Siapa yang Merdeka?
Bayangkan jikalau kisah Puteri Hang Li Po dan Hang Tuah lima bersaudara sebenarnya tidaklah sebagaimana yang diperkatakan dalam sejarah Melayu Melaka, tetapi sebaliknya hanyalah lagenda?
Bagaimana pula jikalau ada sejarah lain yang benar mengenai sesuatu peristiwa penting, namun sejarah tersebut disembunyikan?
Apakah motif sejarah diperlakukan sedemikian rupa? Siapakah yang menerima faedahnya?
Saya bukan berniat untuk menghasut bahkan apatah lagi menghina tarikh kemerdekaan 31 Ogos 1957. Namun, saya ingin mengajak rakyat Malaysia yang berfikiran matang dan terbuka meneliti serta mengkaji semula sejarah sebenar “Persekutuan Malaysia” daripada pelbagai sumber dan aspek. Tahun ini, hari kemerdekaan telah masuk tahun yang ke-57.
Dilema Sabah dan Sarawak
Salah satu kesilapan fatal dalam penyampaian sejarah adalah kronologi peristiwa Pembentukan Persekutuan Malaysia 1963.
Sabah dan Sarawak pada mulanya telah pun merdeka, masing-masing daripada British pada 31 Ogos 1963 dan 22 Julai 1963. Oleh sedemikian, secara rasminya Sabah dan Sarawak merupakan negara yang berdaulat.
Sabah dan Sarawak belum sempat meniti cita-cita sebagai negara berdaulat seperti yang dijanjikan British. Tiba-tiba, dengan tidak semena-mena sebuah gagasan baru dicadangkan dan dilaksanakan oleh Suruhanjaya Cobbold atas desakan rayuan Malaya serta kerjasama British untuk membentuk sebuah negara baru bagi mengimbangi kuasa politik, menghalang pengaruh komunis serta keseimbangan kaum dan mengukuhkan kedudukan ekonomi. Model Persekutuan yang dijanjikan adalah serupa seperti United Kingdom.
Pada mulanya, ramai rakyat Sabah dan Sarawak tidak bersetuju dangan gagasan persekutuan tersebut kerana ianya dianggap satu bentuk koloni baru oleh Malaya. Namun, setelah rundingan, hampir kesemua parti-parti Sabah dan Sarawak pun bersetuju membentuk Persekutuan Malaysia bersama Singapura.
Rentetan peristiwa tersebut, Perjanjian Malaysia 1963 pun temeterai dan Persekutuan Malaysia pun diisytiharkan pada 16 September 1963. Beserta Perjanjian Malaysia tersebut, dimuatkan juga Perjanjian 20 Perkara Sabah dan 18 Perkara Sarawak.
Jikalau 20/18 Perkara Sabah dan Sarawak itu hanya memorandum dan bukan perjanjian sebagaimana didakwa oleh segelintir “pakar sejarah” mahupun ahli politik, maka penubuhan Persekutuan Malaysia 1963 langsung tidak melambangkan citra keagungan, kesucian, kemuliaan dan kedaulatan kerana ianya dicabuli dan menzahirkan bahawa Malaya memang sebuah kolonial yang licik. Melalui Perjanjian tersebut barulah dikatakan lahirnya sebuah cinta iaitu Malaysia dimana ianya dibentuk menjadi sebagai Persekutuan.
Realiti Semasa Sabah dan Sarawak
Kita lihat pelbagai persepsi serta konotasi negatif dilemparkan apabila penduduk Sabah dan Sarawak berhijrah ke Malaya atas sebab melanjutkan pelajaran dan peluang pekerjaan. Sebagai seorang siswa, saya serta rakan-rakan Sabah dan Sarawak saya pernah diajukan soalan seperti “Di Sabah/Sarawak masih ada yang tinggal atas pokokkah?”, “Orang di kampung masih pakai cawatkah” dan pelbagai lagi soalan mengejek lain diajukan oleh segelintir siswa Malaya yang jahil.
