Iklan Leaderboard

Jumaat, 4 April 2014

54 Pentingkan diri guna kabel menganiaya orang lain

Bila disebut tentang kabel, automatik semua Malaysian terpikir dua perkara sahaja. Satu ialah kabel wayar seperti kabel telephone dan elektrik. Lagi satu ialah kabel aka bantuan aka sokongan untuk mendapatkan sesuatu sama ada tender, jawatan, posting or apa jua yang melibatkan pihak yang mempunyai kuasa untuk menetapkan keputusan.


Pada saat aku menaip topik ini, aku baru saja pulang dari KLIA untuk hantar orang rumah aku posting di Sarawak. Wife aku baru saja habis pengajiannya di bidang pendidikan so automatik wife aku adalah cikgu. Ya cikgu sekolah rendah. Sekolahnya berada di pedalaman Sarawak yang dikalangan cikgu dikenali sebagai zon P2. Mujur aku dan wife tak kisah di posting kemana-mana. Dah kata sanggup mendidik anak Malaysia.

Apa yang aku nak komen pada post kali nih mengenai ibubapa yang mengunakan Kabel or bantuan tangan ghaib untuk membantu anak mereka ditempatkan di sekolah yang bagus dan selesa. Semasa wife aku berhimpun di sebuah hotel di Nilai, terdengar berbagai-bagai luahan kecewa dikalangan member wife aku. Bukan kerana ditempatkan di pedalaman tetapi pengunaan kabel dikalangan member mereka. Terdapat mereka yang ditempatkan hanya 5 minit berjalan kaki dari rumah mak bapak diaorang ke sekolah. Ada pula sama sekolah dengan mak bapak sendiri. Mereka bukan sahaja perempuan tetapi ramai juga lelaki. Hampir semua bercakap “Memang la dapat kat rumah dia, Mak dan ayah dia JU oii”, “Kabel dia tu besar meja makan kita nih ooo”, “Dah bapak dia guru besar sekolah tu, apa lagi nak cakap?” dan paling best dengar “Bapak dia kenal Datuk kat Putrajaya”.


So masa tu la wife aku bersuara, “Abg rasa dear ambik alih tempat yang orang guna kabel ke?”. Aku paham perasaan wife aku tu. Sakit hati amat-amat terasa kalau dapat tahu kita merupakan insan bertuah untuk gantikan tempat individu yang mengunakan kabel. Aku hanya balas “Aikk time interbiu cakap memang nak Sabah atau Sarawak kan”. Saja nak matikan ayat orang rumah aku tu. Masa tu juga dapat tahu lebih dari 10 orang tidak hadir lapor diri di hotel tu. Kesemua yang di tempatkan di zon P3. Kalau perempuan aku paham, nih lelaki pun ada. Tak anak jantan tul. 2 member wife aku termasuk dalam list tak lapor diri. Dua-dua perempuan. Sorang sebab parents tak setuju sampai sanggup suruh tak payah pergi lapor diri. Kena saman pun saman la, kita bayar balik. Dan lagi seorang cukup menyedihkan kerana kini dia sedang sarat mengandung. Siap guru besar sekolah di tempat dia ditempatkan call suruh jangan datang lagi dan bantunya untuk tukar kawasan.


So adakah semua parents yang mengunakan kabel baik punya tidak memikirkan keadaan orang yang lain atau hanya memegang konsep “Anak orang, bukan anak aku, lantak pi la”. Macam la anak korang nanti tak kawin dan ikut laki diorang. Bukan umur 16 19 dah anak tu. Dah 24 tahun, dah ada member dia jadi laki dan bini orang pun. Jadi mak orang pun dah ramai. Adakah penyakit sayang anak tak bertempat semakin kritikal? Atau anak-anak yang manja dan lembik nak mampus sampai mak bapak sendiri pun tau anaknya tak kan dapat bertahan jika ditempatkan di zon P3? Atau parents sendiri tak leh terima hakikat yang anak dia dah besar? Tak leh duduk bawah ketiak mereka lagi?


