Iklan Leaderboard

Jumaat, 8 Mei 2015

15 Perubahan selepas PRK Rompin dan Permatang Pauh

Calon BN, Datuk Hasan Arifin menang PRK Rompin mengalahkan calon PAS. Calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menang PRK Permatang Pauh mengalahkan calon BN, PRM dan bebas. Masing2 mengekalkan kerusi mereka di kubu kuat masing2.

Peratusan keluar mengundi kedua2nya menurun iaitu 73% di Rompin dan 74% di Permatang Pauh. Pemenang di kedua2 PRK undian mereka menurun lebih kurang 6,000 undian berbanding PRU13. Di Rompin, undi BN pada PRU13 adalah 30,040 berbanding 23,796 pada PRK ini. Di Permatang Pauh pula, undi PKR pada PRU13 adalah 37,090 berbanding 30,316 pada PRK ini.


Untuk PRK Rompin, ada yang berkata BN menang dalam kalah dan PAS kalah dalam menang.
Bagi aku ia hanya ayat untuk menyedapkan hati mereka yang pro-PR sahaja, kerana hakikatnya yang menang tetap menang, yang kalah tetap kalah walau sekecil mana perbezaan markah.

Untuk PRK Permatang Pauh pula, walaupun PKR menang, ia tetap tidak mengubah apa2. Ia cuma dapat menunjukkan yang Permatang Pauh masih lagi kubu kuat PKR. Kalau tak letak isteri DS Anwar Ibrahim pun sebagai calon dan letak je lah siapa2 pun, PKR pasti menang juga.

Walaupun ada yang berkata majoriti undi PKR terjejas sebab PRK sengaja dibuat oleh SPR pada hari bekerja, namun hakikatnya PRK Rompin juga diadakan pada hari bekerja, malah majoriti undi BN di Permatang Pauh juga menurun berbanding PRU13.

Kita ambil contoh dalam sebuah perlawanan badminton antara Lee Chong Wei dan Lin Dan, walau mata Lee Chong Wei 19 dan Lin Dan 21, LCW tetap kalah walau sekecil mana perbezaan mata. Dalam sukan bola sepak, walau peminat bola sepak cakap pasukan Chelsea main buruk dan membosankan, hakikatnya mereka tetap juara BPL dan namanya akan terpahat sebagai salah sebuah pasukan Juara dalam lipatan sejarah BPL.

Sejarah hanya akan mengenal menang atau kalah tanpa mempedulikan mata atau markahnya.

Dalam kes PRK Rompin, walau pelbagai isu yang melanda kerajaan dan parti Barisan Nasional di peringkat kebangsaan seperti isu 1MDB dan GST, hakikatnya majoriti pengundi Rompin masih tidak mahu berubah, masih sayangkan BN atau masih takut pada DAP.

Manakala untuk PRK Permatang Pauh, walau pelbagai isu yang melanda pembangkang dan gabungan Pakatan Rakyat di peringkat kebangsaan seperti Hudud, isu DAP-PAS dan nepotisme, hakikatnya majoriti pengundi Permatang Pauh masih tidak mahu berubah, masih sayangkan PR atau masih terlalu benci pada BN.

Simple as that.

Namun dengan keputusan ini korang nak harapkan apa2 perubahan? Usah bermimpi.

Dulu aku pernah bagi cadangan untuk mengajar para politikus ini dengan kuasa kita sebagai rakyat, namun keputusan masih sama. Majoriti rakyat masih lagi sanggup dimacaikan dan menjilat sahaja para politikus2 ini walaupun kita sebenarnya ada kuasa untuk mengajar mereka.

Dengan keputusan ini, maka tiada apa yang akan berubah. Kita takkan nampak kerajaan dan macai BN berubah dan kita takkan nampak pemimpin dan macai PR berubah selepas kedua2 PRK ini. PRK ini tampak sia2 sahaja kerana ia hanya mewarisi dan meneruskan legasi sedia ada, dan ahli politikus akan terus mempergulakan rakyat demi periuk nasi mereka sendiri sampai bila2.


Kartun oleh Rosanina

Rasa marah? Marah pada diri sendiri kerana tidak pandai menggunakan kuasa yang kita ada dan lebih sanggup menjadi catur bidak ahli politik.




tags: prk pilihanraya kecil rompin permatang pauh 2015 keputusan spr majoriti pemenang menang calon kalah perubahan ubah

15 ulasan:

  1. Salam Macai-macai semua...
    Penat jerih berpeluh berdarah...kini telah terbayar dengan kemenangan calon dan parti pilihan korang....saja nak bagitau, tahniah sebab buang masa korang dengan politik partisan...walaupun korang tau kot yang kalau letak kerusi meja sekalipun sebagai calon, maka akan dipangkah gambar kerusi dan meja yang mewakili parti pilihan! ke, korang bebal sampai sekarang tak tahu menahu? Encik KEDEPAN, sila sound sket macai-macai ni...ko kan ada double degree...eh...tadi aku perasan...ko ke yang lepak kat mamak dengan laptop ACER kat bawah PPRT Sentul tadi tu?? Aku singgah situ nak kencing kat toilet mamak tu je...nampak ko dengan pakai t-shirt kuning "Bersih 2.0"...........-amat maslang-

    BalasPadam
  2. Timbul lah apa - apa isu/masaalah pun
    Kalau dah kebiasaan untuk mengundi benda yang sama tu

    memang peratusan u tuk berubah tu tipis lah

    Cool Guy

    BalasPadam
    Balasan
    1. kau tu perlu berubah..jgn jd anon..ubah boh nama

      Padam
  3. Noob, dgn satu undi, kita boleh buat apa?

