Iklan Leaderboard

Ahad, 29 Julai 2012

29 Aku tak selalu buat Lagu Merdeka...

Apa kaitan poll kat bawah ni dengan topik yang aku nak cerita pasal lagu Tema Kemerdekaan 2012 Janji Ditepati? Ok baca dulu artikel ni panjang lebar aku tulis, pastikan korang baca semua. Undian ini diambil dari Portal Maklumat Rakyat (PMR) di sini. Adakah ini tidak membawa sebarang makna atau petanda kepada parti yang memerintah Kerajaan hari ini?



Tahun pertama Najib Razak menjadi Perdana Menteri, slogan 1Malaysia - Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan dijadikan tema Hari Kemerdekaan pada tahun 2009. Tema2 tahun berikutnya merupakan langkah seterusnya dalam agenda 1Malaysia dengan tahun 2010, pihak kerajaan mula Menjana Transformasi, kemudian tahun 2011, segala Transformasi kerajaan telah Berjaya, maka Rakyat Sejahtera. Bertitik tolakkan kepada slogan kerajaan yang bermula pada tahun 2009 itu, di akhir penggal Najib sebagai Perdana Menteri sebelum PRU13, kerajaan melaung2kan bahawa segala Janji yang telah dibuat telahpun Ditepati.


Namun jika lihat semula pada poll di atas, 42% pengundi memilih slogan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan adalah "Slogan baru yang belum menampakkan hasil". Kalau undian ini dibuat di blog pro-PR, aku boleh cakap yang hasil undian mungkin bias kepada PR, manakala kalau undian dibuat di blog pro-BN, aku boleh cakap yang hasil undian mungkin bias kepada BN. Namun undian ini dibuat di sebuah portal kerajaan yang aku percaya pengunjungnya berkadar balance di antara penyokong BN, PR dan golongan neutral. So jika ramai yang bersetuju slogan kerajaan itu tidak menampakkan hasil, maka apakah Janji2 yang Ditepati itu pula? Nak baca lagi aku ulas pasal tema boleh tengok kat sini.

Ok kali ni kita pergi ke Lagu Kemerdekaan. Jarang sebenarnya lagu kemerdekaan baru dicipta setiap tahun yang mengikut tema kemerdekaan tahunan. Pada kebiasaannya bila tiba hari merdeka, lagu2 patriotik seperti Tanahairku, Saya Anak Malaysia, Untukmu Malaysia, Malaysia Baru, Jalur Gemilang, Malaysia Berjaya, Tanggal 31, Satu Malaysia yang macam2 versi dan lain2 seperti di sini. Namun terdapat beberapa lagu yang dicipta mengikut tema kemerdekaan seperti berikut:

1979 Bersatu Berdisiplin
1988-1989    Bersatu
1990 Berjaya
1991 Wawasan 2020
1993 Bersatu Menuju Wawasan
1999 Bersatu Ke Alaf Baru
2000-2006   Keranamu Malaysia
2011 1Malaysia. Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera

Semua lirik lagu2 kemerdekaan dan patriotik ini membangkitkan rasa cinta negara, membakar rasa untuk berkorban demi negara, menyemai rasa bangga akan pencapaian rakyat Malaysia, memupuk perpaduan dan bersatu padu di kalangan masyarakat berbilang kaum, menyuntik nilai2 murni dan berdisiplin, menyemarakkan cita2 kita untuk maju ke hadapan dan berjaya menggapai cita2 tersebut.

Namun setelah aku kecewa dengan tema dan logo kemerdekaan tahun ini, sekali lagi aku kecewa dengan lagu kemerdekaan tahun 2012 Janji Ditepati ni. Lagu yang baru ni tak membangkitkan apa2 rasa patriotik pada diri aku, kosong, takde jiwa, rasa meluat lagi ada lah. Kat sini video klip versi asal yang ownernya dah disabled komen dan rating. Kat bawah ni pulak orang dah copy kat post pakai akaun lain dengan membenarkan orang komen dan rating, hasilnya korang tengok sendiri.


Berikut adalah lirik Lagu Tema - Janji Ditepati (Sambutan Hari Kemerdekaan ke-55):

Macam malam ikut siang
Macam bulan ikut matahari
1Malaysia terus berjuang
Janji Kita ditepati

Kata Kita dikota
Janji Kita ditepati
Hidup Rakyat Dibela
Masa Depan Diberkati
Janji sudah ditepati
Kini masa balas budi

(Chorus)
Janji siapa? Janji kita
Janji apa? Janji 1Malaysia
Janji siapa? Janji kita
Janji apa? Janji 1Malaysia

(Rapping)
Ini janji kita, BR1M 1Malaysia
Ini janji 1Malaysia, TR1Ma 1Malaysia
Kata kita dikota, Klinik 1Malaysia
Janji kita ditepati, Kedai 1Malaysia

Kalau tengok kat sini, lagu syok sendiri ni ciptaan Rais Yatim Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan. Dia ni menteri yang bukan sahaja ada kelulusan dalam grafik design, malah dalam penciptaan lagu mengalahkan Bob Lokman yang cipta lirik lagu Isabella. Tapi gila kau lirik dia memang macam tahi. Hari tu dia cakap kat paper PR pun boleh guna tema ni seperti untuk negeri2 yang ditadbir PR seperti berikut:

"Jadi kalau pembangkang merasakan ini adalah slogan yang bawa kepada pilihan raya saya fikir memang tak salah jika disebutkan begitu.
  