Bagi aku tak salah guna kabel, ada ruang tuk mintak bantuan, gunakanlah. Tetapi agak-agak la kalau dah guna kabel, jangan lak minta tempat kerja yang hanya dipisahkan dengan pagar rumah. Sekurang-kurangnya sama negeri dengan mereka jika alasan tak nak terlalu jauh. Atau kawasan bandar di Semenanjung. Untuk kes aku, aku dan wife sendiri tak nak guna kabel sebab kami percaya apa yang berlaku Tuhan dah setting baik punya. Aku pun selesa wife aku dapat zone P2. Gaji leh tahan mewah jugak. Lagipun aku bukannya selalu ada kat rumah. Selalu sangat Outstation. Kalau 1 2 hari tak pe jugak. Nih kekadang sampai berbulan. So lepas nih aku yang melawat wife aku la pulak.

Tahniah kepada semua guru baharu yang posting tanpa kabel. Semoga korang mendidik anak-anak Malaysia dengan penuh kesabaran dan semangat. Kepada yang posting dengan bantuan tangan ghaib sehingga hanya perlu melangkah longkah sempadan rumah dan sekolah, ingatlah tempat korang tu sebenarnya tempat orang lain. Bertugaslah dengan baik dan jangan sia-siakan posting tu sebab ada orang lebih layak dari korang untuk posting tu. Kepada parents yang berjaya letak anak perempuan dibawah ketiak anda. Jangan benarkan anak anda berkahwin kerana lepas kahwin dia kena ikut suaminya. So sia-sia usaha anda nanti. Dan kepada yang bakal bersuami or mendapat menantu merupakan seorang cikgu hasil posting kabel mak bapaknya. Jangan benarkan anak anda berkahwin dengan lelaki tu sebab mak bapak dia sendiri tak yakin anak dia tak leh survive bila berjauhan, nih nak bela anak orang pulak. Tak pun korang or anak korang akan jadi mangsa anak emas.

Jangan terkejut kalau korang terdengar time jumpa parents awek korang “Ko cikgu kan, posting dekat ngan umah mak bapak ko ke?”


* Sumbangan artikel oleh Black Berry.



Ketika kita gunakan kabel untuk kepentingan, kesenangan dan kebahagiaan diri sendiri, dalam masa yang sama ada orang lain yang teraniaya, menanggung kesusahan, menderita dan sengsara untuk menggantikan tempat kita. Sikap buruk guna kabel ni bukan hanya dalam bidang pendidikan sahaja tapi boleh dikatakan dalam semua bidang seperti kerajaan, perniagaan, politik, sukan dan lain2. Gunalah saluran yang betul dan bersainglah secara adil dengan orang lain yang langsung tidak mempunyai kabel.

Kalau ada antara anda yang gunakan kabel untuk kepentingan diri sendiri dan langsung takde rasa apa2, renung2kanlah kembali kerana ketahuilah sebahagian daripada jiwa anda telah rosak.

Btw bertabahlah wahai guru2 pedalaman, sesungguhnya anda lah antara wira2 negara.






tags: sikap penting diri kebahagiaan keutamaan kesenangan kegembiraan diri sendiri guna kabel orang dalam aniaya orang lain menderita susah sedih sakit sengsara guru cikgu pedalaman sabah sarawak mohon tukar semenanjung balik kampung

54 ulasan:

  1. Rupenye noob dah kawen

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan noob la,noob ulas je

      Padam
    2. Penggunaan kabel secara berleluasa merupakan salah satu cara umno bn mengekalkan kuasa memerintah negara. undilah pr untuk mengatasi masalah ini.

      Padam
    3. bukan noob. noob cuma copy paste je

      Padam
    4. yang ni nama dia kronisme iaitu pentingkan keluarga.malaysia memang negara paling tinggi mengamalkan kronisme tengok saja menteri ambis bapak anak pulak lepastu sepupu sepapat dan sebagainya habis orang lain x leh jadi menteri ke.kes ni baru skit je kalau tengok nak minta kerja pun macam tu mula2 majikan ambik keluarga baru orang lain...kesian buat keluarga x ada banyak kabel macam aku ini

      Padam
  2. ape slh nye guna kabel? spe lg yg nk tlg mereka klu bukan sedara mara kita or rakan2 terdekat mereka. Dunia ni mmg tak adil. jgn dengki kt org yg guna kabel ni. tak kemana pun hidup dia.

