Iklan Leaderboard

Selasa, 24 Julai 2012

62 Hantaran tinggi atau kahwin awal

Sebenarnya dari mana asal usul kaedah menetapkan hantaran pengantin perempuan mengikut kelayakan akademik atau kerjaya pengantin perempuan.


Kalau yang macam kat bawah ni pengantin perempuan PMR pun belum, apatah lagi SPM, kerja pun belum, masih bersekolah, kalau aku jadik bapak budak ni berapa la aku nak letak duit hantaran. Nak mintak lebih2 karang pengantin lelaki pun masih bersekolah, takde kerja apa pun lagi... Tapi kalau mak pak dia kaya rasa2 aku mintak RM20K untuk hantaran anak aku pun takde masalah.


So kahwin seawal usia 14 dan 16 tahun? Aku pun pada mulanya tak pasti berapakah umur minima yang dibolehkan berkahwin di Malaysia. Kalau tengok kat petikan Kosmo ni:
Tambah beliau, Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam yang digubal selepas merdeka memperuntukkan usia minimum 18 tahun untuk berkahwin dan mereka yang belum mencecah usia tersebut perlu memohon kepada Mahkamah Syariah jika mahu berkahwin.
"Jika hakim syariah memberi kebenaran bertulis selepas meneliti permohonan yang dibuat dengan sebaik-baiknya, barulah perkahwinan itu boleh dilakukan oleh wali kanak-kanak atau remaja perempuan terbabit.
Maksudnya walau ada usia minimum 18 tahun yang ditetapkan dalam Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam, tapi pasangan bawah umur 18 boleh juga berkahwin dengan kebenaran hakim Mahkamah Syariah.

Hmm aku tak nak komen banyak, kalau tulis tak setuju, nanti ada orang kata aku jealous, lagipun Nabi sendiri pun pernah berkahwin dengan Saidatina Aishah r.a yang baru berusia sembilan tahun ketika itu. Tapi masa Nabi kahwin masa tu baginda dah dewasa dan juga mampu menyara keluarga. Kalau kedua2 pengantin lelaki dan perempuan masih kanak2 aku tak tahulah. Kalau ikut situasi zaman sekarang yang semuanya berlandaskan duit, money-oriented dan juga persekitaran di Malaysia, aku tak tau nak cakap apa pasal perkahwinan bawah umur ni.

Kalau mak bapak memang kaya ya amat seorang jutawan felda atau upline paling atas dalam hierarki piramid MLM dan sanggup tanggung anak lelaki dia untuk menyara kehidupan isteri dan anak2 dia, aku rasa takde masalah kot. Tapi kalau jenis mak bapak pun kais pagi makan pagi kais petang makan petang, atau anak sedikit perasaan malu nak kawin guna duit mak bapak, so tak payah nak berangan2 nak bercinta monyet kat sekolah dan nak kawin awal. Belajar dulu, kejar cita2, cari kerja, bila dah ada duit sendiri nanti ko nak kawin dengan sape2 pun hatta artis sekalipun orang tak kisah. Walau apa pun aku jeles doakan agar pasangan pengantin adik Syafiq (form 4) dan adik Yana (form 2) bahagia dan kekal hingga akhir hayat... tak pasal2 glamer satu Malaysia sebab dah masuk Blogserius.

So ada 2 isu di sini, pertama kenapa hantaran kahwin pengantin wanita di Malaysia sekarang ini perlu dikaitkan dengan kelulusan akademik dan juga kerjaya mereka,dan  kedua adakah anda setuju atau tidak bersetuju dengan perkahwinan bawah umur di Malaysia?

* Patut aku mintak bapak aku kahwinkan aku hadiah untuk PMR 8A dulu...


tags: wang jumlah nilai hantaran tinggi pengantin perempuan lelaki mengikut kait dengan kelulusan kelayakan pencapaian akademik kerjaya artis selebriti kahwin awal bawah umur 18 tahun adik syafiq 16 yana 14 tahun pahang rumahtangga

62 ulasan:

