Iklan Leaderboard

Isnin, 21 April 2014

26 Calon Awek VS Calon Isteri

Situasi yang cuba aku gambarkan melalui lukisan kat atas bawah tu bukanlah bermaksud perempuan yang seksi dan seksa ni langsung tak layak dibuat isteri. Tak, bukan camtu. Cuma daripada apa yang aku perhati dan alami, hampir semua orang menginginkan pasangan hidup yang baik atau sekurang-kurangnya lebih baik daripada diri mereka sendiri.

Walaupun seorang Mat Rempit yang tiada hala tuju, tetap menginginkan seorang isteri yang boleh membimbing dan mendidik anak2nya kelak.

Seorang lelaki yang sesat dalam hidupnya, jahil tentang agama tetap tersimpan di lubuk hatinya keinginan untuk mencari seorang isteri yang solehah.

Begitu juga kaum perempuan, juga mahu jodohnya di kalangan lelaki- lelaki yang baik.
Tanyalah mana-mana artis sama ada lelaki atau perempuan, mereka akan memberi ciri2 pasangan idaman mereka iaitu beriman, ada kedudukan dan kerjaya yang baik dan boleh membimbing mereka ke jalan lurus.

Biar seorang pelacur sekalipun jika diberi pilihan tetap menginginkan seorang suami yang soleh yang boleh membimbing mereka keluar dari kepompong kejahilan, membawa mereka ke arah kehidupan yang lebih baik.

Impian kita sama. Lebih kurang je. Takde yang mahu mendapat pasangan yang buruk perilakunya, rendah akhlaknya, yang tidak pandai menjaga maruahnya.

Tapi impian yang diidamkan tak selari dengan usaha kita. Kebanyakan hanya mengharap putera atau puteri khayalan mereka datang melamar atau muncul di depan mata. Sedangkan diri sendiri sebenarnya tidak layak untuk mendapat mimpi seindah itu.

Cuba check balik diri kita, layakkah kita mendapat pasangan yang baik-baik jika kita sendiri tidak pernah berusaha memperbaiki kelemahan dan keburukan yang ada pada diri kita?

Dan kaum perempuan kena ingat, kadang- kadang bukan semua lelaki yang datang mengorat dan mengayat korang tu ikhlas nak jadikan korang tu calon isteri mereka. Walaupun ayat bukan main manis dan berbunga, biasanya banyak yang palsu.

Jangan mudah berasa gembira jika ramai lelaki yang rapat dan mengambil berat tentang korang. Cuba nilai balik situasinya. Eh, takyah susah2 nak scan hati lelaki2 tu. Check je balik diri korang tu.. Seorang perempuan yang terjaga akhlaknya, yang tinggi maruahnya dan mempunyai sifat malu pasti tak sewenang-wenangnya membiarkan dirinya dikerumuni lelaki2 ajnabi.

Bukan apa, kesian gak bila tengok senang2 je perempuan ni kena tipu. Ayat manis sket, ada gaya, muka jamban jambu, terus je cair. Padahal tak sedar diri dipermainkan.

Mencari seorang calon awek tak sama prinsipnya dengan mencari calon isteri. Calon awek senang, bersepah dan murah . Tak percaya? Buktinya budak2 sekolah yang entah dah cukup umur ke belum pun senang2 je bercouple. sama juga calon Pakwe. Time suka semua ok, bila dah benci atau tak serasi, bleh putuskan pastu cari lain.

Tapi mencari calon isteri lebih susah, perlu ketelitian, dan penilaian yang lebih mendalam. Bukan boleh main tukar –tukar macam salin baju. Tukar-tukar awek takpela... err.. kasanova betul...

Dan tak semestinya calon awek tulah yang akan menjadi calon isteri. Mungkin ada yang couple dan berkahwin tapi biasanya lepas dah kali ke berapa entah bercouple tu. Sampai dah muak dan boring asyik bertukar pasangan dan clash, barulah terbuka hati nak serius cari pasangan untuk kahwin.

Malas nak sambung. Aku sebenarnya nak letak komik tu je, tapi bila dah start menaip ni takleh berenti plak. Stop.

Pandai-pandaila menginterpretasi maksud tersurat dan tersirat. *padahal aku dah hurai panjang lebar -_-!

Allah s.w.t berfirman: “Lelaki-lelaki yang berzina tidak akan mengahwini melainkan wanita yang berzina, atau wanita musyrik dan wanita yang berzina tidak akan mengahwini lelaki kecuali yang berzina atau musyrik.” (Surah An-Nur : 3)
Dalam ayat lain firman Allah s.w.t: “Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki keji adalah untuk wanita-wanita yang keji, dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik.” (Surah An-Nur : 26)
Rasulullah bersabda maksudnya:
“Janganlah kamu nikahi wanita kerana kecantikannya, kelak kecantikannya itu akan membinasakannya; janganlah kamu nikahi wanita kerana hartanya, boleh jadi hartanya akan menyebabkan kederhakaanmu; sebaliknya nikahilah wanita yang beragama. Sesungguhnya wanita yang tidak berhidung dan tuli tetapi beragama, itu adalah lebih baik bagimu.” –(Riwayat Abdullah ibn Humaid)

Sumber asal dari blog Ilusi Dunia oleh Keri Ikhwan.