    BalasPadam
    Balasan
    1. butthurt detected

      Padam
    2. pala hotak ko apa salahnya guna kabel!!! anon 11:46 mesti salah sekor biawak hidup yg selalu guna kabel. kalau kompeni tu mak bapak kau punya, kau punya pasal la kalau mak bapak kau nk lantik kau jadi ceo pun... masalahnya guna kabel utk kerja kerajaan, mintak posting cikgu, dptkan tender & projek kerajaan guna kabel... apa kau ingat kerajaan ni BAPAK KAU PUNYA???

      Padam
  3. WIfe sy guru gak...so sy fhm perasaan noob. Respect kat noob sbb still boleh benar wife gi Sabah Sarawak n hidup berjauhan...tp tugas guru sgt mulia, pahala dunia akhirat sama2 dpt, belum cerita lg pengorbanan berjauhan lg. Tp bila dah berbadan dua, cuba try dapat dekat sikit supaya isteri x kesorangan besarkan anak kelak.

    Tp kerja kat KL x kira cikgu atau apa2 jawatan, even nmpk x jauh dr rumah tp tol bersepah2 n jem time peak hour...mcm travel 50-100km ke tempat kerja x termasuk kos lain. So kalau dduk pendalaman dah hampir zero kos kalau bg kuaters sekali, so boleh kumpul duit byk2, cuma ikut tuan punya badan rela ke x. 2 je.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ini bukan noob punya isteri. ini artikel orang lain. btw majulah guru untuk negara.
      salut terhadap segala pengorbanan mereka :)

      Padam
    2. TQ bgtau..last2 baru perasan. excited nak reply bila baca runagan di atas..better tulis awal2 kat atas yg sebenarnya pengalaman org lain, bkn noob.

      Padam
  4. Hahaha kenapa aku xboleh hadam cerita atas. skroll2 bawah rupanya org lain yg tulis. facepalm ! lol

    BalasPadam
  5. NOOB BELUM KAWIN LA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
    ITU POST DIA ULAS!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! DR ORANG LAIN!!!!!!

    p/s: kena tulis besar2 untuk slow people

    “Anak orang, bukan anak aku, lantak pi la” tp betul rmi gak ad stail mcm tu.. tapi keadaan selalunya apa benda buruk kita buat orang akan kena balik kat sendiri....

    BalasPadam
  6. zaman sekolah dulu pun, klu ada anak2 cikgu, mmang susah la...sebab dia anak cikgu, susah nak sentuh..susah nak tegur...kadang2 cikgu pun takut nak tegur ...sebab anak cikgu...dia buat dia punya suka....cikgu2 kat sekolah semua kabel dia...sebab dia anak cikgu...cikgu2 semua kenal bapak dia....sebab bapak dia cikgu....lagi2 yg berpangkat macam guru besar atau pengetua....lagi besar kepala lah dia...

    yuk jumaat!

    BalasPadam
  7. T︵T ^_^ >_<

    BalasPadam
  8. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  9. napa pakat x baca btul2 ni, kn kt atas tu terang2 da ckp noob tkg ulas je..bini org lain tu.haha

    Btw, nk share pndpt sket. Sbg seorg gru yg juga kna hntr hujung sabah (tp bkn kwsn p3 la), mmg isu kabel ni byk x puas ati tmsuk aku.tp tgk situasi. Cth mcm kwn baik aku, kami trut sma kna posting kt sabah (taun 2012) tp dia lbih jauh la. Mmg mula2 pegi kami ssh nk trima sbb beza kn ngn tmpt sndiri.dh biasa hidup sng sblm ni.tp lama2 kami dh blh trima dan adapt dgn new life.kwn aku pun ok je.xde mengeluh pn.but then, kwn ak kna aniaya.sng cite ada org hntr bnda halus a.k.a santau sbb suka kt dia.haa msa tu lah saat gnting.parents naik trun putrajaya, jpn utk tkrkn anak dia sbb klu ko tgk keadaan dia ko pn akn nangis.ak sndiri mnitis air mta dpn2 bila tgk dia.ksian.. Dia dh x blh blk sni.nti sakit dia makin truk sampai xleh bgn. Jpn lpaskan, tp kpm? Huh siap ketawa lg bila msk jmpa diorg . Kejam. Sbbnya kwn ak anak org biasa, xde knal2 kable pn utk tlg. Masa tu kami smua kwn2 ckp, doa, biarlah dia dpt pindah wlupun dgn guna cara blkg (kable). Almost nazak dia..

