Selasa, 5 Mei 2015

4 Tips akaun media sosial untuk Ketua Organisasi

Pemimpin kerajaan seperti YAB Perdana Menteri dan Ketua Setiausaha Negara dahulu pernah mengarahkan agar pegawai-pegawai tinggi kerajaan seperti Ketua Pengarah dan KSU mempunyai akaun media sosial sendiri. Saranan tersebut bertujuan untuk membolehkan penyampaian dasar, program dan 'engagement' antara kerajaan dan rakyat dapat dijalankan dengan lebih cepat dan berkesan.

Ada di antara jabatan kerajaan yang menubuhkan pasukan media sosial untuk menjalankan kempen, promosi dan menguruskan akaun media sosial mereka. Ada juga yang masih keliru dan tercari-cari kaedah yang terbaik untuk menguruskan strategi media sosial dengan berkesan. Berikut saya rumuskan tips-tips untuk akaun media sosial pemimpin organisasi (kerajaan atau korporat).


1. Jika pemilik akaun mempunyai gelaran seperti Tan Sri, Datuk, Dato', Dr. , Ir. dan sebagainya, jika boleh elakkan untuk meletakkan gelaran tersebut sebagai nama akaun. Gunakanlah nama biasa yang ada dalam kad pengenalan. Ini bukan bertujuan untuk memperlekehkan Institusi Di Raja yang mengurniakan gelaran tersebut, tetapi lebih kepada merendah diri dan penjenamaan. YAB Perdana Menteri , KSN dan KPPA sendiri tidak meletakkan gelaran mereka dalam akaun media sosial (kecuali KSN yang meletakkan gelaran Dr).


2. Gunakan gambar sebenar, jangan terlalu kasual dan jika perlu boleh ambil gambar di studio. Namun sekali sekala, boleh tukar gambar profil dengan imej yang agak santai. Elakkan gambar ahli keluarga dalam gambar profil atau 'cover picture'. Anda pasti tidak mahu gambar ahli keluarga anda diekploitasi. Namun, jika anda adalah ahli politik, gambar secara kasual dan bersama keluarga kadang kala agak membantu dalam menaikkan populariti.


3. Pastikan akaun anda nampak natural, tidak terlalu kaku. Kaku disini bermaksud status yang di muat naik hanyalah yang berkaitan dengan urusan rasmi. Sekali-sekala, tulislah pendapat peribadi anda tentang sesuatu isu, tetapi pastikan ianya tidak bercanggah dengan dasar dan peraturan yang sedia ada. Ini sangat penting sekiranya anda adalah seorang penjawat awam (rujuk Perintah Am BAB D).


4. Muat naik gambar - gambar yang anda 'enjoy' dengan tugas rasmi anda tetapi bukan gambar anda sedang 'enjoy' dengan perkara lain. 'Enjoy ' dengan tugas rasmi adalah seperti jika membuat suatu lawatan rasmi atau turun padang dan anda menyelesaikan satu masalah, anda boleh muat naik gambar bertemu dengan rakyat atau gambar mesyuarat sedang dijalankan atau mungkin juga lawatan ke tapak.

Lebih baik jika ada gambar 'personal touch' seperti sedang bersembang atau bergelak ketawa dengan pelanggan, makcik/pakcik tua/kanak-kanak dan di keterangan gambar, ceritalah sedikit sebanyak tentang masalah pelanggan tersebut yang anda telah dengar/selesaikan (pastikan ianya bukan yang bersifat peribadi atau maklumat terperingkat).


5. Sesekali muat naik lah dasar/peraturan/promosi tentang organisasi anda. Buat ianya seringkas yang boleh, jika banyak pecahkan kepada beberapa status dan muat naik satu persatu dalam sela masa yang sesuai (mungkin hari demi hari).


6. Sekali-sekala, beri maklum balas kepada komen-komen pengikut anda.


7. Facebook mempunyai beberapa jenis akaun seperti Facebook Pages, Facebook Group dan Facebook Profile. Yang paling sesuai untuk ketua organisasi atau 'public figure' ialah Facebook Pages atau Facebook Profile. Melalui Facebook Pages, orang ramai boleh LIKE pages tersebut dan setiap status yang dimuat naik, akan keluar di timeline mereka. Pemilik akaun boleh memantau dari segi statistik pengunjung dan viraliti sesuatu post.

Ianya juga boleh ditadbir oleh beberapa orang 'admin'. Manakala Facebook Profile pula, para pengikut boleh menjadi rakan ('friend') pemilik profile dan boleh membaca/komen setiap status dan jika tidak menjadi rakan, mereka boleh langgan ('subscribe' atau 'follow') setiap status yang disetkan kepada public.


8. Sentiasa peka dengan isu-isu semasa dan trend terkini dan beri respond segera untuk isu tersebut terutamanya jika ianya dibawah tanggungjawab anda.

9. Banyakkan bersabar dan kawal emosi. Media sosial dipenuhi oleh pejuang papan kekunci atau 'keyboard warrior'. Banyak komen - komen yang menyakitkan hati akan ditulis, bersabar dan jangan terlalu memikirkanya.

10. Pastikan gambar, grafik dan video yang dimuat naik itu jelas. Jika perlu, gunakanlah kamera yang lebih berkualiti. Ini akan menarik minat pembaca/pengikut. Elakkan gambar yang kabur atau dalam keadaan yang mengaibkan sama ada ianya adalah anda selaku pemilik akaun atau orang lain.


Sumber tips dari blog Naim Ibrahim dan diolah sedikit mengikut kesesuaian masa.




tags: tips akaun media sosial untuk ketua organisasi jabatan agensi kerajaan syarikat swasta awam facebook twitter youtube instagram

4 ulasan:

  1. first bitch!!‼

    BalasPadam
  2. Tips berguna jika saya bakal menjadi PM suatu hari nanti haha.

    BalasPadam
  3. Tips berguna jika saya bakal menjadi PM suatu hari nanti haha.

    BalasPadam
  4. tips berguna utk ahmad maslan

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.