Iklan Leaderboard

Ahad, 31 Mei 2015

31 Ikon dan selebriti Internet terkemuka tanah air

Di Malaysia terdapat beberapa individu yang boleh dikatakan popular dan terkenal di Internet terutama di media2 sosial seperti Facebook, Youtube, Twitter, Instagram, blog dan sebagainya. Mereka ini boleh dikatakan sebagai ikon dan selebriti Internet terkemuka tanah air atas kepopularan mereka malah sering diperkatakan dan menjadi bahan mulut warga maya tempatan tidak kira sama ada di kalangan blogger, Facebooker, Twitterer, Instagrammer, portal berita online dan lain2. Ada yang popular atas usaha sendiri, ada juga yang glamor kerana diparodi dan ditroll oleh orang lain. Senarai ini. Maka berikut adalah antara beberapa ikon dan selebriti Internet yang popular dan terkemuka tanah air antara awal tahun 2010-an sehingga kini.


1. Amran Pekida 


Amran Fans merupakan seorang selebriti Internet yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Bermula dengan seorang macai BN yang menggunakan nama Amran Pekida yang sering dilihat berlegar2 di portal berita Malaysiakini, Berita Semasa dan lain2 lagi sekitar awal tahun 2010-an, kini karakternya telah diparodikan di dalam sebuah page bernama Amran Fans.

Sehingga kini owner dan admin kepada page yang mempunyai hampir 500,000 Like itu masih tidak diketahui. Selain sering membuat lawak2 bodoh dengan gambar edit super-imposed, menggatal kat artis perempuan dan post ayat2 sarkastik, Amran Fans juga sangat terkenal di kalangan belen dan awek2 Melayu, malah telah menerbitkan buku sendiri di bawah terbitan Dubook Press. 

Antara perkataan yang dipopularkan oleh Meran sehingga menjadi trending di kalangan belen adalah Ale Uto dan Lanjiao.


2. Abdul Rani Kulup


Abdul Rani Kulup merupakan seorang Presiden kepada pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM). Tidak dapat dipastikan apakah fungsi sebenar pertubuhan kelab ini. Namun yang pasti Abdul Rani Kulup sentiasa tampil di balai Polis Dang Wangi untuk membuat pelbagai aduan. Beliau seorang yang sangat mengambil berat terhadap isu2 semasa yang melibatkan orang Melayu. Trademark beliau adalah sering berapakaian seragam MJMM dengan topi beret merah dan tongkat.

Atas kehebatan beliau, sebuah page parodi di Facebook yang diberi nama Abdul Rani Kulup Fans telah ditubuhkan oleh ntah siapa2. Page yang telah mendapat lebih 100,000 Like tersebut sering menyiarkan gambar dan video aktviti2 Abdul Rani Kulup dengan ayat2 lawak dan merapu. Namun kadangkala post2 bodoh di page parodi tersebut sering mengundang kontroversi menyebabkan orang lain menjadi butthurt dan mengambil serius sehingga melancarkan serangan balas terhadap Abdul Rani Kulup yang sebenar.

Tagline yang dipopularkan oleh page parodi Ayahanda Rani Kulup adalah Kipidap dan Jilake!


3. Sultan Melaka


Individu yang bernama Tuanku Raja Noor Jan Shah sebelum ini pernah mengaku dan mendakwa yang beliau adalah pewaris keturunan Kesultanan Melayu Melaka Darul Islam dan pemegang takhta Sultan Melaka yang sebenar.Yang peliknya beliau bukan sahaja nampak macam kaya, berharta dan mewah, malah mempunyai pengikut serta pernah memberi pingat darjah kebesaran kepada orang lain.

Disebabkan kekelakaran ini, maka muncullah beberapa page parodi di Facebook seperti Sultan Melaka dengan 167,000 Like, Sultan Melaka Fans dengan 35,000 Like dan DYMM Tuanku Sultan Melaka dengan 22,000 Like, . Namun post2nya masih agak hambar berbanding Amran Fans dan Abdul Rani Kulup Fans.

Tagline Sultan Melaka adalah Beta is Better.


