Khamis, 11 September 2014

26 Kegagalan orang Melayu dalam mengurus kewangan

Jika dibanding dengan kaum lain di Malaysia dan rakyat negara maju yang lain, kebanyakan orang Melayu sebenarnya agak ketinggalan dari segi pengurusan kewangan. Kerana itu ramai orang kita yang sentiasa rasa takde duit bila hujung bulan dan rasa gaji tak pernah2 nak cukup sedangkan ada yang mempunyai pendapatan yang tetap walaupun tidak berapa besar. Berikut adalah 9 kegagalan orang Melayu dalam menguruskan kewangan mereka dengan berkesan dan efektif:


1. Suka buat pinjaman dan berhutang

Ini adalah kelemahan ramai orang Melayu yang paling biasa. Orang Melayu suka buat pinjaman. Nak beli kereta, beli rumah, nak buat modal perniagaan tu normal lah buat pinjaman, tapi nak kahwin pun buat pinjaman peribadi, nak belajar pun buat pinjaman, nak pergi haji buat pinjaman, nak beli barang pun buat pinjaman.

Kalau tak layak atau nama kena blacklist untuk buat pinjaman kat bank, buat pinjaman dekat along, kawan2, sedara mara. Bila dah pinjam dan sedar diri yang diri tu berhutang, takpe juga, ini ada yang dahlah berhutang, lepas tu tak sedar diri dan tak nak bayar balik, memang perangai serupa lahanat.



2. Susah untuk menyimpan wang

Orang Melayu susah nak menyimpan wang. Kadang2 tak perlu pun simpan banyak, tapi itu pun ada yang tak buat. Ramai yang anggap tabung simpanan KWSP dan pencen dah cukup so tak perlu lagi nak menyimpan. Sebenarnya menyimpan tu sangat penting, sebab dengan simpanan lah anda dah tak perlu berhutang dan buat pinjaman terutama untuk anak belajar, anak kahwin dan untuk kita tunaikan haji. KWSP dan pencen tu anda hanya boleh dapat selepas umur 55 ke 60 sahaja.



3. Suka berbelanja melebihi pendapatan

Tak dinafikan orang Melayu suka berbelanja melebihi pendapatan. Kadang2 kita tahu yang gaji dan pendapatan tak berapa nak besar, tapi disebabkan tarikan dan faktor sekeliling seperti jiran, ahli keluarga, rakan sepejabat dan rakan2 lama mempunyai kehidupan yang lebih mewah, ada kereta besar, rumah besar, TV besar, sofa mewah, stroller baby McLaren, maka kita pun cuba bermewah juga kerana tak mahu ketinggalan, nampak lekeh dan dipandang rendah oleh mereka.

Sebab nak hidup mewah tapi pendapatan tidak seberapa, maka berbalik kepada point #1 iaitu buat pinjaman. So bila pendapatan habis untuk bayar loan sahaja, maka berbalik kepada point #2, tiada wang untuk dibuat simpanan. Sebelum nak berbelanja, ukur dulu baju di badan sendiri.



4. Beli barang yang tidak perlu

Cuba perhatikan semula dalam rumah dan disekeliling kita, berapa banyak barang yang kita dah beli, malah ada yang kita beli dengan harga yang agak mahal namun benda tu tak digunakan malah tak perlu pun sebenarnya dalam kehidupan kita. Benda yang kalau kita takde pun tak mendatangkan apa2 kesan dalam kehidupan seharian kita. Mesti ada, bukan?

Hanya orang yang banyak kaya dan banyak duit sahaja yang layak beli barang yang mereka tidak perlu dan tidak guna, tapi bagi yang berpendapatan rendah dan sederhana, cuba elakkan daripada beli barang2 yang tidak perlu sebaliknya fokus kepada barang2 yang benar2 perlu sahaja.

Gunakan tips 3-KE ini untuk mengenalpasti KEperluan, KEmahuan dan KEmampuan anda.



