Isnin, 22 September 2014

22 Zaman kejatuhan fanpage troll dan parodi di FB

Sekarang ini adalah trend orang buat profile dan page2 troll dan parodi Facebook yang modus operandinya kongsi informasi yang viral, membuat sindiran dan membahan orang seperti Amran Pekida Fans, Kepala Hotak Kamu (KHK), RajaNusantaragroup Empayar Langkasuka Nusantara, DYMM Sultan Melaka, Raja Bomoh Nujum VIP 1 Malaysia, Asrul Samad, Pen Merah Dot Com, Persatuan Kongsi Gelap Melayu, Persatuan Kongsi Gelap Melayu Legasi Razak Dahaman, MalaysianGags, Friends of BN, Sukan Star (Laman Berita Sukan Yang Di Ulas Dengan Kaki), Sokernet dan macam2 lagi. Tapi mungkin trend ini tak lama lagi akan berkubur setelah pihak berkuasa memandang lebih serius akan kemunculan page2 seperti ini terutama yang buat lawak melampau2 sampai mengaitkan dengan agama dan membangkitkan isu perkauman.


Admin kepada akaun parodi Facebook Persatuan Kongsi Gelap Melayu telah pun ditahan di bawah Akta Hasutan 1948:
Seorang lelaki yang disyaki admin kepada akaun parodi Facebook dengan nama “Persatuan Kongsi Gelap Melayu” telah ditahan di bawah Akta Hasutan 1948.

Syafiq Abdul Wahid ditahan di rumahnya pada jam 3 pagi tadi dan dibawa ke balai polis Serdang.

Menurut peguamnya, Michelle Yesudas, Syafiq direman selama tiga hari.

"Ia amat mengejutkan dan tiada siapa yang telah dimaklumkan. Ia benar-benar tindakan penyalahgunaan sistem reman. Ia hanyalah kandungan di Facebook, apa yang boleh anda dapat?" kata Michelle ketika dihubungi Astro AWANI.

Beliau juga berkata bahawa pihak berkuasa tidak menyatakan kandungan dari laman Facebook  “Persatuan Kongsi Gelap Melayu” yang dianggap sebagai hasutan.

Sumber Astro Awani dan The Malaysian Insider.

Dan daripada berita yang dikongsikan di Forum Cari ini, admin bagi page parodi Amran Fans dan Persatuan Kongsi Gelap Melayu Legasi Razak Dahaman telah dikenalpasti dan dalam sisatan polis. Yang aku macam tak percaya sikit, berita tu cakap salah seorang admin Amran Fans adalah MatLuthfi, youtuber terkenal Malaysia.


Kuala Lumpur: Kesemua individu berumur lingkungan 20an terlibat dalam mengendali laman fitnah “Persatuan Kongsi Gelap Melayu Legasi Razak Dahaman” di laman sosial Facebook telah di kenal pasti dan polis kini telah membuka kertas siasatan setelah menerima banyak aduan mengenai laman sosial itu dari orang awam .

Sabit kesalahan mereka boleh di denda maksimum RM10,000 dan penjara selama 30 Tahun . Pengendali laman sosial itu juga didakwa mengendalikan laman sosial yang lain seperti “Amran Fans” . Siasatan masih dijalankan bagi mengenalpasi motif sebenar mereka.

Salah seorang daripada pengendali laman sosial tersebut ialah Muhammad Luthfi bin Rohime atau lebih dikenali sebagai MatLuthfi.

Sumber Forum Cari.

Mungkinkah ini menandakan bermulanya zaman kejatuhan page2 troll dan parodi ini? Adakah selepas ini semakin banyak page2 troll dan parodi yang bakal ditutup? Adakah selepas ini akan tiada lagi hiburan2 hambar buat warga2 FB? Mungkin tidak, selagi adanya ribuan follower yang dahagakan komedi2 troll dan parodi yang penuh dengan sindiran, sarkastik, membahan, troll dan lawak2 biol.

Bincangkan...




tags: fanpage parodi parody facebook malaysia lawak hiburan

22 ulasan:

  1. Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    2. ntah la noob, aku rasa x serius pun sush nak jatuhkan page sebb page jenis ni bnyk gila keh2 tapi ak perasan dia attack group2 gak

      Padam
  2. Harap page KHK tak kena.Huhu

    BalasPadam
  3. Ha ha ha...siap tulis "why so serious? ni troll la bangang", sekali kena tangkap kat rumah pukul 3 pagi, nasib baik x tgh leka ******* sama bini, lepas tu kalut lakkk cari lawyer bagai nak selamatkan bontot sendiri...ha ha ha...sekarang siapa yang bangang??? bodoh x bertempat, sendiri cari pasal alahai bangangnyierrr lol proottt ah lega!! xDDD

    BalasPadam
    Balasan
    1. tlg jgn buang angin merata2,,

      Padam
    2. crettttttttttttt creeeeeeeeeeeeeeeeeet creeeeeeeeeeeeet cirit kat muka Tanpa Nama~ arghhhhhhhh lega bak hang

      Padam
  4. mohon KHK kena.... wakkakakaka... opsss duduk tepi, nanti aku pulak jadi troll, mensampah ~

    BalasPadam
  5. Biasa la.. BO pun dipenuhi Meleis Dunia Ketiga...apa yg boleh diharapkan sangat? Mcm baca berita bomoh Variasari ngan Mastika jer..

    -BrungHantu

    BalasPadam
  6. Ciri-ciri rakyat Malaysia:
    1. Pemalas.
    2. Suka menyalahkan orang lain kerana kelemahan diri sendiri.
    3. Bodoh sombong.
    4. Penakut.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Statement ko utk Keseluruhan ker????

      Padam
    2. anon 353 cukup ciri-ciri tu.
      1. Pemalas. Malas nak cari fakta..membaca dan tulis pandangan yang bernas. Hanya menyembur fakta yang direka.
      2. Suka menyalahkan orang lain kerana kelemahan diri sendiri. Dia menyalahkan seluruh rakyat malaysia.
      3. Bodoh sombong. Tapi benda yang langsung tak tepat tapi tunjuk gaya macam yakin.
      4. Penakut. Anon

      Padam
  7. Haha..kan dah cakap..kita menuju ke arah menjadi korea utara

    BalasPadam
  8. 30 tahun penjara?wow...
    pada masa sama, orang politik yang ambik rasuah dan salahguna kuasa rilek2 je bebas walaupun dah jatuh hukuman penjara..

    BalasPadam
  9. Sokernet tu dah lama...sebelum budak hingusan belajar main FB page tu dah ada...

    BalasPadam
  10. Selagi rumors..malas nak percaya. Byk rumors yg keluar sebelum ni 90% x betul...so jgn layan sgt. Lain la xde kerje nak bukak topik kat kedai kopi.....

    BalasPadam
  11. Bila dh terbitkan d blog, FB, x kira apa media skali pun.. rasanya penulis atau sapa2 yg menerbitkan karya harus @ perlu betanggungjawab... adakah noob akan betanggungjawab....

    BalasPadam
    Balasan
    1. identiti noob terlalu rahsia. tapi aku tau..noob pun mst berhati-hati bila menulis.

      Padam
  12. Hail Sokernet! tetap angkuh di alam maya. anak muda dahagakan ilmu dari bang sokernet.
    -Vladamir dari Tel Aviv

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.