Iklan Leaderboard

Selasa, 17 Julai 2012

35 Koleksi gambar runtuh di Terengganu

Seriously, kenapa banyak sangat kejadian bangunan runtuh bertahap mega di Terengganu. Memang malapetaka tu takdir Tuhan, tapi kecuaian tu adalah kerana perbuatan manusia itu sendiri. Adakah material dan bahan yang digunakan di Terengganu problem ke, ketidakcekapan pekerja2 buruh yang binaan ke, keadaan ekologi, geografi, bentuk muka bumi dan cuaca di Terengganu yang tak sesuai ke, atau tokey2 syarikat kontraktor yang problem ke, atau kerajaan yang problem, atau salah Ultraman?


Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin runtuh (Jun 2009)

Masjid Batu Putih runtuh (Oktober 2009)

Universiti Malaysia Terengganu yang dalam pembinaan runtuh (Mac 2010)

Surau Dewan Konvensyen Taman Tamaddun Islam runtuh (Julai 2010)

Pondok rehat depan Bazar Warisan runtuh (Januari 2011)

Astaka Jertih dalam pembinaan runtuh (Jun 2012)

Papan tanda gergasi Pusat Penyelidikan UMT runtuh (Julai 2012)

Tangki air Sekolah Menengah Kebangsaan Paka runtuh (Julai 2012)

Dalam kes2 runtuh ni ada yang takde orang cedera langsung, ada jugak yang cedera dan ada juga yang mengakibatkan kematian. Tapi yang pasti, semua runtuhan2 tu sangat membahayakan. Bayangkan kalau waktu bumbung stadium tu runtuh ada beribu2 orang penonton sedang menyaksikan perlawanan bola sepak? Bayangkan kalau tengah2 solat kat surau tiba2 kena hempap dengan siling? Bayangkan kalau korang tengah lepak dating kat bawah pondok rehat kat depan bazar warisan tu tetiba2 je pondok tu runtuh korang sempat lari tapi awek korang kena hempap? Bayangkan waktu tangki air tu pecah dan runtuh ada orang kat bawah tu, ingat kalau ada orang kat bawah tu boleh hidup ke bila kena simbah dengan 300,000 liter air dari ketinggian 20 meter? Harap2 koleksi gambar runtuh di Terengganu kat atas tu cukup sampai setakat tangki air tu je dan tak bertambah lagi masa akan datang.

Kat mana sebenarnya kelemahan kita? Adakah ada masalah pada tahap mutu dan piawaian teknologi kejuruteraan awam di negara kita? Takkan nak tunggu bila ada bangunan runtuh macam kat Korea Selatan dulu tahun 1995, kompleks membeli belah Sampoong runtuh waktu puncak ada beribu2 pelanggan kat dalam tu yang akhirnya mengorbankan beratus beribu nyawa baru kita nak ambik tindakan dan revise serta revamp tahap piawaian keselamatan kejuruteraan kita?


Bonus: Aircond di Paradigm Mall runtuh kat premis Starbucks. Mungkinkah ia disebabkan serangan secara halus konspirasi anti-yahudi dan freemason di Malaysia yang cuba mensabotaj Starbucks seperti golongan anti-yahudi di luar negara yang sering mensasarkan serangan ke atas restoran Starbucks sebagai protes kepada Israel?



tags: koleksi gambar bangunan struktur runtuh pembinaan terengganu stadium masjid umt surau pondok rehat astaka papan tanda tangki air besut jertih kemaman gong badak kuala terengganu kerteh dungun pasar payang shopping mall sampoong department store collapse south korea selatan 1995 aircond penghawa dingin paradigm mall starbuck

35 ulasan:

  1. encik noob
    kamu org terengganu ka?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena serang ultraman ni..

      Padam
    2. kawan orang kecil19 Julai 2012 3:19 PTG

      bro noob,gua orang t'ganu..

      pada pendapat 1 dolar gua,semua ni adalah balasan direct tuhan yang rage atas projek2 yang dijalankan atas dasar kroni dan rasuah..

      makanan mahal nak mampos,jalan2 kampung tak maintenance langsung sesuai dengan ciri2 sejarah t'ganu..

      bola pun makin merudum tapi barisan pentadbir tak runtuh pulak..

      Padam
  2. aku rasa sebab kita mengejar masa, peruntukan tak sampai dengan betul dan mahu nampak gah.

    BalasPadam
  3. siapa yg meluluskan bangunan2 ini harus dipersalahkan

    BalasPadam
  4. baru aku perasan, kau promote Jilaka Betul ea..

    jilaka la kau! hahaha..

    BalasPadam
  5. eh byknye gambar runtuh2..takut... huhu

    tp banyak kt terengganu ea

    BalasPadam
  6. Itu tak penting, Yang ni penting

    Jika kerajaan tumbang?