    Jd kalau kes2 yg mcm tu, yg kna kanser, yg sakit truk, suami or isteri or parents sakit truk, biaq pi la nk guna kable. Kami sbg guru yg jauh ni jgk fhm dan rela. Tp klu hnya ko saje2 x nk dtg pdalaman, entahla. Klu ada gru yg kna gnti tmpt ko, dan dia rsa teraniaya, dia pn ada mslh lbih bsar, klu dia tadah tgn minta doa, ko tnggunglah sndiri nti.ak x brani ckp.

    Kpm pn mslh jgk sbnrnya. Dlu taun 80-an msa tu batch papa mama aku berduyun kna hntr pdlmn tmsuk sbh srwk.tp msa tu straight, dlm tmpoh 3 taun br blh mtk tkr.klu ko apply cne pn, mnangis air mata darah pn xkn dpt tkr slagi x ckup 3 taun.lps ckup 3 taun, automatik dpt mtk blk smnjung dan diluluskan.then hntr guru baru plak.ckup 3 thn, tkr guru baru lain dtg ganti. Mcm tulah jd kt mama papa aku dan kwn2 diorg.so bila dh tau mcm tu, diorg sndiri msa kna hntr sna pn diorg set diri, bertahan dan bersabar utk 3 taun je.alhamdullilah msa kt sna, parents ak berjauhan pn hnya utk tempoh satu thun.lps tu dpt dok sekali dh. Skrg, bila aku plak kna hntr sni, smua ssh hati sbb xtau bila dpt blk sana blk.ak dh nk kwin bln 6 ni dh, dan ak pn xtau mcm mnalah nti.smpi bila la kna pjj ngn suami nti.sepatutnya kpm truskn dasar mcm dlu tu, baru x terabur mcm skrg.masing2 cari dan guna kable, dah xkn ko nak dok sni smpi 6-8 taun.keluarga ko mcm mna kn

    Lastly, Ketahuilah syurga tu terletak bwh tapak kaki suami/ keredhaan ibu bapa, bukan di tangan kpm. ( ni perumpamaan, kalau ko tak phm sila msk sekolah balik)

    Hahahahaharap maklum..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

      Padam
  10. Mner KEDEPAN ni...nk skong ni...

    BalasPadam
  11. Respek pada guru-guru yg ikhlas didik pelajar meskipun terpaksa bertugas jauh di pedalaman. Mereka ni semua pahlawan tanpa tanda jasa.

    BalasPadam
  12. Betul tuan, guru dan ustaz ramai naj kerja saja bukan nak berkhidmat untuk masyarakat. Buktinya ramai yang ingkar bila ditugaskan jauh dari celah ketiak ibu bapa dan celah kangkang suami isteri mereka. Ada yang macam saudara cakap sampai je cabut lari or tak lapor diri terus. Malangnya kerajaan celaka kita tidak membuang mereka sebalik diposting pula di sekolah dekat bandar. Manakala yang pergi pula, confirmed sahaja mulalah cari alasan minta tukar. Pernah terbaca seorang celaka yang dihantar ke Sabah untuk berdakwah mula minta tukar lepas posting 6 kali minta lepas 3 tahun oleh kerana celaka ini tiada komitmen maka dipindahkan ke perak 16 kali pula minta tukar lepas 8 tahun balik kedah tapi dekat kulim 4 kali minta tukar sampai sekarang tak dapat balik sp, katanya dalam fb. Berbanding guru dulu first posting dalam ladang sawit or pulau, 5 tahun ke bandar, 8 ke 13 tahun baru balik negeri. Rakyat di luar sana fikir fikirkanlah kenapa kerajaan Selangor buang pekerja PKNS dan pekerja hotel milik pkr? Kerana mereka yang dibuang itu spesis celaka-celaka ini yang disimpan kerajaan BN. Kasihan anak bangsa.

