Iklan Leaderboard

Isnin, 8 September 2014

49 Orang Malaysia terlalu pentingkan diri sendiri

Orang Malaysia memang kebanyakannya terlalu pentingkan diri. Kita jarang fikir pasal orang lain. Apa2 pun kita akan utamakan diri kita dahulu, kemudian orang yang terdekat dengan kita. Kita langsung tak peduli pasal kesusahan dan masalah orang lain. Budaya mementingkan diri ini seolah2 sudah sebati dan menjadi budaya dalam jatidiri orang Malaysia.


1. Kita sudah lambat untuk ke tempat kerja, sekali trafik pulak sesak. Kita terus buat barisan baru di lorong kecemasan dan potong orang lain. Ya memang kita sahaja yang lambat untuk ke tempat kerja, orang lain tak lambat.


2. Kita memandu di jalan utama dan tiba di sebuah simpang tiga. Ada kereta dari simpang kiri hendak masuk ke jalan utama menunggu untuk kereta kita melepasinya dahulu sebelum dia keluar simpang. Rupa2nya kita nak belok ke kiri tapi tak bagi lampu signal. Ya memang lampu signal tu hanya untuk hiasan.


3. Sedang memandu di lebuhraya, nampak ada lori di laluan kiri. Ok kita potong lah kejap. Bila dah memotong, rasa malas pula nak tukar balik lane kiri, maka kita pun duduk jelah di laluan kanan dengan kelajuan 80km sejam. Datang kereta dari belakang dengan laju sambil bagi high beam. Kita buat kering je sambil merungut "Menggelabah la wei. Nak bawak laju2 nak ke mana je pun?", lalu kereta tersebut memotong kita dengan laluan kiri.


4. Sedang kita bergegas ke tempat kerja, ternampak sebuah motor tergelincir dan jatuh di bahu jalan. Kelihatan penunggang motor tersebut terbaring di atas jalanraya sambil merintih kesakitan. Kita tengok jam dan berfikir, "Alamak dah lambat dah ni, kalau aku berhenti tolong nanti, mesti nak kena tolong bawa dia ke hospital, nak kena tunggu lagi, nak kena uruskan macam2 lagi, mesti lambat sampai pejabat, nanti bos pula marah. Silap2 haribulan kena ambil cuti pula. Takpelah nanti ada lah tu orang lain tolong", fikir kita dan terus berlalu pergi.


5. Sampai di sebuah pasaraya, kita cari parking. Pusing2 ada sebuah tempat letak kereta kosong yang agak jauh dari pintu masuk. Rasa jauh pula, kita pusing semula dan parking betul2 di depan pintu masuk di tempat parking OKU. Dalam hati kita, "Takde kot orang OKU nak pergi pasaraya time2 macam ni".


6. Pusing2 cari tempat letak kereta depan bank tapi takde parking kosong. Tengok depan ada parking kosong tapi jauh dalam 100 meter. Mengenangkan betapa malasnya kita nak berjalan, kita berhenti depan bank dan buat double parking, dengan alasan "Alah sekejap je ni, orang yang parking ni lama lagi kot".


7. Pergi ke stesyen Komuter atau LRT, dah ramai yang menunggu. Bila Komuter datang, orang yang datang awal mula membentuk barisan. Kita yang datang lambat ni terus mencelah2 ke depan dengan harapan dapat tempat duduk. Orang lain tak dapat duduk takpe, janji kita dapat duduk.


8. Bila dah masuk ke dalam Komuter, nampak kerusi kosong bertulis "Khas untuk OKU/Warga Tua/Wanita Mengandung". Tengok kiri kanan, takde pun orang yang dinyatakan, so kita pun duduk kat situ. Nak bagi agar tak nampak bersalah, kita buat2 tidur.


9. Pergi ke hospital kerajaan, tengok dah ramai orang. Ada bakul disediakan untuk pelawat/pesakit letakkan kad temujanji mereka. Pergi kat situ tengok dah ada 10 kad temujanji pesakit lain. Dalam kepala fikir kalau letak kat atas ni nanti mesti lambat kena panggil, so kita pun dengan bijaknya meletakkan kad temujanji kita di bawah sekali seolah2 kita orang yang pertama datang.


10. Terima jemputan jamuan makan. Bila sampai, ternampak ada satay di meja buffet. Satay ni memang favorite ni, kalau beli kat luar satu cucuk dah 70 sen sekarang, rugi kalau ambil sikit. Maka kita pun ambil la 30 cucuk satu pinggan, tanpa memikirkan orang di belakang.



