Memaparkan catatan dengan label Konspirasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Konspirasi. Papar semua catatan

Jumaat, 22 Disember 2023

0 Bila macam-macam hal dunia nak didajalkan

Aku tak faham. Umat Islam memang kena bersedia dengan akhir zaman dan hari kiamat, tapi kenapa kat FB dan TikTok ni aku nampak ramai yang dia punya ekstrim dan paranoid lain macam.


Sabtu, 2 Disember 2023

0 Bahaya ID Digital Nasional (IDN) tanam cip dalam badan

1. IDN iaitu Identiti Digital Nasional (ID Digital Nasional) sedang hangat diperkatakan. Ada yang bahas dari sudut teknologi, dari sudut politik dan sebagainya. Tapi yang paling mencabar tahap intelektual bila orang kata IDN ni bahaya sebab tanam cip kat badan macam vaksin, gelombang 5G, konspirasi freemason new world order, agenda dajal, muslihat kerajaan nak kawal rakyat, manusia akan jadi robot kawalan jauh dan sebagainya.

2. Biasa yang cakap ni dari orang yang takde ilmu, atau orang yang tak percaya pada teknologi, yang percaya teknologi ni selalu dikaitkan dengan benda tahyul dan segala mak bapak nenek teori konspirasi, tapi hari-hari guna telefon, Internet, media sosial, TV, kereta, yakni teknologi juga. Terlalu banyak lambakan misinformation terutama kat FB dan TikTok yang dipost oleh boomers, gen x dan millenials, lepas tu yang gen Z dan gen alpha yang muda-muda ni pun percaya la buta-buta.


Sabtu, 10 September 2016

8 Melayu paling ramai tak daftar sebagai pengundi

Dalam beberapa hari ini aku ada menerima mesej yang sama dalam beberapa group Whatsapp aku seperti berikut:

Mengikut satu laporan tak rasmi:
Rekod daftar pengundi baru di Selangor:
Melayu - 49,000
Cina - 115,000



Selasa, 26 Julai 2016

9 Apa sebenarnya isu DOJ yang dikait dengan 1MDB ini?

Saya rasa ada antara kita yang dah tahu tentang kenyataan akhbar yang dibuat oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (US Department of Justice - DoJ) tentang "civil forfeiture" atau penyitaan sivil yang akan diambil oleh pihak US. Banyak reaksi dah keluar daripada press statement ini, termasuk kemungkinan US akan campur tangan dalam urusan kerajaan Malaysia dan mengganggu kedaulatan negara.



Ahad, 24 Julai 2016

4 Di sebalik saman sivil DOJ & Malaysian Official 1

Aku rasa orang ramai sudah pun sedia maklum dan jelas mengenai isu saman sivil yang difailkan di US baru-baru ini sehingga menyebabkan rumah mewah, jet peribadi dan karya seni adalah antara 17 aset yang dimohon untuk dirampas oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) walaupun ia tidak mendapat liputan meluas di media arus perdana di Malaysia.

Saman sivil itu mempersoalkan bagaimana harta itu didakwa dibeli di Amerika Syarikat (AS), Switzerland dan United Kingdom daripada dana 1MDB.

Dana itu didakwa digunakan untuk membeli estet mewah di AS, membayar perbelanjaan perjudian di kasino Las Vegas, memperoleh lebih AS$200 juta dalam hasil seni, melabur dalam projek utama pembangunan hartanah di New York, dan membiayai produksi filem Hollywood.



Rabu, 3 Februari 2016

27 Nilai martabat ilmu tidak harus dipandang murah

Beberapa hari lepas, saya sekadar baca posting facebook Pseudoscience Watch untuk tengok posting menarik serta ambil tahu tentang penipuan kad Al Genius. Saya juga baca komen bagi setiap posting dan saya agak “terpesona” dengan gaduhan dan debat yang anti dan pro bagi suatu isu atau produk. Kiranya macam orang putih kata “youtube/facebook comment is one of cancerous site of the internet” . Jika anda matikan suis berfikir, boleh join sekali makan popcorn baca mereka bergaduh.



Isnin, 25 Mei 2015

14 Ilmu perubatan moden itu adalah agenda Yahudi

Sekarang ini sudah menjadi suatu trend, cult atau gerakan di kalangan bani Melayu terutamanya kaum2 ibu yang menolak segala jenis perubatan moden. Ilmu kedoktoran, perubatan, rawatan moden ini kebanyakannya dikatakan agenda dan konspirasi Yahudi laknat, Illuminati, Freemason, New World Order, Rockefeller, Rothschild, tak ikut Islam, haram, merbahaya dan macam2 lagi. Daripada isu vaksin, ubat-ubatan, kaedah beranak dan macam2 lagi mereka mempertikaikan itu tak betul, ini tak betul.



Sabtu, 3 Januari 2015

21 Teori konspirasi karut MH370 dijumpai bawah tanah

Kemana pesawat tersebut berada dan apakah nasib kesemua penumpang dan anak-anak kapal MH370 akan terjawab dan menemui noktah yang muktamad.

