Memaparkan catatan dengan label Kasihan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kasihan. Papar semua catatan

Isnin, 6 November 2017

2 Apabila Pulau Pinang lumpuh dilanda banjir besar

Semalam Pulau Pinang lumpuh selepas puluhan jalan ditutup dan ratusan rumah di lima daerah di negeri ini dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat lebih 15 jam sejak semalam.

Hujan lebat dan angin kencang sejak 2 petang dan berlarutan sehingga 5 pagi juga menyebabkan ratusan pokok dan beberapa kawasan mengalami kejadian tanah runtuh.

Hampir keseluruhan kawasan rendah di Pulau Pinang dinaiki air setinggi 0.2 meter hingga 1 meter berikutan hujan lebat berterusan menyebabkan paras air sungai meningkat dan bertembung dengan kejadian air pasang di laut mengakibatkan limpahan air berlaku dengan pantas.



Isnin, 18 September 2017

2 Tragedi kebakaran pusat tahfiz suatu pengajaran

Pagi Khamis yang lalu negara dikejutkan dengan tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung yang menyebabkan lebih 20 orang terkorban. Kebakaran dipercayai bermula jam 5.10 pagi dari tingkat atas bangunan.

Teori awal pihak Bomba berkata berkemungkinan kejadian berpunca daripada litar pintas, namun kemudiannya mengesahkan yang ia bukan disebabkan litar pintas sebaliknya perbuatan khianat setelah penemuan 2 tong gas di tempat kejadian. Ia dikuatkan lagi dengan rakaman CCTV bangunan sebelah. Hasil siasatan pihak polis mengesahkan kebakaran itu dilakukan oleh 7 orang suspek yang berusia antara 11 hingga 18 tahun.



Isnin, 6 Februari 2017

7 Untuk apa sebar gambar bayi maut dikelar ibu?

Beberapa hari lalu kita dikejutkan dengan sebuah kejadian yang menyayat hati di mana seorang bayi maut dikelar ibu sendiri. Maka ramailah yang memberi komen, ada yang rasa kasihan, ada yang mempertahankan ibu tersebut kerana dikatakan meroyan, ada juga yang mengecam dan mengherdik ibu tersebut, tidak kurang juga yang menyalahkan suaminya sekali. Orang Malaysia ni kalau tak berpencak di media sosial memang tak sah, semua nak jadi polis nak jadi pegawai penyiasat mengalahkan polis sendiri.

Namun turut menyedihkan apabila ramai orang tanpa rasa bersalah kongsikan gambar mayat bayi tersebut di Whatsapp, media sosial dan laman web tanpa sebarang tapisan. Tidak tahu siapa yang mula merakam dan menyebar gambar tersebut yang akhirnya telah tersebar di seluruh alam maya, sama ada yang telah ditapis atau dikaburkan mahupun gambar asal tidak bertapis.



Selasa, 26 April 2016

16 Ramai guru sudah bosan dan tak seronok mengajar

Beberapa hari lepas keluar di sebuah suratkhabar tempatan laporan tentang cikgu mengeluh kerana dibebani pelbagai tugas di sekolah selain daripada tugas hakiki mereka iaitu mengajar dan mendidik, sehingga ramai yang sudah tak seronok mengajar yang antaranya cikgu terpaksa keluar duit sendiri beli alat mengajar dalam kelas. Disebabkan rutin itu ada cikgu yang bosan menyebabkan mereka tidak mengajar dengan bersungguh-suungguh dan ala kadar, ada juga yang berniaga secara part-time malah tidak kurang juga yang sanggup berhenti awal untuk menceburi bidang perniagaan secara sepenuh masa.

Maka apakah sebenarnya punca ramai guru sudah tidak seronok mengajar? Antara sebab musababnya ialah:



Isnin, 10 Ogos 2015

3 Situasi yang biasa dihadapi jika ada anak OKU

Jika anda ada anak Orang Kelainan/Kekurangan Upaya (OKU):
  1. Sewaktu bawa anak OKU anda ke tempat awam anda dapat lihat orang berbisik bisik sambil memandang anak anda.
  2. Paling berani ada yang memandang anak OKU anda seperti ternampak makhluk asing tanpa pedulikan anda.
  3. Ada yang bertanya macam macam sehingga anda tidak selesa. Sesekali ada yang akan menasihatkan anda dalam bentuk agama dan tentang dosa lampau anda.
  4. Rakan sepejabat anda akan mengumpat di belakang anda kerana selalu cuti atau meminta pelepasan kerana memenuhi temujanji hospital.
  5. Majikan atau Ketua Jabatan yang tidak memahami keadaan anda.
  6. Ahli keluarga dan saudara mara yang tidak pernah pun menyentuh anak anda.


Selasa, 19 Mei 2015

30 Apa perlu kita buat dengan pelarian Rohingya?

Saya terharu membaca berita tentang etnik Rohingya yang menjadi pelarian. Ribuan mereka hanyut di lautan terbuka. Ada yang mati dan disemadikan di laut. Jika mereka tiba di negara berdaratan, belum tentu mereka diterima.

