Iklan Leaderboard

Rabu, 24 September 2014

32 Harapan rakyat Selangor kepada Menteri Besar baru

Krisis pelantikan Menteri Besar Selangor yang baru menutup tirainya semalam, apabila Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, berkenan melantik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa yang juga Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali, sebagai Menteri Besar Selangor yang baru menggantikan TS Khalid Ibrahim. Segulung tahniah diucapkan kepada MB Selangor yang baru.


Dengan pelantikan ini, adalah menjadi harapan anak Selangor dan penduduk yang bermaustatin di Selangor agar negeri Selangor terus maju dan makmur di bawah pemerintahan Menteri Besar yang baru. Azmin Ali harus menjadi sama bagus atau lebih bagus daripada menteri besar yang terdahulu, kerana rakyat Selangor pasti akan membuat perbandingan. Mereka sudah tidak muak dengan karenah politik yang berlebihan dan merapu2, mereka mahu apa yang kerajaan negeri boleh bagi kepada rakyat. Andai kata prestasi MB baru lebih buruk dari MB lama, maka bagi mereka strategi PKR dalam mengundurkan TS Khalid Ibrahim adalah salah dan gagal sama sekali.


Dan menjadi harapan setiap rakyat Selangor, agar MB yang baru ini dapat menyelesaikan segala masalah dan isu2 yang dihadapi oleh rakyat Selangor selama Pakatan Rakyat memerintah Selangor, seperti isu air, sampah, rizab tanah, pusat urut dan pelbagai lagi. Malah setiap manifesto pilihanraya PR untuk negeri Selangor yang masih tidak tertunai perlu ditepati sebelum habis penggal ini.


Di samping itu, diharap agar di bawah pemerintahan yang baru ini, kerajaan negeri bersifat lebih mesra rakyat dan menjaga kebajikan penduduk Selangor terutama golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Bina lebih banyak rumah kos rendah dan mampu milik di kawasan pinggir bandar, dan banyakkan rumah2 kos rendah di atas tanah, bukan rumah kos rendah jenis apartment bertingkat2 sahaja, agar lebih ramai golongan berpendapatan rendah dan sederhana termasuk graduan yang baru nak mulakan hidup mampu untuk memiliki rumah mereka sendiri.


Jangan hanya utamakan pembangunan dan kemajuan untuk golongan kasta tinggi sahaja. Naiktaraf dan baiki semua kemudahan dan infrastruktur asas di Selangor seperti jalanraya yang berlubang, kesesakan di lebuhraya, jejambat yang runtuh, kemudahan sekolah dan sebagainya agar semua golongan dan lapisan masyarakat dapat merasa kemudahan tersebut.

Kurangkan juga proses birokrasi serta permudahkan segala urusan antara rakyat dan kerajaan. Sediakan juga lebih banyak kawasan untuk peniaga kecil berniaga agar tidak ada lagi kes PBT (Pihak berkuasa tempatan) meroboh, menghalau dan merampas barang peniaga kecil. Ubah pendekatan dalam melayani karenah rakyat dan penduduk dari kekerasan kepada kemesraan.


Diharap agar MB Selangor yang baru dapat mendengar harapan rakyat Selangor kepada kepimpinan dan pentadbiran kerajaan negeri yang baru seterusnya menjadikan negeri Selangor lebih baik dan ada peningkatan daripada sebelum2nya, kerana agenda pertukaran MB ini bukan rakyat yang minta, tapi atas ciptaan dan permainan politik parti PKR itu sendiri, so nak tak nak, Pakatan Rakyat perlu pastikan yang prestasi pemerintahan kerajaan negeri yang diketuai oleh Azmin Ali sekarang ini lebih baik daripada TS Khalid Ibrahim.

Cuma, aku tidak pasti sama ada Azmin puji atau kritik Khalid berdasarkan 2 akhbar perdana di bawah.





tags: harapan baru rakyat selangor kepada menteri besar baru azmin ali azwan ali anwar ibrahim wan azizah khalid ibrahim sultan perkenan lantik kerajaan negeri exco kritik puji

32 ulasan:

  1. saya tak sokong mana2 parti, tapi saya lebih percaya surat khabar Sinar dari surat khabar Utusan

    "Never trust politician"

    BalasPadam
    Balasan
    1. ko nk prcaya tau tk,tu ko punya pasal, ada aq kesah?