    Nak tunggu ramai-ramai berubah, mmg payah. Terimalah hakikat yg hidup kita sebagai rakyat di Dunia Ketiga mmg begini.

    Sistem yg sedia ada mmg sukar diubah. Anwar adalah hantu polong kpd BN. DAP pula adalah hantu polong kpd umat Melayu kampung atau bandar. Cina diam-diam racist kpd India dan Melayu. Melayu juga diam-diam racist kpd Cina. Begitu juga India. Dalam PR dan BN, walau sebaik manapun komponen parti masing2, tetap tebal racism masing2. Siapa boleh nafikan ini sumer?

    Ada baik buat hal masing2. Cari rezeki sendiri..ikut nasib masing2. Sistem tak mungkin berubah kerana:

    1. Umat kita bukannya jenis aktif sangat. Umur 55 dah sibuk nak bersara dan hitung hari nak mampos.

    2. Umat kita malas membaca mahupun menulis. Baik Cina India mahupun Melayu. Semuanya pemalas. Pemalas adalah punca segala racism.

    3. Umat kita melampow2 dlm bidang masing2. Sibuk dgn kerja masing2 adalah punca segala kemalasan. Ingat, malas adalah punca segala.

    BalasPadam
    Balasan
    1. aku pun malas nak komen komen kau

      Padam
  4. Machai tahik detected...anon 11:52 & 11:55 orang yg sama...heee...(pinjam gelak orang lain...sape makan cili dia rasa pedasss)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak payah duk detect2 sangat la..sensor ke apa hang ni?

      Padam
    2. machai tahik kambing detected..anon 1.03..hee

      Padam
  5. Negara lain makin maju kerana berlaku adil, adil dalam islam bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnya. Negara kita lebih kepada pura pura untuk mengekalkan rejim umno berkuasa. Bayangkan jika orang yang layak sahaja diberi course di ipt manakala orang tidak layak melakukan kerja mengikut inteleknya seperti pekerja am. Maka Malaysia 10 tahun dulu sudah pun maju. Ini asyik pura-pura dengan memberikan harapan palsu dan gambaran palsu. Konon sistem pendidikan kita terbaik. Produk engineering science dan matematik ramai tetapi hakikatnya di mana mereka? Dilambakkan di sekolah begitu juga orang tak pandai spm 3, sikit A di mana mereka, di sekolah juga. sistem pendidikan yang dirosakkan oleh tikus.

    KEDEPAN (KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian, SPM 5A < degree dan guru, 3A-4A diploma, 1A-2A sijil, 0A buruh, amah dan pekerja am) adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya.heee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Perot ko tu yg kedepan der.........tak sedor2 lagi??????????

      Padam
    2. mana ada negara yg berlaku adil sekarang..=..=

      Padam
  6. Analisa selepas prk...

    p.pauh.. tanpa pas pkr tetap menang

    Rompin... tanpa pkr pas kalah!

    Walaupun isu untuk pr menang kuat... gst, serangan tun M keatas najib, th bailout 1mdb.... ini menunjukkan org x suka pas hj hadi kuda.

    kesimpulannya, pas harus insaf!

    BalasPadam
  7. Seperti biasa, mereka terus makan gaji buta lepas ni. Ghaib hilang entah ke mana. Pengundi-pengundilah yang tolol. Sepatutnya boikot terus politikus-politikus ini.

    Nanti bila dekat pilihanraya barulah muncul semula.

    BalasPadam
  8. https://m.youtube.com/watch?v=S5T-5U9HOjU

    BalasPadam
  9. Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam telah bersabda :

    سَيَكُونُ أُمَرَاءُ فَسَقَةٌ جَوَرَةٌ، فَمَنْ صَدَّقَهُمْ بِكَذِبَهُمْ، وَأَعَانَهُمْ عَلَى ظُلْمِهِمْ فَلَيْسَ مِنِّي وَلَسْتُ مِنهُ، وَلَنْ يَرِدَ عَلَيَّ الْحَوْضَ.

    ”Akan ada nanti para pemimpin yang fasiq lagi jahat. Barangsiapa yang membenarkan kedustaan mereka dan menolong kedhalimannya (atas rakyatnya), maka ia bukan termasuk golonganku dan aku bukan termasuk golongannya. Ia tidak akan sampai pada Al-Haudl (telaga)”

    Shahih. Diriwayatkan oleh At-Tirmidzi (no. 2259), An-Nasa’iy (7/160), Ahmad (4/243), Ath-Thayalisi (no. 1064), Ath-Thabarani dalam Al-Kabiir (19/212, 296, 297, 298), Ibnu Hibban (no. 279), Al-Haakim (1/79), dan Al-Baihaqi dalam As-Sunan(8/165); semuanya dari hadits Ka’b bin ‘Ujrah radliyallaahu ‘anhu. At-Tirmidzi berkata : “Hadits shahih”. Hadits ini dishahihkan oleh Al-Hakim dan disepakati oleh Adz-Dzahabi. Ia mempunyai syaahid dengan sanad shahih sesuai syarat Muslim dari hadits Jaabir bin ‘Abdillah yang dikeluarkan oleh ‘Abdurrazzaq (no. 20719), Ahmad (3/321), Al-Haakim (4/422), dan Ibnu Hibban (no. 1723).

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...