Isnin, 25 Mei 2015

14 Ilmu perubatan moden itu adalah agenda Yahudi

Sekarang ini sudah menjadi suatu trend, cult atau gerakan di kalangan bani Melayu terutamanya kaum2 ibu yang menolak segala jenis perubatan moden. Ilmu kedoktoran, perubatan, rawatan moden ini kebanyakannya dikatakan agenda dan konspirasi Yahudi laknat, Illuminati, Freemason, New World Order, Rockefeller, Rothschild, tak ikut Islam, haram, merbahaya dan macam2 lagi. Daripada isu vaksin, ubat-ubatan, kaedah beranak dan macam2 lagi mereka mempertikaikan itu tak betul, ini tak betul.


Bagi mereka hanya mereka sahaja yang betul dan mereka merasakan sudah menjadi satu tanggungjawab dan kewajipan bagi mereka untuk menyebarkan fahaman2 mereka kepada masyarakat. Mereka lebih mempercayai apa yang ditulis dan diperkatakan di Internet dan Google berbanding doktor yang bertauliah dan berkelayakan. Bagi mereka ilmu mereka lebih tinggi daripada doktor2 sebenar yang belajar dalam bidang medik selama bertahun2. Siapa yang tak dengar cakap mereka, mereka akan perlekeh, memperkecil, pandang rendah dan memberi kata2 yang sangat menjelekkan.

Terdapat 2 cult yang agak popular dan luas berkembang iaitu Gerakan Anti-Vaksin dan melahirkan anak secara Gentle/Natural Birth. Geng2 proud mama ni punya sembang macamlah mereka sahaja ada anak, mereka sahajalah yang membesarkan anak dengan betul manakala ibu bapa lain salah sebab bagi vaksin kat anak dan doktor hospital pun salah sebab suruh kaum ibu beranak dalam posisi baring terkangkang atau dalam bahasa sainsnya lithotomy position.

Sumber

Dikatanya orang yang belajar ilmu medik ni tepu dengan buku teks dengan ilmu2 yang telah dimanipulasi dan konspirasi. Dikatanya apa yang ada dalam buku teks tu semua ada kat Internet sahaja.

Aku cuma nak tanya geng2 doktor Google ni berapa banyak kali diorang pernah bedah mayat untuk belajar ilmu kedoktoran? Berapa banyak kali main buat eksperimen terhadap bahan kimia? Berapa banyak kali tengok virus dan bakteria pakai mikroskop? Berapa banyak kali belah perut orang? Berapa banyak kali tengok darah? Berapa banyak kali sunatkan budak lelaki? Berapa banyak kali sambut kelahiran bayi? Berapa banyak kali lihat pesakit meninggal depan mata? Berapa banyak kali diorang buat kajian, laporan dan statistik tentang penyakit, kecacatan, kelahiran, kematian dan lain2 lagi?

Ilmu perubatan moden adalah cabang kepada ilmu sains dan teknologi. Aku percaya ilmu sains dan teknologi moden ini juga adalah salah satu kebesaran Allah s.w.t. Tuhan memberikan kita otak dan akal fikiran untuk kita belajar, mencari ilmu pengetahuan, meneroka ilmu baru, membuat kajian, eksperimen dan hipotesis untuk memperolehi sesuatu yang dapat memberi manfaat kepada ketamadunan manusia.

Ilmu moden ini selagi tidak menidak dan menolak hukum agama, maka tiada masalah untuk dipraktik dan diamalkan. Dengan penggunaan vaksin dan imunisasi langsung tidak menidakkan kebaikan susu ibu, malah vaksin ini membantu untuk mengawal dan mencegah penyakit dan wabak berjangkit seperti tibi, Hepatitis B, tetanus, polio, rubella, measles, campak dan lain2. Sejarah vaksin bukannya baru 2 3 tahun tapi dah beratus tahun. Dah beribu2 kajian dan eksperimen yang telahpun dibuktikan telah dilakukan oleh golongan cendekiawan dari dahulu kala dari zaman tiada Internet sampailah sekarang.


Aku kongsikan artikel daripada seorang Pegawai Perubatan:
Well Forrest, it seems that  we ain't got no boxes of chocolates. Instead, we have a Pandora's Box being opened bit by bit. And when it does open, ain't no place you can run to Forrest....it's worldwide!

Recently there was a circular being shared among medical doctors. It was a statement released in March 2015 by (most likely) Jabatan Kesihatan Negeri Selangor. It was regarding the increasing incidence of Pertussis cases in Selangor.

