Iklan Leaderboard

Isnin, 7 April 2014

29 Pelarian Di Malaysia Besar Kepala?

Kita digalakkan membantu orang lain ketika kesusahan, lebih-lebih lagi sesama Islam. Malaysia terkenal dengan sentiasa memberi bantuan ketenteraan, perubatan dan kemanusiaan kepada semua pihak yang mengalami masalah dari segi konflik dalaman dan bencana alam termasuk menguruskan pelarian. Kini banyak negara menghulur bantuan kepada Malaysia untuk mencari MH370 untuk membalas jasa baik Malaysia. Itu negara, bagaimana pula pelarian itu sendiri?


Malaysia telah membantu ramai pelarian sejak dari tahun 1975 apabila pelarian Vietnam mendarat di Pulau Bidong, Terengganu. Kemudian pelarian Mindanao ke Sabah yang juga terdiri dari orang Sulu dan ditempatkan di Tawau, Semporna serta sekitar Sabah. Akibat bencana tsunami di Aceh, Malaysia juga membuka pintu sempadan kepada pelarian Aceh. Kini masyarakat Rohingya pula masuk dalam senarai pelarian di Malaysia. UNHCR atau dikenali sebagai Pesuruhjaya Tinggi Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian membantu kita dalam menguruskan pelarian. Tujuan membantu pelarian adalah untuk memberi perlindungan, bantuan kesihatan, pendidikan dan sebagainya. Kita beri mereka sedikit ruang untuk hidup di Malaysia atas nama kemanusiaan dengan membuka sempadan dan memberi mereka tinggal disini sehingga konflik atau keadaan di tempat asal mereka kembali aman dan sesuai untuk didiami semula.


Namun setelah kita beri mereka peluang untuk memulakan semula kehidupan mereka, terdapat ramai pelarian mula besar kepala. Tempat asal mereka telah aman dan boleh memulakan semula hidup disana, tetapi tidak mahu pulang kerana sudah selesa dengan negara kita. Pelbagai alasan diberikan sehingga alasan yang tidak munasabah dan menyakitkan hati kita. Tu belum lagi masalah sosial dan jenayah yang mereka timbul diseluruh negara. Mereka menindas penduduk negara yang memberi bantuan kepada mereka dengan mengganggu ekonomi dan sosial setempat. Ada pelarian mengambil kesempatan dengan berniaga tanpa permit, bekerja tanpa permit, bantuan perubatan dengan diskaun 50% dan melahirkan anak pelarian tanpa had kerana ingin anak mereka menjadi warga Malaysia (sebelum Julai 2011). Kebanyakkan rakyat Malaysia buat tidak tahu kerana belas kesian kepada mereka.


Pelbagai masalah telah timbul hasil tangan pelarian ini. Ekonomi penduduk tempatan dikuasai oleh pelarian seperti di Pasar Aceh, Chow Kit. Pencerobohan Penganas Sulu di Sabah sehingganya gugurnya beberapa pahlawan kita. Itu pun masih mereka kata kejam kerana Malaysia mengubah beberapa dasar demi kepentingan rakyat Malaysia seperti kos perubatan mengikut kos pasaran setelah diberi diskaun, mengetatkan pemberian kewarganegaraan dikalangan pelarian dan halangan kepada pelarian untuk mendapat pendidikan di sekolah kerajaan. Padahal Kerajaan Malaysia masih memberi bantuan dan mereka masih boleh mengambil SPM dan memasuki mana-mana IPTA. Mereka hanya perlu membayar yuran sekitar RM15 sahaja.


