Rabu, 27 Mei 2015

8 10 benda paling kotor yang sering kita guna

Tanpa disedari, banyak benda di sekitar kita yang berpotensi menjadi sarang bakteria dan tempat berpindahnya virus, bakteria dan penyakit. Diantara semua benda yang sering dipegang, ada 10 benda paling kotor yang cukup membahayakan kesihatan walaupun sebenarnya tampak bersih. Seperti sumber dari Health, berikut ini 10 benda paling kotor yang sering dijumpai dalam kehidupan sehari-hari.

Gambar hiasan

1. DUIT

Semua orang suka wang, tapi pastinya tidak akan ada yang suka dengan bakteria didalamnya. Menurut Dr Darlington dari the Health Commissioner of New York, sekitar 135,000 bakteria ada pada wang, terutama wang kertas.

2. TOMBOL PINTU / BUTANG LAMPU

Biasanya orang terakhir atau pertama masuk di bilik adalah yang paling sering bersentuhan dengan butang lampu. Bakteria sangat senang hidup di kawasan yang banyak disentuh oleh banyak orang itu. Menurut ahli sanitasi, dalam setiap inci butang lampu / tombol pintu ada sekitar 217 bakteria yang boleh berpindah dari tangan ke tangan.

3. KEYBOARD KOMPUTER

Sebuah kajian di Britain pernah menyebut bahawa bakteria yang ada di keyboard komputer lebih banyak daripada bakteria yang ada di tandas. Untuk itu sebaiknya bersihkan keyboard secara rutin dengan alat khusus pembersihan keyboard atau boleh juga dengan menggunakan kain basah.

4. TELEFON BIMBIT

Telefon bimbit adalah barang yang tidak boleh lepas dari kehidupan sehari-hari. Akibat tidak lepas itulah, maka telefon dijadikan tempat kegemaran bagi ribuan bakteria untuk menetap. Bakteria suka melekat pada telefon bimbit kerana suhu yang hangat dan sesuai untuk pertumbuhannya. Untuk menghindarinya, kini sudah ada pelapis anti mikrob untuk telefon bimbit yang boleh melindungi telefon bimbit anda daripada bakteria dan mengurangkan risiko bakteria melekat pada wajah dan tangan anda.

5. MANGKUK TANDAS

Meskipun kelihatan bersih dan licin, tapi permukaan mangkuk tandas yang dibuat dari porselin sangat berpotensi sebagai tempat berpindahnya virus, bakteria dan penyakit-penyakit tertentu. Data statistik menunjukkan, terdapat 295 bakteria dalam setiap inci permukaan tempat duduk tandas.

6. TROLI MEMBELI BELAH

Berbelanja menggunakan troli memang lebih mudah dan mengasyikkan. Tapi menurut penyelidik dari University of Arizona, troli ini mengandungi bakteria, air liur, dan bahan-bahan menjijikkan yang lain yang lebih banyak daripada eskalator, telefon awam bahkan bilik mandi umum.

7. REMOTE CONTROL

Seberapa sering anda menumpahkan makanan pada remote control dan tidak membersihkannya? Maka remote control, bakteria MRSA, SARS dan bakteria lain boleh masuk ke dalam tubuh. Jangan biarkan remote control menjadi ancaman apabila anda sedang asyik menonton TV.

8. TAB MANDI


Bak mandi adalah bahagian dalam rumah yang sering tidak dilupakan. Ketika ada seseorang dalam keluarga yang terkena penyakit jangkitan staphylococcus, jangkitan saluran kencing, pneumonia, septicemia atau penyakit kulit, baru disedari bahawa tab mandi menjadi sarang bakteria. Percaya atau tidak, bakteria yang tergenang di dalam tab mandi lebih berbahaya daripada bakteria yang ada di dalam lubang tandas. Membersihkan tab mandi seminggu sekali boleh mengurangkan risiko penyakit yang tidak diingini.

9. SINKI DAPUR

Dapur adalah tempat paling kotor diantara semua bahagian rumah yang lain, terutamanya pada sinki. Ada sekitar 500,000 bakteria yang terdapat pada setiap inci sinki. Untuk mengatasinya, cubalah membersihkan sinki anda dengan setengah cawan baking soda dan setengah cawan cuka. Setelah itu, jangan lupa siram dengan air untuk memastikan singki itu bersih.

10. SPAN CUCIAN

Alat untuk mencuci pinggan ini adalah barang yang sangat berpotensi dijadikan tempat berkembangnya bakteria kerana memiliki kelembapan yang tinggi dan pori-pori yang kecil. Salah satu cara terbaik untuk menghilangkan bakteria dari barang ini adalah dengan memanaskannya dalam microwave selama 60 saat. Penemuan ini tentu saja bukan untuk menakut-nakutkan orang, tapi sekadar mengingatkan pentingnya menjaga kebersihan termasuk benda-benda kecil yang sering kali kita anggap remeh.

Sumber daripada Portal Kerajaan Pusat Maklumat Rakyat (Portal PMR).


* * * * * * * * * *

Mana geng2 yang suka cium dan sedut bau duit tu? Sila muntah beramai2.




tags: 10 benda kotor yang sering kita guna dalam kehidupan seharian duit wang tombol pintu butang lampu keyboard komputer papankekunci telefon bimbit mobile phone smartphone remote control sinki dapur span cucian

8 ulasan:

  1. yer betul semua tu tempat pembiakkan bateria.Contoh yang lain sabun tu saya tak suka guna sabun sebab sabun walau tujuan untuk membersih tapi salah satu tempat pembiakkan bateria kalau terdedah.

    BalasPadam
  2. Telefon bimbit, benda yang paling kerap saya pegang T-T

    BalasPadam
  3. Celah ketiak pun byk bakteria

    BalasPadam
    Balasan
    1. org tulis benda, ketiak kau tu benda ke??

      Padam
    2. Tak.. maksud aku baju kau pun byk bakteria la..ke kau tak pakai baju??

      Padam
  4. kau memang bangang lah noob, dalam badan kau sendiri ada 1001 macam antidote untuk bakteria tau tak? apa punya lahanat buat artikel bodo macam nih...nih laa jenisan melayu mudah lupa...macam mahathir.

    BalasPadam
  5. Klu duit tu, ntah terjatuh atas lantai tandas, xpun terjatuh dalam lubang jamban.. pastu dpt kat si pencium duit.. habis diciumnya... uihh.. sedapnye bau duit.. loya plak.. =___=

    BalasPadam
  6. Dalam Malaysia, org yg paling banyak terlibat dgn bakteria ialah Dr Mahathir. Dalam ususnya sudah 90 tahun, bernonillion-nonillion berjalan lalu lalang bakteria keluar masuk. Namun dia masih sihat hingga hari ini.

    Ada satu cara terbaik untuk kurangkan keterlibatan dgn semua bakteria ini. Jangan lupa ya..nanti saya bitau..apanama...apanama...

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.