Begitulah nasib etnik ini yang berasal dari utara negeri Rakhine (dahulunya Arakan) di barat Myanmar ini. Kini, etnik ini yang berjumlah 3 juta bertaburan di merata negara.

Malaysia adalah negara kelima tempat etnik ini berada (40,500 orang). Jika diambil kira pendatang haram etnik ini di negara kita, ia mencecah ke angka 150 ribu. Negara paling ramai tempat etnik ini berada ialah di Arab Saudi 400 ribu, Bangladesh 300 ribu, Pakistan 200 ribu, Thailand 100 ribu.


Rabu, 4 Mac 2015

25 Wanita yang menulis surat buat PM difitnah teruk

Segalanya dikatakan bermula pada 22 September 2013, selepas seorang penasihat usahawan, Siti Hajar Aladin menulis surat terbuka kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di laman Facebook dan blog Anak Jerung miliknya.

Di dalam surat itu, Siti Hajar meluahkan perasaannya mengenai keperitan kehidupan rakyat di negara ini terutama kepada golongan anak muda selepas pengurangan subsidi minyak sebanyak 20 sen pada waktu tersebut.

Malah masa tu aku sendiri pernah tulis surat yang berbaur sarkastik kepada PM berdasarkan surat Siti Hajar yang sangat viral pada ketika itu. Namun sejak itu, gadis tersebut telah difitnah dengan begitu teruk di media2 sosial oleh orang lain yang membuat akaun Facebook palsu yang menggunakan namanya sehingga memburukkan nama beliau serta keluarganya.


Rabu, 25 Februari 2015

30 Jalan raya bukan untuk orang yang degil dan dungu

Memang mudah nak buat u-turn, tak kiralah double line atau tidak. Kita nak memudahkan urusan kita, nak cepatkan urusan kita.

Pemandu Myvi ni mungkin berfikiran yg sama. "Aah... u turn sini senang", fikir beliau dan tanpa berfikir panjang dan melihat dua tiga kali, terus membuat pusingan U haram.

Hasilnya, seorang penunggang motosikal maut. Arwah cuma beberapa ratus meter dari rumah dan dalam perjalanan ke tempat kerja. Isteri dan anak anak keluar melihat sekujur tubuh suami/ayah tidak bernyawa akibat sifat ambil mudah/nak cepat pemandu Myvi tersebut.



Selasa, 12 Ogos 2014

17 Wanita mana yang tahan hidup susah?

Walaupun serba kekurangan, seorang lelaki lembam nekad menjaga dua anak tirinya dalam pondok usang di kawasan setinggan di Taman Sri Pandan di sini, sejak isterinya menghilangkan diri lima tahun lalu.

Bekerja sebagai tukang rumah dengan pendapatan kira-kira RM400 sebulan, Rahmat Mori, 54, memikul tanggungjawab membesar dan menyekolahkan anak tirinya, Mohd Mawi, 13, dan Siti Nuhaliza Abdullah, 10.



Ahad, 6 Julai 2014

17 Ke arah mewujudkan pengemis dan gelandangan sifar

Pemberi dan peminta sedekah bakal berdepan hukuman seperti denda apabila undang-undang berkaitan kegiatan mengemis di ibu negara diperketat, kata Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beliau berkata langkah itu akan dilaksana di beberapa tempat tumpuan bagi mengurangkan budaya meminta sedekah yang mencemar imej ibu negara.


Rabu, 23 April 2014

19 Kerana dia seorang ayah

Ada seorang bapa datang ke kedai, melihat-lihat seperti pelanggan lain. Aku menerjahnya, "Pakcik, laptop..." - dia tersenyum dan masih melihat-lihat laptop yang ada di kedai. Aku menyambung lagi, "Nak beli untuk anak ke?", "Ya, nak beli untuk anak - dia nak sambung belajar - laptop yang mana yang ok?". Aku mempromosi barang seperti biasa - aku biasanya mengsyorkan yang paling murah. "Kalau nak yang bagus mahal pakcik - tapi kalau setakat nak buat belajar yang nie lah, Samsung - seribu seratus lebih je...". Dalam aku bercakap dengan dia, dia banyak diam dan seperti berfikir. Sedikit lama dia terdiam, dia membuka mulut "Nanti saya datang balik ya, duit tak berapa nak ada lagi ni..." - pergi dengan suatu perasaan yang lain.



Khamis, 22 Ogos 2013

31 Bas jatuh gaung di Jalan Genting Highlands

Sebuah bas ekspress ulang alik yang dinaiki 53 orang terhumban ke dalam gaung sedalam 60 meter di Kilometer 3.6 Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur ketika menuruni Genting Highlands semalam kira2 jam 2.45 petang sehingga menyebabkan trafik menjadi sesak teruk. Operasi mencari dan menyelamat telah dilakukan oleh kira2 450 anggota termasuk bomba, polis dan Jabatan Pertahanan Awam terpaksa menggunakan kren, pengusung, tali dan unit anjing K9 untuk mengesan dan mengeluarkan mangsa. Seramai 37 orang (25 lelaki dan 12 perempuan / 32 Cina, 3 India dan 2 Melayu) termasuk pemandu bas disahkan terkorban manakala 16 orang cedera dengan 14 daripada mereka dilaporkan kritikal. Mereka yang cedera kini dirawat di Hospital Selayang (lapan), Hospital Kuala Lumpur (HKL) lima, Hospital Sungai Buloh dan Hospital Bentong masing-masing dua mangsa.



