Selasa, 23 September 2014

26 Peniaga kecil VS Pihak berkuasa tempatan

Kita dah banyak kali melihat video dan gambar penguatkuasa pihak berkuasa tempatan seperti DBKL melakukan tindakan yang dikatakan tidak mesra rakyat seperti menghalang, menyaman dan menyita barang perniagaan para penjaja dan peniaga serta golongan gelandangan daripada tidur di bangku jalan. Terbaru, rakaman kekecohan dan pergaduhan di antara peniaga dan penguatkuasa DBKL yang tidak tahu di mana dan punca sebenar kejadian ini.



Berikut adalah video2 lain yang merakamkan konfrontasi antara penguatkuasa pihak berkuasa tempatan dengan penjaja dan peniaga kecil.




Pihak DBKL pasang besi di bangku dan kerusi awam sebagai armrest.



Ada yang terus menghentam pihak berkuasa tempatan dan turut mengaitkan dengan agenda perkauman seperti:
"Bila bangsa melayu hanya nak berniaga air untuk cari sesuap nasi, pihak berkuasa menghalang, menyaman, merampas barang berniaga sampai bergaduh sesama bangsa. Bila bangsa lain buka rumah pelacuran, judi, game, kedai arak, mereka hulur je duit kasi lepas. Bangsa lain hanya mentertawakan kebodohan bangsa melayu kita." ~ Youtube.
"Rakaman antara peniaga & penguatkuasa DBKL petang tadi jelas menunjukkan peniaga terlebih dahulu mengasari anggota DBKL.

Bagi saya kejadian seperti ini boleh dielakkan jika DBKL menggunakan budi bicara dengan mengarahkan peniaga terbabit menyimpan segala kelengkapan perniagaan dalam tempoh yang ditetapkan & jika masih berdegil cukuplah sekadar mengeluarkan saman.

Dalam bahasa mudah faham tak salah bagi muka kepada peniaga kecil yang untung tak banyak mana pun.

Kepada anggota DBKL yang maha hebat apa kata kita pergi ambush premis judi Q Cafe yang tumbuh bak cendawan di Lembah Klang heh! " ~ Yuseri Yusoff


Banyak komen yang mengatakan DBKL kejam, zalim, sengaja menindas, menyusah dan menjatuhkan peniaga melayu, tak kacau peniaga cina, butakan mata pada pusat pelacuran, premis judi, makan rasuah, bodoh, kurang ajar, takde adab, tutup punca rezeki orang dan macam2 lagi yang negatif. Namun bagi aku, bila kita melihat sesuatu isu, janganlah kita terus menilai, terus tembak, buat kesimpulan dan jatuhkan hukuman. Kita kena lihat kepada semua sudut.

Pada pendapat aku, dalam hal ni kita tak boleh bias dan hanya tengok sebelah pihak sahaja. Kalau nak kata pihak berkuasa tempatan ni kejam dan zalim, ramai je peniaga dan penjaja kecil yang masih boleh berniaga kat Malaysia dengan ama, sebabnya mereka berniaga ada lesen, ada permit dan berniaga di tempat yang dibenarkan. Aku tak rasa kalau orang berniaga secara sah, pihak berkuasa tempatan nak kacau. Mungkin juga peniaga tu dah banyak kali diberi notis amaran oleh pihak berkuasa tempatan tapi mereka buat endah tak endah. Lagipun kebanyakan video yang kita tengok pun sekerat2, tak tau apa punca kekecohan dan pergaduhan, malah kita pun takde kat situ, so tak boleh la nak terus buat kesimpulan.

Mana2 pihak berkuasa pun mereka ada peraturan dan SOP yang telah ditetapkan dan perlu diikuti. Ada kawasan mungkin mereka memang melarang orang berniaga dan menjaja di situ kerana faktor kebersihan, mengganggu trafik dan pejalan kaki, mengganggu kanak2 sekolah, mengganggu permandangan, bukak gerai depan rumah orang lain dan sebagainya. Dan kalau yang berniaga di tempat yang dibenarkan pun, peniaga tetap kena dapatkan lesen atau permit, bukan berniaga sesuka hati, kerana undang2 dah termaktub seperti itu.

Sebab tu kalau ada pegawai penguatkuasa yang menghalang dan merampas gerai, mereka bukan saja2 buat macam tu tapi mereka terpaksa, terpaksa mengikut arahan, peraturan dan SOP yang telah ditetapkan. Takkan la diorang saja2 nak jadi zalim dan kejam kepada orang lain, diorang pun ada keluarga, anak bini dan kawan2. Dan kalau diorang halang dan sita gerai peniaga lain pun, bukannya diorang boleh jadi kaya pun, diorang still orang yang kerja makan gaji, so takde sebab pun diorang nak menjatuhkan perniagaan orang Melayu.