Ini baru sedikit contoh yang memang terlalu sangat biasa berlaku dalam kehidupan2 kita seharian. Ini baru dalam perkara2 asas seperti sikap kita atas jalanraya, pengangkutan awam, hospital, jamuan makan, belum lagi melibatkan perkara2 yang lebih besar seperti urusan pekerjaan, politik, perkara yang melibatkan kepentingan masyarakat dan lain2. Mungkin korang sendiri boleh bagi lagi banyak contoh yang menunjukkan betapa kita terlalu pentingkan diri sendiri dan tidak memikirkan pasal orang lain.


Semua orang ada masalah sendiri.
Semua orang juga ada urusan sendiri.
Semua orang juga nak cepat.

Tapi janganlah jadi orang yang pentingkan diri seolah2 kita sahajalah yang paling ada masalah paling besar, urusan kita sahajalah yang paling penting melebihi urusan orang lain dan kita sahajalah yang perlu cepat.

Kenapa tak boleh jadikan sabar, tunggu giliran dan peduli dengan orang lain sebagai budaya dalam jati diri kita?




tags: orang malaysia terlalu pentingkan diri sendiri selfish melayu cina india kiasu masalah urusan nak cepat

49 ulasan:

  1. 4 sebab kenapa orang Butthurt dengan Zack

    BalasPadam
    Balasan
    1. im second!!! Zack are the best! lulz

      Padam
    2. Budaya ini dah sebati dalam UMNO-BN.. Apa nak heran..
      Sokong Azizah jadi MB Selangor & PM Malaysia ke-7!

      Padam
    3. BANGANG KAT SINI PON KO NAK CITER PASAL BINI KO NAK JD MB..GILER KE APE...

      Padam
  2. patutlah ada subjek sivik.
    Zaman aku dulu, setakat alam dan manusia saja. haha..

    aku pun nak tambah. Bilamana kita beri signal untuk menukar lorong depan dia, dia yg sebatu jauhnya, terus pecut sebab tamak haloba macam kera nak makan cili tu la.. haha..
    geram betul macam tu. Bila kita tak jadi pecut, boleh pula dia bawa 80km/hr. grrr..

    tapi aku percaya lebih kurang begini, bila kita bagi dia laluan, esok2, org bagi laluan kat kita. (perumpamaan untuk semua yg kita lakukan)

    Chill;
    Nasiha.

    BalasPadam
  3. tp kadang2 nk penting diri jgn melampau2 dn menyusahkan orang yg suka sushkan org lain lol..tp psl eksiden moto aku rasa rmi lagi masih turun tolong xde yg blah terus.... lagi satu pergi masjid tibai selipar orang sebb selipar sendiri xde tinggal kat rumah tu antara ciri2 penting kan diri gk

    BalasPadam
    Balasan
    1. aku rasa ko ni syok sendiri la sirosli. ada lagi ke kes orang rembat selipar ni? dulu2 ye la kot.. zaman sekarang mana ada dah.. nak kutuk org malaysia pun agak2 la tengok realiti betul2. jangan main sebat jer asalkan dapat top komen.. nak poyo pun berpada.. takde apa anugerah pun kalo ko dpt top komen

      Padam
    2. Org skrang mana ada nak hilang slipar kat masjid/surau dah..sbb pergi masjid/surau pun tak.

      Padam
    3. org skrang citer lebih je pegi masjid surau bagai. padahal nak upkan komen jer. kejar top komentar lepas tu berbangga. komen xdak isi

      Padam
  4. org plenet mana yg tk pntingkn diri? pr00000000oootttT dmuka sirosli! argh!! leganya

    BalasPadam
  5. Ada kes..kawan aku buat kenduri bertunang dia. Tukang masak yg dia panggil tu org luar yg dia panggil khas utk masak lauk pauk. Lepas siap masak..tukang masak tu kol saudara mara dia dan suku sakat dia utk dtg amik lauk walaupun xde pun yg dijemput sebab takde kaitan dgn keluarga kwn aku. Sebelum majlis mkn2 mula..makann dah tinggal separuh. Suku sakat tukang masak tapau abis. Kesannye..tetamu yg dijemput ramai tak dpt makan. Org kritik majlis kwn aku.

