Rabu, 23 April 2014

19 Kerana dia seorang ayah

Ada seorang bapa datang ke kedai, melihat-lihat seperti pelanggan lain. Aku menerjahnya, "Pakcik, laptop..." - dia tersenyum dan masih melihat-lihat laptop yang ada di kedai. Aku menyambung lagi, "Nak beli untuk anak ke?", "Ya, nak beli untuk anak - dia nak sambung belajar - laptop yang mana yang ok?". Aku mempromosi barang seperti biasa - aku biasanya mengsyorkan yang paling murah. "Kalau nak yang bagus mahal pakcik - tapi kalau setakat nak buat belajar yang nie lah, Samsung - seribu seratus lebih je...". Dalam aku bercakap dengan dia, dia banyak diam dan seperti berfikir. Sedikit lama dia terdiam, dia membuka mulut "Nanti saya datang balik ya, duit tak berapa nak ada lagi ni..." - pergi dengan suatu perasaan yang lain.


Aku dengan rutinku berkerja setiap hujung minggu sahaja, kebetulan - aku duduk di kaunter menunggu pelanggan - dia datang semula ke kedai, tapi dengan anaknya - perempuan. "Yang mana ya yang haritu, ada lagi tak?", "Yang nie Samsung haritu, tapi yang nie stok baru - harga sama je", aku menyambut soalan nya. Dia bertanya kepada anaknya, "Yang nie ok ke dik?" - "Ermmm, ok ke nie murah je - karang rosak karang susah..." jawabnya dengan muka yang kurang puas hati - anaknya seperti menginginkan yang lain yang lebih mahal. "Yang acer nie x boleh ke ayah?", ayahnya terdiam seketika dan menyambut dengan negosiasi, "Yang acer nie berapa boleh murah lagi?" - "Yang tu tak dapat dah pakcik,... Dah harga kos dah tu..." aku dengan rasa geram namun masih dalam nada yang baik menyambung lagi, "Dik, nak laptop untuk belajar kan... Rasanya kalau untuk belajar - yang nie lebih dari cukup - rosak tak payah pikir sangat - warenti setahun.". Aku mengeluarkan kata-kata tersebut atas dasar aku seperti mengerti kerut wajah bapanya.


"Oklah, yang ini." jawab anaknya. Sedang aku menulis resit dan membungkus laptop dari meja 'display' - aku terpandang bapanya yang mengira duit untuk membayar - aku nampak dompetnya kosong - habis semua duit digunakan untuk membayar laptop. Dia menyerahkan duit kepadaku dan aku mengiranya semula - dia melihat tanganku yang mengira. Habis aku mengira - wang aku masukkan dalam cash drawer, "Cukup duit tadi dik?" - "Cukup, Terima Kasih ya...". Dia dan anaknya meninggalkan kedai. Aku hanya menahan airmata mengira duit yang diberikan - RM1, RM5, RM10 dan hanya sekeping RM50. Aku membayangkan dari mana si ayah mencari duit untuk membeli sebuah laptop untuk anaknya - penuh harapan.

Aku geram kepada anaknya - seperti dia tidak tahu ayahnya bagaimana - hanya tahu minta. Aku tahu ayahnya tiada duit, dia dah sebut awal-awal pada aku, aku nampak airmukanya, aku perhati sekeping-sekeping duit yang diserahkan. Aku tahu dia tiada duit pulang ke rumah dan perlu 'mengais' untuk hari esoknya.

(sumber : facebook Zizan Raja Lawak)

* * * * * * * * * * * * * * * * * *

Pertama kali syiera baca cerita ini di facebook memang syiera bergenang air mata. Serius sedih bakhang. Hati sapa yang rock kental pun boleh kuntum aihhh. Ya, syiera memang letakkan situasi cerita ni macam cerita syiera tapi versi syiera laa. Cara yang sama macam si ayah dalam cerita ni. Nama ayah syiera ialah Mat Saman Bin Abdul Razak @ Dak. Orang dulu time sekolah selalu tanya,

“Hang ni ada kaitan dengan terusan Wan Mat Saman tu ka?”.

Syiera tak larat nak tepis soalan macam ni. Sampaikan cikgu pun tanya jugak. Haih paling tak tahan hat ni syiera rasa paling tak boleh blah punya soalan.

“Abang hang Adam AF tu ka? Sebab sama nama bapak.”

Kahkahkahkah berterabuq gelak ayah syiera bila syiera cerita. Memang tak dak kaitan langsung. Sebab paling kukuh, syiera takdak abang kandung. Abang ipaq ya ada. Abang hat lain.. tettt. Umur ayah syiera masuk ja tahun ni dah cecah 71 tahun. Tapi alhamdulillah kesihatan ayah baik belaka. Cuma biasa la sakit kaki (gout), kebas sana sini. Sebabnya ayah syiera ni degil sikit orangnya. Bagi ayah, kalau dia sakit lenguh badan kena buat kerja. Contohnya berkebun. Baru cergas katanya. Tapi semua tu mitos ja. Mai malam mesti makin teruk ada lah. Kalau kami adik beradik ada yang demam ka mesti ayah cakap,

“Huh, penyegan (malas) mandi, macamana la badan nak cergas.”

