Sabtu, 23 Mei 2015

6 PoyoMelayu menghubung kembali sel-sel otak Melayu

Apa itu Poyo? Poyo berasal dari perkataan beria-ia. Setelah mengalami evolusi yang agak panjang, segala perbuatan manusia yang agak jengkel, jelek, meluat, annoying, berlebih2an, terlalu bersungguh2 akan digelarkan sebagai POYO.

Apa itu Melayu? Melayu adalah suatu nama sebuah kaum majoriti yang menghuni negara Malaysia. Kaum Melayu mempunyai sejarah dan peradaban yang sangat panjang di rantau nusantara dan pentas dunia. Bangsa Melayu juga adalah bangsa yang terulung lagi teragung yang juga digelar sebagai bani Tamim, bani Jawi, keturunan Keturah dan lain2 lagi.

Maka apabila Melayu bergabung dengan Poyo, maka tercetuslah sebuah page dan blog yang diberi nama PoyoMelayu demi untuk menghubung kembali sel-sel otak Melayu Beria.


Page PoyoMelayu - https://www.facebook.com/poyomelayu
Blog PoyoMelayu - http://poyomelayu.blogspot.com/

Seperti yang tertulis dalam diskripsi page tersebut, PoyoMelayu bukan sebarang Page. PoyoMelayu adalah sebuah jentera yang menggerakkan sel-sel otak melayu untuk berfikir setelah lama berkarat diracun oleh dogma-dogma songsang dan terkebelakang oleh mereka-mereka yang diberi amanah untuk mentadbir Melayu. PoyoMelayu akan terus mengutuk melayu dan segala aktiviti melayu dengan kepercayaan bahawa bangsa yang tidak bersedia untuk dikritik akan kekal dalam status pegun dan jumud. Melayu seharusnya bersyukur dengan kewujudan page PoyoMelayu sebagaimana kita bersyukur apabila ada tangan yang ingin menyelamatkan kita apabila kita hampir lemas.

PoyoMelayu juga adalah sebuah landasan untuk rakyat Malaysia berforum tentang nilai-nilai sejagat dengan tujuan untuk membaik pulih sahsiah masyarakat Melayu secara khusus dan lain-lain bangsa secara am. PoyoMelayu ingin melihat kita rakyat Malaysia lebih telus dalam menegur sesama manusia dengan tujuan pendidikan.
"If there is no struggle, there is no progress" ~ Frederick Douglass

Walaupun blog Buasir Otak ni sudah banyak kali berbicara tentang sikap, sifat dan mentaliti buruk orang Melayu, akan tetapi ayat2 yang kami guna agak bertapis dan skema. Namun page dan blog PoyoMelayu ini ayat2 mereka sangat jujur, makan dalam, menyakitkan hati dan straight to the point kena atas batang hidung sendiri.

Perumpamaan dia macam bila orang berak tengah jalan, kami mungkin hanya mengutuk perbuatan itu dan menegur orang yang berak tengah jalan itu sahaja, tapi PoyoMelayu ini dia bukan sahaja maki orang tu malah campak balik taik tu atas muka tuan taik.

Namun aku sendiri ada je bacaan dan kandungan dalam PoyoMelayu tu yang aku tak berapa nak setuju dan kadang2 tu bagi aku agak melampau dan keterlaluan, tapi kalau korang jenis tahan maki dan rasa sanggup nak buang masa berdebat kat Internet, korang komen je lah kat page/blog tu. Admin dia pun aku tengok rajin melayan.

Tapi kalau anda seorang bani meleis alter terahsia ketuanan Melayu yang senang sentap, beremosi dan butthurt, PoyoMelayu bukan bacaan sesuai untuk anda, sebaliknya anda digalakkan untuk membaca Utusan Malaysia, MyKMU, blog PapaGomo, Beautiful Nara, Oh! Bulan, forum Cari, blog CheDet dan yang sewaktu dengannya.


* Perkataan POYO yang sebenarnya memang berasal daripada perkataan BERIA. Ia bukan akronim kepada gabungan perkataan2 lain seperti Proud Of Your Own dan sebagainya. Ini kerana aku dan kawan2 aku dah pakai perkataan Poyo ni masa zaman sekolah rendah lagi pada tahun akhir 80-an dan awal 90-an, dan ia adalah perkataan yang dicipta bukan oleh orang dewasa tapi budak2 sekolah rendah yang bukannya intelligent sangat nak cipta akronim dari bahasa Inggeris aras tinggi pulak tu.

