Iklan Leaderboard

Khamis, 18 September 2014

23 Bantu masyarakat dengan beli rokok yang sah

Harga beberapa jenama rokok yang sah sudah naik pada minggu lepas. Kenaikan harga itu adalah disebabkan pihak British American Tobacco (BAT) mengalami kerugian yang ketara ekoran jualan rokok haram di negara ini. Malah, syarikat tersebut terpaksa bersaing dengan penjualan rokok yang diseludup masuk ke dalam negara ini selain menghadapi saingan sengit dengan syarikat rokok yang lain. Aku sebagai seorang yang bukan perokok, merayu agar semua perokok2 tegar dalam Malaysia ini agar membeli rokok yang sah dan halal berbanding rokok seludup yang haram.


Ini adalah kerana dengan membeli rokok yang sah, anda semua telah membayar cukai yang banyak kepada negara dan seterusnya menjana ekonomi dan pendapatan kerajaan. Dengan duit cukai rokok anda, maka bolehlah kerajaan gunakan duit2 anda untuk menampal lubang2 di jalanraya, menyalurkan bantuan kepada yang memerlukan, menaiktaraf hospital2 kerajaan, membaik pulih infrastruktur sekolah, jejambat dan atap yang runtuh dan lain2 lagi.

Nampak tak, sebenarnya dengan membeli rokok yang sah, anda bukan sahaja menyumbang kepada negara, malah menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan masyarakat setempat serta membantu golongan yang memerlukan. Pengorbanan anda untuk mendapat penyakit kronik dengan menghisap rokok sah ini pasti tidak akan sia2 dan diingati oleh seluruh rakyat Malaysia.


Janganlah menjadi orang yang pentingkan diri dengan membeli rokok seludup yang haram itu. Sudahlah perokok ini lebih diutamakan dalam negara kita berbanding bukan perokok, malah kami yang bukan perokok ini sudah berkorban dengan menyedut asap2 rokok anda dan sanggup berkongsi penyakit dengan anda, sekurang2nya hargailah pengorbanan kami dengan beli rokok yang sah agar duit cukai rokok yang anda bayar itu dapatlah disalurkan semula kepada rakyat Malaysia.


Ini tidak, sudahlah pentingkan diri tahu nak untungkan diri sendiri je beli rokok seludup yang murah, tambah pula tak mahu menyumbang semula kepada masyarakat, juga langsung tak menghargai pengorbanan bukan2 perokok termasuk isteri dan anak2 anda yang dah sama2 menyedut asap beracun tu bersama2 anda.


So kalau nak beli rokok, pastikan beli rokok yang sah dan halal di sisi kerajaan Malaysia, sebab ia turut menguntungkan warga tidak merokok. Malah bantulah syarikat British American Tobacco untuk mengelakkan mereka daripada mengalami kerugian lagi serta melipat gandakan lagi keuntungannya, kerana mereka telah berusaha yang terbaik untuk membekalkan rokok yang berkualiti dan sah kepada anda.

Ingat rokok, ingat apa sumbangan anda, jangan ingat akan bahayanya, sebab kalau nak kira bahaya, rokok sah ke rokok seludup ke, kalau dah namanya rokok semuanya bahaya dan boleh mendatangkan penyakit kronik. So pasal bahaya tu letak nombor 2, sebab korang nak sakit ke nak mati ke kerana rokok itu bukan urusan kami, kami hanya fikirkan macam mana anda boleh menyumbang kepada ekonomi negara dan pembangunan masyarakat dengan membeli rokok yang sah.





tags: rokok sah halal haram tak sah seludup kongsi gelap jenayah rugi mahal naik harga murah british american tobacco john dunhill malboro sumbangan ekonomi negara penyakit sakit bahaya kronik beza #rokokseludup

23 ulasan:

  1. Balasan
    1. Ini semua salah UMNO-BN!

      Sokong Wan Azizah jadi MB Selangor & PM Malaysia ke-7!

      Padam
  2. Serba tak kena...itu salah, ini lagi salah.

    BalasPadam
  3. org isap rokok peduli ke? haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. org isap rokok mana peduli ni semua, asalkn mulut keluar asap sdhlah, pr0000ooooooooottTTttT dmuka sirosli kahkahkah!

