Satu tabiat yang sering ada dalam diri kita yang susah nak dikikis dan dibuang adalah kita kebiasaannya perlukan teman untuk menjadi lebih yakin. Biasanya apabila kita berkeseorangan, kita sudah ada suatu pegangan dan keyakinan terhadap sesuatu tapi ia masih tidak begitu kuat. Namun apabila kita ada teman yang lebih ramai, keyakinan kita boleh menjadi sama ada lebih kuat atau goyah, bergantung kepada pilihan teman atau majoriti memilih jawapan yang sama atau lain daripada kita. Mengikut psikologi manusia ia dinamakan sebagai "Conformity".
Salah satu cara untuk melakukan ujikaji conformity adalah dengan menggunakan kaedah Asch Conformity Experiment, di mana sebuah kumpulan yang terdiri daripada beberapa individu yang saling tidak kenal antara satu sama lain ditanyakan soalan berikut berdasarkan gambarajah di bawah, antara A, B dan C, yang manakah yang sama dengan garisan di sebelah kiri?
Di dalam kumpulan tersebut, hanya seorang subjek sahaja yang menjadi bahan ujian manakala yang lain telah berpakat untuk menjawab dengan jawapan yang salah. Ujian ini adalah untuk melihat sejauh mana seseorang individu itu akan menjawab dengan betul mengikut keyakinannya sendiri, atau menjawab dengan salah kerana mengikut kumpulan majoriti, seperti video berikut:
Di dalam video berikut pula, kita dapat lihat eksperimen bagaimana kuasa majoriti ini boleh mempengaruhi seseorang individu untuk melakukan sesuatu yang luar norma atau luar kebiasaannya, hanya kerana orang di sekeliling mereka melakukannya:
Eksperimen berikut pula menunjukkan ketika kita sedang berseorangan di dalam bilik dan kemudian berlaku sesuatu kecemasan seperti ternampak asap berkepul2 keluar daripada pintu, kita akan terus bereaksi dan terus meninggalkan bilik, kerana kita yakin yang tindakan kita itu betul dan tiada orang lain yang mempengaruhi tindakan kita.
Namun apabila ramai orang di dalam bilik, kemudian kelihatan asap keluar dari pintu, melihatkan orang lain semua buat tak tahu dan tidak kisah malah tidak meninggalkan bilik tersebut, kita turut terpengaruh dengan tindakan orang sekeliling lantas menjadikan kita juga tidak meninggalkan bilik seperti orang lain.
Berikut pula eksperimen di mana kelompok individu yang dikumpulkan dalam sebuah bilik, dan penggera kecemasan dibunyikan. Kerana tiada orang yang mahu mendahului untuk bertindak atau seeorang mengarahkan mereka untuk bertindak, maka semua orang hanya buat tidak tahu. Hanya apabila ada seseorang yang mula bertindak atau seseorang menyuruh mereka bertindak, maka barulah semua orang mula ambil tindakan.
Sebenarnya conformity ini turut berlaku dalam kehidupan seharian kita tanpa kita sedari. Kita perlukan teman untuk menjadi lebih berani dan yakin untuk melakukan suatu tindakan. Sebagai contoh, sewaktu bulan puasa, kita sedang berbuka di restoran. Kita tengok jam sudah masuk waktu Maghrib, biasanya kalau kat rumah kita memang yakin dengan jam kita, namun bila di luar, kita toleh kiri kanan tengok orang lain sudah berbuka atau belum. Bila nampak orang lain sudah mula makan, baru kita ada keyakinan untuk berbuka.
Kita pergi ke sebuah bank. Di situ ada 2 mesin ATM namun hanya ada 1 barisan sahaja. Kita pun terus membuat kesimpulan yang mesin ATM satu lagi memang rosak sedangkan kita sendiri tak tengok pun lagi mesin ATM yang tiada orang beratur tu. Bila barisan dah pendek, kita jenguk mesin sebelah, baru kita perasan yang ia tak rosak pun.
Kita pergi ke sebuah restoran makanan Jepun yang kita tak pernah pergi pun sebelum ini. Dekat depan pintu tu ada logo Halal, namun kita masih lagi jenguk2 ke dalam untuk pastikan ada tak orang Melayu Islam makan kat situ. Lepas nampak ada wanita bertudung makan kat situ, baru kita jadi yakin dan masuk restoran tu.