4. Raja Empayar Langkasuka Nusantara


Raja Empayar Langkasuka Nusantara ini muncul pada beberapa tahun yang lepas dan terus menjadi popular disebabkan dakwaannya sebagai Raja kepada seluruh kerajaan Panji Hitam Dari Timur, Empayar Langkasuka Nusantara memang tak masuk akal. Dengan imej seorang yang agak alim dengan baju jubah dan serban bagai, beliau tidak dilihat mempunyai ramai pengikut.

Wajah beliau selalu diedit dan disuper-imposed pada suatu ketika dahulu ketika di zaman puncak kegemilangannya. Pernah muncul beberapa page parodi beliau namun yang kelihatan masih kekal dan mempunyai ramai pengikut hanya 2 iaitu RajaNusantaragroup Empayar Langkasuka Nusantara dengan 79,000 Like dan Kerajaan Empayar Langkasuka Nusantara dengan 16,000 Like.

Antara tagline yang dipopularkan oleh parodi2 beliau adalah Amporn Tongku, Download Tongku Sembah Patik Harap Diupload serta dikaitkan dengan Ketum.


5. Asrul Samad


Asrul Samad memang agak terkenal di kalangan peminat2 politik Facebook kerana beliau digambarkan sebagai seorang penyokong parti PKR dan pentaksub kepada Anwar Ibrahim, malah gambar profile Facebook beliau juga menggunakan gambar Anwar Ibrahim masa muda. Sering membuat kenyataan dan post2 bodoh di akaun Facebooknya sehingga dijadikan modal dan bahan kepada penyokong2 UMNO BN untuk mengutuk dan mengejek pembangkang.

Namun kini profile FB yang asal milik beliau telah ditutup namun muncul pula page parodi beliau yang masih aktif iaitu Asrul Samad Fans yang sudah memiliki 3,000 Like. Beliau sering menggunakan tagline Lawan Tetap Lawan.


6. Raja Bomoh


Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP, Ibrahim Mat Zin mula mencuri perhatian dan mencipta fenomena tersendiri di kalangan netizen ketika kehilangan pesawat MH370 dengan melakukan ritual pencarian pesawat tersebut dengan menggunakan buah kelapa, teropong buluh, bubu mata pancing dan tikar terbang di KLIA. Sejak dari itu beliau sering dijadikan meme untuk lawak jenaka di Internet termasuk komen2 bergambar, mobile game serta beberapa page parodi seperti Raja Bomoh Malaysia dan Raja Bomoh Temberang yang jarang aktif. Walaupun populariti beliau kini agak merudum, namun kadangkala beliau masih muncul terutama dalam bidang arena politik tanah air.


7. Razak Dahaman


Ayahanda Razak Dahaman merupakan Presiden kepada Pertubuhan Kebajikan Gabungan Melayu Islam Malaysia (PKGM) atau PKGM30. Tidak tahu bagaimana beliau boleh menjadi begitu popular di Internet sehingga suatu ketika dulu pernah diwujudkan page parodi Persatuan Kongsi Gelap Melayu (PKGM) dan juga Legasi Razak Dahaman yang penuh dengan post2 mengarut dan merapu atas nama Razak Dahaman, dan page palsu tersebut telah ditutup ekoran laporan polis yang dibuat oleh beliau.

Kini page parodi yang baru telah muncul semula oleh peminat beliau dengan nama Ayahanda Razak Dahaman Fans Club.


8. Ahmad Maslan


Nama yang langsung tidak perlu diperkenalkan dan tidak asing lagi. Ahmad Maslan yang juga merupakan Timbalan Menteri Kewangan tidak dinafikan seorang yang sangat popular di alam maya. Nama dan gambar beliau bukan sahaja sering dijadikan bahan sindiran, jenaka, meme, kutukan dan subjek amarah rakyat jelata, malah ada beberapa page parodi beliau yang dicipta seperti Ahmad Maslan Fans yang telah mengutip 15,000 Like.

Kepopularan beliau bukan setakat itu malah game parodi beliau pernah dihasilkan untuk peranti Android iaitu Yeop Maslan 3.85 Extended dan Tampar Maslan, namun kini telah tidak wujud di Google Play Store, mungkin telah kena banyak report sehingga terpaksa dibuang.

Perkara yang paling sinonim dengan beliau adalah CGPA 3.85 dan GST. Walaupun beliau boleh dikatakan sangat popular namun masih tidak ramai yang tahu yang nama beliau hanya Ahmad manakala Maslan adalah nama bapa beliau.