Jika benar PR berjuang untuk rakyat, kenapa isu nih tak dipanaskan? Senang je jawapannya, sebab mereka nak sokongan dari pelarian yang telah mendapat kewarganegaraan. Mesti warga pelarian marah dan tak sokong bila dijadikan sasaran politik. Sama juga dengan pihak lagi satu yang mana sebelum ini membiarkan isu tersebut dengan harapan mendapat sokongan. Setelah keadaan semakin tidak terkawal, terpaksalah melepaskan sokongan puak-puak tu. Namun bagi aku sudah terlewat, hanya pengawalan dan penapisan dapat dilakukan. Nak halang dah tak boleh. Mereka juga “Malaysian”. Hanya satu tindakan dari kerajaan yang dapat tarik sedikit sokongan apabila akan berbincang untuk melonggarkan halangan permit kerja kepada warga pelarian. Tapi bagi aku tetap tiada perubahan sebab boleh dikatakan ramai Malaysian dari hasil mak bapak pelarian beranggapan PR lebih adil untuk mereka.


Suasana politik sendiri umpama bola tanggung kepada warga Malaysian yang asal usul dari pelarian. Ini peluang mereka untuk mendapat hak lebih baik. Sekaligus kelebihan untuk pelarian yang masih gagal menjadi Malaysian. Ini membuatkan mereka lagi besar kepala dan boleh bersuara tanpa mereka, politik Malaysia akan tempang sedikit. Walaupun tak ketara tapi sekurang-kurangnya dapat mempengaruhi tempo politik. Aku tak pelik jika satu hari nanti suara pelarian akan menjadi antara suara berpengaruh dalam Malaysia.

Jangan terkejut kalau korang terdengar “Jom jadi pelarian di Malaysia, banyak kelebihan, pasti untung”

Sumber : http://www.unhcr.org.my

29 ulasan:

  1. Kita Tolong. Mereka Bohong. Tinggi Hidung.

    BalasPadam
  2. 1st...terbaik...dah boleh komen guna FB....

    Dari zaman nenek moyang kita lagi isu pelarian ni dah wujud...boleh jadi kita ni pun ada darah pelarian...maksud pelarian disini ialah org2 yg berhijrah dari kampung halaman ke negeri orang.....contohnya penghijrahan org2 jawa dari indonesia ke tanah melayu...org2 jepun ke tanah melayu...org2 cina dari tanah besar......boleh jadi mereka kahwin dengan org melayu....dan boleh jadi kita adalah keturunan mereka.....so bila kutuk2 pelarian tu elok semak balik susur galur keluarga kita....nanti kena batang hidung sendiri....hehe......cuma sekarang ni mungkin akibat kepesatan teknologi dan kemodenan yg melanda negara kita, ditambah peraturan2 yg x pernah wujud di zaman silam, isu pelarian ini menjadi isu yg besar.....kebanyakan mentaliti kita tidak dapat menerima wujudnya pelarian di zaman moden ini...


    btw, saya ada mix jawa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kena paham maksud pelarian dengan penghijrahan.... dua maksud yg berbeza...
      pelarian - lari - lari dari keadaan yg bahaya, sukar...
      penghijrahan - hijrah - berhijrah utk memulakan hidup yg baru dan memperbaiki kehidupan...

      Padam
    2. sama je...dia berlari dari kampung halaman menuju destinasi baru....untuk membaiki kehidupan....

      Padam
    3. kan. diaorang kira lump sum ja, kira pendatang. kutuk2 punye kutuk padahal keturunan bukan pure melayu. kah kah.

      Padam
  3. Kalau kau ada masa lain kali kau cuba la follow debat kat parlimen tu. Ada je isu-isu ni dibangkitkan oleh PR, cuma tak dibangkitkan atau tak diberi laluan utk dibahaskan. Peace.

    Xboy

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dlm parliment je? kat luar senyap sunyi? pesal hal lain leh je bising? Kalo x diberi laluan, naper x buat mcm selalu kat luar sambung bising? Yg PR duk bising kat luar duk jerit2 kata Malaysia tempat paling teruk tuk pelarian.... Double standard tul le... agak2 le nak backup bro...