Tak dinafikan double standard tu mungkin wujud di mana mereka berpilih2 dalam menjalankan penguatkuasaan, dan gejala rasuah tu mungkin ada di kalangan mereka, tapi itu adalah masalah integriti individu itu sendiri, tak boleh la nak salahkan semua pihak berkuasa tempatan macam tu. Lagipun kalau time diorang buat operasi kat gerai penjaja2 kecil, ramai sangatlah orang sekeliling yang sibuk nak rakam pakai kamera telefon, tapi time diorang jalankan operasi kat pusat urut atau kedai judi, tak sorang pun pelanggan yang nak rakam video.

Memanglah peniaga2 ini bukan penjenayah, tapi mereka tetap individu yang melanggar peraturan. Sama seperti pemandu kereta langgar lampu isyarat, kemudian ditahan oleh pihak polis. Takkan nak maki2 polis sebab tahan dia? Dah langgar peraturan, terpaksalah akur. Kalau kau maki polis tu, lepas tu tak nak terima kertas saman, mau tak ditariknya kau keluar, lepas tu kata pula polis kejam dan zalim.

Malah tak boleh juga cakap peraturan2 yang diwujudkan menekan peniaga kecil dan melebihkan peniaga besar. Peniaga kecil, peniaga besar ke, semua kena bayar lesen dan cukai. Kalau peniaga kecil maka kecillah bayarannya, kalau peniaga besar maka besarlah bayarannya. Dan kalau peniaga2 kecil ini berniaga dengan betul, melalui proses2 yang ditetapkan maka pasti takkan ada masalah2 macam ini. Tak puas hati dengan peraturan sedia ada? Tulis bantahan kepada mereka, buat laporan kat suratkhabar atau cuba tukar kerajaan melalui proses demokrasi di peti unda yang telah ditetapkan.

Dalam hal ini, kita tak boleh nak letakkan kesalahan 100% kepada pihak penguatkuasa sebab mereka hanya menjalankan tugas mereka, malah apa yang mereka buat adalah betul kalau mengikut peraturan yang ditetapkan. Itu kalau kita nilai dari segi peraturan dan undang2, tapi jika dinilai dari aspek budi bicara dan kemanusiaan, mungkin terdapat kelemahan yang boleh diperbaiki dan diperhalusi.

Ini kerana mungkin terdapat banyak kekangan bagi peniaga2 kecil ini untuk mendapatkan lesen dan permit seperti tiada kenderaan, kekurangan wang atau tiada masa untuk pergi ke pejabat2 kerajaan bagi memohon lesen dan permit perniagaan, maka kita mudahkan proses dan urusan permohonan permit dan lesen untuk mereka berniaga tanpa perlu mereka pergi ke pejabat2 kerajaan, bantu mereka memindahkan gerai ke tempat yang dibenarkan dan sebagainya.

Pihak berkuasa sekali sekala perlulah dilihat sebagai pihak yang sering membantu dan memudahkan rakyat, berbanding dilihat sering menyusahkan mereka dengan ketegasan dan karenah birokrasi.




tags: dbkl dewan bandaraya kuala lumpur kejam zalim rampas roboh gerai penjaja melayu peniaga kecil gaduh kecoh tarik rambut perempuan tudung video taman permainan ganas merana buli rasuah taman tasik sri permaisuri cheras

26 ulasan:

  1. peniaga besar vs pihak berkuasa tempatan.... bila plak
    -a.d.a-

    BalasPadam
    Balasan
    1. peniaga besar jrg ada masalah dgn pbt, sbb diorg berniaga ikut undang2 byr permit, lesen & cukai.. tp kalau ada masalah pn diorg byk duit, sesetengahnya boleh beli je pegawai pbt tu..

      Padam
  2. Biasa la orang yang tak tau beza antara hak dan batil.Antara betul dengan salah.Cepat buthurt dan sensitif terhadap bangsa yang layu.

    BalasPadam
  3. video first tu, kalau tgk background tu mcm kat taman tasik permaisuri je..

    mungkin PBT pun kenalah gunakan cara yang mendidik..tanya peniaga apa problem dia sampai meniaga kat situ/tak buat permit/lesen dll..kalau perlu bantu mudahkan mereka untuk berniaga..bukan dengan menghukum..menyita/merampas/menyaman tu bukan setakat menindas, malah kesian kat peniaga tu nak cari modal untuk meniaga lagi..