      Padam
  4. Sekali sekala yg bukan perokok tu bli la rokok utk perokok. Kan perokok dah bnyak beri sumbangan kepada yg tak merokok.hahahaa

    BalasPadam
  5. Shrek is love,Shrek is life18 September 2014 8:09 PG

    kl naik harga lagilah org xmau beli rokok sah

    BalasPadam
  6. X habis2 nak menegakkan benang yg basah......nanti jawab depan malaikat kelak utk pertahankan merokok membawa kebaikan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kau ni pn satu bangangla ayam... dh berapa lama ko baca blog ni?? nmpk cam lejen tp noob buat entry sarkastik pn xleh nk hadam... dia perli perokok dgn kerajaan yg kutip cukai rokok pn xleh paham... dh pi main jauh2 syuh syuh

      Padam
    2. kah kah kah ayam kesian aku tgk ko ni

      Padam
    3. Lek la anon. Ayam wat lawak je. Die pon isap jugak. Tp isap .......... (sile isi ruang kosong).

      Padam
    4. Maksud sy yg menegakkan benang yg basah ialah kpd perokok, bukan kpd noob..sy fhm noob maksudkan sarkastik di atas....relek bro.HEHE

      Padam
    5. ellehh ko bkn perokok, ko mna tahu apa2 budak..pui! blh je nk jwb, cuma mls nk lyn bdk yg jahil tp bajet no 1st ni.. biarkan mereka, biarkan...

      Padam
  7. Merokok mampu menjana pendapatan negara.....

    BalasPadam
  8. banyak mudaratnya merokok ni

    BalasPadam
  9. gaya, mutu, keunggulan

    BalasPadam
  10. h Rozana

    Aku mencari gambarmu
    Keluar photo jejaka bangla
    Tersenyum dan melirikmu
    Bersama seketul bisjut & royi

    Oh Rozana

    Tapi aku tak mampu
    Membalas lirikan dan senyummu
    Tanpa bisjut & royi darimu
    Yang kuharap selalu

    Oh Rozana

    Dengan perasaan sangat rindu
    Kutulis pesan singkat untukmu
    Untuk mengurangi resah dihatiku

    Oh Rozana

    Bilakah ada bisjut & royi
    Ku tunggu telefon darimu
    Kerna aku sangat rindu
    Ingin membeli bisjut & royi

    Nak bisjut?

    BalasPadam
  11. Assalamualaikum. Kerja part time dirumah... modal rm20 seumur hidup shj. Tak payah menjual, keluar rmh cari org, buat loan sampai beribu2 utk modal, klik iklan bagai nk mati dan buat website. Hnya kenalkn link yg admin bg shj. Komisen 100% terus ke acc bank anda hari2. .sistem autoresponder yg bkerja utk anda hari2. . rahsia perolehi rm15k setiap bln.. sapa2 nk join kerja part time n dpt gaji hari2 blh le dftr kat sini http://www.rm20segera.com/?r=anaqilalala

    BalasPadam
  12. muahahahaha....haram halal nak mati, mati jugak pastu.... konon2 rokok "sah" ni halalan toyibban sangat.... puihhh puihhhh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Shrek is love,Shrek is life19 September 2014 9:01 PG

      kalau rokok x halal kenapa kerajaan bg org melayu beli? arak x halal org melayu xleh belikan. adakah kerajaan sanggup nak amik syer dosa semua org islam di malaysia yg beli rokok?

      Padam
    2. elleh tino nihhh, ko tu bkn perokok diam2 arr, siap pui plk tuh? meh sini dtg dpn aku, pakai pelikat je aku blh hadap ko tahu takk..

      Padam
  13. Cutting down your cigarettes?

    Saya ada cara utk berhenti merokok dgn mudah. Harga rokok pun dah melambung2. Baik guna duit tu utk beri reward pada anak2 ke, utk bawa isteri candle light dinner ke, htr mak ayah g umrah ke, derma kat tahfiz ke, bayar zakat ke.....kan....

    So, siapa nak berhenti merokok boleh contact saya 01137007328 Azah

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...