Hihihi tapi tu pun mitos jugak. Sebab syiera rajin mandi. Trust me :P Apa yang nak sama macam cerita di atas tu part yang si ayah nak bayar duit laptop tuh. Ada duit RM1, RM5, RM10 tu kan. Haa.. ni time syiera sekolah darjah 4. Kanak-kanak ribena lagi. Satu hari tu, ayah mai sekolah syiera. Nak bayar yuran sekolah. Seingat syiera masa tu RM40 lebih kot yuran. Tak ingat sangat berapa. Ayah syiera bayarkan duit yuran syiera dengan semua duit syiling dekat cikgu. Ayah syiera dulu seorang peniaga pasar malam. Jadi normal lah kalau ada banyak duit syiling. Yang membuatkan syiera rasa terkilan sikit iaitu pandangan mata makcik pakcik (waris pelajar lain).

“salah kah ayah bayar guna duit syiling?”
“duit syiling bukan duit jugak ke?”


Itu antara persoalan yang timbul dalam kotak pemikiran syiera. Mungkin mereka pikir ayah syiera ni pecahkan duit tabung untuk bayar yuran. Sebab tu tak guna duit kertas je. Tidak sama sekali!! Ayah syiera guna duit syiling sebab ayah tak suka pecahkan duit RM50. Katanya nanti terbelanja lebih. Bukan sebab ayah takdak duit. Dengan rezeki yang Allah berikan pada masa tu alhamdulillah cukup untuk family syiera.


Pada tahun 2010, penghujung tahun tak salah. Ayah syiera jatuh sakit. Terlantar di hospital selama hampir sebulan disebabkan sakit saraf di bahagian leher. Puncanya buah kelapa terjatuh di bahu masa ayah tengah kait. Yaa, hanya Allah saja tau bertapa sedihnya hati syiera masa tu. Dugaan tiba betul-betul masa syiera baru masuk degree. Disebabkan tu, keluarga syiera decided yang ayah tak dibenarkan lagi untuk kerja. Ayah dah tak mampu dengan usia ayah yang sudah semakin bertambah. Siapa yang tanggung kami sekeluarga? Jawapannya superwomen mak. Mak syiera seorang tailor.

Sepertimana sedia maklum, pendapatan seorang penjahit baju tidak tetap. Orang ambil baju, ada la upah. Setengah tu ada yang ambil baju dulu bayar kemudian. Tunggu gaji la, itu lah. Sampaikan yang tak bayar pun ada. Sedih bukan dengan orang macam ni. Penat mak bersengkang mata menjahit. Sepanjang syiera study, alhamdulillah ditanggung sepenuhnya oleh PTPTN. Masuk ja duit dalam akaun, syiera tak pernah lupa hulur dekat mak. Bukan nak tunjuk yang syiera ni anak yang baik. Cuma mak perlukan modal untuk menjahit. Nak bayar yuran adik-adik lagi. Bil elektik yang tertunggak lagi. Semua tu nak kena pikir. Elektik takdak macamana mak nak menjahit. Tapi alhamdulillah syiera dapat harungi dugaan ni dengan tabah. Sebabnya ayah pernah cakap dekat syiera,

“dulu kak hang belajaq dia senang. Sebab ayah boleh dok keja lagi. Mai time hang, hang susah sebab ayah dah tak keja lagi. Ayah harap hang boleh sabaq”

Kata-kata ni masih terngiang di telinga syiera. Bergenang lagi air mata. Sebab ayah suruh sabaq la, syiera berjaya tamatkan pengajian tahun ni. Alhamdulillah, berkat doa mak ayah, syiera dah habis degree. Bulan Mei ni dah nak konvo. Apa yang syiera nak cakap, hampa jagalah mak ayah hampa elok-elok. Jaga tak semestinya dengan duit ringgit. Cukup sekadar hampa ada di samping mereka pun dah cukup besar bagi mereka. Syiera cakap ni sebab syiera sedar syiera bukan dari kalangan keluarga yang berada. Pernah jatuh tapi bangkit semula. Walaupun sakit tapi bangkit tu perlu. Harapan syiera, syiera dapat balas jasa mak ayah syiera. Depa (mereka) dah cukup susah nak membesarkan anak macam syiera ni. Ketegaq (degil) serupa macam ayah dia. Hehehe. Akhir kata, terima kasih kerana sudi membaca coretan yang mungkin tak seberapa ni. Assalamualaikum :)

Sumber asal dari blog Syiera Firdaus.


* Teringat kisah seorang murid perempuan tahun 1 yang baru masuk sekolah terpaksa bayar yuran guna duit syiling. Anak2 sekarang ni memang ramai yang tidak mengerti kesusahan dan kepayahan yang ditanggung oleh kedua ibu bapa mereka dalam membesarkan mereka. Semua kemahuan anak2 diturutkan saja kerana sayang. Anak buat salah, ibu bapa sanggup menanggung malu dan mempertahankan anak2. Namun setelah mereka besar, orang tua dibelakangkan dan ditinggalkan. Pakwe makwe lebih diutamakan. Malah ada yang terus lupa ibu bapa selepas berkahwin. Semoga kita semua tidak termasuk dalam golongan seperti itu.