    Apapun, PBT ni pelaksana je..kalau nak bodohkan tu ha yang tukang bagi perintah/arahan tu apasal tempat2 haram judi pelacuran tu semua subuur je..ada kuasa sikit gelap mata..

    BalasPadam
  4. Noob..kalau ko jalan2 kat KL tu elok ko amik gambo pusat judi, rumah urut /pelacuran ..bagi buka mata sikit dgn DBKL dgn orang ramai..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nk kata x buka mata..aku rasa diorg ni nmpk apa yg belaku... pusat2 yg haram d mata kita namun ntah la... mungkin halal bg org tetentu... mungkin biznes tu halal d mata diorg... "biznes org lg untung dr jual unta"... oh kuala lumpur....

      Padam
  5. Bagus idea ko kali ni noob. Standard org gomen.. Jadi jurucakap untuk golongan bangsawan yg kerjanya nak hidup serba free kutip duit cukai, duit saman atas kelemahan dan kebodohan golongan rakyat paria. Tak hairanlah jika golongan bangsawan nak ajak rakyat paria bayar cukai, suruh ikut peraturan. Nak lagi best, sulamkan hadis ngan ayat2 agama. Demi Allah, rakyat paria ni akan jadi terpana dgn mantra ayat2 agama.

    Apa cerita pun, golongan bangsawan apa pedulik semua ini. Hanya hantar balaci2 atas nama keselamatan, atas alasan SOP, atas alasan agama. Kalo anak Sultan dan menteri buka kilang arak berbau taik sepanjang hari ditengah bandar sekalipun, malaikat pun x boleh buat apa2. Kilang arak milik Raja ni cukup tersohor berada di negeri Darul Sunnah. Ada mufti, jabatan agama kesah? Ada lesen drpd Allah Taala ka bukak kilang?

    Hentikan membodohkan rakyat paria. Hidup kita berdasarkan 2 kelas bangsawan/atasan yg berasal dari muntah lembu serta claim keturunan rasulullah dan rakyat paria bawahan ni. Undi politik adalah tak membawa apa2 makna jika undi hanya bernilai 1 sen. Parti2 politik bodoh ni, tak ada satu pun partinya bagus. Ia cuma diadakan untuk mengolah pandangan dan persetujuan rakyat paria pelbagai bangsa untuk terima demokrasi.

    Hentikan pembodohan dan pembonsaian keatas rakyat paria pelbagai bangsa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. komen ko ni cuma penuh kebencian & dendam terhadap golongan2 atasan, tp lgsg tiada solusi.. kalau rasa diri hebat sgt, cuba cadangkan solusi atau alternatif lain berkaitan masalah ni...

      Padam
  6. terdesak dengan kehendak hidup..

    Rasa kasihan tengok..
    Sebelah pihak nak jalankan tugas.. sebelah belah nak cari suap nasi..

    BalasPadam
  7. Bg sy, kebanyakan penguatkuasa buat kerje atas arahan pihak atasan...kdg2 apa mereka buat mereka tau agak kejam, tp kalau x buat nanti masalah periuk nasi sendiri plak. Kalau pihak atasan sibuk nak kejar KPI tanpa fikir isu keseluruhan peniaga/rakyat..jd la kes di atas...so menteri mana yg kena letak jawatan pasni? Menteri pendidikan x letak jwtn plak lepas 4 soalan UPSR dah bocor..kalau sy dah malu sgt dah...

    BalasPadam
  8. ak setuju x boleh salahkan 100% pegawai dbkl gak...... ni peniaga2 tu kdg2 diorang dah kasi notis 2-3 kali klu buat dono memang diorang dtg kasi "raid redemption" mungkin dbkl sekang kena kasi sikit video education apa kerja2 diorang dan kenapa diorang raid peniaga tepi jalan jadi boleh la fhm kenapa.....ni ikut sokong berat sebelah saje memang makin layu la melayu..sayu tengok melayu yg gaduh sama melayu cina tepuk tangan lol

    BalasPadam
  9. penjaja ni pn, bkn xleh berniaga, tp ikutlah undang2.. kalau nk ikut kepala sendiri je susahlah... pegawai pbt hanya jalankan tugas mereka shj, jgnlah susahkan lg kerja mereka & ganggu tugas mereka.. kalau kantoi, bg kerjasama, bkn provoke mereka.. org dah salah buatlah cara salah.. bkn mereka xbg berniaga tp ikut kaedah & saluran yg betul.. kalau semuanya betul pbt pn xkan kacau kkrg berniaga.. penjaja kecil tu mungkin ada yg sokong bn, ada yg sokong pr.. pegawai pbt tu juga mgkn dia penyokong bn, mungkin juga dia penyokong pr... so xpyhlah gaduh2.. sbb last2 dua2 tu pn melayu... melayu sama melayu gaduh, org cina tepuk tgn... camna melayu nk bersatu mcm ni??