5. Tidak merancang dan merekod perbelanjaan

Kita ni selalunya kalau nak beli apa2 main beli sahaja. Pergi pasaraya, jalan2 tengok kiri kanan, rasa2 macam barang dah takde atau kurang, ambil masuk troli. Tengok kiri kanan, rasa takde, ambil masuk troli. Last2 bila dah bayar, masuk dalam kereta, balik ke rumah, sampai2 rumah baru teringat ada barang lain yang lebih penting yang perlu dibeli.

Sebab itu setiap kali sebelum berbelanja, kita rancang dulu apa yang perlu kita beli, apa yang harus kita bayar, apa yang patut kita belanja. Dan pastikan semua perbelanjaan itu kita rekodkan agar kita dapat memantau perbelanjaan kita dan membuat bajet serta mengawal perbelanjaan kita. Ini tidak, bila duit tinggal sikit je, kita runsing, "Ke mana duit aku ni? Aku rasa aku tak belanja apa sangat pun tiba2 dah sikit". So bila kita ada rekod, sekurang2nya kita tahu ke mana duit kita dah dibelanja atau dibazirkan.



6. Perbelanjaan meningkat seiring dengan pendapatan

Bagi yang kerja makan gaji, biasanya setiap tahun akan ada peningkatan gaji dan juga dapat bonus atau imbuhan akhir tahun. Masalahnya bila naik je gaji kita, kita mesti nak pertingkatkan juga tanggungan perbelanjaan kita. Gaji baru naik RM100, kita dah nak tukar telefon pintar baru, sedangkan telefon yang lama masih elok. Gaji naik RM200, kita dah nak beli TV baru, sedangkan TV lama tu tak rosak pun lagi. Gaji naik RM500 sebab naik pangkat, kita dah nak tukar kereta baru sedangkan kereta lama masih elok dan dah nak habis bayar pun. Orang Melayu memang susah nak kekalkan perbelanjaan seiring dengan peningkatan gaji, kerana tampungan dan tanggungan perbelanjaan kita juga seringkali sama naik dengan pendapatan kita, hasilnya kita akan sentiasa merasakan yang gaji kita itu tidak pernah nak cukup.



7. Pantang dapat banyak duit

Ini adalah salah satu kelemahan orang Melayu yang agak ketara. Mereka tidak boleh nampak dan pegang banyak duit. Bila ada banyak duit sikit, mulalah tak beringat nak belanja itu, nak beli ini, termasuk benda2 yang tidak perlu. Sepatutnya bila dah ada rezeki lebih, duit itu kita simpan agar dapat kita elakkan dari membuat pinjaman untuk sesuatu yang lebih penting dan utama.

Aku ada pengalaman, seorang kawan aku, pakcik dia seorang kakitangan kerajaan meninggal. Lepas meninggal, isterinya dapat wang imbuhan dan pencen suaminya yang agak banyak dalam ratusan ribu Ringgit Malaysia. Lantas isterinya berbelanja sakan wang tersebut, pergi melancong ke luar negara, beli kereta baru, renovate rumah, beli beg tangan berjenama dan lain2 lagi sambil menayangkan kemewahannya di FB.

Yang kawan aku kesalkan, makcik dia tu masih ada 3 orang anak perempuan. Anak yang sulung sedang belajar di Universiti. Malangnya, anak perempuannya itu masih meminjam kepada PTPTN, sedangkan dengan wang peninggalan arwah bapanya, anaknya itu tidak perlu pun sebenarnya membuat pinjaman untuk belajar, malah boleh menampung keperluan pendidikan tinggi untuk anak2nya yang lain. Kesalnya, ibunya terlalu gila harta dan tidak sedar akan semua tu.



8. Tidak gunakan wang untuk melabur

Selain susah untuk menyimpan, masih ramai orang Melayu yang tidak suka menggunakan wang mereka untuk membuat pelaburan. Pelaburan adalah semudah2 perniagaan yang boleh dibuat oleh semua orang. Jika kita ada duit dan rezeki lebih sikit, buatlah pelaburan selagi ianya pelaburan yang halal di sisi syarak. Orang Melayu ramai yang tidak sedar yang dengan pelaburan, kita langsung tidak perlu bekerja kerana duit kitalah yang akan bekerja untuk kita.

