Iklan Leaderboard

Jumaat, 18 April 2014

32 Apabila sumpah seranah sudah menjadi kelaziman

Teringat satu cerita masa di sekolah berasrama penuh dahulu. Ada kawan senegeri dengan saya iaitu negeri Melaka bernama Rahim (bukan nama sebenar) yang dapat gelaran Rahim Lahabau. Kenapa? Pasal bila panggil kawan, berbual atau bercakap, mesti ada ayat Lahabau. Mula-mula dia seorang sahaja cakap lahabau, entah macam mana ramai kawan dari satu batch dah expert cakap lahabau walaupun orang utara atau pantai timur pengaruh dari kawan saya ni.


Nak dijadikan cerita, ada kawan dari utara merangkap budak exco surau dan tukang buat pengumuman. Dia nak panggil si Rahim pasal ada hal dan cakap” perhatian kepada Rahim Lahabau, Rahim Lahabau sila datang ke surau sekarang juga” di depan mic dan satu sekolah dengar. Saya yang tengah jalan tu dah terganga dan terus pergi surau. Sampai je cakap siapa buat pengumuman dan kawan exco tu mengaku. Ditanya kenapa panggil Lahabau? Jawabnya pasal orang lain selalu panggil Rahim Lahabau, tu yang dia ikut je. Nasib baik warden tak ada asal Melaka, kalau tak memang kena mangadap .

Apa yang saya nak sampaikan adalah betapa orang macam dah biasa guna ayat makian atau lucah dalam perbualan (tak terkecuali bila berfacebook). Bodoh, lahabau, bangang, lahau, binawe, kepalahotak, pa****, pu*****, f*** you, Bi*** , ci***, dan macam-macam ada punya ayat makian memang internasional betul orang Malaysia pakai. Setiap hari, inilah yang selalu saya dengar dan selalu orang guna tanpa segan silu. Kita tahu maksud ayat tu buruk maksudnya tapi tidak menghalang kita pula guna masa sembang kat mamak. Masa kecik dulu, cakap bodoh dah taboo siap ada amaran kena cili mulut dengan mak. Tapi usahkan bodoh, makin lucah ayat yang keluar dari mulut bila semakin dewasa.

Saya hairan, kenapa orang suka sangat guna ayat lucah dan makian? Nak orang faham? Bukan perlu pun ayat tu kalau nak sampaikan mesej. Tak apa pasal dengan kawan je? Ingat tak terasa orang, silap haribulan bergaduh bertumbuk. Saja suka-suka? Saja-saja nak kotorkan mulut kira ok ke? Tak pe orang lain ok je? Kalau itu sebabnya, memang menyedihkan pasal KITA DAH TERIMA BENDA BURUK SEBAGAI KELAZIMAN DALAM KEHIDUPAN HARIAN. Pasal dah biasa? Kita belajar adab bercakap dan tahu ayat lucah dan makian is a NO-NO tapi kenapa tak biasakan benda ni sebaliknya biasakan cakap buruk? Pasal orang negeri cakap lagu tu? Pasal apa ikut orang negeri, benda salah tetap salah walaupun mak ayah, abang kakak, orang tua bahkan menteri buat. Majoriti buat pun bukan “lesen” kita mengikut arus orang menyumpah mencaci juga.

Bukan benda baik kalau diingati diri kita dengan gelaran buruk macam Rahim Lahabau. Saya orang Melaka, tapi saya merasakan ayat lahau dan lahabau tu tak elok langsung diucapkan oleh orang tua dan budak sekolah. Saya ok dengan slanga moden dan dialek negeri tapi ayat makian negeri memang saya tolak. Orang beragama pun tahu cakap kotor dan cacian bukan suatu yang molek didengar. Bayangkan budak sekolah yang muda daripada kita cakap ayat makian dekat kita, memang ok ke? Lagi kita rasa nak bagi penampau buaya tembaga 44 tahap karma kat budak tu bukan?

Kuro Kyoshiro
Budak Melaka

Sumber asal dari Facebook Kuro Kyoshiro.





Artikel ini ditulis oleh salah seorang peserta GiveAway Contest Gila #5: Artikel Pilihan iaitu Kuro Kyoshiro dan telah dipilih menjadi salah seorang pemenang. Lagi 9 pemenang yang artikelnya yang bakal dipilih sebagai artikel pilihan akan disiarkan secara berperingkat seperti ini. Kepada para pemenang, sila emel kepada saya di princeofnoob[at]gmail[dot]com untuk menuntut hadiah wang tunai RM30.

Dan bagi yang kurang bernasib baik, jangan risau, walaupun anda tidak dipilih sebagai pemenang hadiah wang tunai RM30, tapi artikel anda beserta backlink juga bakal kami siarkan di blog ini sebagai tanda penghargaan kepada anda.




tags: pemenang contest gila 5 buasir otak artikel pilihan giveaway peraduan pertandingan ga post entry apabila bercakap buruk sudah menjadi kelaziman

32 ulasan:

  1. Memang macam tu la kat office sya pun macam tu.... ramai pulak pengikut die.... huhuhu...

    BalasPadam
  2. orang sekarang tibai aje ape yg dia nak cakap. nak2x lg org darah muda. Laju kemain mulutnya.

    BalasPadam
  3. lahabau tu ape ek??

    BalasPadam
  4. kawan aku bila cakap, hujung ayat dia mesti ada 'doh'.

