Memaparkan catatan dengan label Bincang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bincang. Papar semua catatan

Sabtu, 20 Jun 2015

5 Nasib orang Melayu-Islam sekiranya BN kalah

BANYAK orang bertanya saya, "Apa akan terjadi kepada Malaysia, orang Melayu dan agama Islam jika Barisan Nasional (BN) kalah"?

Ini cerita panjang dan soalan ini timbul sejak pilihan raya umum 2008 lagi, apabila BN di bawah pimpinan Abdullah Ahmad Badawi hilang majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.

Keadaan menjadi lebih buruk bagi BN, apabila di bawah pimpinan Mohd Najib Abdul Razak, pencapaiannya lebih teruk dalam PRU 2013.



Isnin, 20 Oktober 2014

65 Saya mahu pegang anjing yang juga najis berat

Ratusan hadirin telah menghadirkan diri pada acara “I Want to Touch a Dog” – sebuah acara bagi membantu orang ramai terutamanya yang beragama Islam untuk mengatasi persepsi negatif terhadap anjing.

Acara yang bermula pada jam 8 hingga 10 pagi di Central Park, Bandar Utama itu turut memberi peluang kepada orang ramai yang beragama Islam untuk menyentuh anjing sambil diperhatikan oleh pemilik anjing berkenaan.



Sabtu, 4 Oktober 2014

25 Masalah Subsidi Pukal VS Solusi Subsidi Bersasar

Bila aku menulis mengenai sistem subsidi yang kita amalkan selama ini salah dan tidak adil, ramai pula yang menhentam, tidak kurang juga caci maki. Aku bukan menulis mengenai pandangan dan pendapat aku sebagai rakyat marhaen dalam situasi ini sebab aku dah banyak kali tulis pasal tu dulu, malah semua tempat pun akan cerita benda yang sama. Aku hanya menerangkan dari sudut kerajaan kenapa masalah subsidi ini timbul dan mereka terpaksa mengurangkan subsidi minyak sehingga wujudnya Program Rasionalisasi Subsidi, itu sahaja.



Khamis, 2 Oktober 2014

60 Selama ini sistem subsidi kita salah dan tak adil

Sebelum ini aku banyak kali menulis pasal isu semasa dari sudut dan kaca mata seorang rakyat. Sekarang aku nak mengajak anda semua melihat isu kenaikan harga minyak disebabkan pengurangan subsidi minyak ini dari sudut dan kaca mata kerajaan. Pada pandangan aku, selama ini negara kita telah mengamalkan sistem pemberian subsidi yang salah dan tidak adil, dan ia cuba diperbetulkan balik di zaman pemerintahan DS Najib Razak.



Ahad, 21 September 2014

23 Cinta boleh naikkan gred pelajar universiti

Jika kena pada gaya, sang pencinta boleh cemerlang dalam pelajaran. Pelajar yang bercinta mampu mendapat rangsangan positif jika pasangannya bermotivasi. Jika ada yang mengaitkan kegagalan dalam pelajaran adalah disebabkan pelajar berkenaan bercinta ketika belajar adalah tidak betul, malah ramai yang telah berjaya dalam pelajaran kerana mempunyai teman istimewa.



Selasa, 2 September 2014

21 50 Ucapan Sempena Hari Kemerdekaan

Setiap tahun bila tiba hari kemerdekaan, pasti ramai dikalangan rakan-rakan di media sosial (termasuk kita sendiri) dan blog-blog akan membuat ucapan berkenaan hari merdeka. Tetapi tahun ini ucapannya terlalu kurang. Kemungkinan hari merdeka jatuh pada hujung minggu, orang ramai tidak aktif bersosial di internet. Boleh jadi kerana isu nahas kapalterbang, mungkin rakyat Malaysia masih bersedih.



Sabtu, 26 April 2014

26 Ini Semua Salah Kerajaan

Sejak berlakunya MH370, kedengaran suara-suara yang amat “mengagumkan” dari pelbagai pihak. Itu tidak termasuk lagi dari ahli keluarga mangsa. Di antara kandungan suara tersebut adalah kerajaan Malaysia gagal, lewat, menyorok maklumat dan macam-macam lagi. Suara-suara ini lantang dikalangan ahli keluarga mangsa dari China sehingga menyebabkan warga MAS di China dikepung oleh ahli keluarga mangsa di salah satu hotel di sana. Kini isu Feri karam di Korea Selatan telah membuatkan Kerajaan Korea Selatan pula menjadi sasaran dengan alasan gagal bertindak.