Artikel ini ditulis oleh salah seorang peserta GiveAway Contest Gila #5: Artikel Pilihan iaitu Syiera Firdaus dan telah dipilih menjadi salah seorang pemenang. Lagi 6 pemenang yang artikelnya yang bakal dipilih sebagai artikel pilihan akan disiarkan secara berperingkat seperti ini. Kepada pemenang, sila emel kepada saya di princeofnoob[at]gmail[dot]com untuk menuntut hadiah wang tunai RM30.

Dan bagi yang kurang bernasib baik, jangan risau, walaupun anda tidak dipilih sebagai pemenang hadiah wang tunai RM30, tapi artikel anda beserta backlink juga bakal kami siarkan di blog ini sebagai tanda penghargaan kepada anda.




tags: pemenang contest gila 5 buasir otak artikel pilihan giveaway peraduan pertandingan ga post entry kerana dia seorang ayah

19 ulasan:

  1. ayah dan ibu itulah permulaan kami~

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh Rozana

      kota Dhaka ini berjarak seribu kilo dari matamu
      tapi tak secenti pun pernah kau tempuh aku
      dari angan-anganmu
      mengenai bisjut & royi semalam
      Oh Rozana

      di sini ada pikiran mengenai bisjut & royi,
      gedung-gedung bisjut & royi, senyuman jejaka bangla
      dan bintang jatuh kunikmati sendiri di taman kosong

      Oh Rozana

      waktu membeli bisjut
      di tampah tua milik
      ibu di kota Dhaka

      juga cinta, ia memberiku satu ketul bisjut, tiga ketul royi

      biarkan aku simpan bisjut & royi
      dusta dan mimpi-mimpi di bawah bantal
      biar kubawa dalam tidur
      Bersama kenangan menjamah bisjut & royi

      Nak bisjut?

      Padam
  2. huhu...zaman aku belajar laptop paling murah pun RM4k++.. guna komputer kat lab jer la...

    BalasPadam
  3. Gua lagi miskin. Bukan stakat laptop, nak bli beskal pun parent gua xmmpu. p sekolah jln kaki darjah 1 sampai smpi spm. nk bli kalkulator apek pun simpan duit blanja rm0.50 sen sehari.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye la ko la hebat ko le susah ko le penyokong pakatan

      Padam
  4. apsl la ak rasa alih2 masalah semua dtg dr kerajaan gak haha2 cilakak bangsat ang GST laju je buat iklan ek pastu conform semua org dh terima, cilakak

    BalasPadam
  5. Congrats syiera ;3.. betul, kasih ibu n ayah mmg tidak ternilai, kecik2 depa jaga kita baik2, bila dh besar ni kita kenalah jaga mereka, jgn abaikan ibubapa ^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin
      menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan.
      Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar
      orang lain, maka komen akan dipadam
      untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

      Padam
  6. TQ utk cerita yg best ni :D

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah. Rezeki menang. Syiera dah email :) Thank you Prince Of Noob :D

    BalasPadam
  8. Kita selalu kurg hargai pengorbanan ibubapa...asyik merungut pasal mcm2 peraturan yg sebenarnya utk kebaikan mereka sendiri.

    Bersyukur dgn apa yg ada sbb ramai anak yatim yg sedih dilahirkan n dibesarkan tanpa kasih syg ibu bapa. Ada ibubapa pun kdg2 anak2 naikkan suara, melenting, maki hamun..smpi ada nak bunuh sbb hp punya pasal. Kesian anak2 muda skrg.

    BalasPadam
  9. Oh Rozana

    kota Dhaka ini berjarak seribu kilo dari matamu
    tapi tak secenti pun pernah kau tempuh aku
    dari angan-anganmu
    mengenai bisjut & royi semalam
    Oh Rozana

    di sini ada pikiran mengenai bisjut & royi,
    gedung-gedung bisjut & royi, senyuman jejaka bangla
    dan bintang jatuh kunikmati sendiri di taman kosong

    Oh Rozana

    waktu membeli bisjut
    di tampah tua milik
    ibu di kota Dhaka

    juga cinta, ia memberiku satu ketul bisjut, tiga ketul royi

    biarkan aku simpan bisjut & royi
    dusta dan mimpi-mimpi di bawah bantal
    biar kubawa dalam tidur
    Bersama kenangan menjamah bisjut & royi

    Nak bisjut?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Xcukup dkt blogserius kat sini pulak ko menempel yer. puihh

      Padam
  10. Sedih bace cite pakcik bayar laptop tu..nangis jap...kasi penampar sedas je anak dia tu.

    BalasPadam
  11. boleh tahu siapa pemenang utama? maksudnya ranking no1

    BalasPadam
    Balasan
    1. tiada pemenang utama. ada 10 orang akan dipilih menjadi pemenang dan hadiah semuanya sama sahaja, boleh rujuk sini - http://buasirotak.blogspot.com/2014/03/giveaway-contest-gila-5-artikel-pilihan_23.html

      Padam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.