The salient points are:
1. There were 161 cases of Pertussis recorded in 2014.
2. There were 32 cases so far in 2015.
3. There is a THREE FOLD increase from last year's statistics (for the same period).
4. 85% of those infected were less than 18 months old.

By right Pertussis should be preventable with vaccination....

Syabas, syabas...you have played it well anti vaxxers. Thank you for protecting the citizens of Malaysia from Yahudi laknat, Iluminati, harmful chemicals in vaccine and drug companies. Those kids that suffered unnecessarily from Pertussis were just 'collateral damage' right? It doesn't matter what studies have shown. The best resource is not from journals and clinical studies but from Google and Facebook right? 

Baca selanjutnya di blog beliau di sini - http://www.mofrust.com/2015/05/the-beginning-of-end-of-herd-immunity.html

Berikut adalah artikel mengenai anti-vaksin daripada akhbar Harian Metro:



Begitu juga dengan geng2 proud mom yang kondem para doktor dan hospital kerana menyuruh ibu melahirkan anak dengan cara yang paling biasa iaitu berbaring terlentang terkangkang sedangkan terdapat banyak lagi kaedah lain yang dikatakan lebih bagus seperti melahirkan anak dengan posisi mencangkung (squatting), merangkak (all-fours), baring mengiring (side lying), dalam air (water birth) dan lain2 lagi. Disebabkan itu mereka menggalakkan ibu melahirkan anak di rumah (home birth) dengan bantuan bidan dan ahli gerakan. Malah ibu yang melahirkan anak secara pembedahan Caesarean section (C-section), doktor yang terpaksa pakai forsep dan vakum pun habis dikondem dan dikutuknya kerana dikatakan tidak melahirkan anak secara normal.

Seperti yang diterangkan oleh seorang doktor iaitu Dr. Khairul Hafidz Alkhair:
Ada orang bertanya pendapat saya mengenai kepercayaan pro-gravity mengenai proses kelahiran. Mereka percaya posisi terlentang yang pihak KKM gunakan sekarang sudah lapuk dan wajib digunakan di posisi mencangkung yang lebih mesra ibu.

Golongan pro-gravity perlu tahu, bahawa posisi mencangkung bukan satu posisi baru dalam bidang kebidanan, memang salah satu posisi untuk proses kelahiran adalah mencangkung.

Isunya di sini, kenapa kami masih gunakan posisi terlentang (lithotomy) berbanding mencangkung?

Sudah pasti ada hujahnya, kami dalam profesi perubatan tidak berbuat sesuatu jika ianya tidak mendatangkan kebaikan, kenapa nak susahkan pesakit? Akan susahkan kami juga.

Pertama, mudah melakukan prosedur kecemasan apabila pesakit dalam posisi terlentang (lithotomy).

Baca selanjutnya di Facebook beliau di sini - https://www.facebook.com/khairulhafidz.alkhair/posts/10153509732880769.

Berikut adalah penerangan daripada doktor Azreen Zulaikha pula:
Lithotomy, mengapa hospital memilih posisi ini untuk ibu bersalin?

1. Lithotomy ialah satu posisi ibu bersalin di mana ibu berbaring di atas katil, lututnya dilipat ke badan dan pahanya hampir ke badan. Ini boleh dibuat dengan cara bukulali (ankle) digantung atau ibu sendiri menarik kedua-dua betis atau bukulalinya. Badan boleh berbaring rata atau dinaikkan sedikit 45 darjah.

2. Posisi ini mendapat kutukan daripada golongan pro-graviti yang memperjuangkan posisi mencangkung ketika bersalin. Ini kerana proses kelahiran bayi melalui lithotomy tidak dibantu oleh faktor graviti. Posisi lithotomy juga dikatakan meningkatkan risiko koyakan perineum yang berlebihan, dan risiko kelahiran forceps/vakum akibat bayi lambat keluar ketika melalui tulang pinggul.

3. Jadi mengapa hospital masih memilih posisi lithotomy?

Baca selanjutnya di Facebook beliau di sini - https://www.facebook.com/azreenzulaikhaz/posts/389963427857075

Boleh juga baca dan mendapatkan pelbagai maklumat mengenai isu perubatan di blog Dr. Ibnu Sina.