  1. wahhh PMR 8A?? nk mintak puji ke hape ni.. kuikuikui.. ermm zaman skrg ni bukan mcm zaman dulu byk benda yg orang rasa taboo.. sekarang ni dunia di hujung jari.. kahwin awal ni mcm x releven sgt rasanye.. unless kalau memang dari jenis yang terhindar dari pelbagai zina.. i means zina yang kecik2 which is zina hati, zina mata n benda2 mcm tu.. insya'Allah boleh ke syurga.. ape pun aku doakan yg terbaik lah buat adik2 nie.. n part of hantaran tinggi tu.. i can't say much.. orang zaman skrg ni memang dah semakin riak.. tapi insya'Allah masih ada lagi perempuan yang murah hantaran nya.. pilih dengan betul.. insya'Allah jumpe.. ^^

    BalasPadam
  2. marilah kita bersama-sama meningkatkan amalan di bulan mulia ini.

    BalasPadam
  3. Setuju bila nak nikah (bawah umur), kene mintak izin mahkamah. Itu undang-undang yang baik untuk melindungi kanak2 terutama perempuan. Jika tiada undang2 begini, akan ada puak2 yang kononnya bercakap atas nama Islam akan guna hujah Nabi SAW dan Aisyah RA untuk bernikah dengan kanak2 seawal umur 7 tahun yang tak mengerti apa2. Ibu bapa yang miskin pula terpaksa benarkan kerana tak mampu nak tanggung anak itu dah.

    BalasPadam
  4. Ok what kawin muda? ikut tradisi zaman dahulu selalu kawin awal? bagi aku tak ada timbul isu tak relevan jika ada pasangan kahwin muda bawah 18 tahun..ketetapan umur 18 tahun itu adalah hukum barat..shittt..hukum barat juga yang selalu diagungkan.

    Mengulas kepada persoalan sarkasm katun diatas..Budaya menetapkan Mahar berdasarkan kelayakkan akedemik tu berasal dari ibubapa gadis zaman sekarang yang gemar sangat tengok cerita hindustan..hehehe.

    Btw budaya yang tidak sihat ini iaitu mengenakan hantaran tinggi ini seperti mempunyai persamaan dengan tradisi orang2 india yang mengenakan mahar yang tinggi jika bakal pasangannya mempunyai kerja yang hebat dan pendidikkan yang tinggi.

    Kepada ibubapa yang seperti nak menjual anak gadis korang tu,insaf2 lah..dah macam bapak ayam dah tengok.

    BalasPadam
    Balasan
    1. budaya barat..ade je yg kawin muda

      budaya india.. perempuan yang sediakan duit kn..

      Padam
  5. haha encik noob macam tau2 saja aku tgh kawtim dgn potential mak mertua
    potential saja, kalau melampau2 aku cari yg lain hehe

    BalasPadam
  6. sweet je tengok budak2 tu kawin... kawin muda boleh tapi tanggungjawab pandai ke nak pikul?

    BalasPadam
  7. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  8. part kawen org mmg suke cakap sunnah nabi...nak poligami pun alasan sunnah nabi...nak kawenkan anak bawah umur pun alasan sunnah nabi...tapi bab hantaran tinggi, cara hidup yang lain tu taknak plak ikut sunnah nabi...achaner tuuu...?

    dulu pernah berdebat dengan bos..die tanye, u setuju tak dengan poligami...sy kata tak...

    dia kata " u ni harap je pakai tudung, semayang lah konon...tapi poligamy taknak sokong..padahal mende tu sunnah, agama pun tak larang...

    saya jawab "saya sokong poligami kalau orang tu sunnah yang lain pun die ikut...ni kadang2 semayang pun suka tinggal, sunnah yang lain taknak buat, mase nak poligami pandai plak kata nak ikut sunnah..."

    huhuhuhu...

    apa pun, x setuju kawen bawah umur...budak sekarang x sama mcm dulu..budak2 zaman dulu cepat matang...zaman skrg ni 19 tahun pun selalunya masih dalam tanggungan mak bapak...

    ades..terpanjang plak komen kali ni :p

    BalasPadam
    Balasan
    1. jgn marah2 cik kak.. nnt kene jual

      Padam
    2. kamu tu bukan tak sokong poligami tapi tak sokong org yg tak ikut sunnah kecuali sunnah poligami.. aiyaa...

      awat? sunnah nabi bagi hantaran tinggi ka?