"Dan pembangkang boleh kata kami (pembangkang) sudah buat ini dan ini, dan ini janji kami (pembangkang), ini pun tak salah.
  
"Tinggal lagi pembangkang harus terima satu hakikat, jangan dibohongi rakyat dengan perkara-perkara yang tak benar.

"Dan jika ada yang tidak betul dan tidak tepat..pembangkang boleh sebut dan kami (kerajaan) akan baiki menerusi sistem kerajaan kita," katanya.
Tapi dalam lirik lagu penuh dengan BR1M, TR1Ma, Klinik/Kedai 1Malaysia, itu semua projek BN bukan projek PR pun, adakah dalam lagu kemerdekaan untuk negeri PR seperti contoh di Selangor mereka kena ubah:

(Rapping)
Ini janji kita, air percuma di Selangor
Ini janji Pakatan Rakyat, wang ehsan warga tua
Kata kita dikota, hadiah masuk universiti
Janji kita ditepati, subsidi anak di nurseri

Gila... memang gila. Tak pernah lagi aku dengar lagu patriotik yang kat dalam tu mengungkit semua projek yang pernah dibuat oleh Kerajaan siap dengan klinik kedai pun ada lepas tu mintak rakyat balas budi. Nak balas budi macam mana? Dengan cara undi BN lagi untuk PRU13? Dengan lirik ulangan yang sangat sampah tak habis2 tanya kat rakyat Janji siapa Janji kita? Siapa kita tu? Kerajaan BN? Dah la ada part yang nak kena rap, ingat budak2 sekolah yang nak kena nyanyi lagu tu pandai ke rap? Yang pandai rap kat Malaysia ni cuma Altimet je.

Ha nampak nampak, 1Malaysia yo! BR1M yo! Klinik dan kedai 1Malaysia yo!

Serius, kalau nak buat lagu bodek ungkit tahap cipan, lirik tu masih belum padu. Kalau boleh sumbat semua sekali benda2 yang korang dah buat kat dalam tu macam ni:

Macam rakyat ikut BN
Macam BN ikut Rosmah Najib
BN terus mengungkit
Janji Kita ditepati

Kata Kita dikota
Janji Kita diungkiti
Hidup Rakyat dibela dengan RM500
Masa Depan di tangan kami
Janji sudah ditepati
Tunggu apa lagi? Undilah BN untuk balas budi

(Chorus)
Janji siapa? Janji PM
Janji apa? Janji korang undi kami
Janji siapa? Janji BN
Janji apa? Janji korang undi kami

(Rapping)
Ini janji kita, BR1M, TR1Ma, PR1Ma, Klinik 1Malaysia, Kedai Rakyat 1Malaysia
 Ini janji 1Malaysia,  Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia, Menu Rakyat 1Malaysia
Kata kita dikota, Chopper 1Malaysia, Email 1Malaysia, Tablet 1Malaysia Pad
Janji kita ditepati, NFC. MRT, PEMANDU, PERMATA Negara 1Malaysia juga


Lagu satu hal lah, sekali si orang tua tu cakap lagi yang Logo Sambutan Kemerdekaan adalah asli macam kat sini. Dah terang lagi bersuluh bendera Malaysia kat belakang tu dirembat dari http://www.muzamli.com/2009/01/17/malaysia-flag-wave-2/, lepas tu ada pulak yang mengatakan design logo direcycle dari sticker Hari Kemerdekaan tahun 2009, ada hati lagi nak cakap asli?


Dia ni siapa? Cuma menteri sahaja. Dia ada diploma atau degree dalam Graphic Design ke? Semua designer2 tempatan kat Malaysia ni bodoh sangat ke sampai kata mereka tak membuat penilaian rapi? Pakcik tu kelulusan undang2, bekas cikgu bahasa, lawyer, rapi sangatlah penilaian kau tu? Cara pakcik cakap macam memandang rendah geng2 grafik tempatan yang jauh lebih berbakat dari pakcik.

