Jumaat, 22 Mei 2015

13 Gambar kejam sami Buddha terhadap warga Rohingya

"Ya Allah engkau kuatkanlah iman mereka. Tabahkanlah hati mereka saudara seagamaku ya Allah."

Kekejaman Sami Buddha ke atas umat Islam Rohingya di Myanmar.

Guru agama dibunuh, bayi, kanak-kanak, lelaki dan wanita islam dibakar hidup-hidup. Semoga Allah swt melakhnat kaum jahiliah ini. Takbir Allahuakhbar.

Begitulah post yang telah dikongsikan di fanpage Buletin Kelantan sehingga ia dikongsikan lagi oleh lebih dari 3,500++ orang.


Malah ia turut dikongsikan oleh admin fanpage Ustaz Azhar Idrus dan telah dikongsikan semula oleh 13,000++ orang (Kredit to Izwan Azman). Persoalannya, adakah benar gambar2 tersebut adalah sebenar2 kejadian seperti yang diceritakan dipost tersebut?
Mari kita lakukan bedah gambar.

1) Gambar pertama, gambar masjid terbakar.


Setelah diselidik, gambar kebakaran ini bukanlah di Myanmar tapi berlaku di wilayah Kashmir antara Pakistan dan India pada tahun bulan Jun 2012, malah bangunan yang terbakar bukanlah masjid tapi kuil penganut ajaran Dastageer Sahib yang berusia 200 tahun. (Sumber: http://www.jaintv.com/2012/06/25/latest-news/j-k-government-orders-probe-shrine-fire/).

2) Gambar lelaki terbakar sedang berlari. 


Pertama, mangsa yang terbakar tersebut bukanlah etnik Rohingya. Kedua, ia pun bukan berlaku di Myanmar, sebaliknya berlaku di New Delhi, India dan dilakukan oleh warga Tibet yang membakar dirinya dalam sebuah demonstrasi di luar bangunan Parlimen di India pada bulan Mac 2012. (Sumber: http://www.theguardian.com/world/2012/mar/26/tibetan-protester-on-fire-india)

3) Gambar objek terbakar dan mempunyai beberapa orang sami Buddha.


Yang dibakar itu adalah motor, bukan orang Rohingya, dan kejadian ini dirakam pada September 2007 sewaktu berlakunya pergolakan Junta di Myanmar, dan pada waktu itu yang menjadi mangsa adalah sami Buddha, bukan orang Islam. (Sumber: http://www.thestar.com/news/world/2007/09/27/burmas_junta_strikes_back.html)

Walaupun kita kesian pada mangsa Rohingya dan marah terhadap kerajaan Myanmar sehingga menyebabkan saudara seislam kita lari dari negara tanah air mereka sendiri, namun ia masih tidak membolehkan kita membuat dan menyebar fitnah terhadap perkara yang tidak betul. Nak berkongsi, berkongsilah perkara dan maklumat yang betul. Sama seperti dalam kes politik di Malaysia, jangan hanya mereka itu musuh kita maka kita dibolehkan untuk memfitnah mereka.

Sebenarnya bukan susah sangat pun nak buat bedah gambar untuk selidik sama ada suatu maklumat dan gambar itu benar atau tidak sebelum anda buta2 je menyebar dan berkongsikan maklumat yang tidak betul. Anda hanya perlukan:

Come on la, takkan kita ni terlalu bodoh sangat sampai benda2 simple macam ni pun tak boleh nak fikir. Aku merayu tolong jangan la kita ni jadi umat Islam dan bani Melayu yang bodoh sangat. Kalau anda salah seorang yang share post tersebut di Facebook, maaf cakap tapi anda seorang yang ada otak tapi takde akal, senang cerita, anda bodoh. Kalau anda Melayu, anda Melayu bodoh bandwagon ikut2an yang takde otak.

Entry2 bedah gambar yang lain:



tags: kekejaman sami buddha ke atas umat islam rohingya myanmar burma bakar bunuh kanak lelaki wanita hidup gambar masjid terbakar hoax fitnah palsu tipu

13 ulasan:

  1. Tu lah pasal sebelum nak sebarkan maklumat pastikan ia dari sumber yang betul supaya tidak timbul fitnah. Tolonglah jadi orang melayu islam yang bijak sikit. Islam ke sebarkan gambar fitnah semata2 kempunan nak like??