Artikel ini ditulis oleh salah seorang peserta GiveAway Contest Gila #5: Artikel Pilihan iaitu Keri Ikhwan dan telah dipilih menjadi salah seorang pemenang. Lagi 7 pemenang yang artikelnya yang bakal dipilih sebagai artikel pilihan akan disiarkan secara berperingkat seperti ini. Kepada pemenang, sila emel kepada saya di princeofnoob[at]gmail[dot]com untuk menuntut hadiah wang tunai RM30.

Dan bagi yang kurang bernasib baik, jangan risau, walaupun anda tidak dipilih sebagai pemenang hadiah wang tunai RM30, tapi artikel anda beserta backlink juga bakal kami siarkan di blog ini sebagai tanda penghargaan kepada anda.




tags: pemenang contest gila 5 buasir otak artikel pilihan giveaway peraduan pertandingan ga post entry calon awek vs calon isteri

26 ulasan:

  1. ...Felixia Yeap adalah calon isteri saya.................... .........

    BalasPadam
    Balasan
    1. cuba felixia tu idung kembang, gemuk, kulit itam pekat..kau nak ke?

      Padam
    2. kau pun teringin gak ke idung kembang, gemuk, kulit itam?

      Padam
  2. tak kesah la baeik ke jahanam ke..yg pnting "DUIT"!!!

    BalasPadam
  3. Time susah dulu..bile ngorat pmpn, semua taknak layan.kata sengkek la, tak ada gaya la, bukan taste la..dan mcm2 lagi.sedih giler.tp bile dah senang..bisnes pun dah maju..boleh bke bnyak gerai mkn..time ni la dtg tak putus2. Aku tak hensem "eh, tak baik kutuk ciptaan tuhan, bg saya awak ni kiut sngt". Aku tak romantik " ala, saya bukannya suka pun mat2 jiwang ni..mcm you ni la yg bez, cool je". Aku selekeh " awk tgk la laki2 lain, pki je bergaya, duit xde pun..awk lak masyuk, tp rendah diri dan tak menunjuk". Smpai sekarang aku tak kwin..tkut pmpn yg dtg tu cuma sbb duit.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalo duit banyak pun, masih tak berkenan dihati.. org pompan xnak jugak.. bukan senang org pompan yg bebas nak serah diri kpd lelaki yg kurang berkenan ni.. tambah2 zaman millenium gini..

      Padam
    2. Tak pe la lau cmtu.aku pergi kwin dgn omputih la.dpt anak mata biru.hehe

      Padam
    3. pernh tgk citeer p.ramlee? yg bila dia pergi mengembara nak cr isteri, dia uji perempuan dengan campur adukkan rempah? dan mcm mana perempuan tu nak selesaikan masalh tu? ko kasi ujian sket la baru ok mana yg pandang harta mana yg idak.. tu cth

      Padam
    4. pompuan melayu mmg ramai yg mata duitan, baik yg dari keluarga kaya maupun miskin. pompuan kaya suka pandang rendah lelaki yg lebih miskin drpd dia, pompuan miskin pulak xsedar diri duit xde tp nk berbelanja bergaya mcm org byk duit... mintak2 hantaran beribu2, tp lps kawin nk taat ikut ckp suami pun susah, nk laki je ikut ckp dia. baik la kawen dgn pomuan indon, maskawin pun rendah, taat pun taat, dengar ckp suami, tak demand mcm2...

      Padam
    5. teringat pulak kes perempuan tinggalkan tunangnya kerana tunangnya hanyalah penjual burger. mmg kebanyakan perempuan mata duitan. nak jumpa perempuan amat sukar sekali begitu juga sebaliknya.

      Padam
  4. allah dtgkan seseorg yang salah dlm hidup kita sbrnya ada hikmah disebaliknya

    BalasPadam
  5. betul sgt bro...!! bukan awek je, tp kwn2 jugak...masa senang sentiasa bersama...bila dah susah, berapa kerat je yg setia?

    BalasPadam
  6. Kawan aku pernah berhujah, katanya
    "Kalau semua lelaki nak perempuan baik2, perempuan yg tak baik ni sape yg nak?"
    Yg tak baik tu, jadilah baik. Luar dan dalam.
    Tapi, baik tak baik bukan kita yg tentukan. Ramai je yg nampak baik luaran tp dalam penuh muslihat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. cakap kat member,sesiapa yg jadi perempuan x baik sapa suruh, padan muka. jd alat seks jelah perempuan2 x baik ni

      Padam
  7. Nice sharing admin..kebanyakan lelaki memang mcm tu...

    BalasPadam
  8. Jatuh cinta itu biasa.
    Memilih untuk tidak bercinta itu yang luar biasa...:)

    BalasPadam
  9. Cinta itu buta.....n dunia ni penuh dgn penipuan. Kekihlasan 2 sgt nipis dlm tindakan kita.

    BalasPadam
  10. Cinta x buta, tpi hati yang buta

    BalasPadam
  11. Eh, menang laaa :p
    Thanks bro Noob

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...