Isnin, 21 April 2014

19 Apabila Malaysian jadi Pendatang Tanpa Izin

Banyak pihak menyokong tindakan kerajaan apabila masalah pendatang asing secara sah dan haram semakin kritikal dan ada juga pihak mengambil kesempatan menghentam kerajaan dengan alasan tidak berperikemanusiaan. Tanpa disedari oleh banyak pihak yang orang kita pun ada juga yang menjadi pendatang haram di negara lain.



Rabu, 16 April 2014

35 Bacaan tarhim dan azan terlalu kuat satu gangguan?

Heboh satu Malaysia dalam minggu ini apabila seorang pakcik berusia 56 tahun yang dikenali sebagai Mohd Said membuat laporan polis berkenaan bacaan tarhim dan azan yang dikatakan terlalu kuat hingga mengganggu tidurnya. Isu ini menerima maklumbalas yang pelbagai dari masyarakat Malaysia.



Selasa, 15 April 2014

26 Pe class jadi Malaysian, I'm British

Pada beberapa hari yang lepas, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan bahawa mereka yang telah mendapat taraf Kerakyatan British Di Luar negara (BOC) tidak akan mendapat semula kewarganegaraan secara automatik, perlu membuat permohonan seperti Pendatang yang lain dan permohonan diteliti dengan rapi. Persoalannya mengapa terdapat mereka yang ingin mendapatkan taraf BOC dengan mengoyak dan membakar Pasport Malaysia mereka dan kemudiannya ingin kembali menjadi Malaysian.


Rabu, 9 April 2014

73 Siapa yang paling layak mendapat tender projek?

Anda seorang pegawai kerajaan yang menguruskan sebuah projek baru yang dianggarkan bernilai lebih RM1 juta di jabatan anda. Projek ini ditawarkan melalui sistem tender terbuka. Terdapat 5 buah syarikat yang telah membida projek ini di mana kelima2nya memenuhi tawaran spesifikasi tender projek dan melepasi semua syarat2 yang telah ditetapkan.



Isnin, 7 April 2014

29 Pelarian Di Malaysia Besar Kepala?

Kita digalakkan membantu orang lain ketika kesusahan, lebih-lebih lagi sesama Islam. Malaysia terkenal dengan sentiasa memberi bantuan ketenteraan, perubatan dan kemanusiaan kepada semua pihak yang mengalami masalah dari segi konflik dalaman dan bencana alam termasuk menguruskan pelarian. Kini banyak negara menghulur bantuan kepada Malaysia untuk mencari MH370 untuk membalas jasa baik Malaysia. Itu negara, bagaimana pula pelarian itu sendiri?



Ahad, 6 April 2014

27 Anak terlajak bijak = ?

Kita selalu mendengar kisah anak menyebabkan ibu bapa mereka kesusahan, disisih, dipenjara dan dibunuh. Tu belum masuk lagi anak menyebabkan ibu bapa menyerang cikgu hanya kerana cikgu kata anaknya bodoh atau didenda. Makin bijakkah anak-anak zaman sekarang?



Isnin, 31 Mac 2014

21 Apabila pendatang asing menjadi warga Malaysia

Topik ini dibuat sempena tamatnya Pilihan Raya Kecil (PRK) yang sedia ada seperti PRK DUN Kajang, Selangor dan Balingian, Sarawak. Ramai yang bising dan kecoh bila terdapat “Bangla”, “Indon”, “Nepal”, “Pakistan” dan lain-lain warganegara membuang undi pada Pilihan Raya Umum (PRU). Secara tak langsung terus ramai COP nih pengundi hantu dibawa KHAS oleh KERAJAAN MALAYSIA khususnya BN. Inilah mentaliti kebanyakkan orang yang taksub dengan politik. Jangan pulak COP aku RASIS pulak yer. Benda ini dah lama aku sedar dari zaman tamat sekolah lagi. Awal tahun 90an bermula masalah ini. Ramai masih tak sedar masalah yang akan timbul setelah 18 dan 21 tahun kelak. Baru kini langkah-langkah untuk mengawal dilakukan oleh pihak berkuasa.