Tidak kurang juga di laman sosial, masih ada lagi juak-juak seperti pekerja jabatan kerajaan dari Malaya seperti guru yang kurang prihatin atau tidak ikhlas mempersoalkan mengapa mereka dihantar ke sana serta menghina penduduk Sabah dan Sarawak kerana tidak mempunyai kemudahan infrastruktur yang lengkap serta kekurangan tenaga pekerja tempatan mereka walhal mereka tidak diberi peluang atau tidak mempunyai ruang kerjaya di kawasan mereka sendiri.
Jika dilihat pada paksi realiti, Sabah dan Sarawak membangun dengan pesat terutama di kawasan-kawasan bandar serta pekan-pekan kecil.
Persoalannya, mengapa kawasan perkampungan dan pedalaman masih lagi miskin dan tidak dilengkapi keperluan asas yang mencukupi? Jikalau dilihat pada kekayaan hasil muka bumi seperti minyak Sabah dan Sarawak, Petronas memperoleh keuntungan hasil kira-kira RM 70 billion setahun. Mana mungkin 5% royalti minyak itu cukup jikalau ianya tidak mencukupi untuk keperluan pembangunan infrastruktur serta modal insan di Sabah dan Sarawak.
Realitnya 2/3 hasil minyak tersebut adalah diperoleh dari Sabah dan Sarawak yang sepatutnya ada hak mengurus peratusan perolehan mereka untuk diberikan kepada Persekutuan.
Tidak kurangnya dengan pelbagai masalah-masalah lain, seperti kebanjiran pendatang asing tanpa izin di Sabah, serangan pengganas di Sabah projek empangan mega Sarawak dan banyak lagi.
Persoalan utama bagi penduduk Sabah dan Sarawak adalah: Inikah yang wajar mereka peroleh selama 51 tahun dalam Persekutuan Malaysia?
Gerakan Nasionalis Sabah dan Sarawak
Atas kesedaran bahawa Sabah dan Sarawak berhak mendapat hak yang sama seperti Malaya, serta inginkan keadilan dan kebenaran ditegakkan, maka ramai individu Sabah Sarawak tampil mempersoalkan status quo mereka dalam Persekutuan Malaysia.
Daripada beberapa individu ini, maka tampillah gerakan nasionalis yang bergerak secara berperingkat-peringkat bagi memberi kesedaran.
Meskipun demikian, tidak semua gerakan nasionalis ini sama pada zahirnya. Ada gerakan yang memperjuangkan hak Sabah dan Sarawak hanya untuk Sabah dan Sarawak sahaja, ada pula gerakan yang memperjuangkan pengkajian semula Perjanjian 18/20 Perkara Sabah dan Sarawak, serta Akta Malaysia dalam Persekutuan Malaysia beserta pemulihan semula Persekutuan Malaysia. Ada pula gerakan yang memperjuangkan kemerdekaan mutlak Sabah dan Sarawak dengan pemisahan daripada Persekutuan Malaysia.
Persoalan sekarang, mengapa gerakan-gerakan ini timbul dan lebih berani? Adakah ini agenda pembangkang kerajaan?
Adakah ini agenda puak pelampau? Saya berpendapat gerakan ini timbul kerana kesedaran segelintir individu yang serik melihat anak bangsa mereka menagih simpati di tempat lain sedangkan tanah tumpah darah mereka kaya dengan hasil bumi.
Mungkin juga kerana serik ditipu dengan penyembunyian serta manipulasi fakta sejarah oleh juak-juak tertentu bagi kepentingan pemerintah. Mungkin juga mereka kesal dengan sikap pemimpin bangsa mereka terdahulu yang silap menandatangani perjanjian membentuk Persekutuan Malaysia dan akhirnya merasakan mereka dijajah oleh kolonisasi baru oleh Malaya.