Sumber Berita Hairan

Oh ya, adakah seorang menteri atau pemimpin kebal dari sebarang kritikan? Tidak boleh dikomen, hanya boleh dipuja dan dibodek sahaja? Dan aku tak rasa ramai yang mencaci dalam memberikan kritikan, dan juga ia bukan fitnah. Tema, logo dan lagu tu sahaja dah terang nyata lagi bersuluh menunjukkan yang segala benda berkaitan dengan Kemerdekaan tahun ni adalah berkaitan dengan Kerajaan BN, bukan untuk seluruh rakyat jelata.

Apa salahnya terima kritikan dengan hati terbuka, bawa berbincang dan debatkan kalau perlu. Ini tidak, tolak mentah2 lepas tu kata orang ramai pula yang menaburkan fitnah. Tak boleh ke dengar pendapat, suara, rintihan dan kritikan rakyat? Jangan asyik memandang rendah pada rakyat dan merasakan diri sahaja yang betul. Adakah semua rakyat perlu menjilat sahaja pemimpin2 kerajaan dan mana2 yang mengkritik tu semua dilabelkan sebagai penyokong pembangkang? Kenapa perlu takut kena kritik, takut pada bayang2 sendiri? Sebelum nak ubah mentaliti rakyat, pemimpin perlu dahulu mengubah mentaliti mereka.

Sumber Berita Hairan... yang ni memang betul2 naik hairan.

UPDATED: Dan terbaru, menteri flip flop ni kata Logo yang telah dicanang2 itu bukan logo rasmi, sekadar Bahan Hiasan (artwork) yang hanya untuk paparan selingan. Seriously, aku benci gila orang macam ni, cakap macam flip flop, hari ni lain, esok terus lain semata2 nak menjaga martabat. Apa ke susah sangat mengaku je kesilapan dan mintak maaf? Pakcik ni buat seluruh rakyat Malaysia macam orang bodoh saja, cuma tau tunduk kepala mengangguk menjilat je. Lepas tu dan2 je buang logo rasmi Hari Kemerdekaan ke-55 tu dari website Portal Maklumat Rakyat kat sini. Nasib aku dah pernah screenshot dulu, tengok kat bawah ni atau kat sini. Tapi yang kat website Lawan Web Rasmi Malaysia Merdeka dan juga Jabatan Muzium Negara tu bila nak padam? Kan logo tu bukan logo rasmi? Kesian... kenapa la kita ada pemimpin macam ni.


* Aku harap ni last aku tulis berkaitan Tema Hari Merdeka tahun ni. Ni dah entry ke-4 berkaitan isu ni, entry sebelum2 ni kat pasal tema, logo dan logo juga. Jangan sampai ada entry ke-5 pulak. Aku dah bosan.


tags: lagu tema slogan  rasmi sambutan kemerdekaan kebangsaan  tahun 2012 55 tahun merdeka janji ditepati #janjiditepati hari kemerdekaan tahun 2012 1malaysia rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan menjana tranformasi transformasi berjaya, rakyat sejahtera gtp program transformasi kerajaan #janjidiungkiti janji diungkiti logo rais yatim menteri penerangan komunikasi dan kebudayaan cipta lirik lagu patriotik syok sendiri logo sticker stiker kereta asli the most intresting man scumbag steve hat meme bukan logo rasmi artwork bahan hiasan paparan selingan

29 ulasan:

  1. Bhai Noob...

    Aiyark... Cipan gak yang jadi mangsa dalam artikel lu... hehehe... ini tak adil... hahahaha

    BalasPadam
  2. Rais yatim punya Plan rosak gara2 "rakyat malaysia yang berfikiran sempit" ni mensabotaj PRESTIGE dirinya dimata Najib.

    Fakkkkk yuuuuuuu rakyat Malaysia!!! den nak balik padang lah macamni! hahahhahaha xD

    BalasPadam
    Balasan
    1. sape ko nak fak rakyat malaysia sesuka hati? bini ko yg ko baham kangkang dia tu bukan rakyat malaysia ke? ke nepal?

      Padam
    2. Tanpa Nama30 Julai 2012 10:09 PG...Bila kau keluar WAD GILA?

      Padam
  3. Well..pikir2 balik..ada hikmahnya dengan apa yang berlaku ni..disebabkan isu ni..rakyat Malaysia terutamanya anak2 Muda terbangkit alter patrionisme mereka,selama ini kita tak ambil kisah pun sangat soal2 Kemerdekaan ni..Bagi kita Hari Kemerdekaan hanyalah satu lagi hari cuti untuk bersuka ria.

    Sebenarnya kita harus berterima kasih pada Pak Rais Yatim kerana buat isu yang menyebabkan dia dibahan dengan Kejam ni..disebabkan dia anak2 muda yang berbeza fahaman bersatu padu menentang kezaliman Rais Yatim yang menoda Tradisi Hari Kemerdekaan kita yang sebelum ini pun kita pandang sebelah Mata sahaja.