    "aku nak g makan la doh".
    "aku banyak keje la doh"
    "aku nak kuar dengan awek aku doh".

    pernah skali bos tnya dia, tempat nak buat family day nanti dah tempah belum?. dia jawab "banyak keje belum settle lagi doh". terbeliak mata bos tgk dia. aku dah tergelak sambil nyorok kat pc aku. dia pulak tutup mulut, buat2 click mouse..mulut dok sebut "shit...shit..mampus".tapi nasib baik bos muka mcm keliru,mungkin dia rasa dia salah dengar kot.

    BalasPadam
    Balasan
    1. mat nor marzuki18 April 2014 3:29 PTG

      Apa lancau ko komen ni


      Ni contoh

      Padam
    2. Doh tu ape? mana asal usul perkataan ini? siapa penciptanya? macammana bleh popular ayat ni?
      rosak bahasa melayu sekarang ni.

      Padam
    3. apakah yang dimaksudkan dengan 'ape' ?
      apa itu 'macammana' ?
      apa itu 'bleh' ?

      Padam
  5. mat nor marzuki18 April 2014 9:56 PG

    Budak urban geng3 evan

    BalasPadam
  6. Org laki kalo mencarut mmgla teruk..tp kalo owg pmpuam mencarut, wat jatuh maruah je...pakai tudung tp sebut f*** kat wall fb mcm biase2 je..abg ak la penah ingatkan, prmpuan kalo mencarut, mmg buruk sgt...sejak tu ak mmg xpakaila ayat2/ pkataan2 maki ni..terasa cam jatuh maruah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. bagus ko dengr kata abg ko, adik pompuan ak punya la pyh nah dengr ckp walaupun dh nasihat

      Padam
  7. Sbb dah menjadi trend kalau x mencarut...baru up 2 date. Kalaui ckp ayat baik2...org akat skema..the akan dipinggirkan masyarakat. Kat TV barat pun bebas mencarut mcm perbualan biasa, kita pun terikut2 supaya nmpk macho sgt mcm nmpk macho kaalu merokok.

    BalasPadam
    Balasan
    1. mat nor marzuki18 April 2014 3:30 PTG

      Kalaui

      Cam haramjadah kamu typo

      Ini contoh ayat maki

      Padam
  8. So kalau boleh jika ada anak jgn le ajar benda benda mencarut ni. Kalau dia buat marahilah dia segera dan nasihatinya. Jangan biarkan saja. Ibu ayah pun kena tunjuk contoh yg baik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jgn ajar anak tgk cite lucah or cite melayu skrg.byk moksiot

      Padam
  9. salam jumaat....selamat bercuti kepada yg bercuti.........tahniah kepada pemenang...apa2 pun mencarut sudah menjadi tradisi dari zaman dahulu kala lagi...tak dapat nak elak...btw, aku pun ramai kawan asal melaka tp jarang dengar dorang sebut "lahabau" ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bajet baik je anjing bajang ni

      Padam
    2. Lu sorg la ada kawan dr melaka.bajet gile mamat ni.

      Padam
    3. Awak gay ke ahmad

      Padam
    4. Ak kenal si ahmad ni..fahaman syiah

      Padam
    5. haha..ni pehal anti giler ngn ahmad? hahah..rilek la mat nor

      Padam
    6. kahkahkah...kesian pulak tengok matnormarzuki ni....attention seeker...kurang kasih sayang...

      Padam
  10. Lahabau tu klau kat melaka bukan rude word. Maksudnya lama tak dengar berita. Asal dari perkataan orang2 Arab la khabar bila diorg tanya berita pada member2 yg da lama tak jumpa..

    Member ko yang guna perkataan doh kat ujung ayat sebenarnya dia ckp dowh. Maknanya der or dude. Member aku pun ckp mcm tu gak ngan aku. Rase marah pun ada mula2 sampai la dia explain kat aku. Kadang2 kita Melayu ni mudah sentap dengar ayat2 rare mcm ni. Haha.

    BalasPadam
    Balasan
    1. jauh benar dude ngn dowh atau doh -_-" -

      Padam
    2. aku cari mksud dowh tu..tapi tak jumpa. bahasa apa tu bro? macam mana boleh jadi mknanye der atau dude? siapa yang bagi makna tu?

      Padam
    3. pada saya, doh tu adalah bodoh.. mmg rare. sama mcm bhai..itu maksudnya cib** ..

      jgn buatkan org lain teraser bodoh dgn ayat2 kita yg nampak cool dan urban gitu.. cuba buat chic dan double meaning.. kalo jumpa menteri ngan sultan, berani tak guna doh ngan bhai gitu.. kalo sultan johor dulu, insyaallah pakai mati tegak la dpn dia..

      Padam
    4. Haha. Aku silap lah. Member aku ni kompem kena game dgn member dia. Pastu dia pun tergame aku. Betullah tu dowh tu memg singkatan tuk bodoh. Korg jumpa je member ckp cmtu tolong kasi penampar kokedai erk.

      Bhai tu maybe singkatan tuk cibai. Apa yang aku tau la dlm bahasa bangla bhai tu abang. Ntahler. Ayat2 Melayu skg ni mmg da ilang ketulenan bahasa dan budi pekerti.

      Padam
  11. Tahniah kpd pemenang...

    Tp mmg betul, sampai satu tahap orang dah tak amik kisah dah dgn perkataan cacian dan carut marut yg ada...
    Org yg sama jadi pemimpin, sama ada pemimpin negara mahupun pemimpin keluarga, dan marahkan generasi seterusnya bila guna perkataan yg sama...

    BalasPadam
  12. Balasan
    1. Pungkoq paling kurg hajar

      Padam
  13. yang paling tak boleh blah....
    angkat je telepon...
    ko nak apa sial~

    BalasPadam
  14. nice entry, tahniah kpd pemenang~ ;3

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...