    BalasPadam
    Balasan
    1. setuju masing2 ikut pala peliaq sendiri memang cina tepuk tangan la haha2 cuba masing timbang rasa peniaga ikut rule orang dbkl pun ikut boleh pandang sebelah mata klu peniaga ad buat silp sikit je pun...

      Padam
  10. betul2. sesetengah peniaga kecil lain ada permit and lesen. so just be fair and square. yg tak dek lesen and permit kena la pergi buat jgk. kesian kat org yg susah payah ikut peraturan. kalau tade peraturan, semua org boleh buat benda suka2 hati.

    BalasPadam
  11. carilah kerja yang tidak / kurang mendatangkan syubaha dan tidak meyakiti orang lain..begitu juga bekerja sebagai kakitangan bank..pun mendapat dosa juga kerana terlibat dengan sistem ribak..begitu juga pemandu lori yang membawa arak ..kalau penguatkuasa ni saman mungkin boleh..tapi kalau sampai merampas barang harta jualan orang lain ..belum ada cara tu dalam islam..kalaiau sama boleh berniaga temp[at lain..kalau rampas periuk ..kuali..dapur ,,..

    BalasPadam
    Balasan
    1. -kalau saman boleh berniaga tempat lain..kalau rampas periuk ..kuali..dapur ,,.. bagaimana dia nak cari rezeki ..

      Padam
    2. aku setuju dengan carilah kerja yang tidak/kurng mendatangkan syubhah tu. Tapi contoh nak disamakan dengan pemandu lori bawak arak tu aku tak nmpak persamaannya. Arak keterlaluanlah kalau kerja dbkl tu sampai tahap cmtu. kerjanya halal..rezekinya halal..mereka hanya mengikut sistem yang dibuat. ada prosedur yang terlibat. kalau ada lesen..tapi berniaga tempat salah..saman. tapi kalau lesen takde..tempat salah..tindakan yang diambil lain pulak.

      Padam
    3. kalau semua orang tak nak kerja DBKL, korang plak bising bila bila diaorg tak buat kerja. Sama macam ko parking motor tempat tak boleh parking, bila dapat saman korang(termasuk aku) maki DBKL padahal parking 10 minit je.
      Barang yang dirampas bukan staff DBKL ambik utk buat kenduri. Lepas bayar kompaun, dia akan bagi balik. kalau nk berniaga kena ada proper channel.
      Benda ni jadi sebab emosi, angkuh tak nak mengalah. ingat kes Kiki?Benda kecik boleh jadi besar. Kalau kau kerja DBKL, dapat instruction dr bos utk raid tempat tu, ko boleh cakap" tak nak la saya bos, tu semua melayu. saya sanggup dipecat"?

      Padam
    4. eleh...
      yang konon DBKL kejam ni..
      cuba orang meniaga depan rumah ko sampai kacau nak keluar masuk.
      bila repot PBT..terus peniaga ni kata PBT kejam sebab kacau orang meniaga,zalim bagai...
      apa ko rasa?

      peniaga pun kadang cam cibai gak konon mencari rezeki halal tapi main taram je meniaga kat memana tak ikut undang-undang.lepas tu main sentimen melayu,bangsa dan sebagainya.bila dah kena ambil tindakan salahkan orang lain plak.salah sendiri meniaga takde lesen,kawasan yang tak sepatutnya takmau plak tengok

      Padam
    5. kau ingat senang nk memilih keje zaman skang ni?jgn jd bahalul sgt boleh

      Padam
  12. ketepikan la dulu bahagian peniaga tu melayu ke, miskin ke, DBKL tu zalim ke..

    fokus kepada masalah utama kes ni. peniaga tu buka gerai di tempat parking kereta taman tu. Pengunjung buat aduan sebab timbul isu tempat parking payah nak dpt sebab dah digunakan oleh peniaga. Tu sebab DBKL dtg. Benda awal2 dah memang salah. Serupa orang yang berniaga tepi jalan dan menyebabkan kesesakan lalu lintas. Tolong jangan kusutkan keadaan serta timbulkan isu2 yang jauh menyimpang dengan mengaitkan bangsa.

    BalasPadam
  13. Letakkan diri kita jadi DBKL tu.. Bagaimana kita rasa..

    BalasPadam
  14. thanks noob kerana mengulas dgn matang, kalau lah rakyat malaysia semua berpikiran mcm ko

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.