Iklan Leaderboard

Khamis, 17 April 2014

18 Respon masyarakat terhadap kematian tokoh politik

Negara kita dikejutkan dengan berita pemimpin veteran parti DAP yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh telah meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di Lebuh Raya Utara Selatan dekat Gua Tempurung, Perak. Turut terbunuh seorang pembantu manakala anaknya dan pemandu dilaporkan cedera parah. Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Toyota Alphard dinaiki Karpal merempuh belakang sebuah lori yang dipandu perlahan menyebabkan kerosakan teruk pada kereta MPV berkenaan.


Sehubungan dengan kematian Karpal Singh yang juga merupakan seteru politik kepada parti pemerintah, Perdana Menteri DS Najib Razak telah merakamkan ucapan takziah dan simpati beliau kepada keluarga mendiang di akaun media sosial miliknya di Twitter dan Facebook.



Rakan2 seperjuangan mendiang dalam PKR dan PAS juga turut merakamkan ucapan takziah.


Selain itu, ramai lagi pemimpin2 parti politik serta orang ramai memberi respon yang positif dengan mengucapkan takziah dan simpati terhadap kejadian tersebut walaupun ada yang berlainan ideologi politik dan tidak sebulu dengan mendiang.

Namun, di samping respon2 yang positif, banyak juga respon dan reaksi2 negatif, tidak matang dan bodoh yang dilemparkan oleh sebahagian pemimpin dan macai terutama yang menyokong parti lawan. Orang meninggal pun mereka masih lagi mahu mempolitikkan kematiannya dan ambil peluang buat fitnah, malah turut mengheret nama Tuhan di pihak mereka. Tidak tahu di mana letaknya akal, sifat simpati dan kemanusiaan di dalam diri mereka.

Berita
Berita
Sumber







Dan yang ni paling bangsat:


Adakah Islam membolehkan kita menghina orang yang telah meninggal walaupun mereka bukan orang Islam? Yahudi dulu paling kuat menentang dan menghina Nabi, tapi bila ada Yahudi meninggal, Nabi s.a.w masih menghormati jenazahnya.

Sumber

Namun aku percaya, jika berlaku kematian tokoh politik di pihak parti pemerintah pun, akan wujud juga pemimpin dan macai2 yang berlainan parti politik yang lakukan benda yang sama. Disebabkan wujudnya spesis2 manusia yang pendek akal, busuk hati, tidak matang dan tiada sifat kemanusiaan ini lah persekitaran politik di Malaysia nampak macam terlalu bodoh sangat dan memberi imej busuk kepada agama Islam itu sendiri.




tags: karpal singh maut meninggal mati kemalangan jalan raya jalanraya lebuhraya plus toyota alphard remuk gambar video wajah imej mpv ucapan najib razak pkr anwar ibrahim pas nik aziz takziah zulkifli noordin kj bidas twitter facebook menghormati jenazah bukan islam hukum ucap rip rest in peace semadi simpati takziah

18 ulasan:

  1. macm2 org nak kata merapu nak berpendapat cth kat bwh ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. ucapan takziah pada keluarga mangsa....T.T

      Padam
  2. Sebenarnya, geng geng UMNO dan sewaktu dengannya dalam PR ni tengah kecut perut. Tapi cover. Tu yang jadi cam bengong tu.

    Sebab dah tak ada 'karpal' yang nak suarakan untuk tolak hudud bagi pihak depa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ko ni bukan lynn kan? Ni org menyamar je ni.lynn tak akan komen bodoh camni.

      Padam
    2. macai politik mcm si lynn ni mmg 24jam politik je dlm pala hotak dia huhuhu....

      Padam
    3. apa sudah jadi dengan lynn yang dulu? this is not lynn, this is lame....

      Padam
    4. Ar2 betul gak lau karpal idup agi senang la pas nak canang hudud2 time nak dekat pilihanraya wat modal..ni dah takde tak tau nak spin ape lak..