Renungan erti kemerdekaan Malaysia 31 Ogos 1957 bagi Sabah dan Sarawak
Memetik kata-kata Naspazi’s Channel (Nasionalis Sabah) di laman sosial Facebook:
“Kalau Malaysia merdeka pada 31 Ogos 1957 (57 tahun); Kalau Sarawak merdeka pada 22 Julai 1963 (51 tahun); Kalau Sabah merdeka pada 31 Ogos 1963 (51 tahun); maka Bilakah Persekutuan Tanah Malaya merdeka?; dan Bilakah Malaysia dibentuk?; Adakah Malaysia itu Malaya?”
Sekiranya mengikut logik kata-kata tersebut, sesiapa yang mengatakan Malaysia itu merdeka 31 Ogos 1957 adalah orang-orang yang berdusta dengan sejarah.
Mana mungkin Malaysia merdeka, sedangkan Malaysia tidak pernah dijajah? Adalah lebih fatal jika Sabah dan Sarawak dianggap merdeka pada tarikh 16 September 1963 melalui pembentukan Malaysia.
Sarawak merdeka pada 22 Julai 1963 diikuti Sabah dan Singapura pada 31 Ogos 1963. Justeru, jikalau kemerdekaan telah disytiharkan, maka status kemerdekaan sudah pasti adalah negara. 3 negara iaitu Sabah, Sarawak dan Singapura yang telah merdeka bersama negara Malaya telah membentuk Persekutuan Malaysia; maka disitulah lahirnya sebuah cinta.
Akhir kalam, saya berharap agar pihak pemerintah menghentikan pemanipulasian fakta sejarah dengan mengikhtiraf kemerdekaan Sarawak pada 22 Julai 1963, diikuti kemerdekaan Sabah pada 31 Ogos 1963, seiring dengan kemerdekaan Malaya pada 31 Ogos 1957, agar tidak luput dek telan zaman.
Apalah makna kemerdekaan jika masyarakat masih terjajah dengan penipuan sejarah serta ketidakadilan sosial yang menghalang pembentukan identiti Malaysia yang sebenar?
Sumber Projek Dialog.
Bab tarikh kemerdekaan tu aku takmau sentuh sangat. Bagi aku memang tarikh kemerdekaan Sarawak pada 22 Julai dan Sabah masih sama dengan Persekutuan tanah Melayu iaitu 31 Ogos, namun untuk memberi keseragaman, Hari Kemerdekaan di sambut pada 31 Ogos sahaja manakala Hari Malaysia disambut pada 16 September. Sepertimana United States of America (USA), mereka menyambut Hari Kemerdekaan pada 4 Julai walaupun ada negeri yang menyertai mereka pada tarikh yang lain.
Cuma dari segi kemajuan dan pembangunan, tidak dinafikan Sabah dan Sarawak sudah agak terkebelakang berbanding negeri2 di semenanjung. Tak dinafikan terdapat negeri di Semenanjung yang penduduknya miskin tegar iaitu Kelantan, tapi kalau nak dibandingkan peratusannya lebih tinggi di Sabah dan Sarawak. Statistik berikut merupakan Statistik Bilangan Isi Rumah Miskin Tegar, Miskin dan Mudah Miskin Mengikut Negeri untuk tahun 2010 yang pernah aku paparkan dulu.
Kita merdeka dah lebih dari 1 abad, lebih dari 50 tahun, tapi kenapa penduduk Sabah dan Sarawak masih terlalu ramai golongan miskin tegar, malah tidak mengecapi kemajuan sepertimana di negeri2 di Semenanjung Malaysia, sedangkan mereka punya banyak hasil bumi dan tanah seperti balak dan minyak? Penduduk masih menggunakan sungai sebagai pengangkutan utama, kemudahan infrastruktur asas seperti jalanraya dan lebuhraya masih kurang. Tapi yang peliknya golongan atasan dan pemimpin masih boleh mengumpul kekayaan yang melampau2 banyaknya.