    SAYA ingin meluahkan pandangan apa yang akan berlaku sekiranya orang Melayu di Malaysia tidak bersatu. Diharap tuan dapat menyebarkan apa yang saya tulis ini.

    Sudah terdapat berita yang DAP akan meletakkan calon yang ramai dalam pilihan raya ke-13. Kalau ini betul dan mereka menang sudah tentu UMNO akan kehilangan kerusi untuk memerintah.

    Kita semua tahu DAP adalah kembar PAP dari dulu lagi. Sekarang Singapura sudah dipenuhi dengan rakyat Cina dari PRC hingga berjuta dan Singapura terlalu kecil.

    Di mana hendak ditempatkan mereka bersama dengan rakyatnya sendiri? Jadi kalaulah DAP berkuasa sudah tentu Singapura akan bercantum semula dengan Malaysia dan apabila Singapura sudah bersatu dengan kerajaan DAP, bayangkanlah apa yang akan berlaku?

    Orang Melayu hilang kuasa dan yang paling menyedihkan ialah kita akan kehilangan sebuah negara sama seperti apa yang berlaku apabila Singapura keluar dari Malaysia dulu.

    Pilihan Raya Umum Ke-13 menjadi titik permulaan bagi kuasa orang Melayu sama ada akan terus kekal dalam kuasa UMNO atau jatuh ke tangan pembangkang.

    Yang menghairankan ialah PKR dan Pas sanggup bersatu dengan DAP yang terang-terang musuh Melayu.

    Saya bimbang kalau pembangkang menang kuasa tidak akan berada di tangan PKR atau Pas, tengoklah nanti apa yang akan berlaku ini sama seperti apa yang berlaku dalam sejarah di mana Melayu sendiri yang jatuhkan Melayu.

    Saya betul-betul takut kalau nasi akan menjadi bubur.

    Saya menyampah betul dengan sikap Anwar Ibrahim yang begitu ghairah sekali mahu tawan Putrajaya dan tidak sabar mahu menjadi PM.

    Kalau dia jadi PM dan masih menjaga negara seperti apa yang dilakukan oleh UMNO atau lebih baik lagi mungkin kita boleh terima, tapi saya tidak fikir Anwar atau orang Pas akan kekal sebagai PM.

    DAP akan terus berjuang untuk jadi PM dan apa yang akan berlaku nanti samalah seperti apa yang saya tulis di atas. Orang Melayu mesti sedar dan berusaha untuk mengelakkan daripada kehilangan kuasa di negara sendiri yang akhirnya menjadi peminta sedekah di tanah air sendiri.

    Menteri-Menteri, AP dan semua orang Melayu jangan pentingkan diri sendiri tanpa memikirkan nasib anak-anak Melayu pada masa depan yang akan hilang segala-galanya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bangunan runtuh x penting? Kalau awak ade kt dlm ke, mak ayah awk ke, family awak ke kena hempap dengan bangunan 2 cmane? Jgn mase 2 br nk sebok ckp pasal penting x penting keselamatam bangunan..

      By the way, [POLITICS] not related to [BUILDING SAFETY]

      Padam
    2. Politik lagi penting dari bangunan runtuh. Mengikut servey, sebanyak 87.8% mengatakan politik lebih penting dari bangunan runtuh..

      Padam
    3. Takyahlah risau sgt PR menang tanah melayu tergadai kat DAP.Mcmlah PAS dan PKR akan biarkan calon DAP jd PM.UMNO pun bekerjasama gak ngan MCA tp tgklah baper kerat jer yg jd menteri pun.Tanah melayu tergadai sbb melayu sendiri yg jual kat bangsa asing.Lagipun,selagi kita ada Yg DiPertuan Agong,apa nak risau.Pegi baca sejarah melayu banyak2,baca media alternatif..cari ilmu byk2.Org bincang psl bangunan runtuh,melibatkan nyawa tahu...Sapa kata tak penting?

      Padam
    4. Masalahnya anak trg, calon dari DAP jauh lagi banyak dari calon MCA bertanding nanti. Aku yakin, PKR & PAS hanya jadi boneka DAP sahaja.. HArk tuih Pork Nik Ajis & Anwar Al Jubori..

      Padam
    5. bangsat pak jubori kalu nk berpolitik sila ke blog papagomo..sila blog neutral..harap maklum..kalu x faham jgk anda mmg bangsat..

      Padam
    6. papagomo? Geli aku dgr..skrg buzy buat fitnah tbaru, last2 kantoi dgn pdrm..kah kah kah..yealah, tgh cari turning point nk dpt kn ranking no 1 balik blog pro bn dari blogger yg dia tumbuk dulu, blogger APA..kah kah kah..x caya? Tgk ranking alexa yg tbaru..