      Padam
    3. xpa cik syuhada..insyaallah..awk kwin ngn anak dato',soleh,kacak,budiman,romantik,hartawan,tegap fizikalnya,dan setia pada awak sorang je...insyaallah..di syurga nnt..kat bumi,spesis tu ngh terancam.

      Padam
    4. awak nak kahwin dengan saya x cik syuhada?

      Padam
    5. hahaha..takde la..maksud sy, kadang2 ade sesetegah manusia ni amek yang mana hukum/wajib/sunat tu hanya untuk kepentingan diri je...timbul bab poligami tu pandai gunakan alasan nak ikut sunnah nabi....tapi kadang2 semayang 5 waktu pun jarang sgt nk cukup...so ikhlas ke hati kita tu ikut sunnah nabi..?amek yg mana sesuai dgn keperluan nafsu semata2...itu maksud dy...sy bukan menentang poligami...nak kawen ngan sy?sy kini dalam era haram dipinang sebab bakal berkahwin lagi sebulan :)

      Padam
    6. Kawen ikut sunnah kriterianya adalah seperti berikut:

      1. kawen dengan isteri pertama sehingga usia perkahwinan 25 tahun.
      2. Pastikan isteri pertama meninggal dahulu, baru kahwini isteri kedua.
      3. Pastikan isteri pertama itu janda.
      4. Isteri kedua anak dara tak apa.
      5. Pastikan usia anda sudah mencapai 50 tahun untuk mencari isteri kedua.

      * Syarat di atas tidak termasuk menjadi ketua keluarga, tak tinggal tahajjud, dakwah dari pintu kepintu, berpuasa bila tiada sarapan, tidur luar tatkala pintu rumah tidak dibuka kerana memenuhi giliran. dan syarat2 tambahan yang lain dari semasa ke semasa.

      Padam
    7. Kalau kita refer balik ayat ketiga surah annisa dan kaji semula, kita boleh membuat kesimpulan bhw ayat ni disalah tafsir. Ayat ni cerita pasal kebajikan anak yatim. Perhatikan ayat sebelum dan selepas. Jika ayat sebelum dan selepas cerita pasal kebajikan anak yatim apsal ayat 3 boleh lompat cerita pasal poligami? Kawin satu pun belum tetiba kawin byk. Dan ada ayat quran yg kata lelaki takkan dpt berlaku adil thadap wanita. Jadi poligami x wujud dlm quran.
      Bgaimanapun, anda boleh berpoligami jk semua pihak terbabit setuju. Mudah kan?

      Padam
  9. masih ada yg hantarannya rendah wpun berkelulusan tinggi. pokok pangkalnya hati.. kalau berkahwin utk menunjuk2,mungkin hantaran tinggi jd pilihan. tp kalau berkahwin utk menghalalkan yg haram,hantaran rendah,majlis kecil pun xjadi isu :)

    BalasPadam
  10. betul ckp cik salia. masih ada yg letakkan hantaran yg rendah.malah yg x terima langsung pun ada. pd sy hantaran bkn ukuran sesebuah perkahwianan.yg penting apa yg bakal berlaku selepas perkahwinan. bahagia ke? terumbang ambing ke? so kedua2 pihak kena sepakat. nak bahagia (ada duit) utk majlis sehari dua atau utk smpi ke akhir hayat? tepuk dada tanya iman

    BalasPadam
    Balasan
    1. isu hantaran kompleks. bukan sekadar menyalahkan mak bapak kata jual anak. kalau kamu..sekrang mungkin kata sanggup terima hantarana murah, tapi dikemudian hari?
      dan mungkin wanita ckp jer rela terima hantaran murah, padahal hipokrit. Nanti dikata malu terhadap rakan lah, apa lah...last2 mak bapak jugak yg jadi mangsa dikata jual anak.

      Padam
    2. yg malu satu hal... sbb terikutkan trend zaman... nnt tahun 2020.. hantaran standard 50k.. kalau masa tu ada org nk bagi hantaran dgn 40k pun, malu giler babaas... padehal mak ayah dia dulu 12k jer pun..

