? tujuan dia pun utk sharing maklumat jer..

    sesape rasa tak adil ke ape, just betulkan je la... apa daaa..

    BalasPadam
    Balasan
    1. dan sharing fitnah juga

      Padam
    2. dah tu sape yg nk pantau? kalau dh tau fitnah, sila padam.. bukan biarkan jer.. org wikipedia tau ke tu fitnah ke tak? yg tau sila ambil tindakan,..

      Padam
  2. kena tahu juga admin yg macam mana menapis di wikipedia? adakah wikipedia melantik mana2 org kita utk menapis cerita dalam wikipedia?

    dah namapun bebas punya wiki... jadi BN la bertanggungjawab kena betulkan mana yg tak betul... mana yg fitnah tu, padamlah...

    sikit punya lama cerita tu blegar2 di blog.. tuan punya badan pun dh lama tau... awat dah ujung2 sini baru nak bagitau itu palsu.. patut bagitau awal2..

    nnt dpt kat sesetengah pnyokong pr yg selalu nk burukkan org je, dia kata si farid dibayar sekian2 juta utk buat penafian tu... selagi tak bayar, penafian tak dibuat.. kan ke susah..

    benda bleh bendung dr awal, bendung la awal2..

    BalasPadam
  3. najib tak banyak cerita pasal dia... sbb diakan selalu duduk je kat mana2 tunggu jawatan... dapat jadi ketua pemuda umno pun anwar yang bagi... jadi, kurang sikit la maklumat nak cerita pasal najib.. cuba cari cerita pasal mahathir, mesti banyak...

    BalasPadam
  4. bener ini encik noob
    oleh itu mari kita hindari wikipedia utk mencari info pemimpin politik
    especially malaysian politics.. sumber yg tak consistent lagi voidable
    baru adil utk kedua2 pihak parti pemerintah dan pembangkangnya

    BalasPadam
    Balasan
    1. macam mana nak hindar kalau takde alternatif.. lainlah ko buat satu laman web yg boleh dijadikan rujukan... pastu kita pakat ramai2 tinggalkan wiki..

      kalau x, kekalkan wiki tp kena saling pantau memantau.. mana2 yg dirasakan sbg fitnah, sila cari bukti dahulu, kalau xjumpa, padam dulu..

      Padam
  5. Kah3 sumber dari wikipedia dianggap kredibel?memandangkan rakyat Malaysia ni mudah percaya dengan sumber ideologi mereka sendiri keluarkan,no wonder pihak PR mengeksploitasi Nama wikipedia dalam melebarkan cengkaman ideologi mereka pada minda masyarakat..Orang2 PR jadi kreatif sebab ruang mereka dalam arena media perdana tiada langsung akibat dikawal BN..My opinion Pr sangat bijak menyalahgunakan nama wikipedia demi kepentingan ideologi mereka.

    hhihihihi :DD

    BalasPadam
    Balasan
    1. org yg setakat pung pang pung pang sana sini tunjuk pandai takde la ke mana.. patutnya dah tahu benda tu tak betul, diperbetulkan.. bukan tunjuk pandai kata takde kredibiliti ke ape..

      http://shahrulsite.net/ketulenan-wikipedia

      wikipedia boleh digunakan sbg rujukan utk tujuan pembelajaran je la.. tu pun bukn sbg rujukan utama..

      kalau takat politik, baik cari sumber yg lebih tepat.. cerita pasal BN cari kan media perdana, cerita pasal pembangkang, carilah sendiri..

      Padam
    2. Wikipedia adalah satu sumber yang tidak kredibel kerana bebas diedit,sekarang saya boleh edit dan karang di wikipedia cakap Blog buasir otak adalah sebuah Badan Kehakiman Baru Malaysia.

      So wikipedia ni adalah suatu media yang bebas dieskploitasi..sangat bergantung kepada niat penulis dalam mengarang? so what? memang tak ada kredibiliti pun.

      Padam
    3. memang xde kredibiliti.. tp yg tukang ckp berdegung2 tu tau cakap je la.. xde pun apa2 tindakan.. akhirnya jadi keyboard warrior je la.. tp habuk pun takde.

      Padam
    4. Sekarang anda mengakui kan wikipedia tiada kredibiliti? ^_^

      Anda tahu darimana saya tidak mengambil sebarang tindakkan?bukankah itu adalah satu tuduhan semberono? ^_^

      Bukankah apa yang kita sedang timbulkan dan bincangkan disini juga adalah suatu "tindakkan"? ^_^

      Dan sekarang?adakah anda sudah mengambil "first step"? jangan ngomong doang yach! ^_^ hihihihi

      Padam
    5. setakat tindakan bincng pastu tak ke mana... kalau nak ulas satu2, kata2 org yg berdengung pun xde kredibiliti.. media perdana pun xde kredibiliti.. buku kat perpustakaan pun ada yg tiada kredibiliti..

      jadi, mana yg boleh dibetulkan kita betulkan... bukan kerja mengkondem dan tunjuk pandai saje...