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah tak termasuk dlm golongan macam tu.. Dah search siap-siap. Banyak yg menipu dari yg benar.

    BalasPadam
  3. Dah agak bukan gambar sebenar sebab gambar2 kejadian ni... semua aku dah pernah tengok sebelum nih...

    BalasPadam
  4. Meleis at it's finest...
    Dah tak heran dah orang dok sebar benda alah cam ni...

    BalasPadam
  5. Aku tak tau apa nak kata.. umat Islam sejak akhir2 ini sudahpun dibuli musuh yg baru dikenali..tetapi masih tak nak mengaku musuh.. malah dok cerita yang tak tahu mana kepala mana ekor..

    Sudah jelas terangnya hal di Rohingya dan Selatan Thai...masih buat2 buta lagi? Dgn Yahudi pun berbaik2..akhirnya disedekahkan Palestin satu negara..dgn Nasrani pun mengalah jugak.. serba serbi.. skrg dgn Buddha pulak.. dimana2 pun, sebagai umat Islam, mereka adalah umat yg lemah dan mesti dipijak2..

    dgn kehadiran beratus ulamak, dipecah2 menjadi beratus2 mazhab, dari beratus2 mazhab pula keluarlah beratus2 fahaman dan aliran.. dari pelbagai fahaman dan aliran, muncul pula beribu2 mufti dgn bermacam2 fatwa dan pandangan lulu umat menjadi mabuk dan biol nak ikut yang mana satu.. laksana tanah pusaka..semakin lama dibahagi2..akhirnya menjadi kecil yg mana akhirnya dijual dan dibahagi2 wang jualannya yg akhirnya duit pun lesap entah kemana..

    Inilah sistem pecah dan perintah kuasa2 besar yg membahagikan islam berpuak2.. bernegeri2.. bernegara2.. yg akhirnya senang untuk dilancapkan..

    Apa nak buat..teruskan berfatwa dan teruskan ketawa.. kahkahkah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kau baca tak post ni sampai habis?

      Padam
    2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
  6. Memang ada isu ekstremis buddha di sana, tapi bila ada orang yg salah guna pakai gambar lain ni, buatkan isu tu jadi kurang credible...

    BalasPadam
  7. puak kelantan... apa nk ckp lgi..

    BalasPadam
  8. Kosmo suka crite pasal ore kelate..

    BalasPadam
  9. Tq Noob sbb dulu Nopb ada share satu entry pasal google images...kbykan org guna google image utk perkara bukan2, tp Noob ada ajar supaya gambar yg kita dpt boleh check sumber asalnya dgn drag/copy-paste ke carian search google images. Byk membantu sy utk buat homework dpt fakta yg lebih tepat.

    Again, ramai org melayu malas buat homework...dpt satu info terus share n viralkan tanpa usul periksa. Sbb 2 ramai org kita ketinggalan...tertinggal ke belakang n senang ditipu.

    BalasPadam
  10. Kan? Apesal la kebanyakan melayu yang suketi je share benda2 yang tak tentu betul, paling tak menahan admin fanpage Ustaz Azhar Idrus. Selidik dulu boleh tak? tahu lah simpati tahap berdarah hidung, ko share gambar sambil berdoa pun apa kau dapat? aku yang tak share ni kira tak simpati la? gitu..eh .. aku marah sini pulak tehehe...

    BalasPadam
  11. Aku Ex Student International Relations (IR), pernah buat sedikit kajian berkaitan Rohingya. Memang betul mereka ditindas seperti puak minoriti yang lain yg tdk diiktiraf oleh Kerajaan Myanmar. Cuma gmbar yang digunakan kt atas bukan gmbar sebenar kes tu. Pdpt aku maybe isu tu dimainkan oleh musuh Rohingya or org yg berkepentingan supaya nampak mcm kes penindasan & pembunuhan tu x berlaku. Baling batu sorok tangan..

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.