    Kes kedua..adik beradik aku buat kenduri kawin depan rumah dia. Kali ni kami perhatikan je tukang masak yg kami amik. Jiran2 kawasan perumahan tu kami jemput dan sudah tentu saudara mara semua wajib. Lepas makann siap dihidang..org mula dtg makan. Jiran sebelah rumah dtg angkut makann guna tupperware besar..berkali- kali trip dia. Cukup utk tmpung keluarga dia makan selama beberapa hari. Ada jugak jiran2 lain yg turut angkut lebih dari sepatutnye. Kesannye..saudara jauh yg smpi petang tak dpt mknn cukup.

    Adakah org malaysia ni memang mengcekik tak kira tempat dan bermuka tembok setebal tembok besar china?. Adakah kita terlampau lapar dan fokus kepada anak beranank kita sampai tak ambil kire langsung majlis org lain?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Huduh gile pe'el diorng tu, xreti malu kt tuan rumah ke? ko duk daerah mane tu?

      Padam
    2. Yg kawan aku tu klntn. Yg umah adik beradik aku tu kwsn sekitar gombak. Kite nak marah pun takut putus hubungan jiran. Mak aku nangis masa tu sbb ada tetamu yg ckp " kalau tau x cukup mknn..jgn la jemput ramai2". Padahal kami dah bajet..mmg tu standart dan mmg akan cukup..siap akan de lebih kit. Tp kalau dah sorang tu amik smpi 10, 15 org pun boleh mkn..mmg x akan cukup. Kitorang terpaksa order nasik arab dan tmbah bajet. Aku mmg nak gi sound jiran adik beradik aku tu..tp dia tak bg..tkut gduh dgn jiran. Bg aku jiran cmtu tak payah ada pun x pe la. Nak bertegur sape dgn org pun tak.

      Padam
    3. Orang camni patut bagi ayat sarcasm je.

      Padam
    4. kalau lauk tak cukup, ko pergi mintak balik. cakap "makcik, boleh bagi balik tak lauk yang berbesen tapau td tu?ramai lagi la yg tak dapat makan..terima kasih la sebab tolong simpankan"

      Padam
    5. org kelantan mmg celaka perangai cm haram... idup berpuak2... kronisme.. pentingkan diri... org kelantan kalau kerja kt gomen ke kompeni mana2 ke, mula la nk bwk famili dgn suku sakat diorg join skali.. cam syial je... tu yg kt gombak tu pun msti org kelantan gak.. org kelantan kalau kt kl suka sgt duduk kt area2 gombak, greenwood, tmn melawati, sentul, kwsn2 yg dkt dgn highway karak... sbb senang diorg nk cabut balik kampung... aku mmg dh lama ban org kelantan... mmg x la sume org kelantan yg perangai cm haram, tp majoritinya mmg mcm tu... utk keselamatan & kesenangan diri aku lbh baik aku jauhkn diri & jgn ada hubungan lgsg dgn org kelantan, xde nk pening2 kepala

      Padam
    6. pukul je tukang masak tu. bodoh xleh diajar

      Padam
    7. pertama... tukang masak dgn jiran dlm cerita ko tu bkn pentingkan diri lg dah tp dh sampai tahap bangsat...

      kedua... anon 3:58 aphal nk kait2 dgn org kelantan lak?? manusia yg berperangai bangsat ni kt mana2 ada, termasuk dgn kau2 sekali

      Padam
    8. slhkn diri sndiri dlu.. sbb kes pertama tu da bg signal amaran. tp ko tetap berkeras kononnya ko da buat bajet padahal kemungkinan mknn xcukup tu masih ada.

      Padam
    9. Nak salahkan diri dia pehal pulak anon 937 baghal woiii. Ko tak pernah buat kenduri ke? Budak2 lagi kot ko ni. Kalau ko tmpah katering..katering cas ikut kepala. Kalau ko ckp tetamu 300 orang..mst la ko tempah makann lebih dari 300. Contohnye amik utk 400 org. Sebab amik kira budak2 dan ahli keluarga. Katakan katering cas utk 400 org tu rm9000. Contoh je. Ko pun keluarkan bajet jumlah tu. Kita nak bg mknn org ni ikut bajet duit der..bukan ko main sebat je. Xkan ko nak ckp kat katering jumlah tetamu unlimited. Aduhhh.baghal

      Padam
    10. Nih orang kata amanah dan kesedaran sivik... Tuan rumah upah dia masak bukan untuk dia tapau... Yang tapau pulak tak pikir cukup atau tidak baki lauk tu... Sebetulnya dah hujung masa kenduri dah nak habis, masa tu lah paling sesuai nak tapau... berapa banyak baki tapau lah... Bukannya tapau pada awal atau pertengahan majlis...