    KEDEPAN (KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian, SPM 5A < degree dan guru, 3A-4A diploma, 1A-2A sijil, 0A buruh, amah dan pekerja am) soal jawab di Fb page Nurkedepan Twitter #nurkedepan

    BalasPadam
  13. Penggunaan kable atau sokongan untuk keuntungan diri sendiri tanpa mengira merit adalah salah satu bentuk rasuah. Segala pendapatan atau kelebihan hasil dari penggunaan kabel atau sokongan jatuh hukum haram.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maaf ye.jgn jatuhkan hukum sesuka hati.ustaz azhar idrus dah cakap..hukum tak haram.cuma rezeki tak berkat sbb kita dikira ' ambil' dari org yg lebih berhak. Mintak tolong jgn main bab hukum. Berdosa meletakkan hukum sesuka hati

      Padam
    2. Rezeki tak berkat tu mcm mana pulak? Butthurt detected.... maknanya ko pernah pakai kabel kan... habislah anak bini mkn benda haram.... ustaz azhar kata haram... tak caya tnyala dia...

      Padam
    3. Tanpa nama 12:11, dh nama hukum haram amik rezeki org. Bukan nya kita jatuhkn hukum sesuka hati. Hukum ni dh termaktub dlm kitab. Bukan blh amik ringan. Takkan nk jugak rasa rezeki tak berkat tu? Tak ada rasa bersalah ke?

      Padam
    4. Haha woi-woi-woi.. mengarut sungguh spesis2 asian ni.. orang dah merembat berjuta2 berbillion duit komisen dan berlumba2 nak masuk neraka.. inikan pulak rezeki kerja sonang2 jo diharam halalkan.. nak membantu xder, nak menyusahkan lagi adola..

      Takat duduk Malaysia ni.. aku dah mangli dah layan asian2 asshole cenggini.. cakap la sampai pecah gunung pun, berdoa la siang malam pun, x akan ada apa2 perubahan punyer..

      Layan jer noob.. bagus gak utarakan isu.. moga2 300000-400000 tahun lagi, akan ada penyelesaiannya.. kahkahkah..

      Padam
    5. Ko bodoh ke apa? Aku ckp aku ustaz azhar idrus yg ckp.ada video org tnya dia pasal dpt kerja guna kabel. Korang boleh search kat youtube tak? Aku tak pandai bab2 jatuh hukum ni.jadi aku rujuk ustaz mcm uai. Pastu celah mana pulak aku ckp aku pakai kabel? Aku bisnes jual kain ngn wife aku. Takde kejadahnya nak perlu kabel.org bli, dpt la duit. Tolong la jgn hati busuk nak kutuk org je. Mna kau tau tu rezeki kau kalau org yg guna kabel tu dpt.ko igt kabel tu dpat lawan kuasa tuhan daripada bagi rezeki tu kat ko? Lemahnye Allah kalau mcm tu. Tuhan nak bagi rezeki kat ko, disebabkan manusia guna kabel..dia boleh lawan kuasa tuhan dan rampas dari ketentuan tuhan utk jadi pemberi rezeki yg maha agong dan satu-satunya pemberi rezeki? Pikir la elok2. Tak kisah la rezeki tu macam mana..tuhan bg. Tp bg kes anon dua mangkuk kat atas ni mgkin lagi pandai dari ustaz azhar idrus..so, aku respect la korang.aku tak brani nak ckp jatuh hukum ikut suka. Apa org pandai agama ckp, aku jadikan panduan. Mgkin ko baca kitab, ko faham hukumnya haram.tp ustaz azhar baca, hukum tak haram.
      Hukum haram dan hukum tak berkat tu lain. Tak berkat tak semestinya haram. Tolong la baca
      dan rujuk dari ustaz. Kalau stakat keje opis, malam lepak kedai mkn, ujung minggu tgk tv, solat pun kadang2 lewat..jgn la main2 bab hukum ikut emosi dan penilaian diri sendiri. Sedar siapa diri kita. Jgn buat keputusan bab agama ikut kepuasan hati

      Padam
    6. Salam, mintak maaf mencelah, sy nk tegur anon atas ni, bukan ke rezeki yg tidak berkat datang dari sumber pendapatan yg haram. Harap dapat merujuk info selain dari ustaz azhar kerana kadang2 apa yg ustaz azhar sampaikan kita kurang faham. Memandangkn saudara anon arif tentang hal google atau youtube ini, saya sarankn tolong google apa maksud rezeki tidak berkat. Semoga saudara anon mendapat ilmu yg sejelasnya.