9. Saiful Nang


Haji Saiful Nang merupakan mula mencipta nama sebagai seorang jurugambar professional VIP dengan syarikat CandidSyndrome pada sekitar tahun awal 2000-an. Kini beliau merupakan seorang ahli perniagaan yang menjalankan kumpulan syarikat bukan untuk perut sendiri tetapi tujuan kedermawanan. Merupakan pengasas besama Pertubuhan Kebajikan Rumah Pengasih Warga Prihatin yang menjalankan rumah perlindungan bagi sekumpulan masyarakat seperti anak yatim piatu dan golongan yang memerlukan. Juga mempunyai sebuah syarikat baju/fesyen yang dikenali sebagai dengan jenama Sarc/Sarcasteek.

Pernah disenaraikan dalam TOP 10 MALAYSIA 2011, penerima Anugerah Pencapaian Malaysia 2012, Anugerah Duta Belia Asia untuk memberi inspirasi kepada belia dalam perniagaan dan masyarakat. Beliau juga dilahirkan disleksia dan berasa amat gembira.

Beliau sering memberi pandangan dan pendapat terhadap pelbagai isu2 semasa tanah air sama ada dalam bentuk artikel, pengalaman sendiri, sindiran, sarkastik dan lain2 di page Facebook beliau. Dengan jumlah Like sehingga 472,000 menjadikan beliau salah seorang selebriti Facebook yang terkemuka tanah air.

Btw, aku dah kena ban dari Fb dia.


10. Mat Luthfi


Seperti yang dikutip dari Wikiapadia, Matluthfi atau nama sebenarnya Muhammad Luthfi Bin Rohime merupakan seorang vlogger Malaysia yang terkenal dan popular. Beliau dilahirkan di Kedah pada 1990 di Kedah, Malaysia. Saluran youtubenya disenaraikan antara 10 saluran Youtube paling popular di Malaysia pada tahun 2012. Beliau meminati kumpulan Hujan dari Malaysia.

Walaupun lahir di Kedah tetapi beliau pernah bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Kuala Kangsar selama 3 tahun(2003-2005) sebelum ke Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu (2006-2007). Sekarang beliau belajar di Universiti Curtin di Perth, Australia.

Beliau menggunakan dialek utara pada hampir semua videonya di Youtube. Selain unsur humor di dalam videonya, beliau turut memasukkan unsur nasihat di dalamnya. Page Facebooknya kini memiliki lebih 438,000 Like.

Daripada ramai2 ikon dan selebriti Internet, Mat Luthfi antara selebriti Internet yang langsung tak kena troll atau parodi dengan orang lain malah sangat kurang dibenci dan dikutuk netizen.


11. Budak Pantun


Tidak diketahui asal usul budak bertopeng hitam yang buat lawak pantun bodoh tapi popular "Pergi ke kedai beli rokok, kedai tutup!", namun pantun beliau sering ditiru malah lawak belliau pernah beberapa kali dijadikan modal dalam rancangan Maharaja Lawak Mega 2014 dan gambar2 beliau sedang ketawa selalu dijadikan komen bergambar di Facebook.


12. Bobo


Takde apa nak cakap pasal Bobo. Beliau adalah Bapa Dubsmash yang kini menjadi kegilaan para Dumbsmasher. Video2 miming yang pada suatu ketika dahulu sering dikutuk dan dihina2 oleh warga maya kini menjadi trend di kalangan bani Melayu.


* * * * * * * * * *

Jika anda tahu siapa2 lagi yang benar2 layak untuk dimasukkan di dalam senarai ikon dan selebriti Internet terkemuka tanah air, sila calonkan di ruangan komen di bawah.

Bagi selebriti Internet berkategori blogger, aku pernah tuliskan senarai Blogger2 besar mengikut kategori blog suatu ketika dahulu.




tags: ikon selebriti internet facebook netizen fenomena popular glamor lawak troll parody fan page parodi satira satire tempatan

31 ulasan:

  1. mat lutfi x masuk list ka..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Baru dimasukkan. Terima kasih atas cadangan.

      Padam
  2. Terbaiklah Nub !!! Artikel yang macam nilah yang aku nak baca !!!

    BalasPadam
  3. Balasan
    1. Putera Nubhan a.k.a Prince of Noob bukanlah seorang selebriti Internet.