Sumber gambar |
Itu hanya beberapa contoh mengenai aspek psikologi conformity yang biasa, mungkin korang sendiri ada contoh lain yang juga relevan.
Kita sebenarnya tak perlu terpengaruh dengan orang lain, terpengaruh dengan majoriti, dan kita tak perlukan teman untuk menjadi lebih berani dan yakin. Kerana jika keyakinan kita ditentukan oleh orang lain dan majoriti, dan kita perlukan teman untuk menjadi lebih berani dan yakin, maka kita akan selama2nya terperangkap dalam kotak dan tidak akan dapat berfikir di luar kotak. Kita akan selama2nya menjadi pengikut, bukan ketua dan pencetus.
Untuk menjadi seorang ketua dan pencetus yang bagus, kita perlu berani ada keyakinan yang teguh walaupun berseorangan. Kita perlu berani dan yakin untuk menyuarakan pandangan kita walaupun ia mungkin melawan kebiasaan dan norma masyarakat. Kerana jika tidak, kita akan mudah terpengaruh untuk membuat suatu keputusan yang salah yang didorong oleh kelompok majoriti tertentu.
Jangan biarkan keyakinan diri kita dipengaruhi oleh orang lain dan majoriti, lebih2 lagi jika kita memang benar2 yakin apa yang kita buat dan fikirkan adalah betul dan majoriti itu adalah salah.
tags: asch conformity experiment ujian ujikaji eksperimen psikologi phsychology subjek group kumpulan majoriti majority pengaruh banyak yang salah jalan merasa tenang kerana banyak teman beranilah menjadi benar walau sendirian perlu teman untuk menjadi lebih berani dan yakin human behaviour during a fire alarm smoke filled room study hilarious
sebenarnya orang dalam gambar yang belok kiri tu duk hulu.Member dia yang lain duk bandar jadi bila balik lepas enjoy malam minggu diorang berpisah la kat persimpangan.Yang noob pulak pegi bantai buat caption ntah ape2
BalasPadampr00oottT!! Argh! Leganya
PadamBukan.. tapi itulah gambaran Anwar Ibrahim semasa dipecat dari jawatan Timbalan PM dan Timbalan Presiden UMNO suatu ketika dulu. Berjuang berseorangan untuk menegakkan kebenaran. Ya 16 September tarikh keramat untuk peralihan kuasa dari BN ke PR.
PadamSokong Wan Azizah jadi MB Selangor dan PM Malaysia ke-7!
Bukan jugak...tapi itulah gambaran Tun Mahathir semasa buat keputusan pecat Anwar Ibrahim disebabkan meliwat dan salah guna kuasa demi menegakkan kebenaran walaupun segala bentuk ancaman dan caci maki org ramai yang die terima...Skrg terbukti jalan yg Tun M pilih..betul...
PadamSokong Anwar Ibrahim jd PM(Peliwat Malaysia)
ini ujian semua tak masuk akal...penawar penyakit nih senang aje...kau fikir esok kau mati, kau kena jawab soal kubur kau sendiri...tak ada orang nak tolong jawabkan...orang macam nih kita panggil - MUNAFIK/ATAS PAGAR/HIPOKRIT. kalau terms aku...aku panggil Bourgeois Elitist, kira macam bagus tapi tak cukup bagus...keyakinan diri semua orang ada...tapi sebab dia selalu sangka buruk dengan Tuhan, selalu fikir Tuhan is out to get him,,,itu yang caca marba, ditambah dengan ustaz-ustaz peghok yang kasi hukum suka mak ayah dia...lagi caca marba!!! yakin dengan Tuhan, Tuhan selalu ampunkan kau kalau kau salah...kau dilahirkan untuk buat salah...bukan untuk jadi sempurna macam malaikat...once kau dah tahu siapa kau...kau akan rileks jalan sorang-sorang sebab kau tahu dan yakin...Tuhan ada di kiri dan kanan kau...errr...kalau rasa faham...selamatlah kau...tapi kalau tak faham...pi laa repot JAKIM kata aku ajar ajaran sesat ha ha ha!
BalasPadampegi mampuslah dgn pendapat ko. nak tulis pjg-pjg buat blog sendirilah bodo
Padamapa kau merepek ni haa shaitooooon??? ko ada masalah mental kaaaa?
