Iklan Leaderboard

Rabu, 30 April 2014

7 Hadis Nabi bukan untuk didustakan

Kau tahu 1 + 1 = 2. Kalau ada orang bagitau 1 + 1 = 3, mesti kau takkan percaya dan cari kat Google, tanya cikgu, tanya kawan2 dan cuba dapatkan kesahihan adakah 1 + 1 = 3? Setelah kau dapat bukti dan pastikan kesahihan 1 + 1 = 3, barulah kau kongsi maklumat tersebut dan sebarkan kepada orang lain. Tapi bila bab2 agama, ada apa2 benda baru yang kau dapat dari ntah mana2 asal usulnya, tanpa ada sebarang perasaan nak mengkaji kesahihannya, kau terus sebar dan forward je kepada orang lain. Mana kau letak otak kau?


Hari ni masuk 1hb Rejab, ramai rakan2 Whatsapp aku forward mesej berikut:
Assalamualaikum semua.

Masuknya azan maghrib Rabu hari ini 30 April 2014 masuknya 1 Rejab, bulan di mana catatan amalan kita dtutup & dserahkn kpd Allah SWT & dgantikn yg baru. Sebelum catatan amaln dtutup, Saya ingin memohon maaf atas sgala dosa,salah cakap, perbuatan dan halalkn termakan minum.

"Brg siapa yg memperingatkn bln Rejab kpd saudara2 semuslimnya, maka api neraka dharamkn menyentuhnya."

Sama2 kita memprtingkatkn lg amal kita di bulan Allah ini...InsyaAllah. Smoga segala ibadah kita dterima & dberkati Allah. Aamiiin.

Dahlah tulisan penuh short form macam budak2 baru nak up yang tulis, sumber hadis pun tak dinyatakan. Tahu tak tu bukan hadis sahih yang sangat mengarut yang langsung tidak tahu dari mana asal usulnya? Baca petikan hadis tu pun dah boleh rasa yang ia agak mencurigakan. Takkan setakat ingatkan orang lain pasal bulan Rejab, terus dapat masuk syurga, takkan masuk neraka?

Kalau macam tu senang2 je la orang kita tak nak bagi masuk neraka, tak payah susah payah tunaikan solat, tak payah puasa, tak payah buat apa2 pun suruhan Tuhan dan amalan baik, sebab bila tiba bulan Rejab je, forward je mesej tu kat kawan2 lain, api neraka haram sentuh.

Lain kali kalau ada terbaca hadis "Barangsiapa" yang too good to be true, mohon selidik dulu kesahihannya sebelum main sebar dan forward kepada orang lain. Bila dah pastikan betul2 kesahihannya, baru boleh nak dikongsi dan disebarkan. Kalau rasa malas nak mengkaji dan selidik, kongsikan sahaja ayat2 Al-Quran kerana semuanya dah tentu benar dan sahih kerana tiada ayat Al-Quran yang palsu.

Dan sebenarnya banyak lagi hadis2 palsu berkaitan fadhilat bulan Rejab dan Syaaban yang pasti membuatkan anda terkejut susah nak percaya kerana kebanyakannya sudah pun menjadi kepercayaan turun temurun orang Islam kat negara kita, boleh rujuk sini, sini, sini dan sini.

Boleh baca juga artikel berkaitan seperti berikut:

Selamat menyambut kedatangan bulan Rejab.




tags: hadis hadith sahih palsu dusta maudhu berkaitan bulan rejab syaaban amalan memperingat saudara muslim api neraka haram sentuh masuk syurga puasa nisfu syaaban tukar buku

7 ulasan:

  1. tlg jgn post pasal rozana..

    BalasPadam
    Balasan
    1. tapi 1st tetap kena komen...salam rejab dan selamat hari pekerja...mana2 yg overdose tu boleh la guling2 petang nanti...

      Padam
  2. Dgn pyebaran hadis2 palsu... scara xlgsung kita telah merndahkan martabat keilmuan islam.. spatutnya Pihak brkenaan ptt mgenakan tindakan bg mnjaga kualiti ilmu.... so xla org fikir ak tau hadis ak nk forward, tanpa usul priksa.... Tu x check lg cramah2 ust2 kt msjid..... Dr MAZA pnh ulas benda ni...

    BalasPadam
  3. Kdg2 share info2 agama ni nak menunjukkan yg dia 2 concern pasal agama n mengajar followers pasal ilmu agama..tp yg menjadi masalah ialah x semua ilmu agama ialah sahih n ada yg boleh jd ajaran sesat atau tanpa rujukan sahih.

    Kita suka share bnda2 yg menarik n baru pada mata masyarakat, tp kesan ilmu yg x betul akan memberi kesan yg sgt signifikan terutama kesan negatif. ..n berlakunya fitnah dan lain2

    BalasPadam
  4. Sabar je la noob, nak educate masyarakat meleis bukannya perkara mudah, dah banyak keluar warning kot pasal kesahihan hadis, tapi masih lagi orang ramai suka main sebar2... either they don't care about the warnings and choose to be ignorant, or they're not aware of the warnings at all (which i highly doubt this)... ("-___-)

    BalasPadam
  5. kalau najib sendiri yang foward sms, dah tentu tak jadi mcm ni..

    BalasPadam
  6. Kan ustaz2 kata dlm bab agama xleh guna akal. So, inilah hasilnya.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...