      Padam
    7. So kat sini aku nak ulas la sikit pasal komen2 kat atas. Ada yg kata haram, ada yg kata tak berkat tp tak haram. Ada yg ikut cakap ustaz azhar, ada yg ckp salah tu semua. Aku mintak la, kalau yg nak cakap anon 2.44 tu salah dan tak paham, cuba la anda yg kat atas ni letak kat sini pengertian sebetulnya. Cakap dia salah.sruh dia rujuk. Apa kata kalau anda yakin anda betul, anda saja yg terangkan kat sini. And kepada anon 2.44, saya paham mksud anda. Tapi anda tak perlu la nak bergantung kepada video ustaz azhar semata-mata. Sedangkan ulama pun saling bertelagah hukum dan faktwa, apatah lagi anda dan mamat2 kat atas ni yg sruh rujuk itu ini tapi tak paham mengapa mereka yg tal terangkan kat sini supaya kita semua paham.
      Lastly, kita jgn la ckap lebih2 mcm kita tak akan diuji dengan peluang dapat kabel. Kehidupan seharian kita bukan sahaja kabel kerja yg wujud. Mcm2 lagi kita guna kabel untuk dapatkan sesuatu melalui org yg kita kenal, menyebabkan org lain yg sepatutnya dpt benda tu..jadi tak dapat. Tuhan sentiasa ingt apa yg kita cakapkan. Kita tgk, smpai masa anda guna kabel untuk dptkan sesuatu, tp anda yakinkan hati anda bahawa anda tidak guna kabel sbb rasa anda memang layak dapat sesuatu itu , maka andalah manusia paling lidah bercabang dan hipokrit. Jika betullah haram hukumnya seperti yg anda katakan..maka anda melakukan perbuatan haram yg anda memujuk hati anda supaya berkata halal.
      Kita kena ingt.manusia ni sama sahaja. Kawan kita dapat kerja guna kabel..dia rasa dia tak bersalah. Anda rasa dia makan duit haram.seumur hidup kalau dia kerja situ..maka seumur hidup makan duit haram.( ikut apa yg anda jatuhkan hukum, iaitu haram). Jika anda dapat bantuan melalui kabel..anda pula yg akan tak rasa tu salah, malah itu rezeki anda. Hati manusia..boleh lapislah dengan saduran emas setebal manapun..kalau di dalamnya busuk dan ada nafsu membuak, tetap sama bisikannya.

      Padam
    8. Bukan ke halal haram ni maksud dia jelas... boleh pulak ada pecahan halal yg tk berkat. Apa pun topic ni mmg bagus noob, boleh nmpk sejauh mana penghayatan dan pendidikan islam masyarakat kita...

      Padam
    9. Pakai je la kabel tu kalau ada. janji dpt duit nnt boleh kumpul gi haji anak beranak... kan berkat hidop ko... kahkahkah.... jalan lupa bayar zakat ye.... 

      Padam
    10. Ntahnyee..pakai je la.bnyak bunyi la haram la itu la ini la. Padahal sama je, asal ade..sebat..puihhh

      Padam
    11. Yang mana cetek ilmu tu sila baca link ni...http://www.carigold.com/portal/forums/archive/index.php/t-165831.html
      kita kene tahu yang rezeki yg dtg dari Allah rezeki yg baik baik je. Rezeki yg tidak mengikut cara baik bukan datang dari Allah. Bukan rezeki namanya...

      Padam
  14. Hahaha....sabah dgn sarawak ni x cukup org yg layak ke smpai ramai ckg semenanjung kena g sana? Oooo..org sarawk x cukup cerdik, sbb tu org yg sama tadbir negeri. Pas tu select sapa yg boleh masuk negeri dia. Hahahaha...selamat kekal dgn kebodohan anda. Negri sndiri ajar la sndiri bdk skolah tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak baik ckp camtu

      Padam
    2. ni mesti penyokong pakatan...jeles la tu org serawak tak undi pakatan...

