Ahad, 21 September 2014

23 Cinta boleh naikkan gred pelajar universiti

Jika kena pada gaya, sang pencinta boleh cemerlang dalam pelajaran. Pelajar yang bercinta mampu mendapat rangsangan positif jika pasangannya bermotivasi. Jika ada yang mengaitkan kegagalan dalam pelajaran adalah disebabkan pelajar berkenaan bercinta ketika belajar adalah tidak betul, malah ramai yang telah berjaya dalam pelajaran kerana mempunyai teman istimewa.


Sumber

Bercinta di universiti ada kebaikan, juga ada keburukannya. Ia boleh turunkan gred atau naikkan gred. Ada yang turun gred kerana terlalu asyik dengan percintaan, asyik dating kat bandar, tengok wayang sampai mengabaikan pelajaran. Ada juga yang menjadikan cinta itu motivasi untuk belajar bersungguh2 agar dapat gred yang baik seterusnya mendapat pekerjaan yang baik demi pasangan tercinta. Ada juga yang CGPA meningkat kerana bersama2 mengulangkaji pelajaran, atau pasangan tolong buatkan assignment.

Bercinta di universiti boleh juga turunkan iman atau tingkatkan iman. Mana iman yang tak kuat tu, mungkin akan buat perkara2 yang tak elok seperti ringan2 dan seluk menyeluk, malah lebih teruk lagi sampai melahirkan anak luar nikah yang akhirnya dibuang bayi mereka di tong2 sampah atau mangkuk tandas.

Ada juga pasangan yang bercinta dan terus dikahwinkan ibu bapa mereka ketika mereka masih belajar di universiti. Ramai juga yang bercinta di universiti dan kekal ke gerbang perkahwinan selepas mereka tamat belajar.

Persoalan di sini adalah sejauh mana kekuatan dan kematangan kita untuk menangani percintaan, bukan tempat di mana kita bercinta. Bercintalah di sekolah ke, universiti ke, kolej ke, tempat kerja ke, yang penting kita dah cukup matang, tahu jaga diri, tahu jaga maruah, tahu jaga kemaluan, tahu baik buruk dan batas2 agama dalam percintaan. Kalau ketika bercinta kau buat kerja bodoh sampai langgar batasan agama, kau memang tak layak lagi untuk bercinta.

Tapi kalau yang bercinta tu nak belanja awek tengok wayang tapi spender pun masih mak bapak yang belikan, aku cadangkan korang tak payah bercinta. Malu sial belanja awek, belikan hadiah kat awek guna duit mak bapak. Lelaki sejati tak guna duit mak bapak untuk belanja awek, diorang berusaha cari duit sendiri untuk belanja awek.

Apa2pun penuhkan dulu ilmu di dada, jika tak enggak akan sampai ke terusan suez.




tags:bercinta cinta boleh naikkan gred pelajar universiti kolej cgpa cpa gpa institusi ipta ipts kebaikan keburukan

23 ulasan:

  1. oh nooooooooooo wtf

    BalasPadam
  2. Huarghh~~~ ngantuk dengar lecture noob arini

    BalasPadam
  3. ha'ah btul tu, tp ak ad member nie dia pandai maths , at the same times dia b'cinta dgn laki yg pandai maths gak,. Memang b'gabung laa, dua2 pandai maths..

    BalasPadam
    Balasan
    1. pr0000ooootTtT!! Argh! Leganya

      Padam
    2. dorang pandai math sblm bercinta..bukannya sblm bercinta tu buta huruf...

      Padam
  4. Ko tengah brcinta yer Noob? Mggu ni dh 2 entry psl cinta cintun jer..

    BalasPadam
  5. Noob dilamun cinta...
    Oh no...

    Siapakah mystery woman itu???

    -_______-

    BalasPadam
  6. Mak aku kata, kalo diam tu tandanyer setuju ler..
    Oho...noob tgh brcinta ♡

    BalasPadam
  7. nak bercinta kalau mampu takpe... ini nak beli boxer spongebob pun mintak duit mak lagik.... wakkakakaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. ko ni poyo je, ingt gaya muncung itik ko tu bagus sgt ke? prooott dmuka ko

      Padam
    2. Pakwe ko ke yg pkai boxer spongebob tu?childish gila..sesuai la dgn ko yg msih pkai underwear hello kitty..