Selasa, 20 Ogos 2013

98 Proton antara bangga dan double standard

Kereta Proton terbaru iaitu Proton Suprima S telah dilancarkan 2 hari lepas. Pada pandangan aku, dari segi rekabentuk nak kata cantik sangat tu tak lah, kira bolehlah kerana ia hanya merupakan adik kepada Proton Preve cuma bezanya ia hatchback, itu sahaja. Tiada apa yang baru dengan design, cuma dari segi enjin ia ada Turbo dengan CamPro1.6 CC. Harga yang ditawarkan pula adalah antara RM76,338 (Executive) hingga RM79,988 (Premium).



Selasa, 29 Januari 2013

65 Misteri kematian kanak2 dan kaitan dengan politik

Misteri William Yau Zhen Zhong Hilang & Ditemui Mati di Sungai Klang. Terkini William Yau Mungkin Didera? Artikel ini diambil dari Berita Semasa.

William Yau Mati Misteri William Yau Zhen Zhong Hilang & Ditemui Mati di Sungai Klang. Terkini William Yau Mungkin Didera?


Selasa, 3 Julai 2012

34 Wanita dibela, lelaki bagaimana?

Di Malaysia, apabila menyebut tentang pembelaan, banyak melibatkan wanita. Adakah wanita di Malaysia terlalu ditindas sehingga banyak pelan-pelan kerajaan atau swasta mensasarkan wanita. Seminar wanita, forum wanita, NGO wanita, Persatuan wanita, Biro Kebajikan Wanita, Majalah Wanita, Program TV Wanita, Siaran Radio Wanita, kementerian Pembangunan Wanita, Yayasan Wanita, LRT koc wanita, Pusat Komuniti Wanita dan senarai ini akan berterusan.

Ini semua bertujuan baik untuk menaiktarafkan wanita. Bagaimana pula dengan lelaki?


Khamis, 26 April 2012

10 Kasihan Zahida Rafik

Satu Malaysia yang marhaen sudah tahu mengenai Zahida Rafik dan Menteri Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal.

Ada yang mencemuh kerana percaya. Ada yang atas pagar. Ada yang tidak peduli langsung.

Biasalah, politik mesti dipanaskan dengan skandal seks dan wanita untuk tujuan menaikkan jualan media dan memancing kepercayaan serta undi orang ramai kepada pihak yang lagi satu. Tidak kira dari haluan mana pun.

Skandal dan cerita panas memang serasi dengan wajah politik.

Pada masa yang sama, aku kasihan pada yang menjadi mangsa permainan politik. Pendirian aku ? Pergilah mampus , aku takkan pergi mengundi sesiapa pun.

Gaya seorang ..semi porno

Ini menteri tersebut

Link

Jumaat, 6 April 2012

7 Tulen Bang!!!

Pop-Soul teringat masa Salleh Yaakub digoda pondan dalam cerita Mr .Os.

Tapi dalam kes ini  Isteri tiruan....  


Takkan setahun kena tipu?  Takkan lah selama setahun takde hubungan intim suami isteri?
Stim kulit jer kot?  (BACA : Stim Kulit adalah perilaku menggesel-gesel dengan pasangan dengan berlapik pakaian untuk tujuan sebelum ke arah perilaku seks yang lebih berat)

Untuk yang cukup umur, Pop-Soul rasa ini kebodohan melampau seorang suami.

Untuk yang di bawah umur, Pop-Soul minta maaf.

Nota Buasir Otak : Penulis-penulis Buasir Otak tak pernah STIM KULIT.Baik-baik belaka.

Selasa, 3 April 2012

4 Namamu jua....

Nama i Sam.Bukan Shamsul...Nak harommmmmm...Link



Original Aaron


Bukan Mat Haron




Isnin, 19 Mac 2012

10 Relevan kah?

Aku tau ramai peminat RL, ML dan apa-apa yang dikonsider lawak dalam rancangan realiti Astro.

Bagus sebab Malaysia memerlukan aktor yang berkualiti.

Tapi....banyak yang kaku atau tak best langsung bagi aku.

Itu pandangan aku sajalah. Kalau korang tak setuju..AKU PEDULI APA...


Link

Selasa, 13 Mac 2012

3 Tanggang hanya susah, tidak jahat

Susulan daripada berita anak tinggal ibu di hotel bajet seperti yg disiarkan di Harian Metro di post sebelum ini di sini, nampaknya si anak iaitu Amir Mohd Omar telah pun muncul. Rupa2nya pemuda ini bukannya jahat, tetapi berada dalam kesusahan dan kesulitan malah disebabkan isu ini juga beliau telah dibuang kerja. Beliau telah tampil dan memberi kenyataan kenapa dia meninggalkan ibunya di hotel bajet, boleh baca dari sumber harian metro di sini.