      Padam
    6. Anda pasti tidak kemana benda ni? hihihhih ^_^

      so sekarang anda persoalkan tentang cakap berdengung2 dan bla,bla,bla..anda sudah ke mengambil "First stepnya"? jangan hanya sekadar pandai bercakap dan berleter sahaja..hehehe ^_^

      Sekarang sila ambil langkah pertama ke wikipedia dan betulkannya!jangan hanya tahu mengeluh disini..setiap perubahan haruslah dimulai dari diri sendiri dahulu,betul atau tidak apa yang saya kata? ^_^ hihihihi

      Padam
    7. bila keyboard warrior nk tunjuk pandai itulah jadinya.. suruh org lain buat itu ini... bila pandai mendakwa, kena la pandai cari solusinya.. bukan berdengung2 sana sini tunjuk pandai...

      Padam
    8. Dimana celahnya saya "tunjuk pandai"? bukankah ini adalah pandangan am dan pendapat biasa pengomen2 disini?

      Ternyata yang mau tunjuk pandai adalah anda,Mahu tunjuk bagus tapi belum ada "First step" dari sendiri? adakah anda sedang mengkritik diri anda sendiri? Menyedihkan ^_^

      Sila intropeksi diri anda sendiri dong...hihihih ^_^

      Padam
    9. salah satu sebab entry ini diwujudkan adalah untuk menyeru cybertrooper BN dan juga PR agar sama2 memantau maklumat2 kat wikipedia tu kerana mereka sebenarnya yang lebih tahu pasal kebenaran dan kepalsuan dalam parti masing2, sbb sekarang ni yg aku nampak hanya cybertrooper PR yang lebih rajin menambah2 content dlm wikipedia tu. kalau ada maklumat yang memfitnah BN, maka cybertrooper BN boleh betulkan, kalau ada maklumat yang memfitnah PR pula, maka cybertrooper PR boleh betulkan, tapi setiap content tu perlulah disertakan dgn pautan yang merujuk ke berita atau buku mana ia diambil.

      Padam
    10. org yg nak tunjuk pandai tu bila dia sendiri mengeluarkan kenyataan ada satu parti politik menyalahgunakan wikipedia untuk survival politik tanpa mengeluarkan satu bukti pun.. sedangkan ramai lagi yg boleh menyalahgunakan politik xkira mana parti pun.. tapi ada yg betul2 guna wikipedia utk sharing information tanpa perasaan nak menyalahgunakan pun..

      Padam
    11. BN xperlukan wikipedia bilamana media arus perdana mereka sudah kongker.. wikipedia tidaklah penting utk survival politik mereka memandangkan yg mereka nak rebut pengundi hanyalah makcik pakcik kat kampung sahaja.. anak muda hanya tahu bising tp tak keluar mengundi pun.. lagipun utk anak muda, papagomo pun dh cukup

      Padam
  6. salam,

    Ini semua usaha untuk jatuhkan maruah PR,BN gunakan duit utk beli upahorg tulis dlm wikipedia.

    KLIK Puasa tak bererti jika makan gaji buta

    BalasPadam
  7. Perlu ke kita mempertikaikan wikipedia sebagai sumber terpecaya atau tidak? sebenarnya tak perlu.. yg perlu dipertikaikan sikap org kita dlm mengambil maklumat...

    Susah nak dapat sumber yang betul2 boleh dipercayai di dunia ini... melainkan Al-Quran... Kitab2 hadis pun boleh dipercayai tetapi ada sesetengah yang merupakan hadis rekaan.. sbb tu kena refer ulama hadis... kitab nabi2 yg lain pun ditukar ganti... buku2 pun banyak yang tidak boleh dipercayai... lagikan wiki...

    niat wiki tu bagus... supaya kita saling betul membetulkan.. sharing maklumat.. kalau salah betulkan... lagi satu kita boleh buat report kalau artikel kita asyik diubah2.. nanti wiki ambil tindakan.. rileks laa...

    mcm tuan blog ckp.. cybertrooper BN kena rajin betulkan fakta.. ini tidak.. satu isu keluar, terus hina sana sini... ramai2 kutuk2... tapi maklumat kat wiki tu xubah2 jugak... pelik...