      Padam
    2. aq pun tak kesah kalau kau tak kesah sebab kau tak pernah turun bagi duit kat aq ha ha ha!

      Padam
    3. Ini semua konspirasi terancang UMNO-BN yang menidakkan Wan Azizah sebagai MB Selangor!

      Tolak Azmin, Sokong Wan Azizah!

      Padam
    4. Tahun depan kita buat Klang Move! Singkirkan Azmin untuk naikkan Wan Azizah jadi MB!

      Padam
  2. paling aq myampah tgk adik dia tk habis2 cari publisiti murahan, bkn pondan sejati tpi buat2 pondan puii!

    BalasPadam
  3. Satu je aku harap dr MB Azmin ni...
    Jangan jadi boneka sesiapa. Bertugaslah untuk rakyat, bukan untuk individu tertentu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tp bg aku kalau azmin jd boneka anwar atau sapa2 pn aku xkisah, asalkan kebajikan rakyat terbela...

      Padam
  4. Moga selangor terus maju dan bertambah baik dengan pelantikan menteri besar yg baru. Pemimpin yg baik pasti akan disayangi dan dikasihi oleh Allah S.W.T

    BalasPadam
  5. Tahniah diucapkan....papepun better majukan negeri selangor menjadi lebih baik, sbb baru keluar statement kemajuan negeri selangor just 5% dr kerajaan negeri sendiri. Kalau salah takbir, tunngu je la result PRU14 kelak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kau nk suruh Azmin bertakbir kat mana?

      Padam
    2. takbir? hahaaha! serius klako! hahaha!

      Padam
    3. tunggu raya nanti kita takbir ya abg ayam

      Padam
    4. takbir! Allahhuakbar!

      Padam
    5. Ini dah macam take beer!! Mabuk ketum! Tadbir la.. bukan takbir!

      Padam
  6. tahniah diucapkan harapan yg penting utk kebajikan rakyat tau...

    BalasPadam
  7. Idop lagi Dyana sofea

    BalasPadam
  8. Selagi sistem kasta rakyat dipariakan dan kaum bangsawan tidak terhapus, lantiklah Rasulullah sekalipun menjadi pemimpin, takkan kemana pun jika hudud boleh dilaksana. Sbb Sultan dan kerabatnya tidak pandai berbuat salah mahupun dosa. Sultan buka kilang arak pun dapat berbondong2 pahala. Lihat saja Hudud Brunei. Kalo Mesia buat hudud pun, tetap copycat begini jua akhirnya.

    Inikan pulak si Azmin Ali jadi MB. Nak harapkan apa sangat? Masa si Khalid jadi MB dulu pun, satu sen pun tak masuk poket gua. Lagikan nak mengharap MB dari UMNO BN berbuat kebajikan. Sejauh Sidratul Muntaha la harapan rakyat menunggu rezeki. Ada pelihara buraq pun, kene pakai kuasa turbo dan supercharge pun, blom tentu boleh jangksu dpt satu sen lagi.

    Skrg ni zaman jahiliyah. Tiada siapa lagi boleh kita mengharap. Pandai2lah jaga diri sendiri dan keluarga. Adik beradik pun tak larat nak jaga kita bila jatuh sakit. Takat 2-3 hari boleh la buat muka manis nak dpt pahala. Masuk seminggu, ibu bapa sendiri yg sakit pun dilayan mcm haramjadah. Tunggu org suratkaba datang, barulah dilayan mcm bidadari bermata jeli.. meleis..meleis.. apatah lagi nak harap kengkawan.. sendiri pikir la..kahkahkah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kesian... msti ko berharap sgt nk jadi anak sultan kan.. tu yg benci sgt dgn sultan ko ye... camni la, kalau xde sultan, xde umno, xde golongan bangsawan pn kt malaysia ni, duit satu sen pun xkan dpt kt ko mcm2 tu je.. kerja je la bang utk dptkan duit, xpyh la byk merungut sgt..

      Padam
    2. Guna agama untuk bermalas malasan.. weak! Mati lagi bagus.

      Padam
    3. lantiklah Rasulullah sekalipun menjadi pemimpin, takkan kemana pun jika hudud boleh dilaksana. - ak amik point ni je yg menunjukkn ko tidak menggunakn pemikiran yg sepenuhnye apabila berckp.