Tidak kira vaksin atau melahirkan anak secara apa sekalipun, pasti ada sebab saintifik kenapa ia dibuat dan dilaksanakan, namun ia tetap sebuah pilihan. Kalau tak nak sangat ambil vaksin kerana takut ada efek pada anak, atau kerena takut ada DNA babi, atau takut anak jadi bodoh, atau takut anak terikut ajaran Yahudi, tak payah ambil. Kalau anak dijangkiti penyakit kerana tidak mengambil imunisasi, jangan salahkan doktor atau hospital, redha sahaja. Konsep vaksin ini mudah sahaja iaitu mencegah, dan mencegah itu lebih baik daripada mengubati.

Dan kalau pergi ke hospital kerajaan ibu tak dibenarkan bersalin secara mencangkung, merangkak, waterbirth dan sebagainya kerana para doktor dan bidan (midwife) tak mempunyai kepakaran dan peralatan yang sesuai, pergilah cari mana2 hospital/klinik bersalin swasta atau bidan kampung yang pakar dan menawarkan perkhidmatan bersalin cara lain.

Tak dinafikan hospital kerajaan memang banyak kelemahan terutama dari segi kekurangan doktor yang pakar dan kakitangan lain, yalah kakitangan dah lah tak ramai, pesakit ramai gila bapak, gaji pulak ciput, kerja sikit punya banyak, silap sikit kena maki, muka masam kena komplen, namun tak perlulah kita mengutuk dan memperkecil ilmu para doktor dan hospital secara general yang telah banyak kali dan bersusah payah bertungkus lumus menyambut berjuta2 nyawa baru ke dunia.

Harap lepas ni ibu bapa ramai2 boleh suruh anak belajar rajin2, SPM dapat keputusan cemerlang, belajar ilmu berkaitan medik dan perubatan dan seterusnya meramaikan midwife, doktor, pakar2 perubatan, ahli sains, ahli biologi, ahli farmasi dan lain2 lagi yang berkaitan di negara kita. Tapi ibu bapa sekarang lebih suka anak jadi artis, jadi penyanyi, jadi pelakon.

Dan banyak orang yang aku jumpa, mana2 proud mama yang tak suka dengan kelahiran posisi lithotomy juga seorang anti vaksin, begitu juga sebaliknya. Mereka juga banyak menolak pelbagai ilmu perubatan dan kedoktoran moden. Aku cuma pelik kalau semua ilmu perubatan moden itu tak boleh diterima, kenapa mereka boleh pula menerima ilmu2 sains dan teknologi moden yang lain yang tak berkaitan perubatan? Itu bukan agenda Yahudi?




tags: gerakan geng golongan kumpulan perjuangan ibu muda proud mama mom anti vaksin anti vaxxer vaccine jadual imunisasi merbahaya racun ada babi haram beranak melahirkan kelahiran anak posisi child birth position forcep vacuum hospital kerajaan malaysia doktor midwife bidan agenda yahudi illuminati freemason rockefeller konspirasi

14 ulasan:

  1. google je dah tahu mcmana nak settle....

    BalasPadam
  2. Main FB bukan agenda Yahudi? Kalau betul tentang agenda Yahudi..tentang habis habisan...tp lepas tentang esok makan McD plak, tgk bola kat Fox Sports plak. Even masa zaman nabi pun Rasulluah beli barang dari yahudi pun xde masalah sbb barang yang dibeli itu satu keperluan, bukan memudaratkan.

    Yg paling kelakar, rokok yg terang2 boleh rosakkan badan n habiskan ratusan duit x bantah pulak sedangkan org Yahudi yg buat idea rokok, cuma diaorg x hisap, tp kasi org lain hisap supaya otak lebih lembam, Yahudi makin pandai. Payah gile tgk gerakkan anti rokok oleh sekelompok manusia...hanya harap gov yg advertise bahaya rokok.

    BalasPadam
  3. aku rasa kita semua sekarang hidup dlm fitnah. Walaupun orang islam ramai. Tapi x ada sesiapa pon yg terlepas dari cengkaman hidden hand. Dari segi ekonomi, pendidikan, perubatan,sejarah, budaya, peperangan aku rasa kebanyakannya telah diolah untuk membuat org islam ni supaya kita jauh dari kebenaran atau bagi mewujudkan perterlingkahan sesama kita. Pandailah pikir sendiri. aku rasa ada yg x kena dgn hidup kita tambah2 orang melayu. yahudi tipu kita , bangsa sendiri pon mcm yahudi hahaha.
    #1MDBmanapiduit
    #sahamfeldakeluarbursa
    #kemelutMAS
    #orangpolitikxpandaiberniaga
    #lanjioa

    BalasPadam
  4. Page 1/2

    Kebetulan aku ada dua penyakit kronik. Seawal 5 tahun permulaan, aku disarankan doktor makan pil 1x 300mg sehari , meminum 4 liter air kosong dan berpantang beberapa jenis makanan. Hanya makanan dibenarkan sahaja dgn jumlah maksimum tertentu dibenarkan.

