Secara peribadinya, aku memang anti kumpulan boy band tak kiralah ko nyanyi lagu nasyid ke, lagu pasal tudung ke, lagu cinta ke atau apa2 sahaja lagu sekalipun, walaupun satu ketika dulu aku layan juga lagu Backstreet Boy. Sebuah kumpulan yang dipenuhi lelaki2 yang menari mengikut choreography sambil menyanyi memang bukan selera aku.
Namun untuk parodi ni, aku puji juga kesungguhan anak2 muda ini iaitu kumpulan Voice of Men serta penulis lirik iaitu MrTheAllshared, Aisyah Shakirah dan Azfar Ibn Hamzah untuk berdakwah melalui lagu boy band, malah kualiti dan cinematografi klip video lagu ini pun bagi aku jauh lebih bagus dan cantik dari kebanyakan video klip lagu artis2 mainstream Malaysia. Bukan senang nak bikin lagu, video klip serta koreografi tarian walaupun untuk lagu parodi.
Cuma pasal tudung, hijab, jilbab atau apa2 sahaja yang korang nak panggil, bagi aku bukan tudung yang menjadikan seseorang wanita tu cantik luaran dan dalaman. Bagi aku wanita yang tak bertudung juga boleh nampak cantik. Wanita seksi juga cantik. Wanita tua yang pakai mekap tebal 10 inci dan bulu mata panjang juga boleh jadi cantik dan nampak bergetak macam anak dara. Malah wanita bertudung ramai juga yang ada klip video 3gp mereka. Tudung cuma pakaian atau medium untuk menutup aurat. Dan kita menutup aurat bukan kerana nak nampak cantik, tapi kerana dah itu yang kita sebagai seorang muslim kena buat sebagai seorang hambaNya.
Lelaki juga boleh pakai seluar pendek untuk nampak smart. Orang bersukan juga biasanya pakai seluar pendek. Tapi seorang muslim lelaki yang patuh akan pakai seluar panjang bukan sebab dia rasa lebih selesa pakai seluar panjang, terutama untuk bersukan dan main bola. Kalau ikutkan, pakai seluar pendek lebih selesa dan memudahkan pergerakan untuk main bola, tapi dia pakai juga seluar panjang kerana menuruti kewajipannya sebagai seorang muslim.
Kenapa seorang muslim solat? Ada alasan lain selain kerana Tuhan?
Kenapa seorang muslim berpuasa? Kerana nak diet untuk kurus?
Kenapa seorang muslim bayar zakat? Kerana nak potong cukai pendapatan?
Kenapa seorang muslim menunaikan haji? Kerana nak dapat gelaran haji di depan nama?
Perlu diingat yang segala ibadah dan kewajipan yang kita lakukan, adalah hanya semata2 kerana Allah, tiada alasan lain. Tudung tidak menjadikan seorang wanita cantik. Seluar panjang tidak menjadikan seorang lelaki kacak. Seorang wanita bertudung menjadi cantik apabila dia pandai menggubah dan menggayakan tudungnya. Seorang lelaki berseluar panjang menjadi kacak apabila dia masukkan baju dalam seluar dan tarik seluar sehingga atas pusat. Kecantikan luaran adalah bagaimana seseorang itu berhias dan bergaya untuk nampak cantik di mata orang lain.
Manakala kecantikan dalaman hanya dapat dinilai dengan keikhlasan dan keimanan kita.
tags: lagu boy band parodi kumpulan group voice of men mrtheallshared hijab makes you beautiful one direction 1d 1directioners kecantikan luaran dalaman
Kreatif :)
BalasPadamJika PKR memerintah, setiap hari kita akan mendengar alunan ayat suci al-quran, bukannya mendengar lagu yang lagha macam ni..
PadamHi, Anwar Ibrahim! Can u please shut up...
Padamapakejadahnya ni semua?
BalasPadamWah noob.. gembira juga tgk hang ada bakat jadi ustat.. baguih2.. Osetat Noob cantik ke apa..
BalasPadamInsaf giler aku yg dah banyak melencong dr landasan agama.. walaupun aku 10 tahun bersekolah agama aliran arab.. kalo hang serius.. hang bley jadi UAI..bravo..
serius aku nak tengok video tu baru tgk separuhterus tutup -_-
BalasPadamsame la aku pun..x mampu nk teruskn smpai abis..naper ek?
Padamsbb ni gay band yg cuba menarik perhatian hijabis dgn mencedok lagu dr gay band popular & convert jd lagu yizlumik
PadamTnya plak.sbb ko jeles la.ko xmampu buat apa y diorng dh buat..huh..
PadamKo snyap2 menari dlm bilik x..kihkih
anon110 pun ngok,nama pun parody.ko phm x mksd parody ni
Apa salah depa cedok?mmg buat nk bg org tgk.dpa ni sapa kenai pun dak..tht y depa parodikan lgu band y femes
Padamgeli gile tgk lelaki2 melayu dok terkinja2 cam 1 direction, pas tu nyanyi lagu psl tudung pulak... xkena lgsg
Padammotif bagus.. ak rasa hanya lelaki2 metro dan bapak budk or perempuan je lalu tengok... lelaki bujang normal yg tak lalu nak tengok orang tak normal buat video tu ...
PadamOrang cuba berdakwah, dikutuk. Disalah erti.
BalasPadamKita xtahu niat seseorang, jgn pandai nk menilai.
Allah pandang usaha, bukan hasil.
okay....
Padamya ya, dakwah dengan menari2 mcm artis barat... usaha menari tu dah ada... ok ok kami faham...
Padambila masa aku kutuk?
Padamrilek..parody je la. ramai betul peminat one direction marah lagu band feveret diciplak.hahah. Zaman la ni buat apa pun semua tak kena. Kita ketepikan la yang bab tak kena atau tak best tu. kita tgk part yang elok sikit..mungkin pasal galakkan pmpn pakai tudung. Support la depa..bagi cadangan..buat parody dan lagu yang lebih baik dan islamik. Nak kutuk org cari salah org tu memang lebih senang dari lihat kebaikan orang. Belajar-belajar la tgk kebaikan. Paham2 je la zaman sekarang ni semua benda mengarut...nak kira baik buruk, lebih bnyak buruk dari baik. Jadi yang baik tu la kita tgk walau sikit.
BalasPadamBtl aku stuju sgt.yg aku heran yg suka judge apa y org buat ni nampak buruk je,dia tu dh suluh ke diri tu kt cermin dalam2.apa y dia tau,baca entry pastu laju je tgn tu menaip komen kondem org..korng2 apa usaha pun xada..ok seriously xada.
PadamGile hebat anon 601, kenal sumer org kt blog ni..pstu yakin plak tu sumer org yg komen sni xde pape usaha utk mengajak org lain ke arah kebaikan.....gile hebat dowh~~~
Padamlol
Untuk manusia2 yang kondem -ve kt org shj tp dri sndri nothing,loser,useless,jobless n whateverrr...mohon jgn terasa if u are not.not at all..
Padamfulla..gile hebat dowh gua rojak bhsa bm bi gua..triple loud of laugh:-D
PadamKita sibuk dgr hiburan sana sini, baca al-quran n taksiran pun susah nak buat.....pas2 byk buat pendapat agama sendiri. Kalau anda dekat dgn al-quran shampir setiap hari, InsyaAllah anda xkan lalai di dunia.
BalasPadam