Selasa, 25 Mac 2014

37 MH370: Antara teori konspirasi dan logik akal

Sebelum ini berkenaan kehilangan pesawat MH370, aku tidak mengulas dan membuat sebarang teori konspirasi mengenai misteri kehilangan pesawat tersebut kerana aku bukanlah seseorang yang terlibat dalam misi Search & Rescue (SAR) dan mempunyai akses kepada maklumat dan data yang berkaitan. Penulisan aku sebelum ini lebih berbentuk berita, sensitiviti masyarakat terhadap isu ini, isu keselamatan, isu bomoh, persoalan dan lain2. Aku cuba elakkan untuk menulis teori konspirasi kerana teori akan kekal teori dan bukan fakta selagi tidak disertakan dengan bukti.



Isnin, 17 Mac 2014

40 MH370: Spekulasi, teori konspirasi dan persoalan

Setelah kehilangan pesawat MH370 masuk hari ke-8, PM DS Najib Razak membuat sidang media khas dan mengesahkan bahawa pesawat tidak dikenali yang dikesan menukar arah dan terbang ke arah barat pada pagi Sabtu lalu adalah pesawat Malaysia Airlines MH370 hilang dari radar awam sejurus sebelum itu. Radar Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengesan pesawat berkenaan membuat berpatah balik dan kemudiannya menukar arah ke barat merentasi Semenanjung Malaysia. Setelah itu, pesawat berkenaan dikesan meneruskan perjalanan ke timur laut.



Rabu, 5 Mac 2014

26 Persembahan K-Pop oleh pelajar untuk pensyarah

Dulu pernah heboh pasal video pelajar2 UUM buat persembahan tarian Gangnam Style yang sangat meletop waktu minggu orientasi, kali ni giliran pelajar2 Kolej MASA pula membuat persembahan tarian lagu K-Pop dan Gentleman yang sangat tebabom sempena Hari Pensyarah atau Lecturer Day untuk dipersembahkan kepada pensyarah2 mereka, memang happeninglah!



Isnin, 3 Mac 2014

61 Kenapa Malaysia kekal sebagai negara membangun?

Negara kita ni kalau nak kata teruk sangat tu tidaklah. Malah, kalau dibandingkan dengan negara2 dunia ketiga dan negara yang membangun yang lain seperti Zimbabwe, Nigeria, Kenya, Vietnam, Indonesia, Filipina, Thailand, Myanmar, Bangladesh dan lain2, sebenarnya masih agak boleh dibanggakan. Namun negara kita sudah lama kekal sebagai negara membangun, dan mungkin akan kekal begitu dalam tempoh yang agak lama lagi.



Selasa, 18 Februari 2014

49 Bantah VS Boikot Astro: Mana lebih berkesan?

Bermula bulan November 2013 tahun lepas, bil Astro dinaikkan sebanyak RM6 sebulan untuk Sport Pack, dan RM2 sebulan untuk Family Pack. Selain daripada kenaikan bil, Astro sebagai satu2nya syarikat television satelit berbayar memang sudah terkenal dengan siaran selalu tergendala2 bila hujan lebat, masih ada iklan walau ia stesen TV berbayar serta terlalu banyak rancangan2 yang diulang. Disebabkan itu, sebuah NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) membuat kempen Bantah Astro untuk membuat bantahan dan tuntutan terhadap Astro.


Jumaat, 7 Februari 2014

51 Ritual lumur darah ayam amaran untuk cina cauvanis

Sekumpulan NGO yang menggelarkan diri mereka 'Majlis Jemaah NGO Islam Malaysia' hari ini menyembelih empat ekor ayam dan melumur darahnya pada kain rentang yang tertera gambar pemimpin DAP dan PKR. Tindakan itu dibuat dalam perhimpunan yang dinamakan 'Bantahan penghinaan terhadap kepimpinan Melayu, Yang di-Pertuan Agong, dan agama Islam serta maruah Melayu' oleh segelintir ahli politik yang didakwa cauvinis Cina. Ia berlangsung berhampiran Jalan Tun Perak berdekatan Puduraya, petang tadi.