      "janji aku dapat makan free" tu la ayat orang Malaysia

      Padam
    11. Haaa..betul tu anon 849. Tu lah yg tepat. Nak tapau tgk baki lepas akhir majlis. Bukan tapau masa majlis belum mula atau baru mula.

      Padam
  6. - ketika memandu... tetiba terasa haus... berhenti kat stesen minyak.. beli minuman dan sedikit makanan ringan... sambil memandu... makan dan minum... selesai makan dan minum... bukak cermin... campak bungkusan minuman dan makanan.... "mana bole letak sampah dlm kereta aku... nnt kotor la"

    - ketika memandu di lebuhraya... tetiba perut memulas... berhenti kejap kat RnR... gi toilet... nengok jam... "dah lewat ni"... lepas membuang... cebuk... terus blah.... tak flush.... "nnt pekerja bangla tu bole flushkan... kalau tak.. diorg tak de kerja pulak"

    - situasi sama seperti di atas... lepas kencing... capai hos air... basuh... pastu... campak je hos tu.. tak sangkutkan balik.... "malas la aku nak tunduk2 ni... nak cangkukkan hos ni"

    BalasPadam
  7. aku paling bengang bab meeting kat tempat kerja.. aku jenis datang awal balik on time.. so bila ada meeting, aku request start pukul 8.30 tepat, bos selamber cakap ramai tak sampai lagi la, buat meeting petang la. tapi buat meeting lewat2, time balik kerja pukul 5 macam tu, time tu la baru nak start meeting. ishh geram aku. betul2 fikir diri sendiri, kita ni dah la rumah jauh, jem lagi, bos naik motor selit2 rumah dekat tak pe la.

    BalasPadam
  8. que panjang nak bayar makanan, tetiba orang depan elok pulak bagi que kat kawan2/geng2 dorang nyelit depan.. perghhh menyirap

    BalasPadam
  9. Sy agak bersetuju dgn tulisan ini. Most of the rakyat Malaysia terlalu pentingkan diri sendiri.....sukar nak mengeluarkan kata maaf dan egoistik.

    BalasPadam
  10. masuk meeting, ngantuk giler dengar presentation entah apa2.. after 2jam, stop kejap untuk refreshment, ada kuih2 kat luar bilik meeting, tapi orang yang kerja kat aras tu, yang tak berkaitan, yang tak masuk meeting pun, sebok join sama bedal makan2. adoi dah la lapar + kematu dok dengar meeting entah apa2, makanan pulak kena rembat.

    BalasPadam
  11. kalau kat traffik light, punye la beratur panjang.. pastu datang kereta dari belakang, selamber je nak menyelit, dah la bukan 1 line yang menyelit, tapi 2 line. yang paling geram, yang kereta kat lorong betul ni punye la terhegeh2 terkedek2 nak tekan minyak, sempat sampai 2-3 buah kereta menyelit, pastu ingatkan nyelit nak masuk line kite, rupanya nak masuk line lagi kanan nak belok ke kanan.. terkedek2 nak menyelit masuk line sebelah pulak depan kita. perghhhh angin

    BalasPadam
    Balasan
    1. Teringat kwn aku. Mse tu gi cameron. Dah sana sejuk..masing2 buke tingkap. Time tu lak jalan sesak. Tetibe de kete main skip je kete member aku.sikit lagi nak berlaga dgn kete member aku. Dengan serta merta member aku kuar kepala dia ikut tingkap..dia jerit ' pukimak la wei..beratur la siot!! Orang lain pun nak cepat jugak" Dan macam2 lagi ayat ugutan dan caci maki. Trus kete tu ketepi bagi kawan aku jalan dulu..tgk2 kapel dlm kete tu..terkaku mamat yg bwk kete tu..dia angkat tgn tnda sorry. Aku dah tergelak giler..aku ckp kat kwn aku " fuh..ni pesal ganas semcam je ko ni? Tak sangka ko gengster cmni".. Member aku ckp " dah la woi..jgn la nak gelak2..aku rasa kesian pulak kat mamat tu..ya allah..aku terlepas marah td". Hahaha..