    Namun akhirnya GFR kidney aku menurun dari 100 (ketika berusia 24) ke 60 (pd usia 27) kesan pengambilan ubat 300mg tadi. Dr sarankan aku teruskan diet dgn ubat yg sama dgn cara pengambilan setiap 2x sehari dibahagi dua. Namun, pd umur 30, GFR kidney aku menurun ke 20 (bacaan 15 perlu buat dialysis). Bila ditanya 2-3 doktor, mereka jawab dgn bangganya, biasalah kidney tu ..akibat ubat tadi. Jika x ambil, mungkin kidney awak sudah lama rosak. (Hah? hmm) Kali ini aku sudah betul2 gayat dgn saranan doktor. Padahal aku sudahpun ikut hampir segala guide dan diet serta memberi peluang serta percaya kpd doktor dgn segala kepakaran dia orang. Jawapan ini aku rasa betul2 menyerlahkan aku sebagai seekor babi pawah.

    Mulai hari tersebut, aku tambahkan lagi pembacaan demi pembacaan dipelbagai dgn tradisional, pawang, khurafat mahupun berteknologi. Aku cuba pelbagaikannya walaupun aku telahpun mula membaca bahan2 berkaitan penyakit aku seawal aku disahkan mempunyai masalah tersebut. Aku mula tinggalkan ubat2 doktor sedikit demi sedikit dan lebihkan memakan sayur dan menjadi semi-vegan gitu.

    Sebenarnya, gayat dgn saranan doktor-doktor (ada 6 doktor yg merawat aku yg sering aku jumpa, 3 adalah pakar KPJ, dan 3 lagi GP dari Hospital UKM, UM dan Selayang, malah antaranya penulis2 journal yg dgn bangganya dulu aku download tulisan2 derang), dlm masa yg sama, aku pun mula berjinak dgn satu makanan (kononnya makanan pd zaman Nabi Musa, diturunkan ketika dikepung firaun, carilah sendiri, ada dlm Quran), diperkenalkan oleh doktor klinik juga. Khabarnya doktor klinik dari Perak yg kilangkan sendiri makanan ini. Wallahuaklam. Aku punya rasa kolot giler awal2 nak beli tapi aku beli juga dan cuba utk 3 bulan. Nak jadi cerita, time beli mula2 tu, ada seorang makcik (umur 50-an) dgn adiknya dgn wheelchair (berumur juga, x berkahwin dan guru kimia sekolah menengah), telah lama mengidap CKD tahap pergi sekolah utk ambil kedatangan saja. Mengajar kebender pun x berdaya lagi. Borak punya borak, mereka dah sebulan ambil makanan ini. Aku masih skeptikal dgn keberkesanan walau nampak perubahan pd guru kimia tadi (drpd asalnya lembik, kena minum air sikit saja, hinggalah boleh minum air 4 gelas dan boleh kencing sekitar 300ml sehari).

    BalasPadam
  5. Page 2/2

    Syukur dgn saranan Dr klinik juga, yg menjual makanan ni. eGFR aku mula naik balik dari 20 ke 66 setelah 3 bulan makan. Kendian aku maintain 1 botol setiap 3 bulan, kini eGFR aku naik ke 78. Rasa payah dah nak pegi ke 100 balik tapi aku cuba setakat mana boleh.

    Ada jua aku try buat sendiri ikut youtube dan beberapa web kedoktoran dan forum. Antaranya kisney flush, liver flush, gallbladder flush, makan kacang bendi, psyllium husk, minum lemon..Semua ni aku amalkan mengikut kadar yg disarankan Dr dan pengamal2 tersebut dlm Internet. Risikonya aku memang ditahap aku mmg nak tanggung sendiri. Mmg kelakar bodo tapi aku dah rasa serik giler ikut nasihat doktor dulu2 dan rasa berbaloi dgn Dr Internet. Tak salah nak ikut nasihat doktor . Tapi dlm kes aku, aku tak tau nak cakap apa. Nasib belum menyebelahi aku, lagipun x melibatkan pembedahan lagi.