      Padam
  15. Sebelum dapat bantuan kabel: "kabel ni haram, tak adil, rampas hak org..bla..bla..bla"

    Sampai masa dia ditolong melalui kabel: ...................( senyap je..diam sudah, ni namanya rezeki)

    Percayala..suatu hari nnt korang kat sini mst akn smpi msenye diuji dengan apa yg korang kononnya bangkang sngt tu. Time tu korang akan rasa terdetik sekejap yg korang ckp tak serba bikin..tp korang hilangkan rasa tu dah sorokkan jauh dlm hati menjadi rahsia dan berpura-pura tak pernah berlaku.time tu bygkan betapa hipokritnya korang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kami minta simpang drpd mkn harta haram. Ameen..

      Padam
    2. Aminnn.... jauhkan kami dan keluarga dr rezeki yg tk berkat aka haramm....

      Padam
    3. betul betul betul....

      Padam
    4. Its true guys. Tgk saja la. Setiap manusia akan diuji dengan apa yg kononnya dibencikan sngt.sbb tuhan nak tgk, sejauh mana pendirian anda dan sekuat mana iman. Just imagine..kawan ayh you pengurus besar kat sebuah company..nak amik you kerja dengan gaji yg berkali gnda dari gaji you sekarang.sedangkan jawatan tu dibuka ke org awm jugak..dan ketika itu, anda akan cuba pujuk hati anda..nak yakinkan yg anda mmg layak
      dpt jawatan tu tnpa kabel..and you terima peluang tu. That is the way org ramai membenci kabel..without aware yg mereka pun sama guna kabel

      Padam
  16. Sian...noob juga disalah erti..baca biaq habis la..

    BalasPadam
  17. aku pun dok pk... bila noob kawin?

    bila baca last, ooo....

    jarang aku tgk ko copy paste sebanyak ini dan ulasan ko sikit je

    BalasPadam
    Balasan
    1. ini bukan copy paste dari blog2 lain tapi artikel sumbangan daripada pembaca

      Padam
  18. klu ad kabel pkai je la.... klu xpkai bribu-ribu lg org pkai... or ble bsabar smpai pencen suami dok smennjung isteri dok sbh&sarawak.... or bleh 2ngu shingga org2 KPM brubah mnjadi insan yg brtggugjawab dan adil saksama dlm mlaksanakan tugas....... cable mngkable ni mmg dh terphat kukuh dlm msyarakat kita....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha..aku setuju.aku tau ramai hipokrit kat sini akan cakap haram la..itu la..ini la..tp itulah hakikatnya

      Padam
    2. Berhenti je la. Pk anak2 sabah sarawak kesian dorg guru asyik pk dlm kain. Bio org yg bertanggungjawab ambil alih tempat ko. Kerja gomen bukan berniaga tahu nak untung ko je, ia berkhidmat utk masyarakat. Jgn nnt anak2 murid tuntut dlm kubo baru ko tahu.

      Padam
    3. Hahaha..aku setuju.aku tau ramai hipokrit kat sini akan cakap haram la..itu la..ini la..tp itulah hakikatnya

      Padam
  19. anti makan haram5 April 2014 5:00 PTG

    Org x kisah pki cable. X kisah mkn haram bgi ank bini mkn haram bgi mak bapa mkn haram. Org mcm ini yg sokong umno.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jeng..jeng..jeng..here come the genius

      Padam
  20. Aku cikgu juga. Dah 8 tahun di ladang sawit pahang. Aku syukur sangat duk kat sini. Jem takde, serabut takde. Mengajar je la. Nak balik negeri pun aku fikir puluh puluh kali. Janganla fikir sangat pasal org guna kabel ke atau tidak. Dah rezeki dia biarla. Hidup kena fikir positif. Org yg guna kabel pun ada alasan dia sendiri. Rilek je la.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ha..yg ni terbaik.ni contoh fikiran matang.

      Padam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...