Khamis, 4 September 2014

31 Kopi penguat tenaga batin yang beracun dan bahaya

Kejadian serangan sakit jantung mendadak terhadap beberapa mangsa lelaki akhirnya membongkar kegiatan penjualan pelbagai produk kopi beracun yang dikesan mengandungi kimia berbahaya.

Kewujudan pelbagai produk kopi campuran dihasilkan syarikat ‘hantu’ ini dikesan kian berleluasa apabila ia mudah dibeli dengan harga RM5 sebungkus.


Menyedari bahaya produk kopi campuran ini yang mengandungi kimia analog sibutramine dan taladafil, Cawangan Penguat Kuasa Farmasi (CPF) Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur melakukan operasi besar-besaran bagi merampas produk itu di pasaran petang semalam.

Dalam operasi bermula jam 3 petang itu, sepasukan 90 pegawai CPF diketuai Ketua CPF Kuala Lumpur Asniza Alias menyerbu 23 premis menjual jamu dan ubat-ubatan tradisional di sepanjang Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini.

Ketika operasi dilakukan, pegawai CPF mendapati rata-rata kedai yang diserbu menjual peket kopi jenama Kopi Panggung dan Kopi Jantan kepada orang ramai.

Paket kopi diharamkan itu digantung di hadapan premis dengan kebanyakannya mendakwa dicampur herba Tongkat Ali dan pelbagai herba lain.

Sumber Harian Metro.

Aku rasa dah lama dah Kopi Jantan dan Kopi Panggung berada di pasaran. Sejujurnya aku tak pernah minum kopi jenama pelik2 yang mengandungi campuran pelbagai akar kayu, herba dan rempah ratus yang dikatakan boleh menguatkan tenaga batin sampai isteri tersenyum puas hingga ke telinga, lebih2 lagi kalau kat paket tu ada gambar lelaki tua bermisai lebat. Mungkin aku tak perlukan lagi sebab setakat ini tenaga batin aku masih lagi cukup kuat dan bertenaga.

Tapi ni sampai ada orang mati sebab kopi2 tu mengandungi bahan kimia yang beracun dan berbahaya tu apa cerita? Aku rasa bukan setakat kopi ni je, banyak lagi makanan dan minuman lain di pasaran yang mungkin ada racun tapi masih tidak diketahui orang ramai. Harap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan sewajarnya untuk memastikan semua makanan yang dijual kepada orang ramai adalah benar2 selamat untuk dimakan. Jangan tunggu orang dah mati baru nak bongkar dan rampas.

Ada juga yang tak puas hati dengan rampasan dan pembongkaran ini sebab dikatanya asal syarikat Melayu mesti selalu kena tindakan dan ada je salah.


Bagi aku lantaklah kau tu Melayu ke Cina ke India ke, kalau kau kantoi jual barang yang berbahaya memang patut la kena. Jangan la aniaya orang semata2 nak kaya.

Cumanya, ROKOK dan ARAK yang dah memang sah2 beracun dan mengandungi pelbagai bahan kimia berbahaya sehingga menjadi punca kepada pelbagai penyakit maut tak pernah kena bongkar dan diharamkan poooooooooooooooonnnn?

Oh ya aku faham, mereka menyumbang kepada ekonomi negara.




tags: kopi jantan panggang al-ambiak tok misai bongkar rampas haram serbu campuran kuat tenaga batin bahaya racun mati 

31 ulasan:

  1. Balasan
    1. tu komen2 spisi melayu bodo.. xde bukti pape bukn kat tmpt kejadian, dh mcm2 komen complain..taktau apa diam adalah lebih baik...tp klu nk dpt rank top komentar buat mcm aku
      no komen lol.. tp kena register lah haha2

      Padam
    2. kopi sepekat 5 rigit, kelancauan apakah ini, lepas minum boleh terus masuk kubur tu lah kekuatan kopi buatan cina bagi membunuh bangsa melayu, yg sememang layu terutamanya penyakit batin

      Padam
  2. "Mungkin aku tak perlukan lagi sebab setakat ini tenaga batin aku masih lagi cukup kuat dan bertenaga."...

    Noob, mcmana ko tahu yg tenaga batin ko cukup kuat dan bertenaga..?

    BalasPadam
    Balasan
    1. noob test dgn tangan kotttt....atau.....