      Padam
    2. ni mesti jem sebab ada pasar malam kat brinchang tu kan? situ memang paling bengang weh, semua dok pakat potong line, aku kalau jadi kereta yang belah setentang, memang sorry la aku nak bagi laluan kat kereta2 yang nyelit ni.. aku kekalkan je lorong aku, then suruh yang nyelit2 ni masuk lorong sendiri, selagi tak masuk, selagi tu aku tak bagi jalan.

      yang kawan ko tu, nasib baik couple, so dorang pun berenti tepi angkat tangan, kalau gengster2 paria.. confirm gado.. hehehe

      Padam
    3. ha. betul la tu. sbb pasar mlm brinchang..perghh!dah la jalan turun naik bukit. jem pulak. Tu la yang aku gelak kat kwn aku tu. aku ckp kang tak pasal2 turun muka sebijik2 macam bouncer ke..mampus. dia cakap "la, apa guna kawan2 laki penuh satu kete..kita lawan la". aku cakap xde keje aku nak gaduh lebam2 muka sebab potong line punye hal, baik aku lepak makan strawberry ngn jagung mutiara sodapppp.

      Padam
    4. nk bgtau ko mampu melancong gi cameron highland la tu... xpyh la nk riak sangattt.. stakat pegi cameron highland je pun, bknnye gi negara cameroon pun

      Padam
    5. Ah sudahhh..ko ni pehal lak anon 352? Org lain rilek je. Xde nak riak pekebenda pun. Dah kejadian berlaku kat sane. Xkan aku nak ckap kat depan umah ko pulak. Meleis sungguh. Berat nanangggg

      Padam
    6. entah anon 3:52. semak pulak kat sini.. orang dok syok borak pasal cameron kot. ko tu yang sebenarnya tak pernah jejalan kat cameron kan? kesian ko.. sini la aku bagi nasihat kat ko, kalau ko nak turun or naik brinchang, elakkan pada setiap hari sabtu, start petang sabtu sampai subuh ahad ada pasar tu ok.. kalau time cuti sekolah, hari2 pasar tu ada.. jem tak hengat punya.

      ha anon 3:29, aku rasa kan, kalau orang tu ajak gado, korang kot orang pertama cabut lari. time tu putus kawan pun putus la, asalkan bukan putus jari ke.. hahaha.
      ha pasal jagung mutiara, jagung apa tu weh? aku 1st time dengar ni. nyesal pulak tak tau awal2. next time naik memang aku cari la.. yang strawberry celop coklat tu, kebanyakkan kedai2 guna coklat murah cair. tak sedap langsung, tapi strawberry yang gelap2 merah tu, memang perghhh terbaek la!

      Padam
    7. Haha..xtau.aku dgr org sane panggil jagung tu jagung mutiara. Sebab ada putih2 mcm mutiara warna isi jagung tu kot

      Padam
  12. aku nak olah sikit point no3, ada 3 lane, biasala lane paling kiri lori2 lembab2.. kite steady maintain lane tengah kelajuan 90kmj, tetiba ada kereta dari lane paling slow, masuk ke lorong kita sebab depan dia lori lagi tembel dari dia, kita siap terbrek sikit sebab nak bagi ruang kat dia, kesian kan lori slow sangat tak pick up naik bukit, tapi bila dah masuk lane kite, perghhh selamber je dia mengekalkan kedudukan/tak masuk balik ke lane kiri pastu maintain degan kelajuan dia cuma 75kmj.. walamak, macam bangang!

    BalasPadam
    Balasan
    1. sbb dia da selalu hadap kete or moto selamba potong lori dia ikut lane kiri. klw dia gopoh masuk kiri balik blh masak jgk akibat dia.

      Padam
  13. Kita terus buat barisan baru di lorong kecemasan dan potong orang lain. - kl nampak ada org mcm ni, korang jgn bagi dia masuk line jalan balik. kl terlanggar mintak dia byr sambil ugut panggil polis. sah-sah dia xberani lawan balik sebab confirm dia salah

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau aku, memang aku tak bagi.. tapi kereta2 depan aku, adoi ramai betul yang kedek2 atau memang sengaja bagi laluan kat orang yang menyelit ni..

      kawan aku pernah cerita, dulu ada polis jaga jalan tu, sapa yang nak menyelit, dia direct bagi saman, so yang mane tetiba nak menyelit, memang automatik la belok kiri, dah kena pusing jauh. kekeke, padan muka! now polis apa pun tak de yang jaga, sabar je la

      Padam
  14. 100% setuju, lgi2 no 3. selamba jea =.="

    BalasPadam
  15. Saya bersetuju dengan tulisan ini.. Kesedaran sivik sangat rendah dalam masyarakat di Malaysia.. Hatta dalam kalangan mereka yang berkopiah dan bertudung labuh sekali pun.. Nilai sivik masih sangat kurang..