      Padam
  4. Hafiz hamidun lg satu.

    Rani Kulup mmg jenis org yg berkeyakinan. Klu dia ni jd businessman, mesti dah kaya.

    BalasPadam
  5. Peragut Wan Maimunah , Nub...

    BalasPadam
  6. Nah Nub... Lelaki dalam video ni... 'Senyuman Menggoda Abang Misai'...

    https://www.youtube.com/watch?v=E7cT-phNK1E

    BalasPadam
  7. Cikgu shida dub dulu ok

    BalasPadam
  8. Balasan
    1. Obefiend seorang Tokoh Blogger yang hebat, namun bagi saya masih belum sampai level selebriti Internet. Lagipun beliau pernah disenarai di dalam entry blogger2 terhebad suatu ketika dahulu.

      Padam
  9. aq rasa putera nubhan ade potensi nk sebahagian dr list. Tapi kena rajin skit , buat status atau komen yg segamam minda dh terus menjaja nama dgn komen bertaraf 18sx di blog arus perdana.

    BalasPadam
  10. PON apsl ko kena ban dari saiful nang? citer sket? ko spam blog ko kat page dia ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aku pernah komen sesuatu yang berlawanan dengan post dia, lalu diriku diban walaupun tiada sebarang kata2 kesat dan nista yang diperturunkan di ruangan komen.

      Padam
  11. Faradyable x de dlm list

    BalasPadam
  12. Nub letak faradyable yang buat dubbing video lawak dekat youtube... Atau mat luthfi ke...

    Selebriti utube kurang sikit dalam list...

    Tak sabar nak tengok kau buat celeb vs celeb fight antara diorang

    BalasPadam
  13. Raja shamri dan raja shamrin dua individu berbeza tetapi femes juga la aku rasa

    BalasPadam
  14. Terbaik la artikel ni..Dah lama aku nak tahu asal usul diorang semua. Apsal boleh popular cepat sgt. Thanks share...Noob, buat entri asal usul penulis2 blog ni boleh x? Letak link entri2 terbaik diorang sekali.

    Aku nak tahu jugak sikit pasal team fool syndicate tu. Nak tahu gak apa contribution diorang kt blog ni. Ke dah ada entri pasal ni, aku je x tahu?

    BalasPadam
  15. ramai2 cn suka mat luthfi, memang terbaik ! imej dia bersih ;)

    BalasPadam
  16. macam list superhero ada power masing2. boleh buat watak animasi ni. paling waras dan seronok ditengok tu mat lutfi..yang lain merapu meraban. Paling annoying tu bobo. Ahmad maslan dan yang lain2 tu pulak kategori bile org baca status terus cakap "what the f**k?". Amran tu kalau org baca jadi mind blown, susah akal nak terima. Tapi apa2 pun, mereka sume ni la yang mewarnai dunia siber kat malaysia ni. Ada jugak sumber untuk kita sume gelak2, marah2 dan tgk dunia dari sudut org2 yang 'istimewa' tu sume.

    BalasPadam
  17. bagaimana pulak papagomol??

    BalasPadam
  18. Haha.. Funny peoples. Thank you for the list.

    BalasPadam
  19. mna kak Ton ??!!

    BalasPadam
  20. Antara 12 yang tersenarai tu, Matlutfi tu yang paling aku suka. Video lawak Matlutfi kat Youtube tu punyai banyak nilai2 positif dan mesej yang baik.

    Aku melihat dia sebagai seorang yang amat berpotensi untuk mengubah lanskap industri perfileman negara. Cukup-cukup la cerita cinta tak masuk akal dan lawak bodoh tu yang ada sekarang ni.

    BalasPadam
  21. Masukanlah sekali Faradyable Nub... Faradyable ni pernah kena temuramah sekali kat rancangan Nasi Lemak Kopi O TV9 pasal video2 dia... https://www.youtube.com/user/faradyable

    BalasPadam
    Balasan
    1. Faradyable memang popular, lawak dan kelakar, tapi bagi aku beliau belum sampai ke tahap Internet selebriti yang berpengaruh dan sering diperkatakan di FB dan netizen seperti selebriti2 lain di atas yang selalu dibahan, ditroll dan cipta kontroversi.

      Padam
  22. info yang bermanfaat dari blog ni. memang best

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...