Seperti contoh, kalau kita ada pelaburan RM10,000, dengan dividen tahunan 6%, kita dah dapat RM600 setahun secara percuma tanpa kita buat apa2 kerja. So dengan RM600 tu kita bolehlah buat perbelanjaan tambahan atau beli apa2 yang kita suka atau perlu.

Tapi kalau kita ada modal yang lebih besar, kita boleh membuat pelaburan yang lebih besar seperti pelaburan hartanah, pelaburan emas dan lain2.



9. Suka cari jalan singkat untuk kaya

Ini adalah kegagalan yang paling besar bagi orang Melayu. Mereka suka mencari jalan singkat untuk kaya. Maka dengan itu muncullah pelbagai sindiket, scam MLM dan skim rangkaian cepat kaya yang hanya bermodalkan air liur, brochure, komputer riba, slide powerpoint yang mengandungi banyak gambarajah piramid firaun dan gambar kereta mewah untuk menarik golongan melayu yang mahu kaya shortcut. Sesetengahnya, produk yang dipasarkan pun takde ditunjukkan langsung.

Hasilnya, melayu tipu melayu, melayu kaya makin kaya, melayu miskin yang nak kaya shortcut makin melingkup. Akhirnya bila raja firaun yang kat puncak piramid tu tumpas, akaun semua dibeku, wang2 semua dirampas, last2 yang untung kerajaan jugak. Tapi OKlah sekurang2nya duit tu kerajaan boleh rolling semula untuk bagi BR1M kat korang.





tags: kegagalan orang melayu dalam mengurus pengurusan kewangan wang duit berkesan efektif

26 ulasan:

  1. Balasan
    1. Salah UMNO-BN.. PKR yang memerintah, rakyat tidak perlu menyimpan dan berjimat.. kerajan PKR mampu menanggung semuanya..
      Sokong Wan Azizah jadi MB Selangor dan PM Malaysia ke-7!

      Padam
    2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

      Padam
  2. sapa yang tak bayar hutang ko tu?
    sebut je nama kat sini...

    BalasPadam
    Balasan
    1. screenshot chat whatsapp tu aku jumpa kat FB

      Padam
    2. Noob, boleh bagi link pada gambar tu

      Padam
  3. fuh..giler natang, dah hutang member sendiri boleh pulak cakap cmtu. ada rupanya spesis tu. aku ingtkan stail orang tak bayar hutang ni jenis hilangkan diri je. ni tak,siap boleh maki2 org yg bagi dia pinjam duit. ni stock mayat buang dalam longkang ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha.. patut la ada yg mati reput dlm kebun kelapa sawit.. gini rupanya..

      Aku ade kawan, masa kat u dulu, kemain baik. Setiap hari baca quran.. siap hapal surah panjang2 lagik dan bawa dlm semayang.. tetiba minta pinjam duit 3000, sekejap jer katanya. Sblm dpt duit, berulang kali telipon. Elok bank-in jer, trus senyap. Telipon pun x angkat. Malah ucap terima kasih pun tidak. Padan muka aku dibodohkan.. senang jer kene tipu.

      Kawan asshole begini pun ada..

      Padam
  4. yalah2 ,cina je yg pndai urus kewangan..melayu ni apa je yg ada, tk gitu n00b?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bro maksud dier attitude orang melayu. bukan sebab cina pandai ke tak urus kewangan. cine pun ader yang benggap susu jugak, cume yang banyak berhutang nie orang melayu. hope jelas. =)

      Padam
  5. Tak pandai urus wang ni mana2 manusia kat muka bumi ni pun ada gak. Kalau bangsa lain pun sama jugak ada isu ni, tolong la jgn asyik guna melayu je. kalau yg hanya di malaysia dan hanya malay saja buat..baru la guna ayat cmtu. kesian aku tgk bangsa aku ni..itu ni tak kena..dah rasa macam bangsa paling hancur kat muka bumi ni la pulak. So, sekali-sekala..ko post la pulak pencapaian melayu..naikkan semangat kita. tu pun kalau ko melayu la noob, tapi kalau ko bukan melayu (mne la tau)..xpe la.