    Mungkin tambahan kepada senarai ini:

    11. Sukar untuk bertukar2 senyuman.

    12. Mmbuang sampah, puntung rokok keluar dari tingkap kereta..

    13. Para peniaga yang mengambil untung terlalu tinggi.. Ini menganiaya masyarakat dan tak silap saya boleh menjadi riba..


    Jika perkara ini tidak diubah, generasi akan datang melihat ini sebagai satu kebiasaan dan menjadikan ia satu norma. Hasilnya masyarakat akan jadi lebih teruk dari generasi sebelumnya.

    BalasPadam
  16. Selagi kita tak hormati hak orang lain, selagi tu kita takkan terasa hak kita cukup dihormati...

    Tapi jujurnya, byk dr di atas yg aku pernah buat...hehehe

    BalasPadam
  17. PALING BENGANG NAK BAYAR CASH TP BERATUR KAT TOUCH N GO....GILER BABI BTOL ORG CMNIH....

    BalasPadam
  18. gamba yg naik LRT tu sume warga malaysia ke?
    apa yg aku tgok sume warga asing je

    BalasPadam
  19. Halla.. inikan masyarakat berbilang bangsa.. apa salahnya bagi laluan.. sporting la skek.. entah2 mamat tu nak terberak ker.. tetiba benti tepi jalan sempit.. lagi jem teruk.

    Pada aku, kita boleh bincang apa saja. Tapi tak akan mengubah apa2.. lagi dibincang, lagi menjadi2..lagipun inikan akhir zaman.. sudah tiada kebaikan lagi boleh diharapkan dari orang sekeliling.. memasing nafsi2..

    BalasPadam
  20. ada yg biasa saya kena, ada jugak yang biasa saya 'terbuat' :)

    BalasPadam
  21. Malaysiaku.. ini harapnya jadi dongeng tok selampot.

    Memang menakutkan spesis-spesis yang berada di Malaysia. Jika ditaruk dalam list lagi, nak jumpa yang positifnya agak susah dan tak ramai yang betul-betul baik dan bagus.

    Lihat sendiri. Dari rumah, ibu ayah didik saya rasa 99.99% nya perkara baik sahaja. Bila keluar pintu rumah saja, jiran kita sudah macam sial. Sampai ofis, kengkawan pulak asshole-asshole belake, dari manager, engineer mahupun staff bawahan. Ini 'manusia the other" yang kita kenal pun dah mcm haramjadah dah, lagikan pulak yang langsung kita tak kenal. Berbagai-bagai perkara haramjadah boleh berlaku.

    Kitaran begini sukar diubah. Tekanan hidup dipelbagai peringkat kehidupan menyumbang kepada semua di atas. Ada klik saya seorang engineer, kerjanya selalu mendajalkan member-member lain. Ini sudah jadi hobi paling asshole yang paling digemarinya. Boss pulak suka dengan dia. Tiap kali appraisal, hampir 90% semuanya VG.

    Pada saya, tiada apa yang boleh kita harapkan dari masyarakat sekeliling. Dari ketua kampung, tok imam, menteri-menteri.. sukar kita merasa kebaikan-kebaikan secara percuma lagi. Apabila fulus bertukar tangan, barulah pintu kebaikan ini mula dibuka. Habis masa servis fulus, maka tamatlah servis kebaikan tersebut.

    BalasPadam
  22. Tgk tahap kepentingan diri sendiri di malaysia, itulah bench mark negara kita skrg utk capai negara maju....negara maju kebanyakan penduduk mempunyai etika n mentaliti yg tinggi, tgk negara yg mundur mcm afrika atau mana2 negara asia, jauh tl teruk dr kita..so kita still kat tengah2.

    Sebelumanda menuduh org lain pentingkan diri sendiri, better anda ubah diri anda dahulu. Kalau pgg konsep org lain kena ubah dulu..dlm 100 org xde sape yg nak jd kick starter utk berubah.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...