      Padam
    2. wow ada gak anon bodoh ye ko pun double standart bila buat elok2 dia kata ni pulak klu buat demo kat luar beritau bagai dia kata tak guna saluran betul, kalau dah dasar hati kotor memang kotor la bagai, moga Allah S.W.T. bagi kesedaran sebenar kat ko yg bodoh ni dan ampuni diri ak yg kata org bodoh kat orang bodoh yg tak ngaku dia bodoh...

      Padam
  4. yang jadi ahli parlimen PR pun pedatang gak.
    cuba tengok ic zuraidah dan dari mana dia
    sama gak dengan badrul amin tu.kekunun ustat tapi khalwat dengan bini orang pukul 3 pagi
    pendatang gak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Zuraida Kamaruddin

      Beliau memulakan persekolahan rendah di Jalan Eunos Primary School dan seterusnya ke peringkat menengah di Tanjung Katong Girls School, Singapura. Keputusan cemerlang G.C.E ‘O’ Levels dan rekod kecemerlangan aktiviti luar darjah melayakkan beliau melanjutkan pelajaran di Raffles Institution.[1]

      Beliau menyambung pengajiannya dengan mendapat Ijazah Sains Sosial dari Universiti Singapura dan Ijazah Sarjana Muda dalam Sales and Marketing (UK MITD). Beliau juga telah menyelesaikan pengajian dalam Management Excellence Program (AIM Filipina) dan Marketing Research Advance Program (Taiwan).

      YB umno ado?

      KEDEPAN (KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian, SPM 5A < degree dan guru, 3A-4A diploma, 1A-2A sijil, 0A buruh, amah dan pekerja am)

      Padam
    2. Patutnya tanya soalan macam ni.. Timbalan Presiden PAS ada degree? Master? PHD?

      Padam
  5. Kurang PATI kurang jenayah!

    Berlakulah adil di bumi ini. Adil itu meletakkan sesuatu pada tempatnya. Negara tidak perlukan PATI sumber manusia kita cukup untuk menggerakkan negara ini. Kita tak perlukan pati untuk cuci tandas di pasaraya, jadi buruh di kaw pembinaan, tombak buah sawit di ladang. Rakyat kita boleh buat semua itu, yang penting kurang pati kurang jenayah. Manifesto PR akan menghantar pulang 100k pati seterusnya membuka 100k peluang pekerjaan kepada rakyat. 

    KEDEPAN (KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian, SPM 5A < degree dan guru, 3A-4A diploma, 1A-2A sijil, 0A buruh, amah dan pekerja am)

    BalasPadam
    Balasan
    1. nak memperjuangkan degree... nak memperjuangkan kepandaian... tapi tak memahami tajuk.... agak susah jugak ni....
      tajuk skg ni.... "pelarian" bukan PATI

      Padam
    2. Suka hati KEDEPAN la. Itu hak dia bersuara menyatakan kebenaran pada pandangan dia. Ada betulnya apa yg dia perjuangkan. Rakyat negara kita yg tak pandai pun nak buat degree lepas tu siapa yg nak kerja buruh? Kena la ambil org org pelarian ni. Mewahnya negara kita ni org yg lari dari negara asal dia dah tak nak balik negara dia sebab selesa kat sini.

      Kalau org org tak pandai tak sibuk nak kejar degree so kenalah dia org kerja buruh. Takde la peluang pelarian nak kerja kat negara kita.