    So..harap semua anak2 muda benar2lah cintakan Negaranya..Bukan sekadar mengikut trend semasa,ambil peluang "BAHAN" orang ketika surf internet,mengambil kesempatan atas faktor politik(terutamanya PR) dan pelbagai lagi hal2 yang tidak patut.

    Akhir kata..kita sedekahkan Al-Fatihah ehh silap kita sama2 mendoakan Kesejahteraan kepada Dato Rais Yatim yang amat kita kasihi.. ^_^

    Merdeka!!! Merdeka!! Merdeka!!!

    Heehehehehehe xD

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul jugak ek..memang membangkitkan semangat kesatuan la isu ni(tak kira la yang betul2 kisah atau yang nak ambil kesempatan)..sebelum ni semua macam tak kisah je bila merdeka..ingat cuti je..patriotak tak la sangat rasanya..hehe..

      mungkin ni memang agenda pak rais dalam menyedarkan anak muda..berkorban untuk dibahan asal anak muda jadi patriotik..

      u rap yo' Pak Rais

      Padam
    2. komen yg xde nilai... bosan

      Padam
    3. Mak kau menyesal lahirkan anak gila macam kau Tanpa Nama30 Julai 2012 10:08 PG.

      Padam
  4. ungkitan tersebut terlalu ditekankan dalam lirik.. secara jujurnya aku benci kalau ada yang mengungkit.. tak ikhlas ea?? cakap awal2 la lain kalau tak ikhlas..

    BalasPadam
  5. Paling best lagu keranamu malaysia, jalur gemilang. Ict dan wawasan 2020 :)

    BalasPadam
  6. perghh!!boleh menang anugerah juara lagu ni..lirik mantap,berkesan,omputih cakap ada 'soul'...cayalah rais..kreatif la dia ni,buleh jadi penulis lirik..tahniah atas usaha anda..saya pasti jasa anda akan diingat sampai bila2..yeahh!!janji ditepati.......................................................................................la sngt

    BalasPadam
  7. hahaha.... 267 rakyat Malaysia dari 15juta yg leh surf internet yg undi... x tau lak la 267 tu dah mewakili 90% rakyat Malaysia... ehhehehe

    BalasPadam
  8. ~Janji Ditepati - Kami Tak KEBULUR dengan Jawatan dalam UMNO ~
    1 ~ http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=32381
    2 ~ http://www.sabahforum.com/forum/sabah-malaysia-international-politics/topic28065.html
    3 ~ http://www.utaraonline.net/v4/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=22146
    4 ~ http://www.selatanonline.net/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&p=196#196


    5 ~ http://www.detikdaily.net/v6/modules.php?name=Forums&file=viewforum&f=1


    ~Perhimpunan Agung UMNO - Pemuda Dan Puteri UMNO Menyalak Macam Anjing Gila ~
    1 ~ http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=32381
    2 ~ http://www.sabahforum.com/forum/sabah-malaysia-international-politics/topic28065.html
    3 ~ http://www.utaraonline.net/v4/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=22146
    4 ~ http://www.selatanonline.net/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&p=196#196


    5 ~ http://www.detikdaily.net/v6/modules.php?name=Forums&file=viewforum&f=1


    ~Semua Rakyat Malaysia Belum Tahu - Pemimpin2 UMNO Terengganu Terbodoh Sejak Merdeka ~
    1 ~ http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=32381
    2 ~ http://www.sabahforum.com/forum/sabah-malaysia-international-politics/topic28065.html
    3 ~ http://www.utaraonline.net/v4/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=22146
    4 ~ http://www.selatanonline.net/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&p=196#196


    5 ~ http://www.detikdaily.net/v6/modules.php?name=Forums&file=viewforum&f=1


    p/s: Ubahsuai (copy,paste) dari 'Abang Sayang'

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apa yang kau spam ni Bahalol? Admin tolong delete post ni..menyakitkan mata

      Padam
    2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Apa kes dato ni pakai link aku wei

      Padam
    4. Yo Rais, best lagu merdeka hang

      Padam
    5. Jangan Mengada2,saya benci rakyat Malaysia..tidak profesional langsung!

      saya berkhidmat demi rakyat dan Negara..tapi tidak dihargai..

      Sila undi saya tahun ini jangan lupa ya.

      Padam
    6. Marilah kita bersama meningkatkan amalan di bulan mulia ini.

      Padam
  9. Haihhh Rais Rais. Kecewa aku dengan hang ni.

    BalasPadam
  10. cakap bosan.. tapi buat entry jugak sampai 4 entry..

    BalasPadam
  11. takda seni & estetika langsung beb!

    BalasPadam
  12. kah kah kah! Tapi lirik lu aku rasa boleh jual, Noob... :p

    BalasPadam
  13. Marilah kita bersama meningkatkan amalan di bulan mulia ini.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...