      Padam
    4. "lantiklah Rasulullah sekalipun menjadi pemimpin, takkan kemana pun jika hudud boleh dilaksana"????? Ko giler ke apa? dah la Rasulullah tu..hukum hudud tu pulak hukum Allah. Bro..kalau Rasulullah ada sekarang..settle semua benda bro..takde la menteri2 yang aniaya rakyat..takde org nak maksiat suka2. Ko jgn rendahkan tahap Rasulullah sama dengan kita semua. Baginda tu nabi dan rasul yang terakhir..yang paling cemerlang sekali. Kekasih Allah tu bro. Ko nak sentuh bab agama, ko sentuh la..tapi ko jgn main guna nama Rasulullah. Baginda tu je yang bawak cahaya penyuluh kat kita. Marah tul aku ni.isshhhh..geramnyee

      Padam
  9. Aku hanya datang sini untuk ucapkan tahniah pada Azmin Ali... mihmih....

    BalasPadam
    Balasan
    1. aku hnya dtg sini utk ckp yg mulut itik ko sgt huduh.. haktuihh...

      Padam
    2. haram x lawa pun

      Padam
  10. Ok tahniah bro azmin... kalu hebat..tunjukkan u hebat... lg hebat...

    BalasPadam
  11. Seriously konek pendek25 September 2014 8:18 PG

    Azmin adalah MB yg paling hensem berbanding MB MB lain terutama dr BN

    BalasPadam
  12. Saya dirogol bekas teman lelaki ketika menumpang tidur di rumah orang tuanya kira-kira dua bulan lalu. Saya mengenali teman lelaki menerusi laman sosial. Dari segi rupa, dia sangat sopan. Hampir setahun mengenali dia membuatkan saya percaya dia teman lelaki baik.

    Perkara yang memikat hati saya mengenainya ialah setiap kali kami keluar janji temu, dia sering jaga solat serta menasihati saya untuk menjaga keselamatan diri. Namun, setelah dia merogol, segala kepercayaan saya hancur.

    Pada masa sama, dia merayu saya memaafkan di samping berjanji akan bertanggungjawab. Dia tidak akan tinggalkan saya dan memohon saya menerima dirinya kembali. Dia kesal tewas kepada godaan nafsu.

    Orang tuanya tidak tahu mengenai hal itu kerana dia merogol saya ketika ibu bapanya keluar menghadiri majlis di rumah saudara mereka. Kedatangan saya itu adalah untuk mengenali keluarga teman lelaki sebelum bertunang tetapi hal lain pula terjadi.


    Hal itu belum sampai ke pengetahuan orang tua saya. Orang tua saya tidak sihat dan saya bimbang jika mereka tahu saya dirogol, mereka terkejut mahupun jatuh sakit. Sebahagian diri saya sukar menerima perkara dilakukan terhadap saya. Namun, bekas teman lelaki berusaha memujuk dan mencadangkan kami berkahwin masa terdekat.


    Dia kata dia sayang dan berasa cukup hina dengan perkara terkutuk dilakukan terhadap saya. Dia akan bertemu keluarga dan meminang saya dalam tempoh terdekat sebagai tanda ikhlas dia mahu menebus dosanya. Malah dia sanggup berterus-terang dengan keluarga saya mengenai kesilapannya.

    Paling mengejutkan, dia sendiri menyarankan saya agar melaporkan hal itu kepada polis jika saya tidak percaya terhadapnya lagi. Saya pening benar-benar tersepit. Bantulah saya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. kepercayaan anda telah hancur. so buat laporan polis. dia patut bertggjwb dgn apa yg die lakukan. mohon keampunan daripada Allah. -setuju?

      Padam
  13. Azmin Ali lahir di Singapura pada 25 Ogos 1964 dan merupakan abang kepada pengacara televisyen yang penuh kontroversi iaitu Azwan Ali.Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Gurney Road (2), Kuala Lumpur dari 1971 hingga 1976. Kemudian beliau bersekolah menengah di Sekolah Tinggi Setapak, Kuala Lumpur (1977 - 1979) dan Institut Teknikal, Jalan Cheras, Kuala Lumpur (1980 - 1981). Beliau menyambung pelajaran beliau di University of Minnesota, Amerika Syarikat.

    Tahniah saudara Azmin KEDEPAN di belakang tuan!

    KEDEPAN (KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian, SPM 5A < degree dan guru, 3A-4A diploma, 1A-2A sijil, 0A buruh, amah dan pekerja am) adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...