      Padam
    3. Kalau aku tegur mamat kat atas ni, mesti dia balas " ko ni mst masuk degree guna kabel, SPM sikit je a" dan lain2. Well, aku aware dengan perkara tersebut.sudah jadi mentaliti keyboard warrior.
      Cmnerpun aku nak komen gak. Atas dasar apa kau mampu cakap ' kalau org tak pandai tak sibuk kejar degree so kenalah dia kerja buruh'?. Mksud kau org tu takde harapan nak memperbaiki taraf hidup, tak layak berjaya pada masa akan dtg? Disebabkan SPM semata- mata, dia kena putus asa dlm hidup dan terima je nasib menjadi buruh? Macam mana dengan harapan mak bapak dia nak tgk anak dia berjaya pada masa akan dtg? Apa jadi dengan impian dia nak hidup selesa kerana dia hanya boleh jadi buruh disebabkan SPM result tak elok?
      Ini lah buktinya, walaupun kau pandai blajar, tp kau tak boleh berfikir dengan waras dan memahami hati org lain..kau zero.tak berfungsi dlm masyarakat. Kau sokong kedepan sbb ko rasa org pandai ada degree payah dpt kerja disebabkan org bodoh pun ada degree. Ya tu betul..mmg tak adil. Tp kau sokong org yg SPM tak perform semua layak jadi buruh dan tak layak berubah dan mengubah hidup mereka. At the end, you're not a hero. You just some villan that kills people because you cannot get justice for yourself.

      Padam
    4. Menuntut ilmu ialah fardu ke atas Muslimin dan Muslimat. Justeru belajarlah hingga ke negara China. Namun untuk memilih masuk kerja dalam syarikat rakyat (kerja gomen) adalah wajar kepandaian diutamakan yakni jumlah A dalam SPM. Ini kerana adakah sama orang pandai dengan tidak pandai? Sanggupkah anda hancurkan harapan ibu bapa budak-budak pandai yang berkorban mahu lihat anaknya berjaya dengan anda si bodo merampas hak mereka? Dulu anda malas belajar tiba-tiba sama-sama masuk kerja dengan pangkat yang sama melalui degree dari Koleh Uni atau Uni pintu belakang (tak cukup A SPM)

      KEDEPAN (KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian, SPM 5A < degree dan guru, 3A-4A diploma, 1A-2A sijil, 0A buruh, amah dan pekerja am) soal jawab di Fb page Nurkedepan Twitter #nurkedepan

      Padam
    5. betapa sempitnya dunia dan pemikiran kau.Dengan ego dan merasakan diri pandai melampau. kau nilai kepandaian seseorang manusia yang dijadikan tuhan tu hanya dengan result SPM? macam mana pulak dengan anak2 kampung yang tiada fasiliti yang cukup utk belajar..maka result SPM mereka agar rendah? kau nak gelar mereka bodoh? idea kau ni akan mewujudkan jurang dalam masyarakat. Mewujudkan kluster2. tak mustahil akan lahir golongan yang angkuh dan megah dengan kepandaian yang sekadar diatas kertas. kau tak membuatkan situasi yang rumit menjadi mudah..tapi membuat situasi yang rumit menjadi semakin rumit. Teori kau tak releven. Berapa banyak "hancurkan harapan ibu bapa budak-budak pandai yang berkorban mahu lihat anaknya berjaya dengan anda si bodo merampas hak mereka?" berbanding harapan anak2 muda dan ibu bapa yang anaknya tidak bijak di sekolah untuk terus dapat peluang masuk Universiti dan memperbaiki kesilapan lalu?. Kau percaya kepada kepandaian semata-mata, tapi aku yakin dengan harapan. Setiap org berhak diberi peluang untuk berubah.

      Kalau dalam cerita naruto..watak kau ni umpama Madara. Disebabkan derita yang kau alami, kau tak kisah akan penderitaan org lain. jauh sangt ke jurang kepandaian? pandai sangat ke kau? nama kau tak pernah ada dalam berita atau akhbar2. kau mesti ditahap biasa2 saja. tak pandai mana pun jika dibandingkan dengan org lain. Paling tepat, kau hanyalah seseorang yang berkelulusan biasa dan sukar dapat kerja yang kau mahukan. Aku pun pernah fikir macam kau. Kenapa kwn2 aku yang result teruk dari aku dapat kerja elok.Aku dendam dengan kerajaan, dengan syarikat2,dengan semua org.aku rasa dunia tak adil,tuhan tak adil. Lama2 aku sedar, tuhan tak bagi aku benda tu sebab aku angkuh dengan kepandaian aku. Aku buang semua tu..dan hidup bertambah baik..dan peluang kerja yang lebih besar sentiasa datang.