      Padam
    3. tu la yang saya nak cadangkan ni..klu bakal pak mertua mintk hantaran mahai,habaq la kat dia..kita bayaq muka ja dulu..dia mintak 20k,kita byq la muka 2k ka dulu..ha,habaq kat dia kita test drive anak dia seminggu..klu lancaq ja..servis ok..kita bayaq selebihnya..klu tak ok,xpa..kira burn la duit tu..hahahahaha.sapa sruh mintak mahai sngt.lain la klu kita ni anak dato'..ang nak mintak 100k pun kami buleh bagi.tp kena tnya la dulu,anak tu pndai masak ka dak,tkut satgi bayaq mahai2..tau bagi cadangan nak mkn kat kedai mana ja,nak jarang ayaq pun terketaq-ketaq..makan megi la jawabnya.

      Padam
  11. spt tuan blog cakap, skrg ni semuanya money-oriented, jadi hantaran tinggi tu salah satu perkara asas yg ibu bapa nak uji bakal menantu.. adakah dia mampu... siapa nk anak dia diberi kesusahan setelah penat lelah dia jaga bagi makan pakai semua cukup...

    andai ibu bapa yakin si lelaki ni mampu, malah dah kenal lama dah bakal menantu ni macam mana, soal hantaran bukanlah isu.. ia cuma syarat.. sikit pun ok..

    kalau nk cerita soal majlis, kat situ lah banyaknye pembaziran.. berpada2lah wahai bakal pengantin... org makan sehari je kenyang, ko tanggung hutang bertahun2 tak habis..

    BalasPadam
  12. Itu tak penting, yang ni penting...
    21 Fakta Tentang Israel Yang Anda Perlu Tahu

    1. Selain bangsa yahudi, bangsa lain dilarang membeli atau menyewa tanah di Israel.

    2. Setiap bangsa yahudi yang ada di setiap Negara di seluruh dunia menjadi warga negara Israel secara automatik. Sementara warga Palestin yang lahir di tanah negerinya sendiri sejak puluhan abad yang lalu diusir ke luar Palestin.

    3. Penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel harus menggunakan kenderaan dengan cat dan warna khas untuk membezakan antara bangsa yahudi dan non yahudi.

    4. Israel membahagikan 85% air bersih hanya untuk bangsa yahudi dan membahagikan 15% lebihannya untuk seluruh penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel. Secara realiti, Israel memberikan 85% air bersih hanya untuk 400 penduduk yahudi di Hebron, sementara 15% sisanya dibahagikan kepada 120 ribu penduduk Palestin di daerah itu.

    5. Amerika terus memberikan bantuan ketenteraan kepada Israel sebanyak 1.8 billion US$ setiap tahun. Dan tahukah anda bahawa jumlah sebesar itu sama dengan sumbangan Amerika kepada seluruh Negara di benua Afrika.

    6. Pemerintah Amerika telah menekan Kongres tentang pelanggaran Israel dalam penggunaan senjata yang mereka sumbangkan. Khasnya pada tahun 1978, 1979 dan tahun 1982 pada perang di Lebanon dan penggunaan senjata nuklear pada tahun 1981.

    7. Sebelum berdirinya Israel pada tahun 1948, sudah memiliki industri pengembangan senjata nuklear.

    8. Panglima Tinggi Perang Israel mengakui secara terang-terangan bahwa tentera Israel membunuh semua tahanan perang Palestin tanpa proses pengadilan.

    9. Israel meletupkan tempat kediaman Diplomat Amerika dan menyerang kapal perang Amerika Liberty di perairan internasional pada tahun 1967. Walaupun serangan itu telah mengorbankan 33 tentera Amerika dan mencederakan 177 lainnya, tetapi Amerika sama sekali tidak melakukan tindakan apapun terhadap Israel. Hanya dengan alasan bahawa tentera Israel salah sasaran. Bayangkan kalau serangan itu dilakukan oleh Negara Islam.

    BalasPadam
  13. 10. Israel merupakan negara yang paling banyak mengabaikan resolusi PBB. Jumlah resolusi yang diabaikan oleh Israel telah 69 kali. Bayangkan seandainya satu Negara Islam mengabaikan 1 resolusi PBB, apa yang akan dilakukan oleh Amerika...???

    11. Sejak tahun 1988, semua industri dan pejabat di Israel hanya boleh menampalkan iklan jawatan kosong dengan perkataan: “kerja kosong hanya untuk bangsa yahudi”, “dicari seorang pekerja dengan syarat bangsa yahudi”.