    BalasPadam
    Balasan
    1. xde la bangsa plg hancur, tp melayu mmg antara bangsa plg hancur pun kt muka bumi ni... aku xnak tunggu noob post pencapaian melayu, apa kata kau sendiri senaraikan pencapaian2 melayu yg betul2 boleh dibanggakan kt sini, aku tunggu...

      Padam
    2. Bukan saja hancho.. malah pukimak sekali diatas mukabumi pernah aku jumpa. Skrg ni kita sudah kembali ke zaman jahilliyah yg cukup haramjadah. Pandai2 la bawa diri jaga anak bini.

      Ustat2 pun dah mcm pukimak dah. Susah nak diletakkan walau sebutir beras kepercayaan.khalas..

      Padam
    3. Noob mungkin bukan melayu.. Mungkin keturunan Banjar/Bugis/Jawa..

      Padam
    4. aku pernah je tulis pencapaian individu melayu, tapi bukan kaum melayu secara overall, sebab macam anon 5:38 tu cakap, aku masih belum jumpa apa pencapaian kaum melayu yang benar2 boleh dibanggakan sehingga orang luar boleh cakap, "oh inilah kehebatan kaum melayu rupa2nya". kalau ada pun pencapaian bangsa melayu yang sangat gah, kebanyakannya semua tinggal sejarah. sekarang aku bercakap mengenai pencapaian kaum melayu pada hari ini.

      Padam
  6. haaa,,, mesti noob pandai manage duit nie..mgkin duit noob byak kot.. Tp sume noob ckap tu btul..bkan nak burukkan melayu tp overall org melayu xpandai urus duit..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maunye duit tak bnyak. Dah tua tak kawin lagi. Bnyak la dlm simpanan.

      Padam
  7. hmm setuju bangat sih info noob kasi tu kebanyakan xpndi manage duit termasuk aku huhuhu2 menyesal T.T........sesal dahulu pendapatan menyesal kemudian tiada gunanya...

    BalasPadam
  8. whatever... sesape pon kt muka ni yg konon2nya bijak urus kewangan,..pon xmampu nk jamin diri sama ada bertambah kaya atau tidak. jgn pernah putus doa pd illahi,..mudahan segalanya cukup untuk dimanfaat didunia tika hidup yg xseberapa ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. urus kewangan bukan sebab nak bertambah kaya, tapi untuk tidak dihimpit dengan masalah kewangan. doa itu betul, tapi kita juga perlu berusaha.

      Padam
    2. Memang la simpanan tu xmenjamin kehidupan kita lepas ni, tapi kita kena berusaha..kumpul harta macam nak hidup 1000 tahun, beribadah macam nak mati esok..

      doa, doa jugak, usaha kena ada bro..doa je tapi xde usaha xjadi gak..dah usaha, dah doa, baru la bertawakal..konsep kena betul bang..

      Padam
  9. yg first tu ak pnh kna... nasib bek bratus ja... mmber baik , gaji bribu, mmg xexpect.. utang xnk mngaku... ckp pusing sna, pusing cni... yg pedih tu, mmber baik sndiri ble wat cmtu...

    BalasPadam
  10. jahanami sungguh sikap, dah hutang, boleh doa member mampos2 plak... haha sorry bro, aku cam focus lebih terhadap skrinshot member jahanami tu.... getar tangan nak penampau !

    BalasPadam
    Balasan
    1. eelehh ko ni pehal
      bwk2 istighfar nak
      bdk tu cool je ko plak lebih2
      jgn nk men‘joyah’ sgt la kn
      nampak x tuan puan? :)

      Padam
  11. ape pon bdk dlm cte no1 tu mmg kesian.. mmg sesuai dgn ayt teraniaya tu.. emm

    BalasPadam
  12. Sy akui org melayu selalu berasa sgt selesa di negara mereka sendiri, sedangkan kaum lain sibuk mencari wang bukan sahaja utk diri sendiri, termasuk anak2 mereka smpi ke universiti swasta.

    Pas2 kemudahan pinjaman sebelum ni agak mudah n byk, terutama ceti haram..n org melayu senang kena tipu..so x terkejut dgn statistik di atas.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.