Sah pesawat Boeing 777 yang mempunyai sistem berkomputer aitu ‘fly by wire system‘ berjaya digodam oleh seseorang yang berkemahiran tinggi yang berada di dalam pesawat MH370 sebelum seseorang masuk ke dalam kokpit pesawat dan mengambil alih pemanduan dari Kapten Zaharie.

2 penumpang yang dimaksudkan itu ialah dari Ukraine iaitu Oleq Chustrak dan Segil Deineka yang berjaya mengodam sistem tersebut dan mematikan transponder dan seluruh suis yg berada dlm pesawat MH370 secara automatik sebelum menceroboh masuk ke dalam kokpit pesawat.

Ikuti bukti-bukti saintifik dan fakta-fakta tentang konspirasi tertinggi yang didalangi oleh Amerika dan Yahudi laknatullah di bawah ini yang disampaikan secara eksklusif oleh Sharifah Sofia Syed Rashid.



Rabu, 20 Ogos 2014

128 Teori pengakhiran manga/anime One Piece

Manga One Piece ciptaan Eiichiro Oda merupakan manga yang paling popular bukan sahaja di Jepun malah di seluruh dunia. Mula dihasilkan pada tahun 1997 dan kini sudah 17 tahun bertahan dalam dunia manga dan anime. Apa yang membuatkan cerita One Piece ini menarik dan lain daripada manga yang lain adalah kerana plot yang unik dan tersusun, jalan cerita yang misteri dan tidak cliche serta karakter yang berwarna-warni. Malah sebuah babak atau dialog yang kecil pada suatu chapter boleh menjadi petunjuk dan bayangan kepada sesuatu yang penting dan besar pada beratus2 chapter kemudiannya.

Namun tidak tahu sampai bila One Piece ini akan tamat, dan Oda sendiri berkata yang One Piece kini hanya separuh daripada penceritaannya, bermaksud mungkin ia akan tamat dalam 10 atau 15 tahun lagi dan mencecah ribuan chapter. Akan tetapi, bagi yang hendak tahu pengakhiran dan misteri harta karun One Piece, ini adalah teori yang paling logik dan masuk akal setakat ini hasil daripada perbincangan hebat komuniti peminat siri One Piece.

Teori pengakhiran One Piece: The Inherited Will.

(Artikel ini hanya ditujukan kepada peminat dan mereka yang mengikuti One Piece sahaja. Mereka yang bukan peminat dan tidak pernah baca siri One Piece, boleh abaikan artikel ini). 



Selasa, 25 Mac 2014

37 MH370: Antara teori konspirasi dan logik akal

Sebelum ini berkenaan kehilangan pesawat MH370, aku tidak mengulas dan membuat sebarang teori konspirasi mengenai misteri kehilangan pesawat tersebut kerana aku bukanlah seseorang yang terlibat dalam misi Search & Rescue (SAR) dan mempunyai akses kepada maklumat dan data yang berkaitan. Penulisan aku sebelum ini lebih berbentuk berita, sensitiviti masyarakat terhadap isu ini, isu keselamatan, isu bomoh, persoalan dan lain2. Aku cuba elakkan untuk menulis teori konspirasi kerana teori akan kekal teori dan bukan fakta selagi tidak disertakan dengan bukti.



Rabu, 21 November 2012

35 @NajibRazak 1Juta, kita 1Malaysia

Peristiwa paling bersejarah dalam dunia siber tempatan.



Selasa, 17 Julai 2012

35 Koleksi gambar runtuh di Terengganu

Seriously, kenapa banyak sangat kejadian bangunan runtuh bertahap mega di Terengganu. Memang malapetaka tu takdir Tuhan, tapi kecuaian tu adalah kerana perbuatan manusia itu sendiri. Adakah material dan bahan yang digunakan di Terengganu problem ke, ketidakcekapan pekerja2 buruh yang binaan ke, keadaan ekologi, geografi, bentuk muka bumi dan cuaca di Terengganu yang tak sesuai ke, atau tokey2 syarikat kontraktor yang problem ke, atau kerajaan yang problem, atau salah Ultraman?



Rabu, 11 Julai 2012

137 Ketaksuban yang membawa padah

Baru2 ni kecoh pasal kejadian seorang lelaki tidak berbaju (bukan Gray Fullbuster) dan perempuan yang berpakai ala2 Barris Offee bawa pedang samurai mengamuk dekat JPM Putrajaya yang menyebabkan polis melepaskan tembakan ke tangan dan peha mereka yang berakhir dengan kematian lelaki tersebut. Aku tak nak tulis sangat pasal kejadian tu atau letak video yang tunggang langgang kat Youtube tu sebab dah bersepah blog2 tulis pasal tu. Apa yang menarik perhatian aku adalah apa yang boleh mempengaruhi wanita tersebut iaitu Muhdalina Ahmad, 28 tahun, yang merupakan bekas penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), seorang isteri dan ibu kepada 2 orang anak.