    Aku ada juga cuba yg kaedah2 yg Persatuan Doktor2 Perubatan melarangnya. Antaranya ozone therapy, terasa lawak tahap gaban pun ada laporan yg sikeluarkan doktor2 di Malaysia (baca: negara dunia ketiga). Contohnya aku hampir alami stroke dgn beberapa jenis lemak yg tinggi dlm badan. Beberapa tahun aku cuba ubat cairkan darah@lemak, sekali lagi, nasib blom menyebelahi aku. Visceral fat jgn cakap la... setelah 30x proses ozone aku jalani dgn perbelanjaan duit poket sendiri serta larangan persatuan doktor2 supaya elakkan buat ozone ni. Sekali lagi, dgn kaedah ini membantu aku, malah BMI aku kembali ketahap hampir normal dari 38 ke 27.

    Aku jadi bingung. Bagaimanapun aku respek kesemua yg terlibat dlm usaha mengembalikan kesihatan aku supaya lebih baik. Ada doktor yg merawat aku pernah berkata, doktor yg terbaik adalah diri sendiri..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ingat nak promote apa, rupa2nye ozone therapy?? lawak tul melayu

      Padam
  6. Bukak la buku biologi baca vaksin, immunisation, serum, antibiotics tu apa. Lepas tu baru fikir betul2 vaksin ni baik atau buruk.

    BalasPadam
  7. asal sabit yahudi je salah, eh jangan minum kopi jgn makan kambing, tak elok,tak bagus. Jews dah buat research lagi power la. Kata bani jawi the lost yahudi tribes, takkan nak marah sedaghe sendiri . kahkah. eh jangan pakai smartphone la, ni agenda yahudi,smart phone boleh detect siapa islam, nanti nak perang dia letupkan je smartphone ni,mampus korang. kahkahkah.

    BalasPadam
  8. Ada sorg doktor kat klinik di setiawangsa (bukan nama sebenar) bagitau semua anak2 dia tak dicucuk vaksin/imunisasi pun padahal dia seorang doktor. Masa tu bawak baby nk cucuk imunisasi berjadual.

    BalasPadam
  9. Sekali lagi bani melayu kita makin bijak ketahap yg lebih tinggi. Hanya berdasarkan internet, pengetahuan mereka sudah melebihi doktor2 perubatan. Ini satu pencapaian yg membanggakan. Tidak mustahil pada masa akan dtg, ramai doktor2 perubatan telah dilahirkan melalui pembacaan di internet. Hnya bani melayu yg mampu menjadi engineer, pakar politik, pakar ekonomi dan bermacam2 lagi hnya dengan membaca risalah di internet. Syabas

    BalasPadam
  10. Tahlah....susah nak komen bab ni...masing2 ada pendapat dan pendirian masing2...
    Semoga kita dilindungi Allah....





    Singgah blogwalking...:)
    Nak tahu ade diabetes ke tak?Jom cek kat sini:
    http://blogmummyrifqiy.blogspot.com/2015/05/tanda-tanda-diabetes-yang-anda-mesti.html

    BalasPadam
  11. Dajal datang, ramai yg mengikut, kata dajal itu benar.. Jadi berhati hati dalam mempertahankan sesuatu atau membngkaang sesuatu. Takut2 anda dipihak yg salah. Diakhir zaman bnyk fitnah yg indah2 .

    BalasPadam
  12. Itulah masalahnya apabila terlalu taksub tanpa ilmu, bahaya kepada diri, celaka kepada keluarga sendiri..

    BalasPadam
  13. Yang menyedihkan yang dok sebar benda2 gini pun ustaz2 jugak... padahal diorg xphm pn camne perkara ni berfungsi.. Tolol betul..

    Pastu dok kata nak rosakkan umat Islam la n macam2 lg.. Buktikan la kalu dok kata itu ini tu.. Ni dok cakap saje..

    Org lain dah berapa keturunan dah buat imunisasi ni.. Benda ni dah terbukti berkesan menyelamat nyawa manusia.. Klu xde imunisasi mgkin spesis manusia ni dah lenyap atau menyusut dah dari muka bumi ni.. Kena macam2 wabak.. Selsema burung.. Selsema babi.. Cacar.. Kusta.. Kencing tikus.. Cirit birit.. Macam2..

    Lain benda konon kerja nak jahanamkan umat Islam:
    - klorin dalam air, ubat gigi..
    - .... lu pikir la sendiri.. gua malas nak taip..

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.