Dan perkataan Poyo ini hanya dipakai oleh budak2 di Malaysia terutamanya di negeri2 Selangor dan pantai barat, bukan perkataan yang dicipta barat seperti YOLO dan SWAG. Harap maklum.




tags: facebook fanpage page blog poyomelayu poyo melayu meleis maksud asal usul panas terbakar sakit hati emosi maki hamun tegur sound depan proud of your own

6 ulasan:

  1. Kembali pada ajaran islam yang sebenar
    Landasan yang btl baru lah tidak tersasar dalam kehidupan yang penuh cabaran dan onak duri ni

    Cool Guy

    BalasPadam
  2. Saya tak rasa ini penyakit melayu sahaja. Ini penyakit bagi seluruh umat Islam seluruh dunia. Lihat di seluruh dunia, sikap umat Islam hampir sama. Lihat pula orang2 bukan Islam atau atheis, contohnya Jepun, German, orang Kaukasian, mereka sangat rajin, sangat mementingkan hasil kerja yang bermutu, menepati janji dan masa. Mereka jujur dalam urus niaga kerana mereka tahu sebarang penipuan atau mutu yang tidak capai piawai akan menyebabkan perniagaan mereka jatuh. Mereka juga sangat kemas dan menjaga kebersihan.

    Sifat-sifat ini hampir tiada dalam orang Islam seluruh dunia. Orang Islam buat kerja hanya ala kadar, asal siap, tak capai mutu dengan macam2 karenah lagi. Ini bukan sahaja pada orang yang tiada jawatan agama, tetapi juga pada ulamak2, wakil2 rakyat yang katanya mewakili Islam dan seterusnya. Kita perlu cari punca mengapa orang Islam bersikap malas dan tiada kesungguhan usaha begini.

    Adakah mungkin kerana ajaran Islam itu sendiri yang mengajar supaya umatnya tidak mengejar dunia kerana ianya hanya mainan dan sia-sia, kerana tawakkal pada Allah, berserah pada takdir Allah, akhirat segalanya dan sebagainya. Adakah kerana kita diajar berdoa, maka kita berdoa sahaja pada Allah, berharap sahaja pada Allah tentang segala-galanya, sedangkan usaha kita tidak pun mencapai piawai sebagaimana mereka yang bukan Islam berusaha.

    Saya merasakan umat Islam ada dilema dalam diri. Ada konflik dalam diri. Antara mencapai dunia dan akhirat. Apabila berusaha bersungguh untuk dunia, maka akan ada suara dalam diri atau dari orang lain yang berkata ini semua dunia. Namun pada masa yang sama, diri bawah sedar berkata dunia diperlukan untuk hidup, untuk mandiri hidup. Ini menyebabkan umat Islam sentiasa jadi patah apabila berusaha. Ditambah pula dengan sikap malas dan menjadikan isu 'dunia dan akhirat' sebagai alasan.

    Sikap para ulamak juga sangat menyedihkan. Mereka ibarat katak bawah tempurung. Tiada anjakan pemikiran dalam diri mereka.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hmm..aku rasa anda ni sungguh berhati mulia dan masih menaruh harapan untuk umat islam buat itu ini..melayu pun ada harapan boleh buat itu ini..

      Bagi aku, ini sumer x membawa makna yg signifikan lagi terutama memikirkan dilemma umat islam demi dilemma dalam dilemma dalam dilemma. Jadi kaya pun ada org jaki..jadi miskin pun ada orang jaki. Bersederhana pun tetap sama. Kuat beribadat pun payah. Akhirnya membuatkan aku terasa nak membukukan saja dgn semua ini.

      Mmg pening juga layan karenah umat. Malah tok tok lebai serta ulamak pun kadang mcm hampeh. Apatah lagi ustat2 tv hasil dr program2 kapitalism.

      Kemelut umat dan ulamak islam begini cukup menarik untuk dibukukan. Sbb tiada jalan penyelesaian. Kalo ada pun solution, sumernya tak kemana. Cukup buat pemerhatian dan statistik saja.

      Padam
    2. ulama pas dan ulama unmo mmg camtu... tak boleh diharap

      Padam
  3. "Poyo berasal dari perkataan english, Proud Of Your Own". Hmmm....

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.