      Padam
    7. tgk dulu cmne....
      klu btol tanah melayu tergadai, kita tukar kerajaan lg....
      x cukup 5 thn pun kita bleh gulingkan kerajaan...
      lgpun pun kita masih ada Agong utk jg tanah melayu....
      kuasa ditangan kita....!!!

      Padam
  7. huhu, semalam lepas baca pasa tangki air tu, saya dan suami pun dok kira berapa banyak lagi tempat yang runtuh..
    rupanya banyak betol bila tengok kat sini...

    BalasPadam
  8. aku rasa keruntuhan bangunan berkadar langsung dengan keruntuhan akhlak anak2 muda.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Uih ada buat research regresion & correlation ke? Berapa hetrokedastisiti nya?

      Padam
  9. faktor bahan binaan punca bangunan boleh runtuh..

    BalasPadam
  10. tunggu ada yang terkorban lepas bangunan runtuh barulah nak semak itu ini nak salahkan itu ini nak bla bla itu ini..penatlah kalau macam ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yg terkorban tu kalo takat buruh Indon n Bangla atau rakyat biasa,tak kecoh derr.Tunggu VIP yg kene,masa tu barulah dan dan kontraktor ke pemaju ke kene heret ke mahkamah.

      Padam
  11. kalau tak runtuh, macam mana nak repair??
    repair kan bisnes jugak..
    kalau semua bangunan kuat kekal,
    tang mana nak buat bisnes?
    runtuh ni bisnes, pegangan kapitalis bastards

    BalasPadam
  12. Setuju dengan kome tanpa nama dia atas,
    tengok pasai helikopter terhempas dulu kt Bario.
    Habis semua helikopter ditukar.

    http://en.wikipedia.org/wiki/Sampoong_Department_Store_collapse

    Kene jail owner Sampong store tue

    BalasPadam
  13. hang jadi kontaktor kat Ganu tu dolu... baru tau...................

    BalasPadam
  14. Mungkin orang2 INDON nak sabotage Malaysia kot?kan dah lama dorang anti dgn Malaysia? lagipun Tahun2 yg terjadi kecelakaan tu adalah tahun yang sangat panas bagi Hubungan Bilateral MAL-INA.

    Ini hanya sekadar teori konspirasi aku je,hehehe..lagipun aku dah lama dengar RUMORS soal komando2 indon diseludup masuk sebagai PATI untuk menjahanamkan Malaysia dari dalam.

    So dengan menyamar sebagai buruh bangunan dan sabotage bangunan2 dalam diam tidak mustahil untuk dilakukan..mereka yg buat dan bina..kita duduk dalam ofis je..kita tahu apa dorang buat?yg kita tahu dorang buat bangunan je.

    Perhatikan,kebanyakkan bangunan runtuh adalah yang belum siap . My 20 cent opinion.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ganyang Malingsia!

      Padam
  15. Prince, JOIN jom! Ajak geng-2 sekali... :)

    http://sujuelfarahin.blogspot.com/2012/07/1st-segmen-by-elfarahin.html

    BalasPadam
  16. blog jilakabetulv2 da kena removed..

    BalasPadam
  17. Semua kejadian runtuh adalah kehebatan seni bina kat trg masa kini. jurutera kat Itali hanya mampu buat menara pisa condong je. tapi jurutera kat trg jenis "hanelang" main jenis runtuh je.

    setahu aku semua projek pembangunan kecuali main-main pondok oleh budak kecil perlu kelulusan sama ada jurutera JKR atau jurutera dari Pejabat Daerah. ape sijil atau ijazah dorang ade sebenarnya. skali runtuh bleh kate kecuaian. tapi nie dah berkali.

    pada Ir. atau juretera kat trg, mung memang nelang ork...

    BalasPadam
  18. banyak bunyik ar diorg nih..kalo dah guna duit haram duit tak berkat, semua nak buat low cost (belen duit beli alphard sorg sbijik) memangla jadik camni...ni tuhan nak tunjuk kat negeri kamu tu semua runtuh sbb perkara2 camni...

    BalasPadam
  19. sebabnya banyak involve politik dalam pemilihan kontraktor ni. aku org selangor, tapi keje trganu. dah lama aku perhati. ingat senang-senang ke nak pilih kontraktor? nak kena ada sokongan potician segala bagai. siap nak upah 20 - 30% lagi. macam haram.

    natijahnya? bahan-bahan untuk binaan langsung tak berkualiti. nak kata salah JKR pun tak jugak. depa tersepit dengan permainan bodoh politician ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. agree +99999 termasuk kes bola, pun org politik geng2 dia ja puihh

      Padam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...