    BalasPadam
    Balasan
    1. woit.. aku dah check wiki kejap ni... dah edit.. bagus2.. mcm tu la... tp dlm tu ckp Despite the claim, on July 22, 2012 on YouTube, Farid Ismeth Emir denied that they were married before.

      patutnya Farid kena bagitau awal2.. bukan dia tak tau, benda ni dah lama dah... skrg baru nak keluarkan kenyataan.. patutnya dari dulu lagi..

      bukan apa.. pembangkang selamat dr sebar fitnah, kerajaan pun selamat dr difitnah..

      bleh sesape bagi link apa masalahnya pd PR kalau betul farid kahwin dgn rosmah? aku masih tk faham... PR keji pkahwinan tu kenapa?

      Padam
  8. marilah kita bersama-sama meningkatkan amalan di bulan mulia ini.

    BalasPadam
  9. inilah yang dinamakan internet..seperti apa yang kita jumpe kat luar,org de bermacam-mcm pendapat,fikiran dan motif.kita xleh pkse org terima pendapat kita dan xde spe pun leh pkse kita terima pendapat org.

    begitulah juga internet,tetap juga pendapat dari pihak tertentu..x semestinya salah,dan x semestinya betul.yang penting,diri sendiri tau menilai dan banyak membaca dari pelbagai sumber supaya info yang kita dapat tu dapat dianalisis.

    BalasPadam
  10. dekat wikipedia ada bot yang betolkan mana editing yang tak konsisten nak2 bila ada yg ubah suka2 . tu yang aku baca masa AMA founder wikipedia dekat reddit.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Developer wikipedia dia dah buat yg tbaik.. so, kalau ada org setakat nk kutuk2 xtentu hala, tunjuk bagus mmg jenis org xbleh diterima akal la tu..

      patutnya mana maklumat yg problem, dibetulkan.. bukan dijaja sana sini kat xbtul... sendiri xnk buat..

      Padam
  11. Mungkin wikileak ada menyimpan bukti nya.hahaha

    BalasPadam
  12. anyone can write
    most can read
    some can think
    few can understand

    BalasPadam
    Balasan
    1. dan si bangang perasan bagus boleh komen2 tunjuk pandai sahaja...

      Padam
    2. butthurt? sakit lubang jubo? kene jolok?

      Padam
    3. ko ni pehal bob geldof?

      Padam
  13. propa ja agenda bn semua ni...butuh ar bn

    BalasPadam
  14. It operates in conjunction with your i - Tunes account, or you can have a
    number of other connections, based upon what you want to view.
    However, we can't choose our favorite program and movie when we watch TV. We've already delivered our verdict
    as to what can be expected from the i - TV (or whatever it is called) and the Cupertino-based company will
    also need to navigate carefully because studios
    already have Hulu.

    Also visit my blog apple tv review

    BalasPadam
  15. Nikon D200 was launched way back in November 2005 and still is one of the favorites for
    beginners in photography field. A great side pan requires that
    the camera travel together with the subject in both X
    and Y-axis. This will be indicated if you receive an error on the LCD;
    "CARD IS NOT FORMATTED" or "OUT OF MEMORY"or "NO CARD PRESENT".


    Feel free to visit my web blog :: nikon d7100

    BalasPadam
  16. Ronnie Williams is a staff writer for Wireless - Phone - Gallery - offering Latest and Discounted google
    nexus accessories (also known as wireless google nexus one accessories)
    and a lot more accessories for Samsung, Blackberry, Apple, Nokia
    and Sony Ericsson. 1 tablet cannot handle DVD discs directly without DVD drive.
    You've got a dual core 1 GHz Tegra 2 processor, 1 GB of RAM, a 4 inch touch screen display with a resolution of 950 x 540 pixels and a 5 MP camera with 720p video capture.

    Check out my web page nexus 7

    BalasPadam
  17. Invest the money you saved into some nice accessories. You can buy these accessories and
    also the new at huge discounts and free shipping too only at.
    re photographing flowers, a captivating sunset, or your friends
    at the park, you can be confident that you.


    my web-site canon 6d review

    BalasPadam
  18. The Dell Streak packs in a 1GHz Snapdragon ARM-based processor made by Qualcomm, 5MP autofocus camera with dual
    LED flash, VGA front-facing camera, integrated 3G + Wi-Fi,
    Bluetooth, and a micro - SD expansion slot for
    up to 32GB of storage. If you little bit understand technologies, you
    can easily root your Black - Berry. These efforts are incredibly obvious when it comes to the Playbook's strengths as a traveling device.

    my web blog; blackberry playbook

    BalasPadam
  19. Wikipedia is not perfect. Everyone who use it, should constantly contribute to its writing. From a Wikipedia editor.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.