    12. Kementerian Luar Negeri Israel membayar 6 syarikat media Amerika untuk menunjukkan imej positif Israel kepada masyarakat Amerika dan Eropah.

    13. Perdana Menteri Israel pertama David ben Gorion sepakat dengan langkah pengusiran secara paksa seluruh bangsa arab dari Israel.

    14. Paderi besar di Israel Ofadya Yosef yang juga pengasas Parti Syas (parti terbesar ketiga di Israel) menyokong aksi tentera Israel untuk menghabiskan warga Palestin? Bahkan ia mengeluarkan fatwa radikal pada hari raya paskah (Israel) yang lalu dalam wawancaranya di sebuah jaringan radio terbesar di Israel:
    “Tuhan akan membalas semua kejahatan warga arab, Tuhan akan menghancurkan keturunannya, menghabisinya dan menghancurkan tanahnya dan Tuhan akan membalas mereka dengan siksaan yang pedih. Kerena itu dilarang semua bangsa Yahudi untuk memberikan rasa kasih sayang kepada warga arab, dan wajib bagi setiap yahudi untuk menembak rifel dan senjatanya ke arah dada dan kepala setiap warga arab untuk menghabiskannya, kerena mereka itu makhluk yang jahat dan terkutuk"

    15. Pelarian Palestin adalah terbesar di dunia.

    16. Penduduk Kristian Palestin bersatu dengan penduduk Islam Palestin untuk melawan penjajah yahudi.

    17. Walaupun Israel terus mengganggu proses belajar dan mengajar dan merosakkan seluruh prasarana pendidikan penduduk Palestin, tetapi penduduk Palestin tetap menjadi negara terbesar di dunia yang penduduknya bergelar doktor. Apabila dilihat dari jumlah peratus penduduknya.

    18. Israel terus melakukan berbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al Aqsa dan Qubah Shakhrah sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya.

    19. Presiden Afrika Selatan Nelson Mandela pernah mengatakan bahawa Israel adalah negara rasis dan apartheid seperti keadaan Afrika Selatan sebelum dia memimpin.

    20. Orang Yahudi berjalan bebas di kawasan Palestin tanpa rasa takut sedangkan orang Palestin diawasi dengan ketat oleh tentera Israel.

    21. “I support all efforts to protect the security of the state of Israel” : Anwar Ibrahim.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kenapa akhir sekali ada Anwar Ibrahim? hahahaa... ada kaitan ke dengan hantaran tinggi masa kahwin.. ingatkan ada org nak cakap hantaran tinggi ni disebabkan yahudi.. tp xde satu apa pun citer pasal hantaran..

      Padam
  14. kadang hantaran rendah tu bagi pihak perempuan mengikut tafsiran pihak lelaki tak sama..hahahahhaha..

    contoh,

    perempuan : awak, famliy i dah tetapkan 10k tu hantaran utk u sunting
    i nanti..murahkan???(sambil tersenyum simpul)......
    lelaki : a'aah murah la sangat(dalam hati jela laki ni cakap, kang cakap
    ikut mulut mau terbang kekasih hati).....

    :P

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang la tak sama... perempuan rasa 10k tu mcm sayur kangkung seikat jer... lelaki rasa 10k tu macam 2 biji banglo kena beli dlm satu masa...

      sblm nak ubah org perempuan, ubah dulu pemikiran mak ayah perempuan tu.. kalau perempuan tu berani kasik free je kat kita ehem2 dia, walhal xkawin pun lagi... apa masalahnya kalo kahwin kasik rendah sikit hantaran... tp mak bapak mesti xsetuju punya... jadi, mak bapak la yg problem.. anak mengikut jer...

      kalo pompuan kasik free pun aku xnak... bayar mahal sikit xper, asalkan halal..

      Padam
  15. amboi...ramai wanita komen ckp hantaran ak jadi isu...tak kisah kalau hantaran rendah. Tu ikhlas or propa? klau kamu belum kahwin nak ke dpt hantaran rendah?? jgn salahkan mak bapak jer...entah2 kamu sendiri yg malu kalau hantaran rendah, lepas tu mengungkit kemudian hari....

    BalasPadam
    Balasan
    1. mengungkit ni memang keje korang... bagi hantaran 12k pun ngungkit.. cit podah..

      hantaran tinggi2, tp bila nk penuhi tuntutan batin, suka mengelak... aku pulak mengungkit... ahhahahaha..