      Padam
  8. betol tu . ada yg jadi elok . ada jugak yg bertambah tak elok . atas iman dan akal kita sendiri

    BalasPadam
  9. Jiwang la plak blog ni... Adeehh..

    BalasPadam
  10. Kawin la noob.sian pulak aku nengok

    BalasPadam
  11. budak2 skolah menengah yg siap ada tab/smartphone mengalahkan org yg dh berkerja. model mahal lak tu. pastu plak dating2 bg awek pnjam. kalo dh mampu bli bende mahal cmtu, aku rase dorang bli spender dorang sndiri gk.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ko ni komen mcm bdk skolah la, bdk2 skolah tu parents dorg yg belikan sume2 tu la bdk woi..gadget yg ko gne utk komen kat blog ni pn sah mak ko yg belikan, kan?

      Padam
    2. itulah yg dia nak gtau anon 833. tak kan ayat mudah cmtu pun ko tak boleh nak paham maksud dia. maksud dia budak2 tu pakai hp mahal2, padahal spender pun mak bapak blikan. pastu berlagak tunjuk bnyak duit bagi awek pinjam tepon.

      Padam
  12. Tp sy nmpk trend cari bf/gf yg berjaya smpi ke pernikahan byk berlaku di U...maybe diaorg dah matang n ambil tanggingjwb utk berkahwin bila dah dpt kerje kelak.

    Tp sy x nmpk kesan signifikan bercinta beri kesan positif study....agak subjektif di sini n tiada statistik mengatakan sedemikian. Cuma sy takut bila statement ni jd viral...mula la budak nak up spt sek men buat alasan ni utk bercinta monyet. Seelok2nya..nak bercinta terus kahwin je....tp bg laki yg betul2 minat kat awek, pastikan niat betul2 nk kahwin dgn dia nanti..kalau x buat rosak anak org je

    BalasPadam
  13. Petikan blog Anazin .

    Pesanan Imam Syafie Untuk Kaum Lelaki

    Empat perkara menguatkan badan
    1. Makan daging
    2. Memakai haruman
    3. kerap mandi
    4. Berpakaian dari kapas

    Empat perkara melemahkan badan
    1. Banyak berkelamin (bersetubuh)
    2. Selalu cemas
    3. Banyak minum air ketika makan
    4. Banyak makan bahan yang masam

    Empat perkara menajamkan mata
    1. Duduk mengadap kiblat
    2. Bercelak sebelum tidur
    3. Memandang yang hijau
    4. Berpakaian bersih

    Empat perkara merosakan mata
    1. Memandang najis
    2. Melihat orang dibunuh
    3. Melihat kemaluan
    4. Membelakangi kiblat

    Empat perkara menajamkan fikiran
    1. Tidak banyak berbual kosong
    2. Rajin bersugi (gosok gigi)
    3. Bercakap dengan orang soleh
    4. Bergaul dengan para ulama

    BalasPadam

  14. Ada sebuah pepatah Arab yang bermaksud, 'Ilmu agama itu terpenggal di celah kangkang wanita.'

    Saya tak ingat ini pepatah arab ataupun pesanan Imam Shafei ataupun Imam Ghazali. Tapi saya cuba ingat kembali waktu 80-an dulu, ada dititipkan dlm heyday Utusan Malaysia atau BH. Saya simpan dan letak keratan ni atas meja study time tu (ada cermin, boleh letak bawah cermin dan baca2 buat diri sendiri).

    Sefaham saya melalui kata2 ini. Mungkin sama dgn rakan BO lain. Bila dah kenal " celah kangkang" ni. Mmg payah ilmu nak masuk.

    Saya cuba cari balik semoga dpt kongsi. Tapi xdpt dgn tepat apa yg Utusan atau BH siarkan tu.

    -BrungHantu

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.