Apa bezanya Sabah dan Sarawak dengan Semenanjung sampai seolah2 dianaktirikan sedemikian rupa?
Sabah dan Sarawak dalam beberapa aspek mempunyai autoriti dan perundangan sendiri. Kerajaan mereka diuruskan oleh warga negeri mereka sendiri dan urusan mereka kurang campur tangan daripada Kerajaan Persekutuan. Sebab itu Sabah dan Sarawak mempunyai barisan Kabinet bertaraf Menteri dan mempunyai Kementerian sendiri.
So kalau nak menyalahkan Kerajaan Persekutuan semata2 di atas ketinggalan kemajuan di Sabah dan Sarawak tidak boleh juga sebab kebanyakan perkara memang mereka sendiri yang uruskan. Malah ada pihak yang menuntut agar Sabah dan Sarawak keluar dari Persekutuan Malaysia pun masih tak boleh menjamin yang Sabah dan Sarawak akan menjadi lebih maju dan makmur.
Rakyat Sabah dan Sarawak kini terbahagi kepada 3 golongan, iaitu mereka yang menyokong untuk keluar Malaysia, mereka yang mahu perubahan dengan menyokong parti pembangkang, dan mereka yang tidak mahu perubahan serta masih mahu kekal dengan keadaan sedia ada. Dan yang pasti, mereka yang tidak mahu perubahan serta masih mahu kekal itu majoritinya lebih ramai, sebab itu Sabah dan Sarawak masih kekal diperintah oleh pemerintahan yang sama. Mungkin majoriti penduduk Sabah dan Sarawak sudah selesa dengan apa yang dikecapi sekarang.
Sama juga seperti di Kelantan. Walau dalam statistik menunjukkan yang negeri Kelantan mempunyai penduduk miskin tegar paling ramai di kalangan negeri2 di Semenanjung, tapi kalau majoriti rakyat mereka memang suka dengan pemerintahan yang sedia ada, sudah selesa dengan keadaan dan kehidupan mereka, tidak mahukan perubahan dan mahu kekalkan pentadbiran sekarang, nak buat macam mana, itu adalah pilihan masing2.
Cuma apa yang aku nak tekankan, kita sebagai rakyat seharusnya tidak takut untuk berubah. Kita berubah untuk menunjukkan kepada pemerintah yang rakyat yang berkuasa, bukannya mereka. Bukan kita yang ikut telunjuk mereka tapi mereka yang ikut telunjuk kita, baik kerajaan BN atau PR. Tunjukkan kepada mereka yang jika mereka gagal, bila2 masa sahaja kita boleh tukarkan mereka, barulah mereka takut akan kuasa rakyat, tidak berlagak sombong, ego dan menjalankan tugas serta amanah dengan betul.
tags: erti kemerdekaan sabah sarawak keluar persekutuan malaysia sejarah penubuhan gagasan gugusan gabungan singapura singapore artikel perkara 18/20 hari tarikh merdeka
Isnin, 1 September 2014
32 ulasan:
Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.
* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
FFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiirrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrsssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssstttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Padamwoi aku gurau je noob...jgn marah aku syial......nak bisjut berperisa manggis ka?
Padamwei boob...rilek aaa...aku gurau je...jgn la remove....hahahhaha
PadamObe, jeles ke blog noob lagi byk komen genuine? Lek arr.. Lu punya nasik lu makan, dia punya nasik dia makan, apa salah makan sama2.. *kalau ni obe yg ori lah
Padamdia menempek kat blogserius, aku menempek la kat sini plak....mutualism la katakan huahuahhuahuahuhuhuhuhuhuhhu......sad truth
Padamni fake obe bukan ori, jgn jatuh ke perangkap fake obe ni....