      Padam
    2. Hantaran saya rm20k dengan 3 tahun money back guarantee. Dah kahwin 5 tahun dan alhamdulillah so far tiada sebarang komplen.

      Guys, u won't know what you'll get in return from your investment. Sayangilah dan hargailah kami kaum hawa yang lemah..

      Padam
    3. apa maksud money back guarantee? kalau bercerai boleh dapat balik ke duit tu?

      Padam
    4. Kalau tak puas hati dengan perkhidmatan seorang isteri yang diberikan, boleh dapat balik sebahagian duit tu. Kalau suka, kena up lagi nafkah bulanan.

      Padam
    5. pergghh... kalo suka, kena up nafkah bulanan.. hahhaah... tengok pada pendapatan jugak beb... sukakan suami tu kewajiban.. nafkah wajib ikut kemampuan..

      Padam
    6. cuba tengok kes2 orang bercerai, artis2 tu bercerai dulu waktu kawin dulu berapa ribu hantaran dia? erra fazira dgn yusry dulu hantaran berapa puluh ribu? dgn majlis ala2 garden la ape kebenda la last2 cerai jugak, yusry takpe la kaya tak kisah duit hangus mcm tu je, tapi adakah dgn hantaran tinggi majlis besar boleh menjamin perempuan tu ikut dengar taat setia pada suami? tak jugakkan. perempuan melayu mmg macam tu pentingkan diri sendiri dok fikir utk hal diri sendiri je suka menunjuk2 berlawan2 sape hantaran paling tinggi la, majlis sape paling grand la, kad jemputan sape paling hipster la, ntah apa apa

      Padam
    7. Saya tak demand, tapi suami saya lelaki budiman...

      Padam
    8. yes... tiap2 bulan nafkah naik.. adakah seiring dgn kenaikan tahap kepuasan suami?

      Padam
    9. Yes. Puas hati anak-anak cergas dan cerdas, maruah terpelihara, harta terjaga, perut kenyang, batin riang, minda aman, hidup harmoni dan ceria.

      It's a mutual effort. Suami isteri kena saling melengkapi, bersyukur dan menerima kelebihan dan kekurangan masing-masing...

      Padam
    10. kenapa x nak hantaran murah.. kan semakin murah hantaran semakin diberkati ..

      Padam
  16. jumlah hantaran ni macam harga minyak jugak, kena ikut harga global pasaran dunia, kadar inflasi, kadar tukaran matawang dan sebagainya... kalau 10 tahun lepas perempuan org ada degree rm6k boleh dapat, sekarang degree rm10k. duit hantaran nak tinggi2, majlis nak grand2, selalu laki kena berhabis byk duit, tapi bila dah kawin org perempuan susah pulak nak dengar cakap laki, kita pulak yg dicontrol, nak suruh masak pun taknak, nak bersenggama pun susah, so apa yg kita dapat bila dah bayar mahal2? perempuan malaysia ni memang macam2, baik kawin dgn perempuan indon je, hantaran takde mahal, ikut je cakap suami...

    BalasPadam
    Balasan
    1. pompuan indon kalau mcm artis xper jugak..ada selera sikit

      Padam
    2. Kalau pompuan indon mcm muka pelacur tu haish!!

      Padam
    3. Pelacur tu byr tak sampai rm100 sehari boleh layan kau mcm raja, perempuan byr hantaran sampai puluh2 ribu, kena sedia tempat tinggal mkn minum byr nafkah bulan2, kalau dpt yg elok tak pa la, ini byk la yg jenis keras kepala xmo ikut ckp suami suka control tinggi suara byk songeh lepas tu kalau xpuas hati mintak cerai, last2 duit semua hangus. Nak dpt layanan mcm raja? Jgn harapla

      Padam
    4. kerajaan nak sangat bela perempuan sdgkan lelaki ni pun patut dibela.. patutlh ada sesetengah perempuan cam celake xsedar diri... tak ikut ckp suami.. ikut kepala dia jer... cam bagus.. kalau diberi penerajang pun bagus.. biar dia gi ngadu ngan mak ayah dia.. siap mak ayah dia sekali aku terajang meh.