      Padam
    6. Ko jgn pukul rata...aku pun ank kg tpi ak skor spm ok..ko malas pigi jdi buruh ok.. menyemak je pendatang bn bawa masuk.

      Padam
    7. X payah la nak mereka cerita. Result SPM ko tak bagus mana dan tak skor mana pun. Ko je perasan. Kalau ko pndai, ko mesti dpt keje besar.ko mesti hebat.ni tak, ko menyalak sana sini. Udah le tu. Result bese2 je.ko ckp ko budak kg, ko mgkin skor lebih sikit la dari kwn2 ko. Utk taraf skolah kat kg, maybe ko la yg agak pandai.tp compare to skolah kat bandar dan kawasan lain..nothing to pe proud of. Just let it go la..know your place. Pandai tapi merendah diri is good.tapi kalau bodoh dan perasan pandai..worst.

      Padam
  6. Sokong KEDEPAN

    BalasPadam
    Balasan
    1. kau cuba psiko org kat sini ek? tiap2 post kau sebar dakyah kau.pada masa yang sama kau menyamar jadi org lain dan sokong dakyah kau.serius..buasir otak tak seseronok mcm dulu sebab dakyah kau kat sini. Jadi bosan. kalau aku jadi noob,serius aku akan delete post kau.

      Padam
    2. Sumpah saudara yang adil 1226 bukan ana dari kedepan tetapi penyokong perjuangan kami. Marhaban saudara 1226.

      KEDEPAN (KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian, SPM 5A < degree dan guru, 3A-4A diploma, 1A-2A sijil, 0A buruh, amah dan pekerja am) soal jawab di Fb page Nurkedepan Twitter #nurkedepan

      Padam
    3. Cukup la dengan dakyah kau. blog noob ni jadi serabut sebab asyik dakyah kau pada setiap entry. aku pun jadi malas nak dah jenguk blog ni. serabut mata.Siapa kisah dengan derita kau susah dapat kerja,kau pandai ke,apa ke. rilek la brader. kau pergi blajar lagi..kumpul pengalaman kerja, blajar kemahiran baru, perbaiki skill komunikasi dengan pihak atasan, confirm kau akan berjaya. rilekssssss..benda mudah, kalau kau tgk semua benda sekeliling kau tak kena, better kau refer balik diri kau sendiri. Maybe otak kau je yang kelirukan kau "aku pandai..aku pandai..aku pandai..orang lain bodoh"..realitinya maybe kau yang stupid. percayalah, orang yang memiliki otak kurang perform cenderung untuk merasakan diri mereka pandai dari orang lain.It's true, itu fakta.

      Padam
  7. KeDepan Kepala Bana Abah kau

    - Presiden KeTepi-

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahah..Kedepan kepala Bana atok kau

      -Presiden KeAtas-

      Padam
  8. Aku dah fikirkan benda ni lama dulu lagi...sekarang dah terlambat..anjing yg dilepas menggigit pula kita yg menolong dulunya...

    BalasPadam
  9. Imigresen tak buat keje, malah ada yang ambik upah cop pasport pendatang dengan kadar yang tinggi.. Janji poket penuh. SPRM tak mau siasat. Harapkan pagar, pagar x bleh harap.. Ni la akibatnya ambik penguatkuasa yang bodo SPM menjawat jawatan penjawat awam kat malaysia ni.. Puii.

    BalasPadam
  10. Damn...this guy totally crazy

    BalasPadam
  11. mat nor marzuki10 April 2014 2:01 PTG

    yg di atas aku semua makan tahi

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...