Padam"ini ujian semua tak masuk akal...penawar penyakit nih senang aje...kau fikir esok kau mati, kau kena jawab soal kubur kau sendiri."
Padamapa masalah dengan ujian ni? hanya sekadar nak buktikan comformity ja. Keberanian dan keyakinan seseorang itu banyak dipengaruhi persekitaran.
"...once kau dah tahu siapa kau...kau akan rileks jalan sorang-sorang sebab kau tahu dan yakin"
itu bukankah ambil masa, pengalaman dan ilmu?
hang ni syok sendirik jaa... tetiba meroyan masuk bab agama
BalasPadamKalo berani dan yakin mpertahankan benda yg dah terang2 bodoh cmne plak? Berani dan yakin perlu ade ilmu jgk.
BalasPadamCorrosion of Conformity.....
BalasPadamini penulisan yang bagus.
BalasPadamSekurang-kurangnya boleh faham kenapa melatah boleh ngada2 berjangkit pada orang lain, orang bersendirian yang tak setuju dengan suatu pandangan/keadaan kerap diketawakan/diketepikan masyarakat, diri nampak kebenaran tapi takut beri laporan pasal orang lain buat tak endah.
dalam kes aku, hmmm orang lain sambung belajar peringkat degree dari diploma, aku pun walhal tak bersedia, terus ngada2 turut serta kengkawan ikut sambung belajar. Ianya sepatutnya 'conformity' yang membina dan beri impak positif, tapi aku sebenarnya masa tu memang dalam minda berbulan madu. Akibat bermain-main, semester pertama aku gagal dan terus kena tendang.
Oh well, faktor kematangan dan pengalaman main peranan dalam hal ni. Namun aku hanya ada diri sendiri untuk dipersalahkan.
Insyaallah, dalam beberapa bulan, akan sambung belajar balik, walaupun umur agak lewat sikit.
Majoriti itu adalah normal... Ramai yang mengikut majoriti kerana beranggapan bahawa itu adalah normal... Seseorang yang tidak buat apa yang orang normal buat akan dianggap sebagai pelik dan abnormal...
BalasPadamTapi normal itu punya had dan batas... Apa sahaja yang dibuat di dalam had dan batas itu sahajalah yang dianggap sebagai normal... Ini yang biasanya diistilahkan sebagai ‘di dalam kotak’…
Apa sahaja yang dibuat di luar daripada kotak itu pula dianggap sebagai abnormal atau tidak normal... Abnormal pula ada positif dan negatif... Ada abnormal yang baik dan ada abnormal yang tidak baik…
Contoh abnormal yang tidak baik seperti berbogel di khalayak ramai kerana orang normal tidak berkelakuan sedemikian…
Contoh abnormal yang baik pula adalah seperti mengutip sampah yang bertaburan di atas jalan raya tatkala orang normal yang lain mengabaikannya…
Jadi, normal tidak semestinya benar dan abnormal tidak semestinya salah... Jangan jadi orang yang normal tapi jadilah orang yang benar…
p/s: bagaimana pula nak tentukan siapa benar dan siapa salah?
herd mentality
BalasPadamso maksud noob kalau orang melayu nak start trend ramai2 bela anjing dlm rumah boleh la ek? nk leps dari Conformity tu? sorang start buat pastu rmi2 tentang malay bela anjing dlm rumah pastu minoriti backup.... pastu lama2 jadi 2-2 belah pihak besar setuju ngan pihak besar yg x setuju ...last2 gaduh pasl hal anjing je... kes sama je ngan politik... puihh mslah confimity ni orang akan salah gunakan sorang wat berak tepi jalan last2 separuh dr org rmi dh start berak tepi jalan amacm celakak puihh la!!
BalasPadamp/s : kentut sket :P
cReeEEEEtttTTT ! muka sirosli. argh leganya cirit !
Padamwahh noob jd kaunselor hari nie.. Nice entry noob,ak suke sgt..
BalasPadamTp noob,knp cikgu suraya?..kihkih
BalasPadamkalau sorang2 takut salah, takut malu, takut kena gelak :)
BalasPadamAntara entry yang terbaik pernah aku baca kat blog ni. Thanks.
BalasPadam