      Padam
    5. sbb tu la jgn kelam kabut sngt nak kwin,rsa sedap masa memandang ja,trus ajak kwin.kita kena uji pmpn tu dulu.pmpn pn slalu ja uji laki,pe salahnya kita uji pmpn plak.aku time muda dulu puas dah kena tipu ngn pmpn,mcm2 jenis.de kaki kikis,playgirl dan mcm2 la.bukan nak kata aku baik,tp aku ni lurus bendol..x pnjang akal ngt bab2 nak menipu org.org je slalu tipu aku.smpi la aku jumpa ngn pmpn sorang ni,aku uji dia mcm2.aku wat perangai truk,dia maafkan.aku wat jadi panas baran,dia sabar.aku wat2 slalu sakit..dia jaga aku.last2,jadila dia bini aku.aku bersyukur, dia x lawa mcm artis..tp bg aku yang pling sempurna..sbb tu aku skrang anak pun dah 5.hahahaha..

      Padam
  17. dpat parents cam kawan aku lagi best kot. wang hantaran letak mahal gak, dalam 15k, tapi utk digunakan selepas kawin. so duit tu bukan duit hangus kenduri. kenduri masing2 support. lepas kawin, duit hantaran digunakan beli barnag2 rumah. bahagia je, takyah buat pinjaman. diorang bank in, then masa nikah, takde pun letak dalam hantaran. sedara mara mengata, tapi bukannya mati pun kena mengata. sedara mara pun jmp setahun skali

    BalasPadam
    Balasan
    1. haaa..baca tu.. bukan mampos pun kena kata dek org... ni bapak suruh bagi sampai 15k kalo kongsi laki bini ok gak.. takkan laki sorang je nk kena sediakan 15k... harooomm jadah bak kata xxxxx

      Padam
    2. bgus cara tu..terbaik..

      Padam
  18. Alahai....Perempuan yang educated ni biasanya bekerja dan bergaji besar, lantas dapat menyumbang kepada ekonomi keluarga dengan agak signifikan.

    Hantaran tinggi tu kira pelaburan orang lelaki la untuk dapat smart partnership jangka panjang. Itu untung ikut sijil je. Kalau ikut kos pengajian dan tangga gaji terkini amacam?

    Kalau nak bagi hantaran pun berkira bagai...macam mana la ente semua ni nak bagi nafkah kelak...

    Oh ye, perempuan bijak juga mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk membekalkan genetik yang terbaik untuk keturunan ente semua...insyaallah...Tak payah la nak merungut menyumpah bagai...tak macho langsung!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe..bguih komen awk,nmpk mcm bez ja.kita kwin jom.hahaha.tp gaji saya kecik ja,tkut satgi awak mintak mahai.bukan sbb x mau byr,tp sebab x mampu..kena tolak gadai abih brg.xpa2,saya bayaq downpayment dulu,pahtu byq pulak bulan2.hahaha

      Padam
    2. Tanpa Nama24 Julai 2012 4:14 PTG hahahah terbaik xD

      Padam
  19. http://jiwang.org/health-education/54815-hantaran-anak-tok-guru-nik-aziz-rm-1000-sahaja.html | ank perempuan menteri besar Kelantan pn diberi RM1000 jer,Nik Aziz wat mcm ni sbb nk suh org ikut dia,sbb nk bela & xnk bebankn bg yg x b'kemampuan..

    BalasPadam
  20. Jgn smpi sok luse da kes budak2 nangis merayu dpn makbapa minta di kawinkn.

    BalasPadam
  21. Betul ke Nabi s.a.w. kahwin ngan Siti Aisyah r.a pada umur Siti AIsyah r.a 9 tahun? AKu rasa part ni kena kaji lebih sikit pasal ada perbezaan pendapat...

    BalasPadam
  22. Pergh terlambatnya aku komen tapi xpe aku tetap nk komen gak....

    Masalah skang ni ramai pengantin terlalu ikut trend kononnya jika wang hantaran mahal sipengantin pompuan dan lelaki ni ada standard lah kononnya namun sedar tak kita sbg umat islam bahawsanya wang hantaran ini adalah 1 adat dan bkn tuntutan agama yg sering kita lupakan dlm bab berkahwin ini adalah rukun-rukun nikah, soal-soal yg berkaitan perkahwinan, halal dan haramnya satu-satu perkahwinan itu dan yang paling utama ialah perkara berkaitan MAS KAHWIN yg mana selalunya hantaran yg berpuloh-puloh ribu ringgit ni MAS KAHWIN dia biasanya akan sekadar mengikut nilai yang telah ditetapkan oleh Majlis Agama negeri masing-masing...