PadamFans Sarawak terbaik, sambut
BalasPadamkami dengan
persaudaraan,walaupun sarawak
kalah -fans
kedah
2) memang rasa macam
bersaudara.
walaupun sarawak tewas 1-0 di
laman sendiri
dan JDT jadi juara liga super,
fans sarawak
memang sporting dan friendly.
kita celebrate
sama sama malam tu..The best
ending for
liga super -JDT fans
3) Awayday terbaik kami, kita
patut belajar
macam mana orang sarawak
melayan tetamu
- Penang Fans
4) Kita menang di Stadium Negeri
Sarawak,
tapi fans Sarawak sambut kita
dengan baik.
Syukur Alhamdulillah - Fans
Kelantan
5) Memang professional,
walaupun kalah di
shah alam 3-0, fans Sarawak
masih lagi
chanting sampai habis game,
lepas game ada
battle chant antara dua dua fans.
The best in
Malaysia - Fans Selangor
6) Lepas game dua dua fans
negeri
bergambar, tukar tukar mafla,
respect
semangat orang sarawak yang
datang dari
jauh untuk menyokong, walaupun
kalah 4-1
di Stadium Darul Makmur. Tak
ada sebarang
provokasi selepas game. - Fans
Pahang
7) Dari kitaorang datang,
disambut
senyuman, mereka tanya khabar,
ucap
tahniah kat kitaorang lepas
menang game 2-0
kat Stadium Negeri, sampai kat
airport pun
diorang nak ambik gambar dengan
kitaorang,
sarawak fans the best - fans
terengganu.
"perak membelasah fans Sarawak
sebab
diorang tu yang mula buat
provokasi tunjuk
fuck kat fans Perak, lepas tu
cakap nak
keluar Malaysia lah, anti
semenanjung. Kutuk
Melayu . Hek eleh, Korang tak
datang
stadium lagi nak sembang, aku
memang x
caya orang Sarawak ni, diorang
lidah
bercabang pandai buat cerita" -
note : dalam
semua stadium seluruh negara
fans Sarawak
pegi, Perak je yang cakap sarawak
mulakan
provokasi. Kalau kitorang nak
tunjuk fuck ke
anti malaya ke, dah lama dah
kitaorang buat
kat tempat sendiri ngan away
game tempat
tempat lain bro. sapa sebenarnya
lidah
bercabang
______________________________
__________________
renung renungkanlah
"deme ni tak bertamadun,
merosakkan harta
awam, ini lah perangai puak sakai
sarawak"
"kome penyokong sarawak semua
tak dapat
terime kekalahan ke? perangai
macam beruk
kat hutan" "ini kot perangai deme
merusuh
je koje nye, perangai mike ni tak
bertamadun
- fans perak, time sidak molah
team orang
pande daknya madah orang lain
provoke,
kenak batang idung dirikmpun?
kusss
semangat...lalu jadi hero wali
langit ketujuh
1) merusuh vs JDT
2)merusuh vs Selangor
3) memukul fans Sarawak
krik krik krik..(tukarkan perkataan
Sarawak di
atas itu dengan perkataan lebih
sesuai)
"Pengajaran daripada insiden
30.8.2014..Penyokong sarawak
boleh
menjadi penyokong paling terbaik
di liga
malaysia. Dan boleh menjadi
penyokong
paling liar dan ganas di dalam
liga malaysia -
terpulang dengan cara anda
melayan mereka.
(untuk tidak bias, komen fans
negeri yang
pernah datang stadium negeri or
bersama
sama Sarawak awayday lain dialu
alukan
sabah sarawak merdeka sebab dah setuju nak gabung bentuk malaysia.. kalau xda persetujuan samada masih naungan british ataupon di ambil alih indonesia..
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadamhasil bumi sabah serawak dpt kat geng spesis taib mahmud and da geng yg menyorok di belakang BN xyh salahkan sapa2 salahkan org yg mengetuai sabah serawak yg over gila kaya yg sembunyi harta kat luar negara tanpa org sendiri dapt rasa keselesaan... pastu claim yg salah tu semenanjung saja... salah sebenar adalah 2-2 belah pihak....