      Padam
    2. atau test dekat chow kit

      Padam
    3. @ test dgn pondan lorong

      Padam
  3. PALING BAHAYA kopi orang tua misai lebat tu..kawan aku meninggal akibat organ utama x berfungsi..dia ambil kopi tu sepeket sehari selama 2 bulan ,katanya power ..aku try jugak dia rekemen..memang power..tapi bila ada kesan sakit kepala sepanjang hari dan rasa macam jantung berdegup laju macam nak tercabut..aku stop ..baca paper baru tau beracun..

    BalasPadam
    Balasan
    1. peliknya walaupun kat paper dah di war2 kan beracun kat kedai mamak bersepah sepeket rm 7...

      Padam
    2. sepeket sehari? hahaha menunjuk pandai namanya tu.. aku layan sepeket stok utk dua minggu, dah bertahun rasanya, kadang2 penyalahgunaan bahan juga perlu diambil kira. sepeket sehari.. huhu -_-

      Padam
  4. Ubat kuat tu ape? Ape fungsinya bleh trgkan tak dengan lbh jelas

    BalasPadam
    Balasan
    1. ubat yang fungsinya menguatkan supaya lebih terang dan jelas.

      Padam
  5. kopi macam ni byk kat warung melayu aje... kat kedai kopi cina cuma ada white coffee ... kenapa ye

    BalasPadam
    Balasan
    1. lol kedai kopi cina? maksud ko kedai jenis ape ye... =) kedai kopi chinese muslim yee.. aku cuba bersangka baik..

      Padam
    2. Maksud anon ats tu kopitiam la, xpn old town..lembab ah ko ni 612, tu la mse kcik2 xckup mnum susu, asik nk ribena jerrr..

      Padam
    3. Haha klasik sgt kedai kopi cina

      Padam
    4. bodo giler anon 6:12. ingat kedai kopi org melayu/islam je ke yg ada

      Padam
  6. Kawan saya selalu senyum dan segar selepas minum kopi panggung....he he

    BalasPadam
  7. Yg misai tebal tu tk larat nk minum pun. Pahit sgt

    BalasPadam
  8. Org kita selalu senang kena tipu......xnak buat homework terus percaya bulat2.

    BalasPadam
  9. Gambir Emas - Ubat Kuat Lelaki Lulus KKM

    -Terbukti berkesan
    -Sapu & Urut selama 1 minit, selepas 2 jam boleh bersama isteri
    -Produk mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

    Untuk maklumat lanjut sila layari

    http://gambiremasmarketing.blogspot.my

    "GAMBIR EMAS"
    (Keras, Panjang, Besar, Lama)

    BalasPadam
  10. Kopi halal, arak itu yg haram , jgn memandai mandai meletak sesuatu tanpa pergi melihat proses pembuatannya, Bercakap tanpa melihat , fitnah.

    BalasPadam
  11. Nak aku ulas boleh je. Kopi tok misai ni memang umh sangat pahit & power. Syaratnya nk guna kena pandai, satu peket ni untuk 5-7 cawan. Jangan salah salah guna cari penyakit salah minum 1 peket sehari.
    Aku dah minum bertahun xde masalah pun. Mula minum sakit badan itu biasa kesan positif, lepas tu hilang sakit. Kopi tok misai ni bagus sangat sebab tu kopi cina kurang laku. Banyak tahun dah minum ok je tambah sihat bertenaga. Pada sapa ygbelum try jangan nk komen lebih lebih pasal tak rasa x tau. Ko ingat mesin KKM tu boleh kesan seldanafil atau racun ka. Yg reka cipta Pembohong besor, kuat makan duit. Ko pegi jabatan kimia diorang dorg x boleh sahkan ianya poisonous. No way brother

    BalasPadam
  12. Kawan sy dh tes kt lab utm johor yg ori punye ada campuran viagra.ada 2,3 jenis yg palsu,rasa yg palsu tidak sedap,pahit,payau.sy juga penggemar kopi ambiak.terkadang menyedari kopi yg di beli palsu,maka tong sampah la tempatnya.

    BalasPadam
  13. Yg palsu rasanya pahit,payau,macam celake.ade 3,4 jenis yg palsu.elakkan membeli yg terlekat di papan gantung kerana itu palsu.beli di dalam kotak,segelintir ade peniaga yg menipu dngn memasukkan kopi palsu ke dalam kotak.

    BalasPadam
  14. masuk kedai sana sini afa jumpa kopi panggung,

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.