    Sedarkah atau tidak bahawasanya nilai seseorang pengantin perempuan itu adalah terletak pada MAS KAHWINnya atau dlm bahasa yg lbh mudah ialah MAS KAHWIN itu menunjukkan bagaimana pihak lelaki itu menilai si perempuan.. Itu sebabnya satu masa dulu MAS KAHWIN biasanya adalah senaskah AL-QURAN krn AL-QURAN itu sesuatu yg amat berharga dan tiada nilainya tapi skang ni dh terbalik bila nilai Wang Hantaran puloh-puloh ribu tapi MAS KAHWIN dia hanya RM 40.00 je...

    Kenapa harus membangga nilai wang hantaran berpuloh-puloh ribu itu sedangkan sewaktu lafaz akad dan nikah tidak disebut nilai hantaran sebaliknya nilai mas kahwin yg disebutkan oleh Kadi dan di balas oleh pengantin lelaki..

    Lagipun sedar tak bahawa wang hantaran yg berpuloh-puloh ribu ini satu sen pun xle diambil oleh pengantin pompuan sebaliknya wang tersebut biase nyer akn diberikan kpd ibu bapa bg menampung kos majlis yg al-grande sgt tu dan MAS KAHWIN itu pula adalah hak mutlak pengantin pompuan yg tidak boleh diambil sesen pun oleh sesapa termasuk pengantin lelaki....

    Jadi kpd yg bakal berkahwin tu renung2kanlah... AGAMA atau ADAT atau tuntutan semasa dan sifat nak bersaing...... Yang mana kah pilihan anda?????
    RENUNG_RENUNGKAN LAH DAN SELAMAT BERAMAL....

    BalasPadam
  23. Amboiiii noob kemain lagi ye hadiah PMR nak kahwin awal.

    BalasPadam
  24. Boleh bincang bab hntaran,mcm my fmily ckp,trpulng korng nk wat hntran berapa,bnyk duitnya meriah lah,sikit duitnya x da la meriah,pilihan dtnggan pasangan,pa pon biar la releven,tepuk dada tnya poket bakal suami....
    Salam lebaran
    *hnya pndngan sepi

    BalasPadam
  25. Alalaa kiutnye drawing die, wah teranya dia PMR dpt 8A..ha da puji dah, skang puji aku lak ea, aku grad master 1st class on full scholarship by the age of 25, tgh plan nk further PhD..hah puji le puji2..LoL!! Jgn maree ko yg stat masuk bakul dlu! Rezeki Allah s.w.t yg bg woi =P
    Pendapat aku psl isu ni sama mcm cik/puan Tanpa Nama 24 Julai 2012 2:31 PTG..komen terbaikkk ^^ Tp aku ni kes phobia kawin, belajar n keja je tau..jodoh x smpai lg la nih, susah ma lelaki skang manyak penipu, maunya tgh aman idop tetiba salah pilih org buat suami, menderita x sudah..perghh phobia i nengok bnyk contoh2 x baik di kalangan kengkawan yg merana..eeek nauzubillah!

    BalasPadam
  26. 1st class on full scholarship by the age of 25, tgh plan nk further PhD..hah puji le puji2..LoL!! Jgn maree ko yg stat masuk bakul dlu! Rezeki Allah s.w.t yg bg woi =P ....Huh..boleh tahan RIAK nak mampus you ya!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. LoL pop-soul, i guess u misunderstood my intention..aku nak perli noob yg eksyen ngan achievement dia PMR 8A je, so aku saje je dgn cara yg sengaja diover-overkan with extreme douchebaguette'ness ckp sal achievement aku plak..n i find that damn funny instead of ada potensi nk jd lethal weapon yg boleh buat somebody seriously butthurt..sorry la ek pop-soul, don't take things seriously la..friends?

      Padam
    2. ok friends..then i perli u pula...bcos i find that damn funny....

      Padam
    3. kewl..jom gelak sama2..lolololollll ^^

      Padam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...