BalasPadamLebih rela dimakan famili sendiri drpd dmakan org luar yg bersikap jahiliah
Padamrasanya elok serahkan balik sabah sarawak kepada brunei...mungkin dpt menyelesaikan beberapa konflik....
BalasPadambagi kat kiram balik la. Nak brunei je. Kiram amik baru la stail..ada pancung2
PadamKalu brunei join malaysia aku yakin brunei akan terima nasib yg sama mcm sabah sarawak. Sabah sarawak negeri kaya sumber byk tapi rakyat miskin. Well You know the answer
BalasPadamAda org kata takut diaorg majukan sabah sarawak mcm singapore nanti one day diaorg tuntut nak keluar malaysia mcm singapore. Tp sy x pasti kesahihannya, cuma sy assume konsep yg sama indonesia hnya mampu majukan kepulauan jawa berbanding sumatera dan lain sbb agak jauh dr pentadbiran pusat. Lgpun sabah sarawak byk gunung ganang berbanding tanah rata yg hnya byk di pesisir pantai n kemudahan jaringan jalan raya yg x selengkap mcm semenanjung siap highway merata2....belum kes byk ppuan sabah sarawak suka sangkut dgn laki semenanjung sbb ada klas n kaya..sbb 2 laki sabah sarawak frust menongeng.
BalasPadamTp ni semua pendapat peribadi. .xde fakta kuat menyokong
1-klu xde fakta xpayah cerita la...ni da kes menghina...
Padam2-frust menonggeng? aku ok je ni...
3-sabah sarawak mundur kerana jauh dari pusat pentadbiran persekutuan...sementara hasil bumi terus mengalir ke semenanjung...
4-singapore keluar malaysia sewatu masih mundur...
5-yup..jalan raya kat sabah swak x sebagus yg ada di semenanjung, tp x seburuk yg anda fikirkan...
6-aku x rasa cewek2 sabah swak menggilai lelaki semenanjung...bagi mereka lelaki semenanjung atau sabah atau sarawak sama sahaja...kat sabah swak pun ramai lelaki kaya dan ada klass...
puiii pendapat peribadi ko nimcm sial... agak2 la byk ppuan sbh sarawak sangkut dgn laki semenanjung.. ini bkn pendapat peribadi ini pendapat sampah
PadamKah kah geli ati pulak baca pendapat sampah, tp jgn marah ye ayam, ni cuma pendapat p
PadamPoin ko pasal jalan raya tu agak tak ngam bro. Jalan kat semenanjung ni highway espalt banyak tapi jalan yang dekat menjadi jauh, banyak bottleneck. Itu pasal jem tiap hari. Mmg bengong sapa yang buat pelan jalanraya ni dulu.
Padamya! aku sokong taiyang!
Padamayammm ayammmm mungkin ko lebih pakar jalanraya afrika nun
bodoh punya ayam...komen tahap sampah
Padamtapi aku dah main banyak kali ngn awek smnanjung..mcm mana tuuu??? haha
PadamSabah sarawak mundur sbb cara kerja pemimpin kt sana yg cap ayam. Klu x pernah kerja kat sana jgn sembang la bro.
BalasPadamYg ni aku sokong. Sape yg penah keje kt sabah je tau cmne.. *sorry bah tompinai, sad truth bak kata obe
Padamwaw lu keja area mana ni bro tukang angkat najis ke?
PadamBg kiram je la..
BalasPadamTerima kasih kerana menulis ttg ini...
BalasPadamwew ulasan pasal negeri sabah ni perlu lebih detail kajiannya..kalau setakat sipi2 je.. bingung jwbna..terutamana mcm ayam nigga afrika tu...ahahaha
BalasPadam︿ ︿
PadamAle utooo!!
BalasPadamKiram da mati kena ale uto la.. ale uto....
BalasPadam