      Padam
    5. kehilangan Karpal Singh, seorang peguam yang hebat dan ahli politik yang lantang. Saya tidak berminat mempertahankan Karpal tetapi meraikan ideologi beliau yang berbeza. Dan saya tidak fikir Karpal seorang yang anti-Islam walaupun Karpal anti-hudud. Pandangan Karpal yang anti-hudud disebabkan oleh kesama-rataan individu yang dijamin oleh perlembagaan. Bagaimana boleh ada dua undang-undang (sivil vs hudud) dalam satu negara, meskipun pada skala yang kecil umat Islam mempunyai mahkamah syariah untuk nikah kahwin, cerai, wasiat, mati? Bagi Karpal ia nonsense and unfair. Let's have one law for everyone. Karpal meskipun dituduh anti-hudud tidak pernah sama sekali menghina atau bersikap sarkastik terhadap hudud seperti orang Islam yang sinis memperlekehkan hudud sebagai sup tangan, tak ada batu untuk buat jalan kerana digunakan untuk rejam. Pemikiran binari (binary mind) yang hanya nampak hitam dan putih - PR vs BN, Sunni vs Syi'ah - sangat bahaya kerana kebiasaannya melahirkan kesimpulan yang pukul rata (generalization) yang tidak tepat. Contoh lain jika saya dilahirkan sebagai Cina atau India dan saya genius, dapat First Class Degree dari Australia tetapi tidak dapat biasiswa untuk PhD (SLAB) hanya kerana saya bukan Melayu, tentulah saya akan menentang Hak Istimewa Melayu kerana ia menindas manusia genius dari bangsa lain. Tetapi itu bukan bermakna saya anti melayu. Biasanya pemikiran binari itu terdapat pada macai, tidak kiralah sama ada dia ditarbiah dalam usrah atau pun tidak. Jangan jadi bodoh, jangan jadi macai. Gunakan akal untuk berfikir secara kritikal, bukan emosi dan sentimen. Iya, Karpal anti-hudud tetapi bukan anti-Islam. Banyak kes Karpal mempertahankan orang Islam.

      Padam
  3. Penyokong yang melebih-lebih.Dah dia tu bukan Islam.Takkan kau nak expect dia akan terima hukum hudud.

    BalasPadam
  4. Biarkan yg bodoh2 tu. Yg contoh positif kan ada. Leader semua hormat arwah. Yg macai pulak overload with shit. Apa boleh buat, kita tak boleh jangka semua org boleh pikir dengan elok dan waras. At some point, there must be some idiots along that street. Apa2 pun..saya ucapkan takziah kepada keluarga mangsa.

    BalasPadam
  5. seb baik zul noordin tu dh kluar PKR... kbodohan mlampau!..

    BalasPadam
  6. just wonderin' ,wujud gak makhluk bernama Jannah??..........Marrgeret??.....Stephen???......apakah???

    BalasPadam
  7. mat nor marzuki18 April 2014 9:55 PG

    Melayu oh melayu

    Bangsa nya penuh kemunduran

    Ini fakta
    Jgn nk sakit punggung

    BalasPadam
  8. Takziah sy ucapkan..papepun just keep moving forward teruskn kehidupan spt biase n jgn cepat terpengaruh dgn sesetangah pemimpin n macai yg pendek akal n suka beremosi, semua benda nak dipolitikkan.

    BalasPadam
  9. bila seseorang taksub politik, taksub agama, jadilah manusia yg tiada peri kemanusiaan. manusia apakah yang meraikan kematian manusia lain? mana sifat hormat menghormati? adakah dgn mencerca, bersuka ria dan memaki si mati menunjukkan anda manusia lebih baik? adakah itu membuktikan anda seorang muslim sejati?

    jahat manapun org itu, semuanya semasa dia hidup. jika tak ada kata2 yg baik nak diucapkan, lebih baik diam. bak kata KJ "Shut up. Really. Shut up"

    BalasPadam
  10. klu karpal tu sempat mngucap sblum mati konfem ke syurga. kita mcmne?

    BalasPadam
  11. takpe..nanti geng pas buat tabung derma jihad karpal sink..

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...